SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

30 Julai 2010

16 NGO KEMUKA MEMO MENGENAI ISU AIR

Bernama
2010/07/29




SHAH ALAM: Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada anggota Exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di sini.
Jurucakap NGO itu, Datuk N.Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.
"Kami mahukan kerajaan negeri mewarta kawasan tadahan air kekal untuk menjamin kualiti bekalan air dan melindungi alam sekitar," katanya kepada pemberita. Fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pembangkang menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008. Sementara itu, Wong berkata kerajaan negeri menyambut baik projek itu pada dasarnya tetapi prihatin terhadap kerja-kerja pembinaan oleh kerana ia akan menjejas bekalan air dan alam sekitar. "Projek yang dicadangkan itu mungkin melalui kawasan tadahan air di kawasan selatan negeri ini yang boleh menjejas bekalan air," katanya. Wong berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langkah mengumpul bekalan air termasuk tuaian air hujan, mewartakan semua kawasan tadahan air dan kolam simpanan air. Beliau juga berkata kerajaan negeri akan melaksanakan dasar tidak lama lagi bagi mewajibkan semua pembangunan perumahan baru mempunyai kemudahan tuaian air hujan. "Langkah ini akan membantu pengguna menjimatkan air antara 25 hingga 30 peratus," katanya. - BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahaii ini ceriter politik ..leceh la ..nak baca

Tanpa Nama berkata...

tah macam mana boleh masuk dalam web cuepacs pulak..cuepacs nak berpolitik pulak ke..ke presiden kita suruh..sebab nak aktif politik macam dibenarkan oleh ketua setiausaha..kehkehkeh...

tapi isu air ni..bagi le pada kerajaan selangor nak buat macam mana pun...yg kerajaan pusat halang itu ini buat apa...atas kepentingan rakyat..kerajaan pusat jangan halang apa2 perancangan yg kerajaan selangor nak buat..bukan takat isu air saja..malah isu2 lain juga...biarlah..asalkan rakyat selangor dapat manfaat..hheeee...

zila berkata...

hidup kerajaan selangor.

Jibam berkata...

u7mno laknat nak peralatkan syabas saman kerajaan selangor sebab enggan menaikkan tarif air. kalo umno la yg perintah selangor skang ni, mesti tarif air dh naik senyap2 mcm kat lain2 negeri

Tanpa Nama berkata...

kenapa umno kalut semacam je kat selangor. bab air ni biar le selangor uruskan. syabas pun bukan ke anak syarikat selangor..kenapa tak patuh pada kerajaan selangor..

dengar kata bos syabas gaji sampai 5.1 juta ringgit setahun(kedah lanie). kalau betul..mampuih kata orang kedah..

ikhlas saya cakap..malaysia susah nak maju kalau ada 'stail' macam ini..

tak tau la..tapi boleh jadi tak maju sungguh..

hai..entahlah..

lepas ni cari tajuk isu naik gaji pulak le...isu air tak berapa best..

Tanpa Nama berkata...

salam n salam 1 Malaysia..jgn cepat menuduh UMNO yg bukan2..sdra/sdri dah baca habis ke keratan akhbar ini? yang terlibat NGO's yang tiada penglibatan dengan politik pun,mereka ini perihatin terhadap rakyat Selangor,khususnya kawasan Lembah Kelang..pastu apa pulak kata Exco Elizabeth Wong!!..biar faham betul2 sebelum menuduh UMNO yang bukan2..rasanya ahli2 UMNO dah banyak bersabar dengan coment2 yang tidak membina dan bukan dalam ruangan ini..kamu semua salah tempat,saya agak kamu semua bukan dari kalangan P/A la..

Tanpa Nama berkata...

eh..nape sensitif sangat..relaks le brader...kite pun bukan nak ckp soal politik di sini..terlanjur ada tajuk isu air..kita sambung je le komennye..

tapi bab2 politik ni brader jgn minta kita kupas pulak...nanti brader tak mampu nak jawab pulak..heeee...

Rahman Nanyan berkata...

salam 1malaysia.

ada penghulu di kedah enggan ikut arahan ketua bahagian, malahan bertindak biadap pergi ke majlis menteri besar haram kedah, al azizan penipu. ada juga guru yang enggan pergi ke majlis umno, mereka wajar ditukar ke pedalaman sarawak untuk pengajaran. saya juga memohon agar presiden cuepacs dilantik sebagai ahli MT umno agar tidak bercanggah dengan dasar kerajaan. malahan sebaiknya setiap penjawat awam baru diberi borang umno dahulu

Tanpa Nama berkata...

rahman nanyan dah gila agaknyer. dato azizan adalah menteri besar kedah yang sah jadi kakitangan kerajaan mestilah ikut arahan dia sebab dia menteri besar. ketua bahagian tu siapa kalau dia menang kat kedah dan jadi MB baru la PA kena ikut arahan dia

cikgua berkata...

aku keje kat pedalaman sarawak,mmg elok kerajaan tukarkan penjawat awam pro-pembangkang ke sini, boleh buka markas baru, untuk pengetahuan korang,dah naik banyak dh pun panji-panji & pondok panas pembangkang kat sini, selamat ler umbo-bn pasni, keje kami menyedarkan penduduk sini,mintak2 gomen hantar ramai lg ke sini,boleh agih2 tugas

Rahman Nanyan berkata...

cikgua, biadap sungguh anda. dok sana sebarkan dakyah palsu pembangkang, buat cerita palsu macam ekonomi teruk dsb, padahal ekonami malaysia lebih maju sekarang. kami menyeru agak sesiapa yang tidak mahu sertai umno dipecat dari kerja kerajaan, terutamanya PTD dan guru gred 41 keatas. beri peluang unuk kami yang setia dengan unmo juga merasa jawatan tinggi, ini yang sokongan semua orang umno, org atasan banyak sokong pembangkang. ada ijazah tetapi bodoh, tidak seperti kami walau spm sahaja insyaallah tetap akan menyokong umno biar bercerai nyawa dari badan

cikgua berkata...

apa kerajaan BN dah buat pada org sabah sarawak? pernah dtg sini tgk kehidupan diorg? tertinggal 50 tahun dr semenanjung malaysia.. patut pun sokong BN, 'cerdik ' rupanya

m.a berkata...

Rahman nanyan ?? kena nuetral daa..P.A tiada parti daa..kalau nak sokong parti UMNo..jadi tak yah ngajar anak PAS ler.diorang bayar cukai jugak.otak anda memang tidak layak untuk berkata-kata pasal politik da..aku mati kerana Allah...

Tanpa Nama berkata...

salam,n salam 1 Malaysia..saya harap tuan2 surf laman lain la, kat sini tempat P/A mengadu dan luahkan perasaan berkenaan dengan perkhidmatan dan saya syorkan sdra/sdri ke laman kickdefella ke,the unspinner ke,dr.mahathir ke,dtk sri najib ke,husam ke,nik abduh ke dan lain2 yang hardcore politicial agenda,,baru la best coment kat situ..n justify ikut selera masing2..kat sini toksah la...THE SOFT HEARTED.TK

matt berkata...

orang mcm ko mmg x sedar kuasa politik di tangan dan rela jadi hamba di negara sendiri asal perut kenyang,makan,gemok dan kemudian disembelih mcm haiwan ternak,maaf kalu terkasar bahasa - hard hearted -TK

Tanpa Nama berkata...

si rahman ni pun satu juga..ini website cuepacs la..ini nak bincang pasal kerjaya kakitangan awam..bukan politik..

kalau nak bincang politik..pergi le ke laman lain..you boleh sokong umno ke sape ke kat laman tersebut..

ini website cuepacs untuk kakitangan awam saja..kalau you bukan kakitangan awam dan minat poltik..you boleh ke ke laman lain dan tulislah apa yg you nak tulis..

ini web kakitangan awam saja..

Tanpa Nama berkata...

tak payah masuk campur kita isu air ini.
biarlah kerjaan negeri selanogr yg tentukan acuan mereka, cuepacs tak payah masuk campur
Isu air bukan ada kaitan dgn kebajikan PA