SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mac 2010

LAPORAN KHAS: KES TATATERTIB SEKTOR AWAM PERLU ADIL

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Magendran Rajagopal
1/3/2010

Kakitangan kerajaan diberhenti kehilangan segala hak, faedah ikut Perintah Am: Cuepacs GABUNGAN Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan hukuman dalam Perintah Am, Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, khususnya berkaitan pemberhentian kerja penjawat awam. Presidennya, Omar Osman, berkata kajian semula ke arah penambahbaikan itu amat penting untuk memastikan tindakan tatatertib diambil terhadap penjawat awam adalah adil dan saksama. Ini bagi mengelak penganiayaan atau sehingga mencetuskan perasaan ‘dendam’ terhadap kerajaan.
Katanya, antara aspek utama perlu diberi penekanan dalam kajian semula itu ialah kehilangan segala hak dan faedah secara mutlak termasuk pencen, perubatan, gratuiti, ganjaran cuti terkumpul serta kemudahan lain apabila seseorang penjawat awam diberhentikan kerja akibat kesalahan tatatertib. Beliau berkata, ada kes pemberhentian kerja membabitkan penjawat awam yang sudah berkhidmat 30 tahun malah mungkin pernah memperoleh anugerah kecemerlangan ketika bertugas serta mempunyai jumlah cuti terkumpul yang banyak. “Apabila seseorang penjawat diberhentikan, dia mengalami kerugian besar kerana kehilangan mutlak segala hak dan faedahnya sebagai anggota perkhidmatan awam. Lebih menyedihkan, ada kes membabitkan penjawat awam yang hanya tinggal dua tahun untuk bersara wajib atau sudah mempunyai jumlah cuti terkumpul sebanyak 120 hari.
“Keadaan tanpa sebarang pampasan itu akan mengakibatkan permasalahan besar kepada keluarga, lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai anak kerana beban kewangan seperti mungkin ada hutang yang masih belum selesai. “Oleh itu, sekurang-kurangnya gratuiti serta ganjaran cuti yang dikumpulkan sepanjang tempoh berkhidmat patut dibayar dan tidak dikaitkan dengan pemberhentian kerja kerana ia adalah hasil keringat mereka sebelum berlaku kesalahan tatatertib,” katanya. Omar berkata, Cuepacs memandang berat aspek itu kerana bimbang penjawat awam yang dibebani kesukaran mendadak akibat diberhentikan kerja akan `berdendam’ terhadap kerajaan sehingga mungkin bertindak membuat hasutan. “Hasrat Cuepacs ialah supaya seseorang penjawat awam yang diberhentikan kerja namun masih taat setia kepada kerajaan kerana hukuman dikenakan bukanlah secara mutlak, sebaliknya masih ada pertimbangan.
“Dengan itu, penjawat terbabit akan lebih dapat menerima hakikat hukuman dan mengakui kesalahan yang dilakukan kerana kerajaan tetap menghargai perkhidmatan selama ini dengan pemberian imbuhan untuk meringankan beban. “Bagaimanapun, kehilangan faedah pencen, perubatan dan kemudahan lain serta tidak boleh lagi berkhidmat dalam sektor awam adalah hukuman setimpal,” katanya. Berdasarkan statistik sektor awam tahun lalu, Omar berkata, kira-kira 380 kes pemberhentian kerja akibat pelbagai kes kesalahan tatatertib, termasuk tidak hadir bertugas tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut. Dalam konteks ini, beliau berkata, penjawat yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut wajar dipanggil untuk membela diri dalam panel lembaga tatatertib sebelum penetapan keputusan memberhentikan kerja. Katanya, ini supaya mereka berpeluang menjelaskan permasalahan atau punca sebenar kejadian itu kerana mungkin berlaku kes kecemasan tertentu yang tidak dapat dielakkan tetapi peruntukan cuti sudah habis. “Penjawat yang melakukan kesalahan tatatertib akan diberi surat tunjuk sebab dan keputusan memberhentikan kerja hanya dibuat berdasarkan jawapan dalam surat itu tanpa dipanggil berjumpa dengan panel lembaga tatatertib. “Ini tidak adil kerana ada sebilangan penjawat yang kurang arif menjawab surat tunjuk sebab dan mungkin ada kes teraniaya. Tambahan pula, lazimnya 90 peratus kes rayuan gagal. “Sehubungan itu, Cuepacs meminta kerajaan mengkaji semula supaya hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan kerana perkara ini memang banyak dipersoalkan dan mencetus perasaan tidak puas hati. “Cuepacs mencadangkan supaya setiap penjawat awam yang menghadapi tuduhan kesalahan tatatertib mesti dipanggil ke dalam lembaga tatatertib dan dibicarakan secara adil dan juga saksama, bukan keputusan dibuat berdasarkan surat tunjuk sebab saja. Selain itu, wajar dilantik pemerhati seperti di kalangan wakil kesatuan,” katanya. Lebih memeritkan, Omar berkata, ada segelintir ketua jabatan menggunakan ancaman `hukuman tatatertib’ sebagai senjata gertakan untuk melakukan suatu tugas ke atas kakitangan bawahan. Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku ketika kerajaan dalam proses mentransformasi sektor awam ke arah kualiti kerja, produktiviti dan sistem penyampaian terbaik kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Katanya, Cuepacs sudah menetapkan dalam Sasaran Kerja Tahunan 2010 untuk meneliti semula Perintah Am, Bab D berkenaan, meliputi dari segi relevan dan kesesuaian dengan perkembangan semasa. “Cuepacs akan mengadakan bengkel bagi tujuan ini, dijangka Februari tahun depan membabitkan penyertaan pihak seperti ahli dalam bidang perundangan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

50 ulasan:

hamba Allah berkata...

saya amat bersetuju agar di kaji semula bagi staff kerajaan yg di berhentikan kerana tatatertib..harus di siasat kerana dia berhenti..saya bekas diberhentikan kerana tatatertib,,tetapi disebabkan oleh masalah dalaman yangmembuatkansaya berhenti..pengurusan yang tidak adil..MOhon Tuan Omar siasat perkara ini..

storm berkata...

saya setuju sekiranya gratuiti dibayar kpd kakitangan yg dipecat sbg menghargai perkhidmatan mereka sblum dipecat selain dpt jg merawat kesedihan dipecat. Mohon mndapat pertimbangan wajar

usa1834 berkata...

saya salah seorang penjawat awam yang baru di buang kerja okt tahun lepas, Telah berkhidmat 15 tahun. saya kesal dan rasa kejam bila sy dalam masa 1 hari tanpa di beri peluang sekurang kurangnya 1 hari.# pada okt 2017 sy terima surat tatatertib buang kerja di suruh tandatangan terus masa yang sama,trrus gaji di tahan hari yg sama dan sedih lagi bila ketua jabatan menyatakan hari itu juga adalah hari terakhir saya bekerja. Saya rasa teraniaya.Bayangkan lucut semua emolumen. Sedangkan saya RASA TIDAK BERBALOI SAYA DI BUANG KERJA KERANA SEMASA SAYA DI TAHAN POLIS DI RUMAH KWN BILA SAYA MASA ITU BUKAN PEMBELI, PENAGIH DAN PENGEDAR DADAH. SY DIPERANGKAP DAN TERANIAYA. Hanya Allah SWT yang tahu. Sekarang bagaimana dgn hutang2 sy dan adakah hukuman ini sengaja memecah belah keluarga saya. Saya mungkin "berdendam dgn kerajaan". kerana perkara ini.

usa1834 berkata...

saya mohon Cuepacs bantu saya, kerana untuk maklumat surat rayuan sy di ubah oleh ketua jabatan sedang alasan surat yang baru alasannya dikekalkan hukuman tatatertib. kenapa hak saya diubah. Adakah ketua saya tutup kesilapan diri dengan tidak beri peluang kepada saya sedangkan saya rasa ada something sebalik apa yang saya terima ini. mohon simpati pihak tuan atas nasib saya. sy tiada niat pun nk cemarkan nama jabatan. sy pernah habis rm10k untuk ambil peguam semata mata pertahankan nama penjawat awam. Sy kosong dan kesal kenapa sy lucut emolumen. tiada dpt tuntut apa apa sedangkan sy pernah jd cermerlang dlm perkhidmatan dan byk lagi tugas2 penting semasa perkhidmatan. sekarang sy rasa seolah olah tidak dihargai semuanya...S33892

Unknown berkata...

saya bersetuju 100% dengan pendapat tuan. tiada keadilan langsung.. tiada pembelaan yang adil dan tidak diberi peluang untuk bersemuka
memberikan hujah2 semasa mesyuarat untuk menjatuhkan hukuman.. Ketua ketua atasan semuanya zalim dan aniaya golongan bawahan..

Unknown berkata...

Memang kejam tanpa mengambil Kira segala pergorbanan sebelum die di dapati melakukan satu2 kesalahan ... Ada juga SBB usur Bala's demdam pihak atasan terhadap anggota bawahan tanpa memberi peluang utk mempsrbetulkan... Nabi Kita pn ampunkan Umat apatah Kita manusia biasa .. dimana nilai2 kemanusiaan DN lihat nasib anak Dan isteri seandainya semua ini berlaku ... Renungkan la andai berlaku pada orang tersayang anda juga akan merasai APA yg dialami saya Dan rakan2 senasib saya.... Saya redha semua ini tp xmampu utk memaafkan org yg membuat anakisteri sy merana

Unknown berkata...

Mohon keadilan bg mempertahankan insan kerdil yg di aniayai

Insan celaru. berkata...

Apa saya perlu lakukan apabila mendapat surat di berhenti kan kerja.

Mohon penjelasan...

ibrahim berkata...

Cadangan ini memang munasabah. Aku adalah insan teraniaya oleh pegawai Kementerian Pendidikan yang tidak berhati perut dan menganiayai aku sekeluarga. Aku telah mendapat surat pertukaran guru ke sekolah berdekatan rumah pada tahun 2002, tetapi telah dibatalkan oleh pegawai di JPN Perak. Pegawai ini telah menggantikan tempat aku dan isteri dengan kroninya yang juga memohon balik ke tempat yang sama. Aku tidak diberi peluang untuk kembali ke sekolah lama di Selangor. Pegawai ini kuat mengelat setiap kali aku ingin berjumpa, sedangkan aku aku terpaksa naik turun bas. Kerana tidak melaporkan diri di sekolah yang jauhnya 90 km dari rumah, kami dikenakan tindakan buang kerja. Kami pertikai prosedur, tapi tidak diendahkan malah dikatakan kalau berhenti kamu anak beranak makan pasir. Dia juga pernah bertanya jika aku ahli parti, kerana lebih mudah untuk urusan petempatan. Sangat sombong pegawai itu, dan alhamdulillah dia meninggal mengejut tidak jauh dari rumah kami pada tahun 2012. Aku juga bersyukur kerana Pengerusi LT yg tandatangan surat buang kerja itu kini sedang mengahadapi tuduhan meminda Laporan Kerajaan.
Aku dan isteri tidak pernah putus asa, demi membesarkan anak-anak kami menjual kuih dan membantu tuisyen. Dari sijil, kini aku sedang meneruskan peringkat PhD. Sekalipun bertugas sbg pensyarah di universiti swasta, pihak KPM sendiri mengundang aku membantu mereka.
Aku berharap pihak CUEPAC sudi membantu mengembalikan hak kami yang dianiayai itu.
Ingatlah, rezeki Allah yang tentukan.

Catatan ringkas,
Ibrahim Ahmad (ibrahimjm8220@yahoo.com.my)

Unknown berkata...

Alhamdulilah,encik masih boleh berjaya,saya sekarang masih mencari kerja,selepas di berhentikan kerja kerana terpaksa berulang jauh tuk duduk dengan mak saya yang duduk seorang diri.dunia begitu menyedihkAn.

Yuri boyka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Kadang kadang tidak salah pun salah pihak atasan selalu cari salah org bawahan ada juga perkauman bangsa pihak atasan selalu buli org bawahan dgn skt tahunan rendah merkah yg d beri 60% sahaja tidak bagi tahu apa keselahan pekerja tersebut.......

Unknown berkata...

Saya bekas diberhentikan@dibuang kerja.
Sbb tidakhadiran bertugas,saya sudah 27-tahun dgn pejawat awam..lagi pun baru kesalahan pertama kali.saya mohon merayu agar Cuepacs dptkan semula brtugas kembali. KKM

Unknown berkata...

Saya juga mengalami hal yg sama.ada apa yang kita boleh lakukan selepas dibuang kerja ?
Semua elaun dan tunggakan gaji sebelum saya dijatuhkan hukuman juga telah tidak dibayar.sedangkan sebelum jatuh hukum,mereka yg mengurus gaji saya berkata "tunggu sahaja". Sekarang saya telah bankrap oleh kerana dibuang kerja dan tunggakan gaji tidak dibayar.apa yang boleh dilakukan? Saya hampir gila.#pdrm

Unknown berkata...

Saya juga mengalami hal yg sama.ada apa yang kita boleh lakukan selepas dibuang kerja ?
Semua elaun dan tunggakan gaji sebelum saya dijatuhkan hukuman juga telah tidak dibayar.sedangkan sebelum jatuh hukum,mereka yg mengurus gaji saya berkata "tunggu sahaja". Sekarang saya telah bankrap oleh kerana dibuang kerja dan tunggakan gaji tidak dibayar.apa yang boleh dilakukan? Saya hampir gila.#pdrm

Unknown berkata...

macamana keadaan kes tuan sekarang ini...boleh bawa ke mahkamah even positif morphin buang kerja.kes lama pun boleh buka fail..ini no saya.01158521861..sms/call aje..

Wani84 berkata...

Saya juga melalui perkara yg sama. 11 tahun service. Salah seorg penanda kertas UPSR bg subjek kritikal, English.

Wani84 berkata...

Sy dbuang kerja atas tidak hadir bertugas. Di pindah kan sekolah kerana utk memeberi peluang kononnya sekiranya berkelakuan baik akan tdk dberhentikan. Presrasi sgt memberangsangkan. Tetapi 23jan 2017 sy dberhentikan atas sbb tdk hadir pada tahun 2009. Segala prestasi terkini selepas tindakan tatatertib tdiak dikira. Walhal sy telah membeyar semua jumlah hari yg sy tidk hadir bekerja. Please help for justice.
Call me 0107177199

muddy.flood.storms.LIFE berkata...

Saya pernah bekerja sebagai pegawai selama 5 tahun di sebuah agensi kerajaan. Rata-rata staff di situ adalah berstatus kontrak (1+2+2). Kami ambil maklum bahawa kontrak kami akan ditamatkan bila bila masa sahaja. Namun, setelah disuruhnya kita berhempas pulas menyiapkan kerja, dengan deadline yang gila, project back to back, saya ditamatkan kontrak pada Disember 2019 iaitu 2 minggu sebelum diberitahu kontrak saya tak disambung. Pernah berhubung dengan pihak Cuepacs berhubung isu ini dan beliau menjelaskan bahawa Cuepacs tak boleh buat apa2 sebab agensi itu bukan sepenuhnya under kerajaan and to make it worse, labor department pun macam tak boleh nak terima that case. At that point, i realized, manusia-manusia ni macam dah hilang humanity and saya mmg mental breakdown. Nasib baik support system saya kuat dan alhamdulillah after 2 months, saya dah dpt kerja but with a lesser pay. Saya mencadangkan Cuepacs wajib memandang serius isu staff yang berkontrak so that tidak dizalimi seperti ini. Kalau tak suka orang bawahan, jangan dizalimi.

Dear berkata...

Suami saya telah dijatuhkan hukuman 2 thn kerana dituduh mendera anak. Suami memukul anak kerana mencuri, anak keluar dan jiran memaksa anak saya ke klinik tanpa pengetahuan kami. Mereka memaksa dr membuat laporan polis. Dengan keadaan anak yang calar balar dipukul dgn rotan, tentu sahaja dr percaya sedangkan itu kali pertama anak diajar dengan cara tersebut. semasa prosiding mahkamah, suami telah dibekukan gaji, tetapi diminta hadir menyiapkan kerja di pejabat. Sedangkan gaji telah dibekukan. Sehingga kini tiada apa2 surat diberhentikan kerja atau apa2 makluman dpd jabatan. Jika dibuang kerja kerana masuk penjara kenapa. Jabatan tidak mengeluarkan surat atau maklumkan kepada kami. Kami perlukan surat tersebut kerana ada urusan dengan pihak bank dengan hutang2. Hutang untuk bayaran bil hospital anak yang dikatakan didera ayahnya..

Unknown berkata...

Salam.. saya juga ada masalah tentang tatatertib..melibatkan mc palsu.. saya sehingga kini masih menunggu notis..diberhentikan atau sambung
kerja..sy msih mnunggu dripihak suk ....saya ada wat rayuan pada suk johor..tapi dsuruh jgn dtng kerja hingga ke hari ini tanpa notis tanpa apa2 setelah 3 tahun menunggu oleh jabatan sy.. kerana kata mereka kes sy sukar.. sbb sy dah ada taraf tetap berpencen..nk bhntikan amik masa.. kesan dari mende yg berlaku ni.. rumah sy dh dijual..kenderaan dh dijual..loan.. sy bru bkahwin masa dibhentikan...skrang anak dah dua dah tuan...tau la kerja kat luar ni..if tempat baik utk kais lama la kerja..pastu bhnti..kalo gaji asyik nak ofer rm1100 zaman ni...rumah sewa dah berapa dijohor ni..lg lg di kwsan utama.. sy stress juga..sbb dari umur 19 tahun sy berkhidmat dlm kerajaan..boleh ke sy dpt pampasan atau rujukan dari pekara sebegini..mohon hubungi saya..tq

Unknown berkata...

Rupanya ramai yang senasib dgn saya...

Aizen berkata...

Rakan-rakan sekalian, saya bersimpati atas nasib yang menimpa. Jadi ingin juga bertanya..semasa keputusan buanh kerja dibuat, adakah pihak pengurusan mempertimbangkan latarbelakang staf? Conyohnya ada keluarga yang perlu disara, anak yang masih kecil dan sebagainya?

Yuri boyka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Biarlah saya berhenti kerja daripada bersekongkol dengan perasuah. Semua pengsubahat akan berjumpa dengan saya di akhirat sana. Mereka ada yang bersara dan dah tua sekarang. Kerajaan BN pun dah terima pengajarannya. Tiadarrasa terkilan dijiwa saya kerana rezeki itu milik Allah SWT.

Insan Menunggu berkata...

Selalunya berapa lama pihak KPM atau JPN beri keputusan kes tatatertib ni?

Yuri boyka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Tuan2 Puan2 cuba minta bantuan SUHAKAM

wan eirin berkata...

macam mana caranya..sy juga nk bntu isteri sy..dia di tuduh menggunakan kad pengenalan palsu pd thm 2017..18hb oktober dpt surat dr KPM tindakan tatatertib buang kerja..rerapi diminta membuat rayuan..
klu kita ramai2 pergi suhakam dn usulkan masalah kita ni kan bagus..hrp2 ada yg dpt mbntu d cni..

Unknown berkata...

Ridzhuwan abd rahim pkd kubang pasu

Yuri boyka berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

saya seorang kakitangan awam bahagian kesihatan di kulai.masalahnya,kini saya dalam prosiding tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas kerana menjaga anak yang sakit.tiada kertas pertuduhan di berikan kepada saya.saya juga telah bekerja selama 14 tahun.kesalahan yang saya dituduh dilakukan pada bulan feb.gaji juga tidak diterima dan telah dipotong.surat amaran telah diberi dan saya juga telah bekerja selama 9 bulan.tiada surat tunjuk sebab di minta bagi menjelaskan perkara tersebut.kes saya masih lagi dalam prosiding.mohon beri pendapat.bileh hubungi saya di 0177829398.

Azam berkata...

Rata2 yg komen adalah kakitangan awam yg dibuang kerja.. Ni saya nk bgtau, rumahtangga saya hancur kerana campurtangan ipar duai yg merupakan guru dan pensyarah.. Akibatnya anak saya kehilangan kasih seorang bapa.. Kalau mereka disabitkan bersalah dan dibuang kerja sekalipun,tetap tidak dpt menebus dosa mereka.. Anak saya yg berusia 4 tahun menjadi mangsa demi kepuasan hati bbrp kerat org tua berhati syaitan

Unknown berkata...

Salam...sy nak tanya...kalau anggota bernikah di thailand..tdk dftar..blh kne buang krja juga ke klo isteri dia repot?

wan~♥ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wanz_aku org kerdil berkata...

Salam saudara saudara seangkatan yang senasib dgn saya..diri terasa teraniaya serta diperguna ,ditahan pengesahan jawatan,dituduh berurusan ,dbagi gaji hari,3 bulan merasa tidak bergaji ..dtuduh tidak hadir bekerja dan bakal menerima surat pembuangan kerj.Note akhir skrg merasa lah keja skuriti,merasalah keja market

Wanz_aku org kerdil berkata...

Please feedback 0164845668

peluang ke2 berkata...

salam..sy adalah salah seorang yg bakal di tamatkan perkhidmatan d KKM..kecewa juga bila x diberi peluang ke2..sy berusaha bangkit dr kesilapan yg dibuat..berusaha mengekalkan SKT lebih dr 90 markah..komitmen yg x berbelah bagi tp akhirnya perkhidmatan sy di tamatkan juga..bagaimana sy nak teruskan kehidupan..harap ada sinar untuk saya dan anak2..

Unknown berkata...

Aku terse lamak Dari dibuang kerja untuk kes x hadir bertugas tahun 2018. Tapi akan dibuang memandangkan tahun ni pon terlebih cuti.
So aku plan nak resign pada bulan. 10. 2020 nanti. Sebelom dibuang.

shamusedcarrunner@gmail.com berkata...

Bolehkah seseorang tersebut menerima tawaran perlantikan pekerjaan sekiranya dia mempunyai rekod lampau kes dadah.. adakah kes tersebut akan menganggu pengesahan bekerja insan tersebut kelak?

Yuri boyka berkata...

X boleh.sbab kes lampau (walaupun hukuman bon berkelakuan baik )spa xkan terima..sbab masa nak interview kat spa calon akan isi borang biru dan akan ada soalan "pernahkah calon terlibat dengan kes jenayah"(lebih kurang camtu soalan)

Unknown berkata...

Adakah bapa saya akan akan dijatuhkan hukuman buang kerja kerana tidak hadir bekerja selama 1
2 tahun. Perkhidmatan sudah lebih 35 tahun.. akhir akhir pekhidmatan katanya malas untuk dtg kerja.. letih dn sebagainnya.. kini tunggu keputusan dri kementerian pelajaran malaysia adakah bapa sy akan dibuang kerja atau sekadar kena tatatertib....tnggu keputusan pun hampir setahun sudah.. mohon pencerahan pada yg tahu..

Unknown berkata...

Saya adalah seorang bekas kakitangan jabatan hutan dengan status lantikan kontrak, malangnya, ketua jabatan telah menuduh saya dengan tuduhan yang tidak benar dan tidak ada bukti, saya hanya dipanggil dan hanya diarahkan untuk memberi penjelasan secara lisan dan saya menafikan semua tuduhan tersebut, selepas memberi penjelasan, ketua jabatan seolah olah berpuas hati pada masa tersebut, wlaubagaimanapun 3 hari sebelum perkhidmatan saya ditamatkan, ketua pegawai menyerahkan notis penamatan perkhidmatan, saya membantah keras dan sehingga sekarang saya menanggapi notis tersebut sebagai tidak sah kerana saya tidak bersalah. Sekarang saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan, Saya merayu kepada yang berkenaan agar membantu saya.

Unknown berkata...

Salam,pada 20/01/2022 saya diberi surat keputusan jawapan bahawa saya bersalah dan dikenakan tindakan buang kerja....surat jawapan notis buang kerja bertarikh 28/12/2021....saya amat terkilan dan sedih dengan keputusan yang dikenakan terhadap saya kerana surat pertuduhan yang dikenakan terhadap saya sebelum ini telah saya hantar/balas dengan jawapan berserta saksi kejadian dan berserta bukti...kes berlaku pada 14/01/2020.

KETIKA ITU SAYA SEDANG URUS AYAH SAYA TERLANTAR DI RUMAH AKIBAT KANSER TULANG TAHAP 4,ISTERI BARU SELESAI MENJALANI PEMBEDAHAN KANSER TAIROT DAN SAYA HARUS MENJAGA SEORANG DIRI ANAK SAYA YANG BARU LAHIR SEUSIA 3 BULAN.

KEPUTUSAN DI BUANG KERJA AMATLAH ZALIM DAN PERIT UNTUK SAYA TERUSKAN HIDUP SEKARANG...

"SAYA DIPUKUL DAN DI TAHAN REMAN SELAMA 14HARI UNTUK MENGHILANGKAN KESAN PUKULAN DARI ANGGOTA YANG MEMUKUL SAYA...SEBELUM MEMBUAT UJIAN AIR KENCING,SAYA TELAH MAKLUMKAN KESIHATAN SAYA KETIKA ITU DAN TELAH MENGELUARKAN UBATAN YG SAYA AMBIL SEBELUM MEMBUAT UJIAN AIR KENCING...(BUKTI SEBELUM HARI KEJADIAN TTG TAHAP KESIHATAN SAYA TELAH SAYA LAMPIRKAN)...

SEPANJANG PERKHIDMATAN SAYA TIDAK PERNAH TIDAK HADIR DARI UJIAN URIN TEST DI BALAI DAN SAYA TIDAK PERNAH BERMASALAH DENGAN UJIAN AIR KENCING KETIKA DIBUAT.

KETUA BALAI TELAH BERPAKAT DENGAN ANGGOTA YG MEMUKUL SAYA KETIKA ITU.(SAYA MEMILIKI BUKTI/SAKSI KEJADIAN).

TERKILAN APABILA SURAT PERTUDUHAN TELAH DIBALAS BERSERTA BUKTI-BUKTI OLEH SAYA TIDAK DISIASAT DENGAN TELUS.

SEMOGA ADA YANG SUDI MEMBANTU DALAM PERMASALAH/UJIAN HIDUP YG SAYA HADAPI SEKARANG...AAMIIN

Mangsawan berkata...

Saya juga berdepan kktgn awam yang puaka zalim sebagai in-laws. Esok baru ada keberanian nak jumpa lawyer. Kes jadi dah banyak tahun. Masing² berlagak dengan kerja gomen. Kesian juga pada anak² nanti dengan kena keluar qtrs lagi... suami pun mangsa juga kena buli dengan mak&adik². tapi saya tak mampu dah nak hadap mil dan sils

Tanpa Nama berkata...

Saya amat terkilan dgn undang2 yg amat teruk yang diberhentikan atas kesalahan dadah.. Tolong kaji balik.. Jangan la sekat elaun2 bonus dan ape2 imbuhan.. Cukup satu hukuman saja yg terkesan dalam diri diberhentikan.. Itu pyn dh musnah hidup seeorang itu.. Dgn ada nye imbuhan bonus yg lain sekiraan diberhntikan.. Bolehlh membantu seeorg itu meneruskan hidupnye dgn keluarga.. Saya syg kerja saya.. Kenapa zalim sgt pada saya, bantu la anggota yg diberhentikan hanya 1 kesalahan saja diperlakukan mcm itu.. Tolong kaji balik jgn bagi hukaman macam musuh negara yg memberi ancaman. Saya sedih tak diberi peluang untuk tebus kesalahan saya..

Tanpa Nama berkata...

Jika Kita menjalani kpsl..tetapi tak habis..Kita meletakkan jawatan di gred yg baru..sebelum menjalani kpsl..Kita telah melepaskan jawatan di gred lamaa..boleh ke Kita nk buat rayuan perjawatan gred lama Kita..

Tanpa Nama berkata...

Bekas pemandu ambulan kkm.start service 2013 ditamatkan 2021. Rasa xadil. Pihak penyelia u32 pengurusan pilih bulu, pandai jilat bontot boss memang kenyang laa. Ada driver xmari kerja 12bulan straight, boleh je keje balik( kawtim ke). . Lain keStaff unit hasil hospital dia projek duit yg pesakit atau waris bayar dia boleh 'songlap'.Kalau di ikutkan kes besar tu
pecah amanah. Settle luar ke kawtim jgak? Hingga ke hari ni elok je org tu kerja mcm xpernah buat salah. jenayah. Tak de pulak dorg kena tindakan tatatertib buang kerja pulak. Aku baru xdtg tugas terus menyalak ambik tindakan. Xde bagi muka langsung. Aku dendam dgn kau penyelia lahanat. Depan betina, kau je la yg terpaling hebat.! Aku sumpah engkau dan keturunan kau akan susah!!!!

Johhny Amaai berkata...

Saya terlibat dalam kemalangan terlanggar orang naik motor dan kes di bawah ke mahkamah saya didakwa saman rm5000 dan gaji sy hanya rm2000 sebulan. Sy bejaya membayar saman tapi adakah saya bakal dibuang kerja?

Tanpa Nama berkata...

Encik, boleh bagi email encik x?