SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

22 Julai 2010

BERI PELUANG PENJAWAT AWAM LANJUT PENGAJIAN

Utusan Malaysia
23/2/2010




KUALA LUMPUR 22 Julai - Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Senator Noriah Mahat berkata, ia selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang telah dan akan dirangka kerajaan.

"Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini," katanya semasa membahaskan RMK-10 pada sidang Dewan Negara hari ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami dah sambung belajor. guna duit mak bapak..pjj lah, e-pjjlah, plklah, oumlah dan macam2 lagi..tapi susah nak naik pangkat..

bagi elaun sudahlah..mana2 yg ada kelulusan bagi elaun sudahlah..

semak tengoklah mana2 jabatan pun...

Tanpa Nama berkata...

Bagus lagi beri peluang kepada pelajar2 yg memerlukan utk melanjutkan pelajaran secara percuma ke IPTA dpd buang masa PA lanjutkan pengajian. Buang masa, duit kita org kita mahu pencen kalau dpt Ijazah, master nanti kita tidak dinaikkan pangkat lebih baik lagi peluag ini diberikan kepada anak2 muda atau pelajar2 yg. gagal memohon ke IPTA.

CUEPAC
Tak payah jangan membebankan PA. PA yg. sudah lama berkhidmat pun ramai yg. ada Ijazah sekarang tidak dapat dibela sampai pencen pun masih gaji gred 17 dan 22 saja. Benda macam ni tak payah belajar pun dapat. Kalau guru boleh sebab guru jawatan istemewa kerajaan. Sekarang belajar tingi utk guru baik supaya lebih pandai lagi memberi ceramah2 politik mereka utk tipu org ramai ramai isi poket banyak semasa bergiat dlm politik dan pegang jawatan tingi parti BN dapat banyak rezaki nanti bagi guru gerd DG41 dan 48 dahlah gaji besar banyak elaun Hanya guru saja yg dpt bantu BN utk menang PRU-ke 13 nanti. Faham2 lah KSN. Jangan lupa PA yg. lain.

Tanpa Nama berkata...

Ini bagi siapa yang nak belajar, peluang depa. Yang tak nak belajar janganlah hapuskan peluang orang yang nak belajar. Bukannya diwajibkan kepada semua PA wajib belajar.

pelajar ada bahagian dia, PA perlu ada bahagian dia. Bukannya kalau bahagian PA untuk belajar dihapuskan dan ia di bawa ke bahagian pelajar, sori... masuk tempat lain beb. last2 pelajar mcm tu gak.

So, org memberi kita merasa.

saya pasti dari masa ke semasa ceupacs akan berusaha agar semua yang di bawah tanggungjawabnya akan terbela, cuma cepat dengan lambat, banyak dengan sikit, untuk kita atau anak kita yg jadi PA esok2.

Syabas CEUPACS, teruskan usaha.

Tanpa Nama berkata...

belajor le sape pun tak marah..cume kite nak ingatkan jangan sampai berhutang sana sini..habis belajor..mane pun tak dapek..dok cam tu ya..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah cadangan yg baik bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan awam yg pastinya kena bagi gaji penuh,

disamping itu disarankan agar cuepacs akan berjaya dan berupaya mengangkat skim teknikal ke grednya yg lebih baik, ianya perlu dinaikkan skim setaraf spt negara jiran kita Singapura sekurang2nya bertaraf diploma kerana zaman ict ni semua pegawai teknikal ternyata berjaya berupaya serta dapat mengabungkan sistem kerja yg lebih berinovatif ia diibaratkan sebagai pemancu dalam menjana prasana infratruktur pembangunan negara.

Kerajaan harus peka dengan perkembangan dan pencapaian ini yg ternyata telah berjaya dilaksanakan dan seterus sentiasa bersedia menyahut usaha dan cabaran yang akan datang.


Kejayaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan kepada mengupgradekan skim teknikal jika ingin berjaya setaraf begara maju sebagai mencapai visi dan misi kerajaan kearah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Bukan mahu sekat peluang PA belajar tapi kita ini mahu bincang sejauh mana keperihatin kerajaan terhadap Graduan PA yg sudah lama dpt Ijazah....Sejauh manakan peluang kenaikan pangkat mereka diambil perhatian atau dititikberatkan.
Tiada siapa yg larang utk melanjutkan pelajaran anda sampai mana anda mampu. Itu lagi bagus kalau semua PA dpt Ijazah tapi kita mahu kerajaan peka kepada semua Graduan PA bukan utk segelintir jabatan kita mahu peluang sama rata dinikmati oleh semua jabatan bukan untuk guru, polis tentera saja diutamakan. Kita tidak mahu sampai bersara pun gaji setakat gred SPM saja kita mahu naik kepada gred gaji Ijazah gred 41

Kalau mahu konsep 1 Malaysia tercapai semua jabatan kerajaan penting utk merelasasikannya.

Semua PA sebagai pengeraknya utk menjalankan tugas yg sama2 penting dalam membantu melaksanakan konsep 1 Malaysia supaya negara dapat mencapai status berpendapatan tinggi pd tahun 2020

saya amat berterima kasih kepada cuepacs sekiranya dpt membela nasib Graduan PA .

adyipoh berkata...

benda ni dah lama apa nak ckpkan lg......isu sama saje byk kerenahnya patutnya permudahkan lah apa tak nya SKT nak 80% ke atas 3 tahun turut2 (walhal aku tak pernah di bagitahu pon markahnya dah 7 tahun) pastu ada IPTA pom ada kerenah nak sampai 10 tahun pengalaman kerja, baik dia suruh aku tunggu pencen dulu baru sambung....BANGANG!!!!

ishwaran nadarajan berkata...

jika penjawat awam tidak diberi kebenaran oleh ketua jabatan untuk sambung belajar apakah yang patut dibuat?

Rizal zaii berkata...

Assalamualaikum..
anak buah sy bercadang utk sambung belajar
dia kini sdg bekerja sbg dlm sebuah badan unit berunitform
cuma inginkan pendapat ceupacs atau kawan2 yg berpengalaman..dimana dia boleh sambung belajar..??
Harap dpt membantu..terima kasih..

Rizal zaii berkata...

Assalamualaikum..
anak buah sy bercadang utk sambung belajar
dia kini sdg bekerja sbg dlm sebuah badan unit berunitform
cuma inginkan pendapat ceupacs atau kawan2 yg berpengalaman..dimana dia boleh sambung belajar..??
Harap dpt membantu..terima kasih..