SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Julai 2011

CUTI BERSALIN MASIH PINCANG

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/07/16


Ketua jabatan tolak rehat 3 bulan


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, berkata kepincangan masih berlaku dalam pelaksanaan cuti bersalin 90 hari diperuntukkan kepada penjawat awam wanita, terutama bagi perkhidmatan yang majoritinya disertai golongan itu seperti perguruan dan kejururawatan.

Katanya, ini berikutan CUEPACS menerima beberapa aduan daripada guru dan jururawat wanita mendakwa permohonan mereka untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari ditolak ketua jabatan masing-masing. Beliau yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, tindakan ketua jabatan terbabit boleh disifatkan sebagai menafikan hak penjawat awam wanita memperoleh tempoh cuti bersalin yang diperuntukkan kepada mereka.

“Baru-baru ini, kita ada menerima aduan daripada tiga guru daripada sekolah sama yang memohon mendapatkan cuti bersalin 90 hari tetapi ditolak atas alasan tiada peruntukan mencukupi mengupah guru ganti bagi ketiga-tiga kekosongan pada masa sama.

“Alasan sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana apabila peraturan atau peruntukan kepada penjawat awam itu diluluskan, bermakna kerajaan sudah mengambil kira semua aspek berkaitan supaya dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada Berita Harian,
di sini, semalam.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan semak semula peranan pegawai perubatan dalam pengeluaran perakuan tarikh bersalin yang mana dulunya 60 hari perakuan tersebut dikeluarkan pihak hospital melalui discaj wad terlibat dan kini bila tiba 90 hari pegawai perubatan sekadar keluarkan tarikh bila siibu mula bersalin dan semak juga peranan kj dalam mengesahkan cuti bersalin. Ini perlu kerana risiko bersalin memerlukan siibu pulih sepenuhnya sebelum menjalankan tugas. Tanpa ibu bagaimana negara maju.

2bz4money berkata...

Bahagian kewangan/pentadbiran diharapkan memohon peruntukan tambahan bagi tujuan tanggung kerja semasa PA berkenaan bersalin. Boss selama 9 bulan takkan x dpt fikir siapa yg bakal menanggung kerja PA tsbt serta masalah2 lain yg berpunca drpnya. Kelemahan pengurusan sendiri jelas di sini bagi menangani masalah sebegini. Kalu Usop Wilca suruh bakor je3; di sini Boss tsbt mungkin perlu ditukor aje3..

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.

PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

Setiausaha Agung CUEPACS tak perlu bising, dia orang ada Union masing-masing (NUTP dan MNU). Bawa mengadap dalam MBJ masing-masing. Kann kita ada saluran berbincang .. bukan berdemontrasi melalui media massa.
SUA kita ni SU NUTP, tak pandai lagi ker ikut saluran???
- anti makan suap

Tanpa Nama berkata...

Macam mana boleh jadi Ketua Jabatan, jika pekeliling pun susah hendak faham ...

Tanpa Nama berkata...

cuti bersalin akan terus pincang.
bukan salah JPA dan bukan salah Ketua Jabatan.CUEPACS yang bodoh!
Kalau sudah tahu perkhidmatan awam dimonopoli oleh kaum wanita, (Muda-muda lagi, masih prodiktiv)mengapa minta yang bukan-bukan.Zaman emak saya dulu,berpantang dan menyusu anak,hanya 45 hari sahaja. Anak ada sepuluh, sihat sampai sekarang sudah 80 tahun, dan ada yang mencapai 90 tahun pun masih sihat.cuti 90 hari tidak relevan langsung!perkhidmatan semakin lembab, sebab tugas-tugas untuk 2 orang terpaksa dilakukan oleh seorang.
CUEPACS tolong tengok isu-isu yang lebih kritikal.Cth Skim Gaji yang tidak sama rata antara skim perkhidmatan .

Tanpa Nama berkata...

kami nak bonus, bukannya cuti bersalin sehingga 120 hari. x produktif langsung. tetapi kami tetap sayang Umno dan menyokong penuh kepimpinan YAB PM kita yang nyata pewaris khulafa-ar-rasyidin sebenar

Tanpa Nama berkata...

sapa suruh ambil staf prompuan trlalu ramai...tmpat aku ja pompuan lebih 20 org sdg lelaki tk spi 5 org pown...

Tanpa Nama berkata...

"Mohon Cuepacs Bantu berkata...
MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM."

Ngahhhhhaaaahhaaahhhaaahhhaaaahhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tanpa Nama berkata...

lu punya ketua jabatan buta kayu kea or gile kuasa.. dia org tau tak gaji dia org di bayar oleh rakyat..sedar diri sikit beb..!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
"Mohon Cuepacs Bantu berkata...
MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM."

Ngahhhhhaaaahhaaahhhaaahhhaaaahhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Selasa, Julai 19, 2011 10:17:00 AM

>>>>> bodoh sengau punya lawakkkk. Orang yang teramat suka semacam ini kalau tempat aku jenis spesis berpenyakit Schizophernia.

Tanpa Nama berkata...

kecian orang belajar kat poli...padan la bodo2...pandai copy paste jer...mcm mner gomen nk upgrade...tak pandai aper pun...aper pun tak boleh...hahahahahhahahahahha........

Mangkuk-Tingkat berkata...

Aku cerita sikit tentang kami PA yang dah lama ni. Dulu Bini aku beranak 5 orang. Cuti bersalin 40 hari saja...itupun kerja 5½ hari (hari sabtu ½ hari) ok jer.

Masalahnya budak sekarang, 3 bulan awal mengandung dah tak buat keje..lembik muntah2...mula 7 bulan, perut dah boyot...tak larat nak buat keje...

Lepas cuti 90 hari datang pejabat. lepas sebulan keje mula ngandung balik, ulang balik benda yang sama macam anak pertama tu.

Dapat gaji sama dengan orang lelaki yang sama gred walaupun mereka bekerja sepanjang tahun. Yang pelik lagi, pompuan2 ni pulak lebih senang naik pangkat dari lelaki.

Pada aku cuti 90 hari ni mengarut ajer, zaman mak nenek kita dulu, 2 minggu lepas bersalin mereka turun ke bendang atau kembali menoreh getah.

Kesimpulannya..PA zaman sekarang ni dah makin banyak LEMAK dan MENGADA-NGADA.

Parklee berkata...

Mengapa bekasan pelatih politeknik asyik copy paste benda yang sama di halaman komen yang tiada kena mengena dengan tajuk di atas?
Adakah ini masalah perasaan atau masalah jiwa pelatih politeknik itu sendiri?
Gunakan saluran yang betul..

Tanpa Nama berkata...

Bermakna Ketua Jabatan tersebut tidak sedar dengan kebajikan kakitangan golongan wanita dan mungkin mereka sendiri tidak ada pengalaman isteri mereka bersalin dan bagaimana perasaan si suami pada waktu itu..

Tanpa Nama berkata...

pemegang sijil poli babi, kami doakan permohonan kau x dilayan. padan la muka tu. rendah IQ mcm ni mana layak nak naik gred, elok semua pemegang sijil poli babi dibuang saja kerja

Tanpa Nama berkata...

abih tu kalau yang ada diploma politeknik nak letak gred 41 ker??agak2 la nak komen..

Tanpa Nama berkata...

mental disorder punya pemegang sijil polit...apalah....owg lain banyak degree..diploma kerja GRED N1 dgn N17 tak bising pun....yang aku tahu la sijil tu layak untuk N17 aja...diploma pun dah payah nak dapaT N27...sudahlah...menyibuk mcm org gila tak menyelesaikan masalah...antar memoradum ke JPA...selesai citer

Tanpa Nama berkata...

wajib memberikan 90hari cuti bersalin kepada first pregancy dan 60hari kepada anak kedua dan seterusnya....kalau mengikut pandangan...first born perlukan masa lebih panjang untuk pemulihan....terima kasih

Talib berkata...

ADA seorang sahaja manusia paling jahat, paling pengkhianat, paling memecah belahkan rakyat di negara ini, namanya Anwar Ibrahim. Jika dia ke Amerika, maka dia akan bertemu dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam, memporak perandakan Malaysia. Jika dia ke Indonesia, maka dia akan menghasut rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, serta memberikan tekanan kepada Malaysia

Senang kata, ke mana sahaja Anwar Ibrahim melangkah di dalam dunia ini, nescaya akan berlaku kerosakan yang maha dahsyat ke atas manusia sejagat, terutamanya manusia-manusia yang tinggal di Malaysia. Jika ditanya, siapakah manusia paling jahat di dunia ini? Percayalah, jawapannya ialah Anwar bin Ibrahim.

Tetapi berbeza dengan seorang lagi insan yang sangat kontra perwatakannya, sangat berbeza tindakannya, namanya Dato Sri Najib Razak. Ke mana sahaja insan ini melangkah, akan membawa rahmat ke seluruh alam, membawa kebaikan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan, memberi kebahagiaan dan keamanan kepada pokok-pokok dan ulat gonggok.

Jika dia ke Amerika, nescaya seluruh rakyat Amerika akan memuliakan Islam, jika dia ke Vatican, nescaya pope Kristian paling agung akan tunduk dan hormat kepada Dato Sri Najib Razak. Apa sahaja tindakannya disulami dengan tingkah laku bijak yang membawa keamanan, kebaikkan kepada seluruh manusia sejagat terutama manusia-manusia yang ada di Malaysia. Apa sahaja tindakannya tidak pernah silap, tidak pernah salah.

Malah jika Dato Sri Najib Razak lari maraton di seluruh Kuala Lumpur bersama-sama dengan para menteri sekalipun, tentu tindakan itu tersirat pemikiran bijak, disulami wawasan yang jauh, dengan perancangan yang mantap bagi membawa kebaikkan kepada semua manusia yang wujud sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini, berlanjutan sehingga ke hari kiamat.

Hanya BN sahajalah layak memerintah alam ini

Bakal persara berkata...

Betul tu! BN sebuah kerajaan yang tulus. Takde rasuah. Takde kroni.
Takde video seks. Takde main pepuan. Takde main jantan.
Wakil rakyat BN kerja kerana rakyat. Dapat gaji dan elaun pun disumbangkan untuk rakyat.
Orang kampung aku setiap bulan dapat duit dari wakil rakyat BN.
Banyak betul duit wakil rakyat BN ni.
Tapi, aku kongpius satu jer.. Kenapa wakil rakyat BN jarang ke surau atau masjid dan banyak pulak duit bagai rakyat makan. Siap boleh bina rumah untuk diri sendiri berjuta-juta lagi. Mungkin wakil rakyat gaji mahal kot? Mungkin 1.3 juta sebulan. Aku mana tahu. Nak banding wakil rakyat Pas atau PKR asyik naik kereta proton saga lama jer.. susah betul diorang ni. Aku nak jumpa untuk minta bantuan pun serba salah. silap-silap aku yang kena bantu wakil rakyat pas dan pkr ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan cuepacs minta kerajaan sediakan pinjaman peribadi bagi PA kerana kebanyakkan PA sekarang ini membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan yang mengenakan faedah yang agak tinggi iaitu 5.2%.Jika kerajaan sediakan pinjaman tersebut mesti ramai PA yang rasa ringan beban tanggunggan faedah yang dikenakan oleh pihak bank. Saya harap CUEPACS majukan cadangan ini kepada JPA

Tanpa Nama berkata...

kami nak gaji gred 29 atau 41 la natang, jgn samakan kami dgn golongan jahil yg cuma ada SPM je

PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

kami nak gaji gred 29 atau 41 la natang, jgn samakan kami dgn golongan jahil yg cuma ada SPM je

PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

Inlah akibatnya ambil wanita terlampau ramai dalam PA dan golongan lelaki jadi kaki dadah, mat rempit dan mat ragut.

bihai berkata...

am a PS worker. let me put in my 5 cent worth point of view regarding women workers in d PS.
d excess number of female working has constantly givin pressure to d male coworkers esp. d tough jobs time jobs, extras or rather not meant to pay jobs, are added to d growing burden of male workers. Givin these hard hitting days for single out bread winners, while female r only for compassionate wages, things r not getting good in term of working atmosphere n to d end mean that is productivity.

ofcoz d 90 days for delivery rest caught the whim out of d women eagerness- but what to d heads of d office or department? they got to deliver too! ok, maybe some who can manage... d average r not. these confusion, disarray, dissatisfaction....or whatever u calll them, they kick back dirt to d much proposed gov plans of transforming.

i agree, actually on my own observation, d 90 days is really not 90 days. women relaxing their bodies n minds long before n after they givin birth. n d 7 months pregnancies will avoid manual workforce all together- they cant never change their womanhood altogether. they r so demanding of d space yet tightfisted on wages n sexist!

sorry, am not gender moronic..its just my male hormone get boiling each time i see more n more women colonies come into our workforce...n givin more bedlams to d already slumber national wide economy.

sorry.

bukan pengkhianat berkata...

Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,

Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..

Dari Puisi Dr Asri

Lirik Aku Bukan Musuh Harta - Kopratasa

Tanpa Nama berkata...

Cuti 90 hari ini adalah HAK???

Tanpa Nama berkata...

sy seorang jururawat,apa perlu buat kalau ketua jabatan tidak membenarkan cutim bersalin 90 hari...itukan hak sy sebagai pekerja...harap cuepacs dpt tolong