1/7/2011
IPOH 30 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhasrat mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan bagi membincangkan isu berhubung dua Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya (JKR).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan itu turut melibatkan lima kesatuan sekerja yang menganggotai Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR).
Katanya, antara kesatuan yang terlibat dalam pertemuan itu adalah Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Semenanjung Malaysia (MTSU), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Profesional JKR, Kesatuan Kebangsaan Pekerja JKR dan Air (NUPWDE) dan Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPAP).
"CUEPACS merasakan konflik ini tidak seharusnya wujud kerana kebiasaannya urusan berhubung pelantikan atau pertukaran yang membabitkan pegawai perkhidmatan awam dilaksanakan secara tertib oleh JPA.
"Sebagai kesatuan mewakili kakitangan kerajaan, kami memandang serius kemelut dalam JKR dan amat berharap ia diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung AUEGCAS cawangan Perak di sini hari ini.
4 ulasan:
Hello moderator blog...tolonglaaa brapa banyak topik pasal KP JKR nak bincang daaaaaaaaaaaa...
Boringgggggg....boringgggg....
iyelah bila naek gaji
pasal isu nie beb..!! atuk aku boleh selesaikannye.. kecoh la lu org bro.. nampak sgt lu org tak ade tamadun..
As,salam / Salam Sejahtera,
Saya wakil kepada teman2 seangkatan kontrak 'COS' (contract of service).melalui perbualan bersama wakil KKR sumber manusia menyatakan bahawa kontrak kami akan ditamatkan sehingga penghujung tahun 2011,.walhal contract kami adalah bersama SPA dan sepatutnya berterusan (stlh merujuk kpd peg SPA)..Maklumbalas yang diterima hasil perbualan bersama wakil KKR menyatakan akan diserap kepada jawatan TETAP di KKR dan hanya menunggu surat untuk 'reposting',dan etc.apabila surat diterima menyatakan permohonan tidak dapat dipertimbangkan..APAKAH INI SEMUA???APa YG CUBA DISEMBUNYIKAN????.dan bila ditanya peg berkaitan terkulat2 menjawab,pelbagai alasan diberikan.bergantung pada nasib la,carik kerja lain la,itu la ini la,kami bukan budak sekolah yang boleh diperbodoh2kan aper yang kami mahu adalah pekerjaan kami (TETAP),kami ada tanggungan dan hutang yang perlu dijelaskan, adalah begitu kejam dengan menamatkan kontrak kami dengan sedemikian rupa????,dimohon pihak CUEPACS dapat campur tangan dan memperjuangkan hak kami berhubung isu ini..-seharian kami bekerja,dgn disiplin dan komitment yang tinggi untuk menyelesaikan masaalah rakyat akan tetapi adakah ini balasan yang kami terima?>>>.
"kami mangsa2 yang akan berjuang sehigga ketitisan darah terakhir"-
Catat Ulasan