SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 September 2012

CUEPACS PERSOAL KEPUTUSAN JPA MANSUH MBJ PERINGKAT PUSAT

Bernama
15/9/2012



KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mempersoalkan keputusan Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memansuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat pusat dan hanya mengekalkannya pada peringkat negeri sahaja.

Presidennya Datuk Omar Osman menyifatkan pemansuhan tersebut sebagai satu penganiayaan terhadap penjawat awam kerana MBJ pusat merupakan badan perundingan tertinggi yang bertanggungjawab menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi pekerja.

"Fungsi MBJ pusat adalah untuk menyelesaikan apa juga masalah pekerja awam yang gagal diselesaikan pada peringkat negeri dan ianya penting kerana pada peringkat inilah ketua-ketua pengarah akan berkumpul bersama bagi membincangkan dan mencari penyelesaian kepada sebarang masalah penjawat awam di peringkat bawahan.

"Apabila dimansuhkan MBJ pusat, saya melihat tiada gunanya untuk mengekalkan MBJ negeri kerana kuasa yang ada padanya (MBJ negeri) terhad...jadi bagaimana mahu selesaikan masalah penjawat awam termasuk isu kebajikan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala yang ditubuhkan 20 tahun lepas dan berfungsi sebagai saluran komunikasi antara pihak pekerja dengan pihak pengurusan.

Omar menegaskan pihaknya akan mengadakan satu meyuarat tergempar pada minggu pertama Oktober depan bersama semua kesatuan gabungan di bawah Cuepacs bagi membincangkan serta mencari keputusan bersama berkenaan perkara tersebut.

-- BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, pemansuhan tersebut mungkin untuk memastikan kakitangan awam tutup mulut..buat kerja masing-masing seperti biasa..jangan minta apa2 kepada kerajaan...mungkinkah??x guna punya JPA...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan kpd Pemimpin Cuepacs, jika ianya bermanfaat kpd PA sila ambilkira cadangan ini :
1. Ujudkan semula Tribunal Perkhidmatan Awam yang telah dihapuskan.
2. Ujudkan Ombudsman disetiap jabatan kerajaan.
- ore bachok

Tanpa Nama berkata...

aku yg ke tiga....ye...jadi la walau dapat bronze....hahaha

Tanpa Nama berkata...

JPA nak tunjuk kuasa siapa lebih besar dengan KSN nampaknya,,,

SalakBukit Pun TakGuna berkata...

Betul la tu apa yg JPA buat. Buat perabis beras aje meeting berbulan2 pastu batal. Kuasa siapa yg batalkan SBPA tu ? Jd jgn buang masa. Ada apa2 masuk paper je. Pastu tgk kat TV hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

Harap Bajet 2013 kali ni benar2 prihatin kpd PA seluruh negara. Isu2 seperti gaji, elaun dan bonus yg diharap2kan oleh PA harap direalisasikan.

Tanpa Nama berkata...

Betul. Kerajaan perlu utamakan penjawat awam lebih dari yang lain. Kerana yang lebih penting sekarang adalah kenaikan gaji bonus dan elaun penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Elok pun MBJ dimansuhkan sebb perbincangan Karipap lepas mkn balik . Permasalahan tidak sampai kepada yg bertanggungjawab . Jika sampai Pegawai yg Bertanggungjawab buat2 bodoh punya cadangan & masalah kakitangan bawahan . Lebih baik diam sahaja jika pergi meeting dgn KP nak menunjukka bawahan Jabatannya terbaik & terbilang sedangkan Ketua Jabtanya Temberang.

Tanpa Nama berkata...

MBJ sejauhmana ia berfungsi? apa alasan JPA utk jumudkan MBJ?

ada yang tidak ahli kesatuan menganggotai MBJ?? - mereka adalah lantikan bos !
merekalah yang menyebabkan MBJ hilang punca dan tidak berfungsi!!!

Tanpa Nama berkata...

MBJ ni bagus sebab kakitangan sokongan boleh meluahkan perasaan dan memberi cadangan

yang tak bagusnya, ia tak sampai ke peringkat atasan. orang yang dilantik sebagai pengerusi biasanya dari kalangan P&P dan apabila cadangan disuarakan oleh golongan sokongan yang tidak memberi keuntungan untuk P&P, maka cadangan hanya tinggal cadangan sahaja.

sehubungan dengan itu MBJ ni perlu distrukturkan semula supaya ianya diketuai oleh kumpulan sokongan dan cadangan terus dipanjangkan terus ke menteri.

PT bukan D berkata...

JPA ni sebenarnya yang patut dimansuhkan. penuh dek pembuat keputusan bergelar PTD sampah yang buat keputusan bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Di tempat saya, pernah mesy MBJ diadakan pada hari Jumaat dan bermula hampir jam 12.00 tgh. Belum sempat panas pun..dah kena bersurai utk solat Jumaat. Jadi tak heranlah kalau MBJ Pusat ataupun di mana-mana peringkat dimansuhkan kalau mesy yg diadakan macam melepas batuk di tangga.

Tanpa Nama berkata...

CELAKALAH KE ATAS MEREKA YG DUDUK DI JPA YG MEMANSUHKAN MBJ PERINGKAT PUSAT.. KAMI MENYERU 1.4 JUTA PA MENANGKAP MEREKA YG MEMANSUHKAN MBJ PERINGKAT PUSAT, TAK KIRA DIA KETUA PENGARAH KEA, TURUS KEA, JUSA KEA, HADAPKAN MEREKA KE MUKA PENGADILAN, TUBUHKAN SURUHANJAYA MENYIASAT PERKARA TERSEBUT, AKHIR SEKALI BAGI 1.4 JUTA PA YG BERAGAMA ISLAM, JOM KITA SOLAT HAJAT RAMAI-RAMAI, NAK TENGOK SIAPA HEBAT DIA ORGKAH..!1 ATAU ALLAH SWT.. TUNGGU DAN LIHAT..!!

Tanpa Nama berkata...

bubuh le lagi PTD di JPA. rasakan anda semuaaaaaa!

192.168.1.254 berkata...

makin teruk jpa nih. lepaih fail wat sbpa, pi cancel plak mbj nih.

tuh ler. buh lg ptd kat jpa tuh. mkin ari mkin bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Tempat saya MBJ macam xde fungsi sebab di pengerusikan oleh CEO sendiri dlm mesyuarat..mcmana nak "cakap" ,kalau "cakap" nanti "dicop" sbg "pembangkang" dlm organisasi..mula CEO tu buat perkara jahaNAM..umpamanya tidak sahkan jawatan pekerjanya atau tamat kontrak...kesian PA bwhan...celaka btol pnye CEO....

Tanpa Nama berkata...

santau jea ceo kau, kasi mamposs..!! baru dia tau langit tue tinggi rendah..

MIGRAIN berkata...

salam..
skim prmhan prima x dpt mbntu PA pn..
harga rumah melambung tinggi dengan ketara sekali..contohnya di Kuantan.
hrga rmah teres 3 bilik smpai 200k..ape ni??
bkn smua PA bgji kasar 3000 ke atas.
jgn hanya mengejar kemajuan negara sahaja tetapi kebajikan rakyat diabaikan..turun padang,pantau2lah keadaan hidup kami..
hrga rumah sebegini mmpu mngundang keberhutangan yg serius strusnya mnyebabkan prestasi PA merosot..last2 kena buang kerja..
tak guna bagi rebat phone,brim n ape2 bntuan seumpama tu yg blh hbis sekelip mata.
lebih baik tetapkan hrga max rumah atau turunkan hrga minyak.
barulah kebajikan terjga.
kalau negara maju tapi rakyat miskin x ada harta buat apa..??