SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 September 2011

NAIKKAN CARUMAN

Utusan Malaysia
Oleh MAHIRAH ZAKARIA
dan MOHD.FAHMI ZAKI
pengarang@utusan.com.my
29/9/2011



KUALA LUMPUR 27 Sept. - Majikan digesa menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 13 peratus kepada 15 peratus untuk meringankan beban pekerja selepas tamat perkhidmatan kelak.

Presiden Kongres Kesatuan Syarikat Milik Kerajaan (GLC), Shafie BP Mamal berkata, menaikkan kadar caruman boleh dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pekerja yang banyak membantu memajukan syarikat.

“Syarikat perlu bekerjasama dengan KWSP untuk mengatur rancangan yang tersusun bagi menyebarkan pengetahuan dan kesedaran kepada pekerja tentang kepentingan menyimpan untuk usia persaraan.

“Isu ini perlu diangkat sebagai agenda dan dibahaskan oleh golongan cendekiawan serta pakar ekonomi bagi mengelakkan timbul masalah di kemudian hari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu KWSP yang mendedahkan seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan persaraan kurang daripada RM50,000 dan jumlah tersebut di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu RM120,000.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, caruman KWSP perlu dinaikkan bagi menjamin masa depan pesara.

“Saya begitu simpati dengan nasib mereka kerana faktor umur menyebabkan pesara tidak mampu lagi bekerja untuk menyara kehidupan,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat memberi bantuan kepada golongan itu bagi meringankan beban mereka dalam mengharungi kehidupan selepas menamatkan perkhidmatan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

caruman naik senang nak pusing duit buat niaga.. memanglah tinggal sikit, apa taknya keluar duit sambung berlajar buat ijazah, anak sambung berlajar,bayar muka rumah.dan kereta second. ini puncanya gaji kecil kumpulan sokongan, permintaan pula tinggi, ape cite pulak keluar duit KWSP RM30 ribu, cuma dapat RM23 ribu jea..bakinya mana pegi RM7 ribu.? sila jelaskan wahai Ketua Pengarah KWSP..

Tanpa Nama berkata...

Sapa laa yg bangang ni suruh naik caruman? Sepatutnya dln zaman gawat, pekerja harus diberi lebih wang untuk belanja dan galakkan pertumbuhan ekonomi. Bukan soh simpan duit... BUDUH!!!! KAKI AMPU KERAJAAN...

Tanpa Nama berkata...

naik gaji 40% elaun cola,elaun perumahan/ lain lain elaun semua potong misalnya gaji rm2000.00
40% dapat rm800.00 potong -cola rm300.00 potong elaun perumahan rm180.00 potong eka rm160.00 dapat untung rm rm160.00 kakitangan kerajaan luar bandar boleh dapat rm360.00 rate ot boleh tinggi tetapi kena bayar tax...........cara ini kerajaan boleh untung

Tanpa Nama berkata...

Sabor ajer lah, tunggu 07 oktober aper sebenornya yang akan berlaku. Tunggu .... Kalau tak seronok tunggu satu tarikh lagi ...

Tanpa Nama berkata...

salam.dah la gaji ciput ja.nak potong kwsp bayak pulak.kami nak pakai duit nak buat rumah.dah tua baru nak merasa rumah hasil titik peluk sendiri.silap2 x sempat nak buat rumah.anak2 kami nak tido kat padang rumah orang ka.

Tanpa Nama berkata...

KWSP kau punya tembelang dan temberang dah pecah... satu malaysia dah tau..!!!