SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Julai 2011

ANULAE DBKL MINTA DBKL PERCEPATKAN PROSES PENYUSUNAN SEMULA 837 JAWATAN

Bernama
7/7/2011



KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempercepatkan proses penyusunan semula 837 jawatannya.

Pengerusi ANULAE (Pegawai) DBKL Zakaria Abdullah berkata kesemua jawatan, yang sepatutnya dikuatkuasakan pelaksanaannya pada Disember lepas, mengalami proses penyusunan yang lembap ekoran sikap tidak berpuas hati segelintir pegawai atasan DBKL.

"Pegawai dan kakitangan DBKL tidak perlu memberi alasan untuk kecewa dan rasa terpinggir biarpun tidak mendapat kenaikan pangkat. Kami yakin mereka juga patut bersyukur atas nikmat yang mereka kecapi selama ini," katanya pada sidang media di Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Rabu.

Selain ANULAE (Pegawai) yang melibatkan Gred 17 ke atas, dua lagi kesatuan di bawah DBKL yang menganggotai Cuepacs ialah ANULAE (Pekerja) bagi Gred 1-16 serta Kesatuan Pekerja-pekerja DBKL (KPPDBKL).

Anulae dianggotai seramai 600 ahli daripada pihak berkuasa tempatan dan mempunyai 29 cawangan seluruh Semenanjung.

Zakaria, yang juga Penolong Setiausaha ANULAE Semenanjung Malaysia, meminta 12,000 pekerja DBKL tidak menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

"Kita sebagai penjawat awam harus memegang kepada surat akujanji yang telah ditandatangani," katanya.



-- BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanya presden omar ... dia hafal lagu bangau oooh bangau ...

kalau dia tak dapet bagi keputusan maknanyo dio pun BANGAU jugak.

kih .. kih ..

TOKSEH Merah berkata...

"MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM".

KUPEK, tolong la jawab atawa buat sesuatu, kalu tidak semua topik ini orang akan kopipes dia punya masaelah.