SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mac 2010

PESARA BANTAH POTONG PAMPASAN

Berita Harian
5/3/2010


SAYA tertarik dengan laporan akhbar ini pada 2 Februari lalu yang memetik kenyataan Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan menyemak pencen penjawat awam serendah RM300 dan menyemak gaji yang mencapai gred maksimum. Apa yang ingin saya perkatakan ialah mengenai permohonan bersara pilihan. Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Rujukan: JPA/PEN (s)228/25/5-11(22) bertarikh 25 Januari lalu, menyatakan penjawat awam yang memohon bersara pilihan selepas mencapai perkhidmatan lebih 30 tahun sama ada genap umur 54, 55, 56 ke atas hanya dibayar 20 peratus daripada ganjaran. Selebihnya dibayar apabila mencapai umur mengikut opsyen 58 tahun dan dengan menerima syarat pampasan itu pula akan ditolak kepada pinjaman perumahan. Syarat 20 peratus boleh juga diterima tapi janganlah ditolak pinjaman perumahan.
Saya berpendapat perkara ini tidak masuk akal sedangkan pinjaman perumahan diluluskan kerajaan mengikut tempoh dipersetujui dan diinsuranskan. Diharap kerajaan terutama JPA tidak mencadangkan arahan yang memberi tekanan kepada penjawat awam yang sedang merancang masa depan. Mungkin ramai penjawat awam sependapat dengan saya. Jika Omar membaca Berita Harian, pandang-pandanglah ruangan surat pembaca kerana pampasan yang diterima itu untuk kita memulakan penghidupan baru sebagai rakyat biasa seperti menunaikan haji, memulakan perniagaan bagi yang berminat, perusahaan kampung seperti memelihara, bertani dan membuat pelaburan dengan menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera untuk hari tua. Diharap Presiden Cuepacs dapat menyemak arahan JPA seperti di atas supaya bakal pesara menerima sekali gus pampasan dan tidak perlu pampasan itu ditolak pinjaman perumahan dan jangan slogan Perdana Menteri, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi laungan semata-mata.
Biar penjawat awam yang mahu bersara pada umur 54, 55, 56 dapat mengecapi kesenangan dan yang mahu berkhidmat hingga 58 tahun, teruskan. Jangan arahan lama JPA/PEN/228/25/1/JID.4 BIL 6 Tahun 2008 itu dipinda. Biar ia diguna pakai bagi mereka yang mahu bersara pilihan. Biar mereka rasa kesenangan ketika bersara dan menjalani kehidupan tenteram, bak kata pepatah tidaklah kita mati berputih mata kerana tidak dapat melihat hasil sumbangan tenaga kepada negara.

BAKAL PESARA HAMPA,
EBL, Muar.

2 ulasan:

14 Tahun lagi nak Pencen berkata...

Betul tu, Apa yang dikatakan oleh anda BAKAL PESARA.
Cuepacs seharusnya bertindak segera dengan hal ini.

Pihak Kerajaan jangan abaikan kebajikan Bakal-bakal Pesara ini yang telah banyak menyumbang untuk kesejahteraan Malaysia.

Tak kan Kerajaan tak de Duit.......Kemanakah duit tersebut ???

Kata ekonomi Malaysia sudah pulih.........

kushieda Minorin berkata...

nak bayar hutang hutang projek mega dengan apa en tua oi? bulu hidung?