SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mac 2010

'SYARAT BERSARA PILIHAN TAK ADIL'

Berita Harian
Oleh Shaarani
1Ismailshaarani@bharian.com.my
2010/03/28






Cuepacs mahu bincang semula peraturan dengan JPA pada 5 April: OmarKUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 5 April ini bagi membincangkan semula syarat baru bersara pilihan yang kini diperketatkan dan disifatkannya tidak adil kepada kakitangan awam.
Presidennya, Omar Osman, berkata hasil maklum balas diterima pihaknya selepas pekeliling mengenai syarat baru itu diedar bulan lalu, menunjukkan lebih 90 peratus kakitangan perkhidmatan awam, termasuk kalangan Pengurusan dan Profesional tidak bersetuju dengan syarat itu. “Setiap kakitangan perkhidmatan awam yang memohon bersara pilihan mempunyai sebab tersendiri dan gratuiti yang sepatutnya mereka peroleh dan diganti dengan sagu hati sebanyak 20 peratus ganjaran atau RM10,000 atau mana lebih tinggi itu sememangnya tidak dapat diterima.“Setiap kakitangan perkhidmatan awam memohon bersara pilihan dan menerima ganjaran penuh seperti sebelum ini mempunyai perancangan mereka sendiri seperti menggunakannya untuk melunaskan hutang, menampung kos perubatan dan kesihatan dan sebagainya. “Bagaimanapun, ini mungkin akan terjejas disebabkan pelaksanaan syarat baru itu,” katanya ketika dihubungi semalam.Akhbar semalam melaporkan JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata antara syarat baru yang diperkenalkan mulai 1 Februari lalu ialah kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan berbanding bayaran sekali gus seperti sebelum ini. Omar berkata, Cuepacs akan memohon JPA mencari mekanisma lebih adil dan memberikan situasi menang-menang kerana syarat baru yang diperkenalkan itu tidak dipersetujui majoriti kakitangan awam.“Saya juga sudah berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini bagi menyuarakan kebimbangan selepas syarat baru bersara pilihan diperkenalkan selepas mendapat maklum balas negatif pelaksanaannya daripada banyak pihak. “Apa yang diharapkan melalui perbincangan itu nanti satu mekanisme baru atau syarat baru yang mula berkuat kuasa sejak Februari lalu dikaji dan diteliti semula kerana pasti ada mekanisme lain yang boleh digunakan dalam menangani perkara itu,” katanya.Omar berkata, Cuepacs juga menjangkakan syarat baru yang diperkenalkan itu juga akan memberikan kesan kepada kenaikan pangkat di kalangan pegawai lebih rendah kerana pergerakan jawatan yang perlahan disebabkan syarat ketat permohonan untuk bersara pilihan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun saya lambat lagi nak pencen, saya harap kerajaan guna pakai yang lama, takkan lah pasal ganjaran negara boleh miskin, kot mana pun kena bayar juga, bagi sikit-sikit boleh buat apa, sudahnya duit habis gitu aje, macam dapat saguhati 500 bayar 2X, 250 sekarang ni macam 25 dulu, kalau bayar penuh tu adalah perancangan-perancangan pakcik-pakcik yang nak option tu terlaknana, pikir-pikir lah pihak yang berkuasa.

Mat Asin berkata...

Aku sokong 100% bersara pilihan Wat pe nak tunggu sampai 58 tahun nak bersara. Kalau rasa kewangan dah teguh bersara awallah. Bagilah peluang kat budak2 baru grad yang masih lintang pukang lagi kehidupan mereka.

Ok chow...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sokong 100%..Takkan nak guna tema POTONG....POTONG....POTONG lagi...dah tak sesuai lagi...

Tanpa Nama berkata...

betuii tuu bagi la bebudak baru peluang tak kan keja sampai nak menongkat langitt jemuu dahh walaupun baru 25 servis baru la boleh kata rakyat didulukan kakitangan awam yg nak bersara awal pon rakyat juga kan
kann kann kann

Tanpa Nama berkata...

heran la aku gomen nie....kata ekonomi naik, positif, sume baek blake la.....tp awat tang ganjaran pesara pilihan depa kata gomen x de duit laks....polis, tentera mintak pelarasan gaji tah bape kali dapat laks tuh, x plak depa kata gomen x de duit.....ekonomi chart pun goreng ka?....

Exco Pemuda Grik berkata...

korang jangan melawan UMNO.. buruk padahnya.. nanti kami ptong COLA baru kamu tahu

Pemuda Grik berkata...

Exco..adakah awak BlackMail uS???pls..JGn harapkan Undi Sahaja~~~

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

RM10k???!!!! Hanya mampu menyara perbelanjaan 2 bulan sahaja... itu pun secara berhemah dan berjimaat cermat.
Rasionalnya :
Ansuran kereta RM 1200.00
Ansuran rumah RM 900.00
Petrol RM 600.00
Bil api,air,TNB,ASTRO,TM RM 500.00
Belanja dapur RM 1500.00
Belanja luar jangka

Zulkipli B Nooh berkata...

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA TELEKOMUNIKASI SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE)

29hb. Mac 2010
NUTE 1406 (03)

Kepada:

PENGERUSI CAWANGAN NUTE
SETIAUSAHA CAWANGAN NUTE

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan NUTE bersama Pihak Pengurusan TM telah membuat ketetapan dan persetujuan mengenai Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE seperti yang dicadangkan oleh Ahli-Ahli NUTE.

Semua cadangan dan syor syor yang telah dihantar ke Ibupejabat pada 27.07.2009 telah diteliti, namun Pegawai-Pegawai Kanan NUTE telah bersependapat dan bersetuju dengan ketetapan yang telah disyorkan oleh pihak Pengurusan TM, seperti berikut :

a) Kenaikan Gaji sebanyak 15%
b) Elaun COLA dinaikan kepada RM 250.00
c) Bantuan Perumahan dinaikan ke RM 300.00
d) Umur Persaraan ke 56 tahun (berkuatkuasa 1.1.2010)
e) Kenaikan Tahunan Gaji – mengikut Prestasi anggota.
f) Pembayaran Bonus mengikut Prestasi Anggota
g) Cuti Tahunan diselaraskan kepada 30 hari dalam setahun
h) Cuti Ehsan diseragamkan kepada 12 hari dalam setahun



Bagi pihak Pegawai-Pegawai Kanan NUTE, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan beberapa perkara penambahbaikan kepada Pengurusan dan Ahli Ahli NUTE, diantaranya adalah seperti berikut :

a) Faedah Persaraan dikurangkan dari RM 500 kepada RM 200
b) Biasiswa NUTE kepada anak-anak Ahli Dihapuskan
c) Faedah Kematian ditamatkan serta merta

Seterusnya Ibu Pejabat NUTE akan mengadakan program turun padang untuk menerangkan isu-isu semasa dan di harapkan semua warga kerja NUTE terutama ahli-ahli NUTE agar bersabar dan memberi kepercayaan kepada saf kepimpinan NUTE.

Sekiranya saudara/saudari mempunyai masalah/kemusykilan saudara/saudari juga boleh menghubungi Ibu Pejabat NUTE di no. tel: 03-2282 5350, 03-2282 1599 atau berbicara melalui email nute@streamyx.com

Kerjasama saudara/saudari dalam menangani perkara ini amatlah disanjungi dan di ucapkan jutaan terima kasih.


ZULKIPLI B NOOH
Setiausaha Agung NUTE

ハs50アy6 berkata...

今朝つあんぺ ペケrじゃ 多美l 馬場意 nnb0135881767

Tanpa Nama berkata...

In one of the developments of GTP is to reduces the disparities between the rich & poor,i.e - People First.And now,this small fraction/percentage of civil servants of the 1.2 million who's going to opt for early retirement definately are people too. By giving 10% of gratuities for the would-be retirees is like snatching away their rights under Perlindungan Hak Hak Pencen 147.(1).The early opt-out for these small numbers of civil servants aren't going to effects much of the governtment workforce.Everymoment of the year,you have so many new bloods coming in to fufilled their posts.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong persaraan pilihantu terutama golongan wanita, kerana mereka bolehlah pula tumpu perhatian kepada rumahtangga bagi baki umur yang ada dan beribadat dengan tenang melayan suami mengurus apa yang sepatutnya wanita atau isteri yang solehah. yang selama ini terabai dek kerja yang banyakcontohnya macam guru, dimana-manapun diluahkan guru dibebani dengan kerja pentadbiaran dan perkeranian. Tenaga yang semakin kurang ada diantaranya kesihatanpun kurang nak mengizinkan, saya bukan apa kesian, cukuplah khidmat mereka selama 24-25 tahunpada bangsa dan negara. Ahli yang akan dijaga dan diberi perhatian itu juga merupakan sumber utama pada negara. kalau rumahtangga langsung terabai bagaimanakah kita nak melahirkan jenerasi yang berkualiti kerana semua bermula dari rumah dari didikan ibubapa khasnya anak anak yang telah dewasa kerana mereka sanggup keluar mendapatkan rakan-rakan diluar sana untuk meluahkan segala permasalah, ibubapa akau sebook memanjang balik lewat dorang kata banyak kerja.... itulah yang diluahkan oleh anak-anak remaja yang sepatutnya ibubapa menjada rakan pendamping kepada mereka.Berbeza dengan anak-anak semasa kecil mereka takkan nak lari keluar rumah walaupun ibubapa sebok bekerja.Justeru itu saya amat berharap agar kerjaan menimbang syarat permohonan persaraan awal dengan syarat yang lebih mudah.

firemen lama berkata...

secara peribadi saya rasa syarat bersara pilihan ini membohongi kakitangan awam,sy tidak di pengaruhi oleh mana2 sentimen politik tetapi telah berkhidmat 21 tahun dengan kerajaan,saya merasa teraniaya di perlakukan begini,saya sayangkan perkhidmtan awam,tetapi saya tidak dapat membendung rasa tidak puas hati yang semakin menebal bila kerajaan buat begini,rasanya tempat yang terbaik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati ialah melalui peti undi pada pru yang akan datang,fikir-fikirkanlah.

Unknown berkata...

X.patut...x patut...kaji.semula...klu pencen.pilihan cmni, maknanya tggu sampai 58 laa...hmmm