SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

09 September 2012

BONUS TUNGGU PEMBENTANGAN BAJET - KSN

Bernama
9/9/2012


PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa enggan mengulas mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan 28 Sept nanti, sebaliknya meminta semua pihak menunggu hari pembentangan tersebut.

"Kita tunggulah 28 haribulan ni. Saya rasa setiap bajet memang bajet terbaik. Kita tunggu saja pada hari bajet nanti," katanya mengenai jangkaan terhadap bajet tersebut kepada pemberita selepas melawat Wisma Putra di sini Jumaat.

Dr Ali diminta mengulas mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk diberi bonus dua bulan gaji dalam bajet berkenaan.

Mengenai lawatan itu, Dr Ali berkata ia sebahagian daripada aktiviti 'turun padang' yang dipraktikkannya dalam usaha untuk mendekati pegawai kerajaan serta mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya.

-- BERNAMA

20 ulasan:

www.sunan.my berkata...

ehem.. ehem...

Tanpa Nama berkata...

jangan ulangi kesilapan sidek hasan dan pak lah apabila memberi kenaikan gaji pada tahun tersebut tapi tidak memberi bonus pada penghujung tahun.

beringat sebelum kena!

Tanpa Nama berkata...

"Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan di Wisma Putra. Saya rasa pegawai di sini berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dari segi hubungan diplomatik dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang," katanya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

jangan main rasa saja .. tengok KPI dia orang capai ke tidak ! tengok komitmen dia orang urus pelajar di middle east sewaktu dulu .. banyak lagi bukti komitmen.
Jangan main rasa ... touch n go !

Tanpa Nama berkata...

mestilah dia puji. suku sakat dia (PTD) yang dok penuh dalam wisma putra tu

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Sokongan Berijazah Berkata

Ingatlah sebahagian lagi bukan untuk Anda walaupun telah tertulis wang gaji Bulanan/Bonus hak individu .


Moh kita Berzakat ! Zakat membawa Berkat

Tanpa Nama berkata...

SALAM UNTUK SEMUA PELANGGAN TETAP BLOG INI:
Tapi sayangnya anda semua sudah jadi goblog atau gemblong sebab tak habis2
kata PKR teruk. Kemudian puji pulak BN bagus. Apa yang teruk apa yang bagus. Aku dalam PA tak kenal itu semua. Yang penting sepatutnya setiap 5 tahun sekali lebih2 lagi bila nak buat pemilihan kerajaan baru, Kerajaan yang sedang berkuasa patut dan wajib beri bonus 12 bulan gaji kepada semua PA. Kalau Bank, Korporat, Firma, Swasta dan GLC Kerajaan boleh bagi 12 bulan bonus setiap tahun kepada staf mereka, mengapa pulak kita PA pemegang dan pelaksana tampuk negara tak dapat. Tiap2 tahun cuma separuh atau sebulan gaji. Apa adil ke macam tu. Pegawai Kerajaan macam aku gred 5* (bini kerja guru gred 4*) nak beli Estima dan rumah Semi D, kena pikir 10 kali. Sedangkan Kerani bank kerja baru 15 tahun (bini kerani bank jugak) dah dapat beli Merc mata belalang dan rumah Banglo.Tapi bila sebut pasal kerja mesti rajin, berfikir diluar otak,kena amanah (sampai nak beli juadah puasa pun tak boleh konon). Anda

Tanpa Nama berkata...

pak najib dah bagi klu, gaji dah naik, bonus dah dapat dan cuti raya dah cuti, dah balik kampung, ini bermakna kenaikan gaji dan bonus PA tiadalah dalam bajet 2013 ni, kalau ada pun kenaikan elaun jea, itu pun ciput jea naik, tiada semakan gaji dan gred perjawatan, malangnya 1.4 juta PA, lebih 20 tahun PA masih ditakuk lama, ketinggalan segala-galanya, mana yg dah nak pencen terus pencen, tiada insentif galakan diberikan, rasa-rasanya kerajaan sekarang good goverment?.. tapi kalau golongan atasan diutamakan, turus,jusa,ptd,gred 41 ke atas dilayan macam minyak di tantang penuh, semua PA bawahan dan rakyat dah tau, begitu juga perjawatan baru yg dipilihnya sanak-saudara,anak-beranak dan kroni.. mcmana nak telus kot, kalau bapak pegawai atasan tertinggi mesti anak-beranak diutamakan,jawatan tue mcm jawatan turun-temurun,mcm di spam,johor,pahang dan lain negeri, manakala PA yg ada kelayakan dan pengalaman di singkirkan bgitu jea, buat syarat jea.. ditambah tahun depan penguatkuasaan GST dan kenaikan segala jenis Cukai di naikkan ,lagi lah parah PA berpendapatan rendah, 1.4 juta PA yg akan menentukan masa depan negara, pilihan di tangan anda..!!

Tanpa Nama berkata...

KSN malas nak ambik tau, boleh blah katanya sebabnya gaji dia berpuluh ribu, elaun keraian ribu-ribu, elaun perumahan ribu ringgit, api-air percuma, telepon percuma,sarapan pagi,makanan tengahari dan minum petang percuma, klim dan lojing ribuan ringgit dan rumah banglo, ape dia nak kisah 1.4 juta PA berpendapatan rendah, pandai-pandailah nak hidup..!!

Amran Pekida berkata...

kesal dengan ramai PA yang merungut. nak kena belasah kot? jangan sampai ruumah kete korang kena sembur cat merah nanti. dah dapat gaji pun syukur la , nak menyalak nak bonus. ingat bapak kau punya duit? kami seluruh ahli akan bersatu mempertahankan keputusan YAB PM agar jangan tunduk pada desakan pembangkang yang mahukan bonus dan menghabiskan wang negara. siapa yang enggan syukur pada BN wajar dibelasah.

Tanpa Nama berkata...

nak mintak bonus pun, nak kena belasah, kuat sgt kea nak berhadapan 1.4 juta PA, gini budaya BN, budaya samseng mafia malaysia, kau org sapu bersih duit rakyat tak pe, boleh pulak, betul-betul samseng BN nie, mcm samseng sarif dol cite p.ramlee.. kah..!! kah..!!

Tanpa Nama berkata...

Org Felda dpt beribu ribu ok aje kerajaan ! Ini PA minta bonus 2 bulan pun tak boleh ke ? Dah tu yg kroni kroni dok makan duit berjuta juta senyap aje !

Pak Omar mesti dapatkan bonus 2 bulan !

Tanpa Nama berkata...

kalau mcm ni la majoriti mentaliti penjawat awam, jgn salahkan public kalau pandang rendah pada PA. bersyukur la apa yg dpt. semua keje ada pro dan connya. cth:

1) kalau keje kerajaan bonus sikit atau xde langsung tp tetap dpt gaji tiap2 bulan yg xkan terputus, kebarangkalian kena pecat yg sgt rendah, pencen, cuti yg byk termasuk cuti haji, bersalin, sambung belajar dll.

2) kalau keje swasta gaji dan bonus mungkin banyak tp siap la kena perah, cuti sikit, kebarangkalian kena buang keje tinggi sbb sykt rugi, corporate exercise, ekonomi negara teruk dan byk faktor insecurity yg lain.

3) kalau keje sendiri plak segala bala kena tanggung. x keje xde duit x kira lg kena sedia modal, bayar gaji pekerja, sewa premis, pelbagai bil dan mcm2 hutang lain. mungkin dpt byk duit dan hidup senang atau kaya tp kemungkinan tinggi xde life, stres, dan x lena tido

kesimpulannya xde satu keje pun yg betul2 perfect. tuhan dah bg adil utk hamba-Nya cari rezeki kat mukabumi ni. yg penting kena suka la buat keje tu. xde sape pun paksa korang keje kerajaan. bahkan kerajaan la satu2nye keje yg mana majikan x ty brp gaji ko nak sbb tu semua dah tertera dlm gaji matriks. kalo rasa x puas hati sila la berambus dr perkhidmatan awam spy org lain yg lg appreciative boleh gantikan tmpt korang. simpan bangkai2 yg xde rasa bersyukur ni buat sakit jiwa je.

jentayu

Tanpa Nama berkata...

lu jgn cakap banyak beb, nama lu sape, kalau berani bagi nama penuh la, senang kami nak santau kau,.. kaw,kaw kami santau angin, baik punya santau..ada berani..!! kami tau buah kau dah kecut..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

AKU BACA BLOG NI RASA NAK TERBERAK

Langsung tak ada kualiti dan apalagi infomasi. SEmuanya mengarut meraban macam orang hilang akal. Elok buang kedalam tong sampah saje....pptuui...

Tanpa Nama berkata...

HORERRRRREEEEE J17 DPT NAIK SEMULA J27 TAPI YG KELULUSAN POLITEKNIK JER....TQVM

Tanpa Nama berkata...

amboi besarnya nafsu.. x syukur ke yg seadanya.

Tanpa Nama berkata...

kenapa...!!!! kau ingat bagus sangat ke? entah2 kau tak tahu paham. mcm babi

Tanpa Nama berkata...

takkan bonus 2 bulan gaji jer... mana cukup... kurang-kuran 6 bulan bonus macam swasta... takkan semua Pekida dan Gang PM jer nak rembat habis dana/duit rakyat...

Tanpa Nama berkata...

ksn ali hamsa & pm najib jgn ulang kesilapan ksn sidek hasan & pm abdullah tahun 2007! igt tuh! we have a power!

Tanpa Nama berkata...

kepada orang pukida jangan le nak tunjuk kuat kat bangse sendiri,, kat cine india x berani..orang pukida boleh buanglah telor bagi anjeng makan..haha..harap pm bagi bonus 2 bulan gaji..