SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Julai 2010

PENEMPATAN 4,000 ANGGOTA AWAM DALAM PDRM BANTU TURUNKAN JENAYAH

Bernama
28/6/2010



JOHOR BAHARU, 27 Julai (Bernama) -- Penempatan kira-kira 4,000 anggota awam dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membantu polis menumpukan perhatian membanteras jenayah di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata melalui langkah itu kadar jenayah di negara ini berjaya diturunkan sebanyak 37 peratus memandangkan anggota polis kini tidak lagi dibebani dengan tugasan pejabat.

"Penempatan anggota awam itu membolehkan seramai 7,402 anggota berpangkat rendah kini menjalankan tugasan luar. Tindakan ini akan dilakukan berterusan bagi memantapkan PDRM," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) ke-33, di sini Selasa. Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Ismail berkata walaupun budaya kerja dalam perkhidmatan polis agak berbeza dengan perkhidmatan lain, namun anggota awam yang terlibat berjaya melakukan kerja mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ismail berharap anggota awam di dalam PDRM mencari strategi baru bagi mewujudkan sistem penyampaian yang lebih berkesan selaras dengan kehendak kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Katanya, PDRM juga memerlukan anggota awam yang berdisiplin dalam usaha mencapai mutu perkhidmatan yang berkualiti.

"Budaya persaingan juga perlu diwujudkan bagi menyuntik semangat bekerja dengan lebih mantap sebagai satu pasukan," katanya.

-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak mohon untuk mejadi Anggota Awam dalam PDRM erk???

Tanpa Nama berkata...

boleh pecaya ke ni.........

Tanpa Nama berkata...

nurse..guru..pdrm..tentera...selalu kuar kenyataan tak cukup kakitangan..golongan muda tak minat la...wal hal berpuluh kali mohon tak pernah terpilih pun....syarat permohonan semua cukup tapi tak terpilih....pelik sgh!!

Tanpa Nama berkata...

Syabas PDRM dlm usaha menurunkan kadar jenayah!!! untuk menghargai usaha & kerja keras polis serta penjawat awam...bonus 2 bulan harus diberi...jika bonus tidak diisytiharkan bulan 10 nie.....kadar jenayah akan meningkat semula....keh..keh..keh...keh.....

Saad Bagero berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh...

Anti Saad Bagero berkata...

Kepada Saad Begaro...

J...e...n...g.... j...e...n...g.... j...e...n...g....

k...e...h... k...e...h... k...e...h...

d...a...n...

h...e...h...e...h...e...

p...a...n...d...a...n...g...a...n... d...a...n... p...e...n...d...a...p...a...t...

k...e...h... k...e...h... k...e...h...

Tanpa Nama berkata...

ketua polis negara diharap ada idea la macammana nak kurangkan jenayah ni..

jenayah dilihat semakin menjadi2 sekarang ni.

rogol, bunuh, ragut, tipu, buang bayi merata tempat, rompak dan sebagainya sangat banyak kita banyak diakhbar2 dan TV..

bagaimanapun, kita tak tau sejauhmana perancangan pihak polis untuk menangani masalah ini.

imej negara di mata dunia juga merudum dengan kes2 ini atau indeks jenayah kata orang suratkhabar.

memandangkan akan hal itu, saya nak bagi idealah..

1. wajibkan setiap taman perumahan dan kampung2 ada pasukan rukun tetangga..jika perlu saya boleh kupas..

2. pasukan rela perlu bergerak dan meronda sama seperti polis..jika perlu saya boleh kupas..

3. syarikat keselamatan boleh diberi kuasa tertentu dlm mengawal keselamatan awam..jika perlu saya boleh kupas..

4. CCTV di mana2 saja laluan utama, tempat2 awam penting.

5. unit udara polis diperkemas dlm membuat rondaan dan pantauan.

6. agen khas yg cekap seperti 'kumpulan penarik kereta' di seluruh negara dlm membendung jenayah dan 'membuat siasatan' sebelum memberi laporan pada polis.

7. unit rondaan motorsikal polis ditambah.

8. unit pencegahan jenayah ditubuhkan..meliputi semua jenis jenayah dan berkuasa seperti polis..tapi jangan bagi nama seperti polis...namakan saja BSP..Biro Siasatan Persekutuan...

9. pihak berkuasa masjid sesuatu mukim juga dikehendaki memainkan peranan dlm mengawal anak khairiah mereka. jika perlu saya boleh kupas..

10. guru2 (disiplin) diberikan kuasa dlm menyiasat dan menghukum (tatatertib dan laporan pada polis) jika ada 'kemungkinan besar' anak murid mereka terlibat jenayah..

11. pasukan keselmatan dan kuasa2 tertentu di semua sempadan negara terutama pintu masuk negara dipertingkat keberkesanan dan kemampuan semasa bertugas dan profesional..

12. semua agensi di atas akan diletak di bawah 'Biro Siasatan Persekutuan'. bagaimanapun, pasukan polis masih tetap seperti biasa dan tidak termasuk di bawah 'pentabiran Biro Siasatan Persekutuan'. Pun begitu, 'Biro Sasatan Persekutuan' boleh memanggil dan menangkap mana2 'anggota dalam polis' yg didapati bersalah..

12. Nombor SMS khas untuk aduan kepada rukun tetangga, polis, ajk masjid, dan sebagainya jika ada bukti dan kesahihan sesuatu jenayah. bukan untuk tujuantangkapan serta merta tetapi untuk siasatan awal..sebelum diambil tindakan..

ada banyak lagi idea..tapi..letih menulis..

semua di atas adalah idea semata2..bukan untuk tujuan yg lain..hanya minta untuk dipertimbangkan dan direnungkan saja..

kalau ok..oklah..kalau tak ok..tak perlu guna idea tersebut..

ok, salah silap harap dimaafi..

Tanpa Nama berkata...

kupas, jgn tak kupas. Cadangan baik. Kebanyakkannya dh terlaksana tapi perlu perkemas je....hehehe..

p/s: saad bagero ni 'senget ke'

Saad Bagero 2 berkata...

kami akan pastikan guru yang enggan aktif umno diajar ke kawasan ulu, jika laki bini lg bagus, laki ulu kelantan, bini ulu sarawak, br padan muka enggan menyokong umno

Tanpa Nama berkata...

rela..memang patut dipertingkat tugasan dan tanggungjawab mereka..bukan setakat sebulan sekali pergi training untuk dapat elaun..

rukun tetangga...memang ada tempat2 dah ada rukun tetangga, tapi boleh bilang dengan jari je..wajibkan semua kawasan ada..

syarikat keselamatan...kawalan keselamatan boleh dilakukan juga oleh kumpulan ini. misalnya di 'bas stand kelang'...di KL..dan sebagainya.

AJK masjid pula sentiasa memantau anak khairiah melalui laporan ketua2 taman perumahan, blok, lorong, kampung dan sebagainya..

penghulu?...pertingkat peranan penghulu..bukan hidup segan mati tak mahu..

itu je dululah..letih menaip bro..

Rahman Nanyan berkata...

ada penghulu di kedah enggan ikut arahan ketua bahagian, malahan bertindak biadap pergi ke majlis menteri besar haram kedah, al azizan penipu. ada juga guru yang enggan pergi ke majlis umno, mereka wajar ditukar ke pedalaman sarawak untuk pengajaran

Tanpa Nama berkata...

perbanyakan letak camera ka CC TV ka di semua tempat...kalo bleh tuh biar la camera or cctv yg high class yg bleh nampak muka dengan jelas....bukan yg itam putih sampai tak nampak batang idung tuh.....

Tanpa Nama berkata...

Harap2 jgn ambil ..... dah le!!!