SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

22 Julai 2010

HENTI PERSALAHKAN PENJAWAT AWAM, CUEPACS BERITAHU GUAN ENG

Bernama
22/7/2010



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CUEPACS meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar tidak menjadikan penjawat awam sebagai kambing hitam akibat kelemahannya.

Ahmad Shah Mohd Zin, setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, berkata tidak wajar bagi ketua menteri sesebuah negeri menegur seorang penjawat awam kanan di khalayak ramai akibat kelemahan dalam pentadbiran negeri.

Ahmad Shah mengulas kenyataan Lim di media mengenai pegawai pembangunan negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, dengan Lim menyifatkan Nik sebagai "tidak cekap, tidak berguna, tidak profesional dan pengecut" dan beliau patut dipecat.

Nik Ali menyatakan bahawa Lim telah sudah tiga kali mencari kesalahannya, kali pertama mengenai isu sebuah kerusi pada pelancaran Projek Penang Hill, kedua berkaitan pembinaan gerbang kembar di Taman Botani dan ketiga mengenai kegiatan melombong pasir di Kampung Kenanga.

Ahmad Shah memberitahu Bernama bahawa ketua menteri tidak mempunyai kuasa menegur seorang pegawai persekutuan yang hanya menjalankan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutaun.

Sebagai penjawat awam profesional, beliau berkata pegawai-pegawai itu menjalankan tugas mereka dengan terbaik mengikut kemampuan mereka berdasarkan peraturan.

Ahmad Shah, yang berharap agar tidak ada lagi perbalahan terbuka menerusi media pada masa depan, berkata sebarang perselisihan pendapat antara ahli politik dengan penjawat awam hendaklah diselesaikan secara tertutup demi memelihara integriti dan kehormatan perkhidmatan awam dan juga pentadbiran negeri.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

check betul2. jangan menghukum dahulu..be profesional..

jangan buat kenyataan2 dahulu...check dahulu...

Tanpa Nama berkata...

petikan teks:
"Ahmad Shah Mohd Zin, setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, berkata tidak wajar bagi ketua menteri sesebuah negeri menegur seorang penjawat awam kanan di khalayak ramai akibat kelemahan dalam pentadbiran negeri."

kami ikan2 bilis ni selalu jgk kena makihamun dikhalayak ramai....takde plak di bwk ketengah isu ni....geng2 hang duk maki hamun org bwh jgk oii...

rose kepala batas berkata...

hidup umno dan barisan

kami cuepacs pulau pinang menyokong nik ali

kalo boleh pastikan semua PA diwajibkan menjadi ahli umno

x ketinggalan bakal guru juga diwajibkan menyertai umno dahulu.
sesiapa x menyertai umno atau bn hendaklah dilucutkan hak menikmati subsidi. malah bukan ahli umno tidak layak menerima apa2 elaun spt ITK, ITP Cola bla bla bla

kami PA dah lama mmg memangkah umno, biarlah org kata busuk apa pun, hnya umno sahaja mampu membawa kita kearah kebenaran hakiki dunia akhirat

Anti Saad Begero berkata...

Hoi kepada
Tanpa Nama berkata...Sabtu, Julai 24, 2010 9:56:00 AM

Berapa banyak daaah ko nk pakai
i. tanda noktah (...) rentikanlah
ii. perkataan 'check' (2x)
iii. perkataan 'dahulu (3)

Macam bagus je... ni mesti keje Saad Begero yg dok tulis jengjengjeng la kehkehkeh lah, hehehe la, pandangan dan pendapat la. pirah mabuk "saad jengjengjeng kehkehkeh dan hehehe"

Tanpa Nama berkata...

woit...yg kau pegi baca aku punya tulisan tu buat apa...siap boleh ingat pulak tu..ada terkesan kot..

heeee...kehkehkeh...pendapat...