SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

22 Julai 2010

PEGAWAI PENILAI ATUR MARKAH, KENAIKAN PENJAWAT AWAM DIKESALI

Berita Harian
22/7/2010



SAYA ingin merujuk tulisan ‘Pesara PTD’ dari Seremban seperti yang tersiar di ruangan ini bertarikh 14 Julai lalu. Kenyataan itu membuka mata dan hati penjawat awam seperti saya untuk tampil mendedahkan buruk laku sesetengah Pegawai Penilai Pertama (PPP) yang cuba mengatur markah atau mencatur kenaikan pangkat seseorang penjawat awam mengikut acuan di jabatan mereka berkhidmat.

Ini adalah realiti dan bukannya satu retorik sebagaimana dakwaan pihak tertentu yang tidak menyenangi pendedahan ini. Jika dibuat aduan kepada ketua jabatan di kementerian, rasanya tidak sampai ke mana dan pasti dibakulsampahkan. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman pahit yang menimpa saya sewaktu berkhidmat di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada 2005-2006. Waktu itu saya berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kanan, Gred 44 di bawah penyeliaan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, PTD M52 (memangku).Atas kesungguhan saya membantu dalam mewujudkan pejabat baru untuk wilayah dan daerah dalam Wilayah Selatan, maka saya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah, Gred 48 pada awal 2006. Pada awal 2007 saya ditukarkan ke APMM Wilayah Utara sehingga sekarang.

Saya memangku Gred 48 sejak dua tahun lalu dan sehingga sekarang masih belum disahkan kenaikan pangkat ke Gred 48 meskipun sudah lulus PTK (TK3) untuk melayakkan disahkan kenaikan pangkat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pemangkuan.

Saya menyemak kepada pihak berkenaan mendapati markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2006 saya adalah di bawah 40 peratus. Selepas empat tahun berpindah jabatan, saya baru berpeluang untuk menyemak markah prestasi (laporan sulit) dalam HRMIS bagi pelaksanaan Penilaian Landasan Kerjaya (PLK).

Saya berasa amat terkejut, kesal dan kecewa memikirkan selaku PPP yang menyediakan LNPT 2006 itu. Tidak disangka dalam LNPT 2006 dimasukkan laporan prestasi yang mencemarkan reputasi perkhidmatan saya.
Secara langsung PPP ini berjaya mengatur markah prestasi saya dan seterusnya berjaya mencaturkan perkhidmatan saya dengan menafikan kenaikan pangkat sekurang-kurangnya terpaksa menunggu tiga tahun lagi untuk disahkan kenaikan pangkat ke Gred 48.

Tahniah kepada penulisan Pesara PTD M52 kerana berani mendedahkan keburukan perilaku PPP dan ketua jabatan di kementerian dan jabatan tertentu demi kebaikan semua pihak terutama kakitangan awam yang teraniaya.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PPT berkata,
Hakikatnya sama kepada golongan gred 41 ke bawah. Paling serius kalau dapat 'boss'/pengarah yang pilih bulu dan tak sehaluan. Tindakan benci dilaksanakan pada LNPT...perkara ini perlu dipandang oleh serius oleh setiap KP

Tanpa Nama berkata...

MINTA CUEPACS DESAK JPA SUPAYA PEPERIKSAAN PTK BOLEH DIAMBIL BERKALI-KALI TANPA HAD SEHINGGA DAPAT KEPUTUSAN ARAS IV UNTUK ANJAKAN GAJI SEPERTI MANA MULA-MULA SSM DILAKSANAKAN.

Tanpa Nama berkata...

itulah check juga ketua2 jabatan ni..bukan semua betul...yg tak betul..tukar tempat kerja atau turunkan pangkat...buat macam ikan bilis kena...

pendapat...

Saad Bagero berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Kita org yg. berjawatan tinggi sampai gred 48 ke atas pun berlaku juga pegawai penilai pertama berkuasa atur markah apa tak lagi kami org jawatan rendah ini kerja bagus pun pun dapat markah rendah dibawah 70% kalau tidak pandai angkat PPP. Mahu markah tingi tiap pagi bawa PPP minum di kedai kopi, hantar anak sekolah, punch kad dia awal, puji dia tidak payah buat kerja kamu juga dapat markah paling tinggi kalau pandai angkat bos salah pun kamu dibelanya juga.

CUPACS
saya berpendapat tidak sesuai lagi buat laporan prestasi tahunan utk dinilaikan oleh PPP dan PPK kerana sikap pilih kasih, bulu dikalangan PA masih wujud. Bukan sikap 1 Malaysia.

Saya amat setuju lagi peperiksaan PTK perlu dikekalkan tanpa temuduga kalau buat temuduga pun sama juga ada unsur pilih kasih, bulu dikalangan ahli panel temuduga nanti. Yang paling sesuai untuk naik gaji atau pangkat PA adalah lulus PTK adalah sistem yg. paling sesuai.

Tanpa Nama berkata...

Apa rasional cuma dapat memperbaiki keputusan aras III SEKALI SAHAJA ?
semua PA akan TERSANGKUT kat aras tu lah sampai pencen,,Tak nak beri anjakan gaji bagi tau lah..

Tanpa Nama berkata...

Itulah zaman sekarang sikap Ketua/boss/pengarah yg. pilih bulu @pilih kasih @mahu kroninya diutamakan masih lagi lagi berlaku di jabatan kerajaan mana2 jbt. kerajaan mesti ada yg berlaku saya tegaskan siapa yg patut dipersalahkan dalam hal ini????????
Kerana Ketua/boss sentiasa betul apatak lagi kalau ketua kepala angin tidak mahu dengar cakap org bawahannya sentiasa pandang rendah mereka, Lawan cakap @ beri komen turun markah dapat 70% hujung tahun nanti..dapatlah prestasi sederhana ...........
Apalagi utk naik pangkat kalau bukan kroninya memang tipis.

Mohd rahim berkata...

harap Tan Sri sidek hassan dapat melihat perkara ini juga..PPP sewenang2 letak markah semata2 nak penjawat awam lebih rendah daripadanya ikut segala suruhannya. Kalau satu unit markah rendah mcmana? adakah unit itu tak berfungsi sampai markah bawah 70 diberikan? atau adakah bos unit tersebut yang tak pandai mengurus.biasanya aduan kami dibakulsampahkan. Bos je la yang betul. Jalan penyelesaian adalah tukarkan bos. baru kami boleh jalankan kerja dengan baik..saya sedia dipanggil untuk memberi keterangan tentang karenah bos yang tak berperi kemanusiaan nie

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs

sistem ini saya berpendapat memang tidak sesuai sekarang diperkenalkan saya lagi suka dengan sistem peperiksaan tapi jangan buat ada temuduga sebab ia pula wujud lagi sifat pilihkasih panel temuduga nanti. Melalui peperiksaan siapa lulus naikan pangkat dan gaji sahaja. Suruh PA ambil peperiksaan setakat mereka mampu.

sistem permarkahn ini tidak guna sistem ini sapa pandai angkat boss, ketua dia yg dpt markah tinggi bukannya berdasarkan pencapaian sebenar mereka. sebab boss sekarang banyak yg mempunyai pilih kasih dan ada pula yg hiri hati terhadap pegawai bawahannya utk maju ke hadapan lebih daripada dia. Adakah Boss/ketua patut beri pegawainya markah 70% kebawah taip hari datang kerja, datang kerja awal, sama seperti org. lain PTK dpt 4 ada Diploma, Lulus KPSL ada ijazah .
Berdasarkan pengalaman saya perkara ini benar berlaku di jabatan kerajaan saya tidak mahu sebut mana jabatan.

Oleh itu saya mengatakan sistem ini tidak sesuai lagi diperkenalkan sebab ada yg tertindas pada sistem ini.

Tanpa Nama berkata...

Isnin, Ogos 02, 2010 11:35:00 AM

setuju dengan komen tuan yang bertarikh diatas adakan PTK tanpa temuduga terutama yg gred 17 kebawah sebab banyak pilih kasih
siap penemuduga cakap ada kuota nak bagi lulus apa ni? baik tak yah amik PTK!!!!!

adyipoh berkata...

mmg teruk......cthnya macam aku PPP aku kat Putrajaya aku kat ipoh dan dah 7 tahun tak pernah tahu brape markah SKT aku....bulan sudah baru aku bangkitkan pada Dato' TKP tak tahulah apa critenya dia ingat ke tidak.....apa-apa hal pon aku akan tuntut di akhirat kelak kepada sesiapa yg tidak berlaku adil sebagai bekalan aku

Tanpa Nama berkata...

AKena Naya..Saya di sekolah pun sama. Tak pernah tengok markah sebab percaya kat Guru Besar. bila nak pindah baru tau markah 60 peratus jee.Itu pun terjumpa fail di pejabat sekolah. Kawan yang lain semua dah naik DG 32. Yang teruk punn dah jadi Penolong Kanan.Saya rugi sebab PTK dapat lama, dapat 4 ( IV) ,DG 32 Time base servis 20 tahun pun tak dapat..Putrajaya sampai tak boleh tolong.. Sepatutnya mintalah surat sokongan. Kalau pegawai tu teruk tentulah surat tuu payah dapat.. Jadi cukuplah surat sokongan tanda kita kena aniaya. Ini tak; nak prestasi 3 tahun berturut-turut. Saya ok juga sebab dah pindah. Ada kawan kat sekolah lama tuu.buat kerja Penolong kanan tapi markah rendah. Dia sabar tunggu 3 tahun,elok cukup 3 tahun, markah tahun ke 3 tuu jadi rendah balik..Oleh itu kena tunggu 3 tahun lagi!!! Bayangkan! Bukan tak buat kerja.. Buat Jadual Waktu sekolah, buat jadual guru ganti tiap pagi dan sebagainya..yang semua tu kerja Penilai NO.2.Jadi kes saya niii dah minta Kesatuan Guru tolong..tapi haram tak ada guna.Rugi bayar yuran bulanan selama 20 tahun.. Kalau penilai satu ok pun tak dak guna kalau takut kat penilai 2.Lepas tu dok dengar kaki cucuk..Saya kalau tau awal sebelum pindah sekolah dah saman dia orang.Tuu sebab Guru Besar minta berhenti bila Penilai 2 dia pencen..takut saya tahu kot.. Bab nii, Kalau markah rendah pasai apa bagi tugas yang orang lain kata berat,susah sampai bertahun-tahun dan banyak pula tuu.Bab tu tak takut Tuhan pula.. Bayangkan orang lain tak ada tugas khas di sekolah pun boleh cemerlang.... Sebab tu.. disiplin sekolah lingkup.Semua Pakat jaga diri sendiri sebab bukan kerja yang dinilai. Tak percaya lihat dalam mesyuarat, orang diam jee sekarang ni..kalau cakap pun tak guna sebab orang yang beri cadangan dalam mesyuarat tuu bukan ada kelebihan sebagai membantu Guru Besar tapi silap hari bulan kena blacklist. Sepatunya minit mesyuarat disemak akhir tahun: sapa bagi cadangan prestasi tinggi: diam je rendahlah sebab tak ada idea membantu. Ini tidak,terbalik pula yang pi senyap-senyap kat bilik Guru Besar bagi cadangan, malah boleh pula batalkan cadangan yang diluluskan dalam mesyuarat.... Apa sudah jadiii.. Laa ni kita tok sah buat apa... Markah rendah dah..kan?? Masalahnya orang masih minta tolong sebab tau kita orang yang buat kerja bukan bodek boss. Tapi yang KAT ATAS TUUUU tau ke?? Kat Menteri tak sampaileeee.. Jadiiii..Kita pakat hantar surat kat Menteri sebagai penjawat awam yg.teraniaya oleh boss. Kalau tak boleh juga,biar kita hantar kat Parlimen biar depa bincang hal dalam kain Jabatan Kerajaan. Soo CUEPACS NAK KATA APA?

mak bonda berkata...

kitaorg dah komen2 kat ruangan ni jadi apa pulak tindakan oleh pihak CUEPACS diatas semua luahan kitaorg ni.....klu setakat nak bagi kitaorg syok sendiri baik DELETE je ruangan ni....tq

Tanpa Nama berkata...

Mansuhkan LNPT, saya juga sangat kesal dan menyesal bekerja di dalam sektor kerajaan kerana peluang saya terhad untuk menjawat jawatan yg lebih baik berdasarkan SKT saya yang rendah. Manusia yang berhati binatang sahaja yg sanggup memberikan SKT yg rendah kepada orang bawahannya. Akhirkata mansuhkan SKT/LNPT dan seumpamanya.

mak_encik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kalau kita xpuas hati dengan penilaian SKT, dengan sapa harus kita adukan masalah ini..?sapa yg nk dengar masalah kami, golong2 bawahan nie..dahlah bila suruh keja kerah & perah keringat kita mcm lembu..bila time bg SKT, guna format "sapa bodek aku? sapa xlawan aku?"

hhaaaa...sapa melawan, siaplah mmg markah SKT lah aku tibai..PPP pun xbetul, nk nilai PYD xbetul..kebanyakkannya...PPP & PPK yang xbetul..xbetul nk lagak betul..dia yg banyak seleweng xapa lak..

so korang pikir2lah..CUEPACS kena pikirkan sesuatu..

Tanpa Nama berkata...

Emm..betul tu sya jadi mangsa terbaru sudah jatuh ditimpa tangga tercium pulak tahi ayam..dahlah kenaikan pangkat saya dinafikan setelah 5tahun KUP41 bila sampai masanya sya dibuang..dengan di tukarkan di tempat org yang mengatur urusan kenaikan pangkat..apa lagi dia tenyeh lah markah skt yang menunjukan sya tidak berpontensi langsung untuk kenaikan pangkat..tu..kerana jawatan yg diberi pada kroninye yang telah disusun strategi dari awal2 lagi.supaya nampak sya tidak berpotensi..langsung..untuk naik pangkat..supaya Allah membalas nye di akhirat kelak..