SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Julai 2011

8,196 KAKITANGAN AWAM TIDAK HADIR BERTUGAS DIKENAKAN HUKUMAN

Utusan Malaysia
1/7/2011



MELAKA 30 Jun - Sebanyak 8,196 kes kakitangan awam yang tidak hadir bertugas tanpa mengemukakan borang cuti, mendapatkan kebenaran atau memberi sebab munasabah dikesan berlaku sejak dua tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kes tidak hadir bertugas tanpa cuti, menyumbang sebanyak 40 peratus daripada kesalahan tatatertib bagi kakitangan awam.
Ekoran kesalahan tersebut, tegas beliau, mereka telah dikenakan hukuman lucut hak emolumen, buang kerja, denda dan amaran.
"Kesalahan tatatertib dalam kalangan penjawat awam (kakitangan awam) di negeri ini adalah serius khususnya kes tidak hadir tanpa cuti.
"Bagaimanapun, mereka yang terbabit telah dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Kursus Perintah Awam Penjawat Awam 2011 di Dewan Konvensyen Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata, kesalahan disiplin yang dilakukan oleh kakitangan awam telah menyebabkan tindakan terpaksa diambil terhadap mereka bagi menggelakkan ia menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Beliau turut mengingatkan kakitangan awam agar tidak melakukan kesalahan disiplin sewaktu bertugas kerana pihaknya tidak akan berkompromi berkaitan perkara tersebut.
"Saya harap jangan ada antara kita yang melanggar amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kerana penjawat awam menjadi duta kecil kepada kerajaan," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui masih ada sesetengah kakitangan awam masih mengamalkan budaya lepak di kedai-kedai kopi atau restoran di waktu bertugas.
Ujarnya, budaya tersebut jika terus diamalkan boleh menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami sokong kenyataan di atas.. khususnya bagi mereka yg bermain golf dan lepak-lepak minum kopi kat hotel-hotel..

Tanpa Nama berkata...

dari 8196 orang bongok tu aku rasa 8000 orang dari kumpulan sokongan...padan la kerajaan tak bagi pelarasan/bonus pun...

Tanpa Nama berkata...

itu penemuan PA di Melaka ...
camno dgn Cupec? sasaran KPI lagi teruk ... semua tersasar dan hangus.

Tanpa Nama berkata...

Jom ke china makan angin.. 7-8 hari melancung..hilangkan tension la bro..

Tanpa Nama berkata...

KITA CIPTA APA SAHAJA AGAR DAPAT MELANCONG TAPI KITA KATA TUGAS RASMI. 7-8 HARI LAGI BAGUS.

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak tu..boley la kita orang atasan main golf hari2..bosan2 ragut rumput kat padang tu..

Tanpa Nama berkata...

agak2 la kalau buat kenyataan tu bro..."aku rasa 8000 orang dari kumpulan sokongan" tu hang ada bukti ke...dah tanya JPA kumpulan mana yg paling tinggi peratusannya??? jgn nak tuding jari...cermin diri sendiri la...!!!

pernah menjadi penjawat awam.... berkata...

8 ribu kakitangan awam tidak hadir bertugas? lebih baik jawatan tu diberi kepada kami yang telah ditamatkan kontrak.... kami rela di panggil untuk ditemuduga, di tapis untuk menjawat jawatan tersebut... kalau kami benar2 layak, ambilah kami PA yg dah kena tamat kontrak nie bekerja tetap.. tanya sahaja pada Jabatan pelajaran negeri masing2 tentang berapa ramai yang dah kena tamat kontrak disebabkan penamatan peperiksaan PTK... kami bukan merayu, tapi janji nak sokong kami yang PA kontrak, senyap mcmtu je.... tolonglah semak n kumpul data penjawat awam yg dah kena tamat kontrak nie... bg pluang kami untuk ditemuduga dan bekerja.... ingatlah, kami tetap menyokong gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan... utamakan rakyat, bru pencapaian akan meningkat...

BETUL TU berkata...

sy sokong pada "pernah menjadi penjawat awam" 100%

Tanpa Nama berkata...

diorang tak datang kerja sbb wat busines luar... terpaksa sbb gaji tak cukup.... tu pun tak sedar2 lagik ker?????

Tanpa Nama berkata...

Gaji ketua kerani masih takuk lama. semua N17 dah naik KUP sama gred dengan Ketua Kerani N22. NT 22 dah naik NT27 dan NT32. Bagaimana Ketua Kerani N22? Tak seimbang nampak. Buatlah bagi elok lepas banyak tahun merdeka.