SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Julai 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN LAKSANA SKIM INSURANS NYAWA UNTUK PENJAWAT AGENSI PENGUATKUASA

Bernama
22/7/2011



KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melaksanakan pemberian skim insurans nyawa untuk penjawat awam yang berkhidmat di agensi penguatkuasaan undang-undang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini bagi memastikan kebajikan mereka terbela sekiranya mereka ditimpa kemalangan atau mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas mereka yang sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko.

"Sebab itu kita minta agar kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menimbang untuk memberikan skim insurans nyawa kepada kakitangan di agensi pelaksana penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda anjuran Jawatankuasa Pendidikan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) di sini, Jumaat. Turut hadir Presiden Anulae, Azih Muda.

Omar mengulas insiden seorang penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor, G. Sivarajah, 24, yang patah kaki kirinya apabila dirempuh kenderaan milik seorang penjual durian yang tiba-tiba mengamuk apabila barangan jualannya dirampas dalam operasi sita semalam.

Katanya ketika ini penjawat awam hanya mendapat pembelaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika mengalami kecacatan kekal ketika bertugas.

Beliau berkata Cuepacs memandang serius masalah berkenaan kerana bukan semua penjawat awam mempunyai gaji yang tinggi dan mampu membeli skim insurans nyawa untuk diri mereka.

"Ini satu pembelaan kepada kakitangan kerajaan seperti ini dan saya harap pihak kerajaan melalui JPA dan ketua jabatan masing-masing dapat bersama-sama Cuepacs untuk merealisasikan hasrat ini," katanya.

Sementara itu, katanya Cuepacs meminta JPA mengkaji semula gred jawatan pengarah agensi kerajaan di setiap negeri yang kini berbeza di mana ada antaranya berada di gred rendah dan tidak setaraf memegang jawatan yang mempunyai beban tugas tinggi itu.

"Mereka sekurang-kurangnya mesti bergred 54 iaitu JUSA C ke atas dan apa yang kita dapati ada pengarah itu bergred 48 dan terpaksa menggalas tugas yang besar," katanya.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam kerana siasatan mendapati tiada yang terbabit menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.

"Ini membuktikan kakitangan kerajaan menyokong kepimpinan kerajaan yang ada dan menolak sebarang perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih melalui pilihan raya yang adil," katanya.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah tiba masanya PA mempunyai Skim Insuran Kesihatan yang dijamin oleh kerajaan dimana kakitangan kerajaan tidak perlu membuat tuntutan peralatan atau ubat yg tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan melalui PTJ masing-masing. Bagi kumpulan sokongan dimanakah mereka hendak mendapatkan wang membeli peralatan/ubat yg diperlukan segera yg tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan yg kekurangan budget. Sekiranya berlaku kemalangan atau jatuh sakit kakitangan kerajaan terpaksa meminjam dgn pinjaman tanpa lesen yg dapat memberikan pinjaman segera walau pun terpaksa membayar dengan harga yg tinggi. Kumpulan sokongan tidak seperti kumpulan P&P yg mempunyai kelebihan untuk meminjam dan mempunyai Kredit Kad.
Bagi PA yg menghampiri umur 50an sudah tentunya akan didatangi dgn pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. Tentunya sekiranya berlaku pembedahan yg memerlukan implan kakitangan tersebut terpaksa membayar terlebih dahulu kepada Syarikat implan berkenaan. Persoalannya dimanakah kakitangan sokongan hendak mendapatkan wang terlebih dahulu sebelum boleh dituntut kemudian yg tentunya akan mengambil masa. Jururawat di wad juga herannya boleh pula menerima wang beribu dari pesakit(terutamanya wad bedah) bagi pihak syarikat kerana mengikut peraturan kerajaan hanya mereka yg diberi kuasa sahaja boleh mengutip wang dari orang ramai.
Pihak CUEPACS patutnya berusaha kearah kebajikan kakitangan PA terlebih dahulu sebelum asyik memperjuangkan gaji sahaja. Patutkah Presiden CUEPACS
saperti asyik meminta sekurang-kurangnya Pengarah mesti bergred 54iaitu JUSA C ke atas bagi pengarah bergred 48 tetapi kebajikan PA tidak pernah dijengok dgn mata kepala. Kita tidak pernah dengar Presiden CUEPACS, KSN, KSU dan Ketua Ketua Jabatan melawat Kakitangan Kerajaan yg terlantar sakit dihospital. Kebanyakkan yg melawat adalah terdiri dari pihak berkuasa Tentera/Polis dan badan badan NGO.
Inilah kekurangan sifat Ketua Jabatan kebanyakkan tidak ambil peduli kebajikan kakitangan kerajaan. Kalau ada yg meninggal atau sakit setakat menghantar memo sahaja tampa menghebahkan melalui PA sistem dimana sebenarnya ramai lagi kakitangan jabatan berkenaan tidak mengetahuinya kerana memo berkenaan hanya disimpan dalam fail sahaja. Bagi kakitangan yg telah berkhidmat berpuluh puluh tahun juga tidak pernah mendapat anugerah langsung tiada anugerah lama khidmat diberikan terutamanya berlaku di Jabatan Persekutuan.
Patutlah banyaknya PA yg terpaksa berhadapan dengan tekanan sakit jiwa dan baru menerima sikit tekanan sanggup membunuh diri kerana kurangnya sifat ambil tahu dikalangan PA dan seolah tuntutan kenaikkan gaji dan bonos itu lebih penting dari memikirkan kebajikan kakitangan keseluruhannya.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan GLC boleh mendapat rawatan perubatan beribu ringgit di hospital kerajaan. Sebaliknya kakitangan Kerajaan yg bekerja berhempas pulas untuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat kadang2 terpaksa membayar RM1 kerana tidak mahu bergaduh dgn kerani hanya mendapat ubat PANADOL dan muka masam dari doktor (letih kerana buat locum.) Ya Allah ya tuhanku kau rahmatilah kakitangan PA yg bekerja untuk mendapat ganjaran dari mu jua.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan GLC boleh mendapat rawatan perubatan beribu ringgit di hospital swasta. Sebaliknya kakitangan Kerajaan yg bekerja berhempas pulas untuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat kadang2 terpaksa membayar RM1 kerana tidak mahu bergaduh dgn kerani hanya mendapat ubat PANADOL dan muka masam dari doktor (letih kerana buat locum.). "Ya Allah ya tuhanku kau rahmatilah kakitangan PA yg bekerja untuk mendapat ganjaran dari mu jua."

Jumaat, Julai 22, 2011 10:57:00

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak CUEPACS mencadangkan supaya perbanyakkan gred 22, 26, 32dan 36 bagi kakitangan sokongan tak perlu la KUP (makan gaji buta, gred rendah gaji gred tinggi). Kalau N1 ade, N3 ade, N17 ade N27 ade, N36 ade, N41 ade, N44 ade tak pe lah bagi N48. Jangan pula Kalau N1 ade, N3 ade, N17 ade N27 ade, N36 ade tapi bagi M41, M44 dan M48 sepatutnya bagi lagi N41, N44 dan N48 seperti jabatan negeri/agensi lain. Senangnya pihak atasan bagi mereka sekurang-kurangnya mesti bergred 54 iaitu JUSA C ke atas. Nampaknya president CUEPACS dah dapat datuk mungkin akan dapat M pula.

zairi bawah tempurung berkata...

ko nie nak bagi idea, komen atau merapu. klu otak ko lembab, pi main jauh2, menyusahkan orang nak fahamkan penulisan ko tu? mangkuk

Tanpa Nama berkata...

Salam, rasanya kita PA2 patut dah ada insuran sendiri, paling koman pun bayar rm 50 tiap2 bulan..yg boleh cover medical dan life kita...nie apa pun xda...kalau private..dia blh gi kerajaan dan swasta..dan GL dia laku dua2 tmppt..tp kita GL hanya laku di hospital kerajaan sahaja...tolong la..tgk2kan balik...

Tanpa Nama berkata...

NK POTONG INSURANS LG...MAMPUS LAA....DH LA GAJI SKIT...NAIKKAN GAJI X PA LA GAK..PIKIAQ LA SKIT, KAMI PA NI GAJI BKN BYK PN...MASIH PARAS KEMISKINAN LG...ADOYAIIII

Tanpa Nama berkata...

NAIKKAN GAJI DAN ELAUN PA!!!!!TOLONGLAHHHHHHH!!!KAMI DH TERTEKAN SANGAT NI!!

Tanpa Nama berkata...

mari kita mogokkkkkkkkkk.........

Tanpa Nama berkata...

Pak Omar berkata Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam kerana siasatan mendapati tiada yang terbabit menyertai perhimpunan haram Pemuda Umno di ibu negara pada 2 Julai lepas.

"Ini membuktikan kakitangan kerajaan menyokong kepimpinan pembangkang yang ada dan menolak sebarang perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang yang dipilih melalui pilihan raya yang paling adil dalam dunia," katanya.

Beliau sempat menyeru semua penjawat awam agar melupakan bonus dan anggapnya sebagai satu sedekah kepada negara, sepertimana saranan isteri pemimpin negara.

Unknown berkata...

syabas untuk CUEPACS jika berjaya melaksanakan SKIM INSURANS buat PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG...cuba pihak kerajaan pikirkan bagaimana pihak penguatkuasaan melaksanakan tugas...bergadai nyawa..menjaga perairan...sempadan..udara dan sebagainya...berbaloi ke dengan elaun yg diberikan atas tiket jabatan ??
anadai sesuatu terjadi..bagaimana dengan anak2 dn isteri para pegawai yang tnggal untuk menerus kan hidup??
andai skim insurans ini berjaya...terbela lah kehidupan para pegawai dn keluarga mereka...papepun kita tengok dn lihat sahaj...jangan penukul berbunyi tapi pahat tak gerak2...so...look n c k...

Tanpa Nama berkata...

Omar ni memang buang tabiat. cakap apa yang terlintas dalam kepala hotak dia saja ..
Sepatutnya, Kertas kerja perlu dibuat terlebih dahulu sebelum cakap .. dapatkan pro dan kons dpd Ahli Majlis kongres CUEPACS. Setelah dapat kelulusan dpd Ahli Majlis, barulah war-warkan kpd kerajaan dengan bijaksana!

Bagi saya, CUEPACS spt NGO tepi jalan yang layak berkokok tepi jalan sahaja.
Omar, baik kamu letak jawatan ..

Tanpa Nama berkata...

Pak Omar, x payah la minta bonus, akurlah pada saranan PM kita bahawa pmberian bonus akan menjahanamkan ekonomi. Selaku PA yg sayangkan negara, BN dan UMNO, wajiblah kita jangan lagi meminta bonus. Media juga sudah jelaskan betapa kenaikan harga barang runcit adalah palsu semata2.

Tanpa Nama berkata...

PA majoriti melayu. Eloklah x payah minta kenaikan gaji dan bonos, bior melayu merempat dalam negara sendiri... Beli keta hutang 10 tahun, beli rumah hutang sampai mampus

Tanpa Nama berkata...

potong gaji lagi...sapa pulak tu nak duit aku..dah la gaji ciput... nak claim susah...

subsidi bole?....

Tanpa Nama berkata...

omar oooi,,, hang jangan ikut sangat semangat rosmah tu,,takut nanti perut hang boroi...

jangan tunduk sangat dengan kerajaan bn...minta sampai depa tak reti nak putaq belit lagi...duit pusing kat malaysia juga...kecuali beli berlian juta-juta kat luar negara tu...duit hilang la...

Tanpa Nama berkata...

Rasanya bukan sahaja penjawat awam yang terlibat dalam unit penguatkuasaan dan seumpamanya sahaja terdedah kepada bahaya luar, perlu ambilkira juga kakitangan lain seperti kerani, PAR, pekerja am, pemandu dan yang lain. Persoalannya, mereka semua berulang alik dari rumah ke pejabat, ada yang tinggal dekat (kuarters) dan ada yang menetap sehingga puluhan KM. Risiko kemalangan dalam perjalanan sentiasa boleh berlaku. Jika melecet, patah, boleh rujuk rawatan disediakan kerajaan, tapi jika mati, apa yang mereka dapat? Tanpa insuran peribadi. Nasib anak isteri/suami yang ditinggalkan?

aku dah bosan.... berkata...

PA semua nie penakut...berani kat mulut jer...jadi tong kosong jer lah abuk pun tarak...aku tengok kat luar negera kalau nak tuntut ape2...dah puas mintak depa mogok @ merusuh jer...PA ape berani jadi peminta sedekah sepenuh masa kat kupek n gomen...padahal depa baca pun tak benda2 PA duk melalak...hahahah...
TUKAR TETAP KENA TUKAR...TINGAL BERAPA BULAN LAGI JE HAYAT KO BARANG NAIK (BN)

Tanpa Nama berkata...

Bil letrik aku naik 100%. Biasanya RM 40 sekarang jadi RM 80 !!! Bil Astro naik!!! Dulu RM 60 sekarang RM 80..Apa ke jadah??? Harga makanan semuanya naik!! Tensen wo! Patutla Gabenor Bank Negara dah bersuara pada kerajaan supaya kawal inflasi sebabnya Bank Negara dah dapat maklumat yang kuasa beli rakyat makin merosot especially PA

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya ceupacs ni perjuangkan skim jawatan bersepadu cthnya gred N1 hingga N54 dan seterusnya Jusa bukan cakap umum gitu. Lepas skim M cepatla buat paper upgrade skim diaorang la ni skim sbb skim M dah "STUCK" baru keja tak sampai 10 tahun dah dapat 52...skim lain nganga...kalau jawatan tu close lagi teruk..cukup la tu Tok Presiden....!

Tanpa Nama berkata...

Berita dpd ahli majlis kongres cuepacs memaklumkan Mesyuarat kongres berlangsung di Sarawak awal bulai Julai lalu.
waah.. waah .. semua tiket dan penginapan di tanggung oleh cuepacs.
bayangkan 120 orang ahli majlis!

Patut ler grant 3 juta setahun yang dibagi oleh kerajaan dapat dihabiskan .........

Tanpa Nama berkata...

Semua ahli parlimen BN dijanjikan 100k sebelum PRK 13. PA masuk angin keluar asap.

Tanpa Nama berkata...

DUIT NEGARA DUIT PAK AKU BERKATA,
AKU SETUJU PIHAK BERKUASA DIBERI KENAIKAN LEBIH TINGGI SEBAB PA DUK KAT RUMAH,POLIS DUDUK JAGA PERHIMPUNAN HARAM,KDN PERLU WUJUDKAN ELAUN NYAWA JAGA PERHIMPUNAN HARAM....BANYAKKAN SAMAN SAMAN....TERIMA KASIH POLIS,TANPA POLIS SIAPALAH BN..HIDUP BN....

Tanpa Nama berkata...

Raya tahun ini pakat buat rumah terbuka dgn hidangan maggi pelbagai perisa serta teh o super kurang manis. Nak buat macam mana

Tanpa Nama berkata...

bangga dengan TPM yg umumkan akan bantu ringankan beban rakyat. harga barang mmg semakin naik sejak ANWAR mula bercakap mahu merusuh BERSIH. jadi punca utama kenaikan harga ialah pembangkang, dan penyelamat kita semua ialah manusia mulia iaitu pemimpin UMNO

budakkampong berkata...

KALAU TAHUN NI PUN TAK DAPAT BONUS,AKU RASA PRU13 CONFIRM BN TUMBANG TIADA TUNASNYA LAGI... PA DAH MULA TENSION DAH TU...

Tanpa Nama berkata...

ini aku setuju, coz baju kalis peluru pdrm pon dah stok2 expired dah pon...