SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Julai 2010

SUSUN SEMULA SISTEM PENJAWATAN AWAM

Berita Harian
2010/07/12





SAYA terpanggil untuk menyambung kenyataan Jurutera Terpinggir, di ruangan Surat dan E-Mel, Berita Harian, Jumaat, 9 Julai 2010. Sememangnya apa yang dinyatakan beliau adalah bukan saja mewakili kelompok jurutera saja, malah boleh mewakili kebanyakan pegawai dan anggota perkhidmatan awam lain. Perkara ‘susah naik pangkat’ adalah fenomena biasa bagi pegawai atau anggota awam yang sudah lama berkhidmat terutama di dalam klasifikasi perkhidmatan pertanian, sosial, agama, kewangan dan berpuluh perkhidmatan lain lagi.

Seperti kenyataan beliau, jurutera muda sekarang yang baru dilantik mudah mendapat kenaikan pangkat sehingga gred 48 sehingga sama taraf dengan jurutera yang sudah lama berkhidmat. Fenomena yang sama juga berlaku perkhidmatan pertanian, sosial dan pelbagai klasifikasi perkhidmatan lain. Pegawai muda yang baru dilantik lima enam tahun dengan mudah dapat melompat ke gred 48 walaupun dengan pengalaman, kemahiran dan kebolehan yang masih diragui. Terima kasih kepada pengurusan tertinggi jabatan kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana memudahcara peningkatan ini. Ia menjadi rezeki bagi pegawai muda kerajaan dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan secara mudah dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding dan setanding dengan pegawai lama. Selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat berpendapatan tinggi. Sekurang-kurangnya satu kelompok penduduk negara kita dapat menikmatinya.
Bagi pegawai lama seperti Jurutera Terpinggir dan kebanyakan yang dilantik menjadi pegawai kumpulan A pada era 1980-an, samalah merasai ketidakadilan dan kurangnya prihatin terhadap kemajuan kerjaya masing-masing oleh pihak yang lebih berkuasa. Berlakunya keadaan masih ‘prebet’ biarpun sudah menjangkau 20 ke 25 tahun berkhidmat adalah perkara biasa pada kebanyakan pejabat kerajaan. Tetapi kini keadaan sudah berubah sedikit, pegawai baru menikmati rasa, pegawai lama memendam rasa. Seperti kata Jurutera Terpinggir, bekerja lama pun sama taraf saja dengan pegawai baru. Itulah penghargaan yang sama-sama kita peroleh di dalam perkhidmatan awam. Bukan sindiran tetapi kenyataan era kini. Keadaan lebih teruk bagi kumpulan sokongan (dahulunya kumpulan B, C dan D). Ketiadaan penstrukturan semula jabatan adalah antara sebab anggota kumpulan sokongan tidak ke mana. Peluang kenaikan pangkat yang amat sedikit mengecewakan anggota. Mujurlah luahan melalui CUEPACS dilayan kerajaan pada tahun lalu. Merasa juga kenaikan pangkat melalui kenaikan Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi mereka yang berkhidmat melebihi 15 tahun.
Terima kasih CUEPACS. Walaupun begitu, sehingga kini masih ramai yang kekal sebagai prebet kerana kekangan (tidak lulus) Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) dan juga kerenah pegawai atasan jabatan yang menyusahcara pelaksanaan KUP berkenaan. Soal ketidakadilan dan kejatuhan semangat bekerja sudah lama bermain dalam kalangan anggota sokongan terutama bagi anggota yang sudah lama berkhidmat. Masakan tidak, seolah-olah tiada jasa walaupun sudah berpuluh tahun berkhidmat tetapi masih di takuk lama. Tiada pengiktirafan terhadap berpengalaman. Tidak seperti di sektor swasta. Kita tidak pernah belajar daripada swasta walaupun sudah ramai pegawai tinggi yang terdedah dengan cara kerja swasta. Tidak usahlah kita hendak berkata yang tidak baik terhadap pegawai dan anggota kumpulan sokongan ini sekiranya mereka menjalankan kerja sampingan seperti berniaga dan sebagainya. Mereka terpaksa melakukannya demi untuk meneruskan kehidupan. Penambahbaikan di dalam perkhidmatan awam memang berlaku tetapi tidak menyeluruh. Hanya segelintir saja yang terbabit seperti perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah, tukang masak, jurumudi, kelasi dan juru enjin. Sedangkan ada beratus perjawatan dan berpuluh skim perkhidmatan lagi. Di manakah keadilannya? Apakah pegawai dan anggota lain tidak memberi sumbangan untuk negara? Sehingga kini, ramai anggota kumpulan sokongan yang pencen dengan ‘prebet’ saja. Sebelum ini ramai yang menikmati pencen di bawah paras kemiskinan (di bawah RM720 sebulan ) terutama bekas anggota kumpulan D.
Setelah penyelarasan pencen dibuat dua tahun lalu, dapatlah mereka itu melepasi paras kemiskinan. Bekas anggota kumpulan sokongan lain iaitu B dan C pun kebanyakannya sekadar cukup makan. Hakikat dan kenyataannya memang begitu. Tiada yang senang dengan hasil pencen. Sehubungan itu, saya berharap pengwujudan pihak berkuasa, sama ada peringkat menteri atau badan bebas tertentu yang mampu mengkaji, menyelidik, mengatur, menyelaras dan menyusun semula perjawatan awam terutama di jabatan kerajaan yang tertinggal secara lebih baik, menyeluruh dan berdaya maju. JPA dan ketua jabatan seolah-olah saling mengharap antara satu sama lain dan setelah sekian lama, masih ramai pegawai dan anggota sokongan yang ketinggalan. RUSDEE, Besut, Terengganu.

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya tempoh untuk layak KUP dipendekkan kepada 8 tahun sahaja seperti mana yg dinikmati oleh anggota polis 3 tahun sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula dgn Kerani Kanan (N22), boleh ke di KUP kan ke Kerani tertinggi (N26) yg mana tempoh perkhidmatannya melebihi 15 tahun?

Kalau N17 ke N22 (KUP) biasala lah tu

Tanpa Nama berkata...

Skim JURUTEKNIK bila nak upgrade...dh berpuluh tahun menunggu ni....

No name berkata...

Untuk tukang sapu takde KUP ke?? aku nk jgk wei...

Tanpa Nama berkata...

Itulah masalahnya jika hanya JPA saja yang bertindak sebagai satu-satunya badan yang dipertanggunjawabkan tentang penambahbaikan perkhidmatan awam seluruh Malaysia. Saya berpendapat satu Suruhanjaya perlu dibentuk khusus dan hanya untuk menguruskan keperluan-keperluan yang sedemikian rupa agar tiada kakitangan perkhidmatan awam yang dipinggirkan....

Tanpa Nama berkata...

Saya tertanya2 benarkah kakitangan awam yg mendakwa tidak dpt peluang kenaikkan pangkat spt yg didakwa. Jika benar dari mana pula dtg manusia yg berpangkat kini yg kepala mereka turut beruban (dh tua la tu)....atau adakah golongan ini (yg tak dpt peluang) semasa mudanya tidak menunjukkan prestasi yg sepatutnya ditunjukkan oleh org muda. contoh: pergi kursus, kerja dgn penuh dedikasi, kerja keras, lebih masa, kata2 spt: alaa...bagi la kat budak2 baru rasa, dulu dh jenuh buat dh (kononnya). Selalu jgk kita dengar bagi la kat org bujang, kami ni susah dh berumah tangga, leceh la.

Ataupun , golongan tua yg dah menyandang pangkat tinggi ini merebut peluang spt meningkatkan ilmu (belajar/kursus/berusaha meningkatkan taraf diri) seterusnya memberi kelebihan kpd mereka apabila ada ruang kenaikkan pangkat.....contoh mudah: tanya mereka ini (golongan yg mendakwa tidak dpt peluang) berapa ramai rakan mereka yg sama2 mula berkhidmat dahulu dan dimana mereka kini. saya yakin ada yg akan menjawab, "ala..dia tu sama ofis dgn aku dulu (masa berpangkat rendah)", cuma bezakan aku tak naik2 pangkat tapi dia cepat naik. Ataupun, aku ada cabel besar, aku kenal sipolan kat pejabat tu, kawan aku tu masa satu opis dulu.

Dlm pada itu mmg sy tidak nafikan peluang kenaikkan pangkat kini lebih baik dari dahulu...

kesimpulannya, sistem yg ada kini tidaklah 100% sempurna tetapi sy rasa ia cukup adil bagi semua org (tidak termasuk faktor individu atau ketua jabatan yg sengaja menyekat peluang atas sebab peribadi)....akhirnya, the best men win (mereka yang pandai merebut peluang yg dinyatakan di atas).

Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju dgn pandangan dan cadangan penulis. Hanya segelintir jawatan shj diberi perhatian. Diharap JPA dapat buka mata di bawah kepimpinan KP baru. CUEPACS tolong perjuangkan hak kesemua lapisan kakitangan awam dan bukannya untuk sesetengah kumpulan perkhidmatan sahaja.

Satu soalan saya: Apa insentif/kenaikan gaji atau elaun yang kerajaan akan bagi utk meningkatkan pendapatan isi rumah kakitangan awam seiring "ke arah negara maju"?

Tanpa Nama berkata...

Nasib PENJAWAT AWAM KONTRAK macam mana plak????Kerja 3 @ 4 tahun tapi masih berstatus KONTRAK jugak,x ada gunanya kalau ada kenaikan pangkat untuk penjawat awam tetap tapi penjawat awam kontrak dipinggirkan.....Apa Cerita?????

Tanpa Nama berkata...

Ada juga kebenaranya spt yg di dakwa Tanpa Nama 12:25:00 pm.

Tanpa Nama berkata...

Lihat juga "Kenaikan pangkat ikut giliran jejas pelaksanaan program NKRA" B.Harian, 2010/07/12. Jika diambil kira kenyataan Pegawai Senior, Putrajaya. Nampaknya beliau lebih setuju utk memberi peluang atas dasar kualiti kerja (demi kepentingan negara), bukan pegawai lama atau senior atau sistem giliran. Maka tak timbul isu orang lama lambat naik pangkat sekiranya mereka benar2 berkualiti sy yakin peluang tetap ada....persoalannya adakah org lama yg dimaksudkan benar2 berkualiti?? tepuk dada tanya selera...

-dulu pun sokongan-

panglima berkata...

peluang naik pangkat sekarang ni perlulah tidak memakan masa yang lama, contohnya 15 tahun. itu terlalu lama dan manjatuhkan semangat. kakitangan awam yang mempunyai kelulusan dan prestasi kerja yang baik patut juga di ambil kira dan tidak perlu menunggu sehingga 15 tahun untuk merasa kenaikan pangkat. faktor cabel dan ketua jabatan yang pilih bulu juga harus dipantau oleh lembaga kenaikan pangkat supaya orang yang betul-betul layak dan berkebolehan dan menunjukkan prestasi yang baik sahaja sepatutnya dipertimbangkan. faktor kahwin lambat sekarang ni disebabkan kos hidup yang tinggi dan pekerja terpaksa memastikan mereka mempunyai pendapatan yang stabil adalah punca mengapa kelahiran di malaysia menurun sekarang ni. Ini adalah punca betapa peritnya hidup sekarang ni berkerja hanya sekadar cukup membayar kos hidup yang terlalu tinggi. apa lah guna pergi kerja, kalau pendapatan yang diperolehi tidak mampu untuk menampung kenaikan kos hidup yang semakin hari semakin tinggi. ini mungkin tidak dirasai oleh pegawai atasan tapi ditanggung oleh pegawai bawahan. di sinilah kerajaan perlu melihat dan membuat sesuatu untuk kesejahteraan rakyat supaya dapat menyediakan susana hidup yang kompetitif dan tidak membebankan untuk rakyat. apalah guna kemajuan, jika orang kaya saja yang dapat merasa semua itu dibandingkan rakyat bawahan. biarlah kita maju menggunakan acuan kita sendiri tanpa terikut ikut cara barat yang menyusahkan lagi kehidupan di dunia ni.

Tanpa Nama berkata...

memang tidak dpt dinafikan peluang kenaikan pangkat berlainan bagi setiap jabatan.pegawai2 bawahan terpaksa menunggu 10 hingga 15 thn utk naik pangkat KUP.ini terlalu lama.ini akan menjejaskan semangat mereka utk bekerja.dilihat PTD yg masuk ke semua kementerian diberi peluang cpt berbanding pegawai2 yg lain.sedangkan semua pegawai berkhidmat utk rakyat....

Tanpa Nama berkata...

selaraskan time base kenaikan pangkat untuk semua jawatan, kalau guru 10 tahun, polis 3 tahun dan seelok-eloknya diselaraskan kepada 8 tahun untuk semua jawatan, adil kan !?

Tanpa Nama berkata...

satu perkara lagi, cuepacs kena tengok juga, bagi pegawai yang naik pangkat dari kumpulan sokongam ke gred 41. Saya hairan kenapa cuti tahunan semasa jawatan sokongan sebanyak 35 hari tiba-tiba bila naik pangkat ke gred 41 kena potong 10 hari jadi 25 hari sama dengan pegawai baru masuk kerja. rasa macam kena tindakan tatatertib pulak. padahal telah berkhidmat selama 20 tahun & dah naik pangkat lagi. sesiapa yang arif sila beri pendapat

Tanpa Nama berkata...

NAIK PANGKAT SATU HAL....
NAIK GRADE PULA?....
SKIM JURUTEKNIK TU UPGRADEKAN DULU
BARU CERITA NAIK PANGKAT

Tanpa Nama berkata...

LOGIKNYA...

ORANG LAMA KETINGGALAN..
ORANG BARU KERJA TERKEHADAPAN..

INILAH LOGIK JPA ...

NAK SAYA KUPAS???

KEHKEHKEH...

JPA JPA...LETIH...

Tanpa Nama berkata...

Banyak betul perkara-perkara pelik & tak logik yang dibuat JPA.

Tanpa Nama berkata...

betui tuu banyak benda pelik dalam jpa nii contohnya kalau N1 PAP dapat KUP naik ke N4 kemudian nak pi kejawatan lain iaitu contoh ke jawatan PENGHANTAR NOTIS N3 terpaksa turun pulakkkk dari N4 tadi ke N3 logik ke tuuu sapeee lehh tolong jawappp sila kann

Tanpa Nama berkata...

JPA memang kelakar..

si A (jawatan kerani)baru kerja 5, 6 tahun..contoh..tapi dia punya gaji kalahkan si B yg dah kerja kerani 15 tahun...

kehkehkeh...

JPA JPA...

tak percaya? cuba le selidik kat mana2 jabatan pun..

sebab..?

si A dapat jawatan kanan...si B walaupun dah 15 tahun, tak dpt kanan..sebab..? tak lulus PTK...!!!

apalah...

macam tu jugalah bagi yg dah bekerja 30 tahun...tak lulus PTK..elleekkk...

kehkehkeh...

letih main dengan JPA..

buat le dasar yg adil sikit...

kehkehkeh...

orang lama kena tabik orang baru...

kehkehkeh...nasib..nasib...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Kami sebagai Penjawat Awam amat mengharapkan kerajaan membuat susunan semula sistem penjawat awam macam kerajaan buat dengan anggota tentera, polis dan guru. kalau dahulu jawatan tesebut lulus UPSR atau SRP dapat masuk anggota tentera dan polis sekarang SPM sama dengan jawatan Pegawai Kastam gred w17 sekarang dan Guru juga sudah dinaik kepada scale diploma dan degree gaji sekarang.
Disini bukan sahaja kumpulan Jurutera yg. dipinggirkan tidak juga kami dari kumpulan sokongan pegawai kastam w17 tidak ketinggalan. Nasib ada diberi KUP oleh PM dan diberi Gred w22.
Kami kastam dari kumpulan sokongan w17, 22, 26 memang sukar naik pangkat walaupun kami lulus PTK, KPSL,ada Diploma serta Degree sukar untuk dinaikkan pangkat ke jawatan lantikkan seperti jawatan ASC gred W27 atau SUP. W41 malahan untuk gred W41 kami tidak dipanggil untuk temuduga walaupun kami berpuluh tahun dalam jabatan masih juga kami jadi CO. Kastam merupakan agensi terpenting dalam kerajaan utk. memungut cukai negara dan kerjanya kebanyakkannya paling berbahaya menyelesaikan masalah penyeludupan tetapi kami tidak dipandang berat oleh kerajaan khasnya dan amnya SPA/jabatan. Kami yg. berharap SPA dan jabatan kaji semula dan sekurang-kurangnya diberi peluang pegawai yg. ada degree dan dikecualikan mengambil peperiksaan perkhidmatan awam memasuki gred 41 kalau dalam jabatan.
Oleh itu saya berani mengatakan bukan jurutera sahaja yg. terpinggir malahan kami dalam kastam lebih teruk lagi.

Tanpa Nama berkata...

Semua Jabatan penting. Kalau kata Kastam terpenting mana boleh. doktor, bomba & polis tak penting ke. Kalau macam tu biar kastam yang buat semua. Kalau nak mintak ganjaran pun jangan anggap Agensi lain tak penting

Tanpa Nama berkata...

SPA & JPA sama je. Kakitangan sibuk main bola. Kena kembali kpd tujuan asal penubuhan agensi berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

jpa dah habis segala hotel 5 bintang di malaysia buat mesyuarat, taklimat dan kajian tapi belum dapat keputusan hiii.... saja nak merasa tinggal percuma dihotel mahal...

Pakcik Dol berkata...

Sistem yg ada la ni dh cukup elok. Mungkin tak sempurna. Tapi, mana ada sesuatu yg sempurna kecuali Maha Pencipta....cuma 'kelebihan' tu tak dpt kat hangpa. Hangpa komplen kata org tu tak betoi org ni tak betoi....

Ingat Allah pesan dalam Qor'an: Lebih kurang mcm ni maksudnya.
"Jikalau kamu bersyukur, Aku tambah lagi, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat dahsyat".

Yg duk atas2 tu bukan koman2 punya org...semua cerdik pandai sbb mereka belajaq tinggi...depa tau ja nk buat yg mana elok & terbaik.

Yang penting berkat walau sikit. Kalo tak berkat, banyak mana pun tak cukup.....renung2kan dan selamat beramal....hihi..

SSB pun org komplen, SSM pun hangpa tak puas hati..susah2 berenti kerja toreh getah.

-Peringatan untuk saya juga.

Tanpa Nama berkata...

Semua jawatan kat gomen penting...cuma ada jawatan yang dimanjakan jer....kalu dalam jabatan tu ada yang berkelayakan dan pengalaman..naikkan jerlah ke jawatan baru...juruteknik plak yang terpaksa belajar 2-3 tahun untuk bidang kejuruteraan pastu skim sama dengan kelayakan spm....adil ke tu...??? bagi lah gred yang tinggi...baru kontraktor respect..

KehkehkehdanHehehe berkata...

Kepada... Tanpa... Nama... Khamis, Julai 15, 2010 12:48:00 AM...

Jengjengjeng...kehkehkeh... dan... hehehe / hihihi

Untuk... pandangan...dan...pendapat...

Tanpa Nama berkata...

bukan tak bersyukur..tapi berbincang, berdialog..mana tahu mungkin dalam banyak perbincangan yg dibuat boleh membuka mata pihak JPA.

JPA sendiri pun belum tentu terfikir perkara2 yg sering diperkatakan dalam perbincangan di sini, malah mungkin idea yg disarankan jauh melebihi tahap pemikiran pegawai2 JPA atau pihak kementerian sendiri.

jadi, adatlah..ada yg puashati..ada yg kureng...nama pun benda ciptaan manusia...

sebutlah apa pun..SSB ke, pensil 3B ke, SSM, SPRM ke..dan sebagainya, jika itu ciptaan manusia..memang akan kedapatan cacat cela di sana sini.

sebab itulah kerajaan sendiri pun asyik mengubah dan meminda semua dasar ciptaan mereka sendiri. dari SSB ke SSM dan sebagainya.

tahap pemikiran kementerian pun bukanlah sempurna dan tepat. selagi mereka itu manusia, selagi itulah akanberlaku kesilapan dan kekurangan...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

anda semua patut tahu..tahap pemikiran anda mungkin jauh lebih hebat dari seorang menteri..

ada menteri hanya bimbangkan 'telur tidak cukup' di pasaran..gula tidak cukup di pasaran..

lawak...

jadi sentiasalah anda berfikir melebihi tahap pemikiran seorang menteri...insya allah barulah anda akan memberi pelbagai idea hebat dan logik dalam sektor awam ini..

kita mesti ingat...pegawai2 JPA dan kementerian pun adakalanya tak dapat berfikir 'macam kita berfikir'.

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

kita mesti ingat...pegawai2 JPA dan kementerian pun adakalanya tak dapat berfikir 'macam kita berfikir'.

perbetulkan...

bukan adakalanya...tapi selalunya..

kehkehkeh...

Saad berkata...

jengjengjeng... kehkehkeh... dan.... hehehe....

untuk... pandangan... dan... pendapat....

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

minta maap la..najib kata nak susun jawatan pekerja awam tak ada masa..

yang ada masa hanyalah susun kenaikan baru harga barang2 dan perkhidmatan..

kehjkehkeh...

Che Gayah binti Senapi berkata...

saya menyokong penuh kepimpinan YAB Perdana Menteri yang diayangi rakyat sekelian. kiranya benarlah kenaikan gred dari N17 ke N41, maka kami berharap tuntutan kami akan dilayani seperti:

1. elaun keraian
2. kenderaan rasmi untuk CC
3. kenaikan elaun khas pembantu tadbir kepada RM500
4. rumah kami setaraf dengan pegawai
5. dan lain2 emolumen

setiausaha penaja
Badan Ekonomi Rakyat Usaha Kerani (BERUK)

Tanpa Nama berkata...

jangan takut nanti najib bagi...

bagi apa?

bagi harga barang naik lagi..

BN..Barang Naik..

kehkehkeh..

Tanpa Nama berkata...

kalau you rasa jabatan kamu tidak diperdulikan oleh kerajaan dan kita lihat segelintir dpd. jabatan kerajaan dimanjakan oleh PM buat apa kamu kerja kuat, kamu marah perjawat awam curi tulang kan bagus lagi kamu org. jaga tepi kain jawatan PA yg. gaji cepat naik, elaun tinggi seperti guru dan lain lagi yg. tidak perlu diebutkan kita org. pun tahu. you org. bantu pun tidak guna sama seperti anjing menyalak bukit. Bagus lagi kalau ada masa buatlah business di kedai kopi bagi utk hiburkan hati.
Kan lebih bagus lagi era manatan PM Mathadir semua perjawat awam di semua jabatan lebih kurang sama gajinya walaupun gaji kita tida tinggi tidak ada jabatan yg. dimanjakan macam sekarang. Jangan buang masa anda pekerja lama PJ awam naik pangkat ka walaupun ada Ijazah,Ijazah tidak penting sekarang tidak ada nilai pada zaman sekarang. Gunakan ilmu anda untuk tentang kerajaan yg tidak pedulikan anda. jangan merajuk itu cakap bincang2 saja.

Saad berkata...

jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

MCM MANA NI DGN STATUS J17..MASIH TGGU SMPAI SKRANG, TAPI BELUM DAPAT APA2 JAWAPAN...ADUH!!!

Tanpa Nama berkata...

BAGUSLAH KALAU BENAR KERAJAAN MAHU SUSUN SEMULA SISTEM PERJAWAT AWAM JANGAN CAKAP SAJA. MACAM MANA NEGARA MAHU MENCAPAI STATUS NEGARA BERPENDAPAT TINGGI KALAU GAJI PA RENDAH HARGA BARANG NAIK.
RATA2 PA SEKURANG2 NYA ADA IJAZAH TAPI GAJINYA MASIH RENDAH SUSAH PULA
SEBAB SEKARANG PA DAPAT PERCUMA MASUK IPTA MESTILAH DAPAT DIP./IJAZAH, PATUTLAH DIUBAH SISTEM YG SEDIA ADA NI

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah cadangan kerajaan bg sambung belajar secara percuma di IPTA adalah sesuatu yg baik yg pastinya kena bagi gaji penuh,

disamping itu disarankan agar cuepacs akan berjaya dan berupaya mengangkat skim teknikal ke grednya yg lebih baik, ianya perlu dinaikkan skim setaraf spt negara jiran kita Singapura sekurang2nya bertaraf diploma kerana zaman ict ni semua pegawai teknikal ternyata berjaya dapat mengabungkan sistem kerja yg lebih berinovatif ia ibarat pemancu dalam menjana prasana infratruktur pembangunan negara.

Kerajaan harus peka dengan perkembangan dan pencapaian ini yg ternyata telah berjaya dilaksanakan dan seterus sentiasa bersedia menyahut usaha dan cabran yang akan datang.


Kejayaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan kepada mengupgradekan skim teknikal jika ingin berjaya setaraf begara maju sebagai mencapai visi dan misi kerajaan kearah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.