SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 September 2012

DRB-HICOM TIDAK AKAN LEPASKAN KEPENTINGAN DALAM BANK MUAMALAT

Bernama
7/6/2012

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd tidak akan melepaskan sepenuh kepentingannya dalam Bank Muamalat Malaysia Bhd kepada Affin Holdings Bhd tetapi hanya mengurangkannnya mengikut keperluan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Mengenai skim itu dan bagaimana bentuknya, saya tidak tahu," kata ketua pegawai eksekutif Bank Muamalat Malaysia Bhd, Datuk Redza Shah Abdul Wahid kepada pemberita selepas memeterai memorandum persefahaman antara bank, Cuepacs dan Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status perbincangan dengan Affin dan DRB-HICOM berhubung kemungkinan pengambilalihan kepentingan dalam Bank Muamalat dan apakah perundingan ini akan lambat-laun akan menjuruskan kepada penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

BNM, pada pertengahan bulan Ogos telah memberikan keizinan kepada Affin untuk memulakan perbincangan dengan pemilik Bank Muamalat, DRB-HICOM, yang mempunyai 70 peratus kepentingan dan Khazanah Nasional Bhd 30 peratus mengenai kemungkinan pengambilalihan kepentingan.

"Sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan, saya percaya pemegang saham, pada peringkat tertentu akan bersama-sama memulakan perundingan itu," kata beliau.

-- BERNAMA

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa % saham DRB-HICOM cuepacs pegang? Banyak untung Kah?

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gaji,perubahan gred,kenaikan pangkat,kenaikan elaun dan kenaikan cuti untuk 1.4 juta mesti ada dalam bajet 2013..

Amran Pekida berkata...

saya amat kesal dengan Safee Salee yang telah menghadiri jamuan aidilfitri anjuran PKR. nyatalah beliau berniat membelot pada negara. biadap sekali perbuatanyya yang tidak bermoral itu. sepatutunya beliau kena menghindari musuh Umno dan negara, bukannya berkelakuan seperti itu. mohon semua NGO dan PA segera membuat laporan kepada FAM dan baginda Sultan Pahang. Ampun Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

Komen terhadap tajuk DRB-HICOM sahaja. Bodoh kah? Tak pandai baca tajuk kah? Bagus tidur diatas pokok dan minum air tanah.

Tanpa Nama berkata...

saya amat kesal dengan Safee Salee yang telah menghadiri jamuan aidilfitri anjuran PKR. nyatalah beliau berniat membelot pada negara. biadap sekali perbuatanyya yang tidak bermoral itu. sepatutunya beliau kena menghindari musuh Umno dan negara, bukannya berkelakuan seperti itu. mohon semua NGO dan PA segera membuat laporan kepada FAM dan baginda Sultan Pahang. Ampun Tuanku.

===================
SEMPITNYA FIKIRAN ORANG YANG BAGI KOMEN NI....SAMPAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRIPU NAK DIPOLITIKKNN,DAH TU PULA NAK PULA HERET SULTAN ....SATU LAGI PEMBANGKANG TU DIANGGAP MUSUH NEGARA.SIAPA PUNYA IDEOLOGI NI?...AGAKNYA SEBAB INILAH SEJAK AKHIR AKHIR NI PEMBANGKANG DISERANG WALAU DALAM MASJID.KELAKAR AKU DENGAR PERKATAAN MUSUH UMNO TU MUSUH NEGARA...ROSAK SANGAT DAH FIKIRAN DIA NI....PEMBANGKANG TU SELALU WUJUD DALAM DEMOKRASI..

Tanpa Nama berkata...

Tidak akan lepaskan kepentingan pun nak jadi berita. Tah hapa2 berita sekarang ni. Bikin kecoh saja!

Suka Aku Baca Komen Korang berkata...

Nk pegi keje dh ni. ada sambutan aidilfitri kt tempat keje aku. Makan lontong+lodeh+rendang ayam+kuih muih. Hahahaha. Duit raya dapat x bos?

Tanpa Nama berkata...

Salam Amran Pekida

Kata jurulatih saya semasa kat.... ikan bakarpun dia tahu mana jantan dan mana betina. Amat bertuah melihat coretan Amran Pekida. Nak tuan ke atau...... Maaf kiranya saya panggil Pakcik.

Apabila Pak Cik tumbulkan mengenai Jamuan Hari Raya Aidilfitri teringatlah saya Jamuan Raya Bersama PM di Perkarangan Stadium Alor Setar. Ramai kawan2 PAS memberitahu saya bahawa mereka hendaklah menguji kekuatan UMNO Kedah. Justeru maka lahirlah Jamuan Raya anjuran Kerajaan PAS Negeri Kedah serentak dan antaranya SADA, MBAS, Anak Syarikat GLC Kedah, Wisma Darul Aman dan lain2 Syarikat Anak Didik PAS.

Alangkah sedih bagi Pahlawan2 PAS mereka gagal mensabotajnya. Berbalik pada Kutbh Jumaat dimana mengingatkan semua rakyat taat setia pada Kerajaan???. Antara intipati sesiapa yang derhaka berdosadan anataranya termasuklah kata2 Sheikh An Tartawi.

Maaf semua sahabat berpolitik sedikit... cuba renungan tuan2 dan puan2. Persoalannya apakah hukum penganjuran ajaran PAS+PKR+DAP yang menentang kerajaan bahkan mengkafir sesama islam dan pemimpin. Sedangkan mereka sendiri mengeluarkan HADIS MENGATA HARAM MENENTANG KERAJAAN?.

Anatara persoalannya bila sebut saja haram adalah berdosa dan hukuman adalah azab Allah. Bagaimana pulak hukum ke atas Ulamak PAS yang menganjurkan BERSIH menentang Kerajaan dan Apakah hukumnya keatas ulamak PAS mengharamkan sesama islam dan pemimpin sesama Islam?

Bila berpandukan khutbah Jumaat tersebut daripada Jabatan Agama Islam Negeri dibawah Kerajaan PAS jawabannya ???????. Tepuk dada tanyalah sendiri... Allah Maha Penentu Segalanya.

Maaf tuan2 dan puan apabila melihat komen Amran Pekida ..... saya kenal beliau diarena yang lalu dan saya hormatnya padanya.

Apapun saya memohon ampun dan maaf kiranya coretan ini menyentuh perasaan tuan2 (2121) dan puan2 (4141) dan bukan maksud saya mempersendakan tetapi sekadar kebenaran.

Drp BP yang hina dan Budak Pendalaman.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua

Sabda Nabi SAW

"Tidak sempurna Iman Seseorang itu sebelum ia mengasihani saudaranya"

Riwayat Muslim

"Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri"

Riwayat Muslim

":Perumpamaan orang2 mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai sakit"

Riwayat Muslim

Firman Allah

"Dan Jangalah engkau berjalan dibumi dengan belagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang"

Al- Israa Ayat 37

Salam kehinaan BP Budak Pendalaman

Tanpa Nama berkata...

clateho 22Minum makan menghadiri jamuan adalah salah ?

Tanpa Nama berkata...

Pelik betul la aku. X cukup islam ke Malaysia ni? Negara islam yg mcm mana yg pembangkang nak ni?

Tanpa Nama berkata...

bonus,naik gaji,kajian semual elaun....berita positif yang kita mahu dengar...

kita ketepikan pasal politik,tunggu je PRU 13 masing masing keluar mengundi.

kita jangan berbalah....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Pelik betul la aku. X cukup islam ke Malaysia ni? Negara islam yg mcm mana yg pembangkang nak ni?
Sabtu, September 08, 2012 10:05:00 PTG
----------------------------------pi laa ngaji nanti tau la nak citer kat sini mana muat....

Tanpa Nama berkata...

Ngaji x abis lagi tp rasanya rukun islam yg 5 tu x pernah pun kerajaan halang kita buat. Dah tu nak apa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Jom masing2 lupakan soal perbedaan politik antara kita. Mari kita fokus kpd pembentangan bajet 2013. Ramai PA yg wat loan rumah, loan kereta dan loan peribadi. Tapi sedarkah kita semua dgn pinjaman tu semua siapakah yg untung ? Sudah tentulah bank yg untung. Saya cadangkan supaya faedah@riba bank dikawal supaya tidak keterlaluan dlm menindas PA yg terdesak memerlukan pinjaman. Pada masa yg sama syarat2 ketat yg tak munasabah hendaklah dilonggarkan terutamanya bagi PA yg berpendapatan rendah.

Suka Aku Baca Komen Korang berkata...

PA nk beli umah buat loan kerajaan la. Buat apa ambik loan bank? Kalau buat loan kerajaan, jumlah bayaran baliknya memang sangat jauh bezanya. Itula kemudahan yg kerajaan bagi pd kakitangannya. Masalah skrg bukan loan, tapi harga rumah tu sendiri. Bende ni yg kerajaan x blh kawal sbb harga tu pemaju yg tentukan ikut nilai semasa hartanah.

Cadangan aku, kerajaan melalui SPNB kenalpasti dan ambil tanah yg berpotensi sebelum pemaju swasta ambil tanah tu. kemudian bina rumah mampu milik kpd rakyat. Khusus utk rakyat yg pendapatannya kurang RM4000 sebulan. Jumlah rumah murah lebih byk dr jumlah rumah sederhana. Jangan bina rumah mewah dkt kawasan tu. Kemudian berila rebat ke ape ke. Kawasan rumah ni kenalah cukup besar supaya harga rumah dkt situ boleh dijadikan sbg penanda aras harga rumah lain yg di bina oleh pemaju swasta.

Kalau dlm satu daerah harga rumahnya rata-rata kurang dr RM150 ribu, korg rasa pemaju swasta berani ke nk letak harga rumah yg dia bina dgn harga RM200 ribu? Diorg mesti ikut harga rumah yg SPNB jual. Yg penting skrg SPNB kena cepat cari tanah berpotensi dan majukan, jgn sampai semua tanah ni pemaju swasta sapu dulu.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan supaya kerajaan membuat bancian mana2 PA yang belum memiliki rumah sendiri. Jika wujud kawasan perumahan baru, saya cadangkan 50% (atau lebih) dibeli oleh kerajaan dan dijualkan kembali kepada PA. Harga rumah terlalu sukar untuk dikawal kerana pelbagai faktor seperti kenaikan harga simen dan besi keluli. Satu lagi tentang gaji PA yang rendah dan tentu membebankan jika potongan gaji dibuat dlm amaun yg besar.

Tanpa Nama berkata...

Ralat :

PA yang berpendapatan rendah.

Suka Aku Baca Komen Korang berkata...

Cadangan atas ni bagus juga. Dlm kata lain beri subsidi utk beli rumah mcm subsidi gula n minyak tu. Cuma masalahnya skrg pemaju swasta mmg x banyak bina rumah murah n sederhana. Diorg byk bina umh mewah sbb nak amik untung hasil dr jualan rumah tu. Kalau subsidi diberi, tetap ia menguntungkan golongan yg gajinya besar yg beli umah mewah.


Yg aku nampak x de jalan lain. Mmg SPNB kena cari tanah dan bina umh utk golongan pendapatan sederhana. Dan aku x maksudkan PA shj, tetapi utk semua org. Yg kerja kilang ke, cuci tandas ke ape ke, untuk semua. Bende ni jgn buat utk cari untung plak. Cukup sekadar lepas modal dan kos pengurusan la. X pyh amik untuk mcm pemaju swasta ambik.

Tanpa Nama berkata...

bajet 2013 mesti berbaloi .. we love PM.

Tanpa Nama berkata...

PELIK, HAIRAN N MUSYKIL!!
MACAM2, BILA KITA SAMPAIKAN SESUATU YANG BETUL N ITULAH REALITI YANG BERLAKU. KITA DITUDUHNYA DENGKI DAN KHIANAT. KALAU MCM NI LAH SENARIONYA, BUAT HAL SENDIRI SAJELAH. TAK PERLU WUJUDKAN BIRO ADUAN, TUTUP SEMUA KESATUAN. BURUK N BAIK TERIMA SAJELAH.

Tanpa Nama berkata...

Bunga wang adalah haram.

Tanpa Nama berkata...

Ajaran: Jangan bayar atau menerima bunga wang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau xnk bayar bunga, jangan buat loan. Kumpul la duit tu sikit-sikit. Nanti bila dh cukup baru beli umah ke, kereta ke, cash money. Kalau x mampu gunakan sistem perbankan islam.

Tanpa Nama berkata...

Bunga tu memanglah kena bayar bila wat loan. Cuma masalahnya kadar bunga tu kalau boleh biarlah direndahkan sikit. Supaya seiring dengan kos hidup semasa yang semakin meningkat tahun demi tahun. Kesian kat PA yang merasa terbeban dalam mengharungi hidup seharian.

Tanpa Nama berkata...

apa kena mengena DRB-Hicom ngam cupek nii....cibai tul lah...takde tajuk lain keeee yg berkaitan,,,,

Tanpa Nama berkata...

Loan bank bunganya mmg le tinggi. Cuba buat loan kerajaan. Loan rumah atau loan kenderaan. Loan beli tanah. Loan bina rumah atas tanah. Loan renovation rumah kali kedua. Kan ke rendah bunganya. Loan peribadi pulak, kakitangan awam ni lah yg paling mudah lulus dan paling rendah bunganya.

X percaya cube berenti kerja kerajaan, lpas tu keje dgn syarikat swasta. Lepas tu aply ape juga bentuk loan dr bank, Paling best cuba aply loan peribadi dgn bank. Senang ke susah nak lulus. Tgok interest dia. Cuba bandingkan.

Kita kerja kerajaan ni mmg byk kemudahan yg kita terima berbanding org yg kerje swasta. Tapi x abis-abis cerita masalah kewangan. Malu le dgn org lain...

Tanpa Nama berkata...

Mudah dapat loan along.

Tanpa Nama berkata...

selagi kita guna sistem kewangan yahudi, selagi tula riba' akan kekal menjadi makanan harian kita.

ingatlah, pemberi dan penerima riba' kedua-duanya masuk neraka.

Tanpa Nama berkata...

Sesape yg rasa ada kemampuan, buka la bank yg memberikan khidmat perbankan islam. Kalau x de kemampuan, duduk diam-diam je. Bercakap itu salah, ini salah, itu haram, ini x boleh. Tapi dlm masa yg sama x de apa sumbangan pun nk laksanakan sistem yg berasaskan islam. Kalau yg kondem ni org kaya, yg mmg ade company besar, yg mmg mampu nk beri perkhidmatan secara islam, org akan pandang. Tp kalau yg sibuk kung kang kung kang ni setakat keje kerajaan, duit gaji makan utk anak bini sendiri, kmudian asyik kata sistem x betul, sistem salah, sistem haprak, jadi tong kosong la gamaknya.

Tanpa Nama berkata...

bank boleh bagi pinjaman 0% riba sebenarnya. dia dah untung besar pasal duit penyimpan dilaburkan. tapi nak buat macam mana. mereka berfikiran kapitalis. selagi boleh cekik, cekik la.

Tanpa Nama berkata...

Sbb bank tu dia punya. Dia nk letak riba ke tidak ke mmg dia punya pasal la. Org islam ada bank ke? Sbb tu org islam ni kene kuat ekonominya baru blh sibuk cerita. Baru sistem tu jadi betul. Kalau x mampu nk kuatkan diri jgn sibuk cerita kelemahan sistem itu sistem ini. Malu kita org islam dgn org lain nanti.

Aku cerita ni bukan sbb aku sokong sistem riba yg ada sekarang. Aku pun x suka. Aku pun benci. Tapi dlm masa yg sama aku malu nk kutuk-kutuk sbb aku ni x dak apa-apa langsung. Org bukan islam kata kita ni sibuk nk sistem islam, tapi cakap je lebih, sorg org islam pun x dak yg mampu buat bank yg ikut sistem islam. Mcm mana diorg nk ukur sejauh mana kehebatan sistem islam tu kalau kita org islam sendiri x mampu nk tunjuk kt diorg? Sebab tu aku MALU.

Skrg ni aku duk diam ikut apa yg ada tp dlm hati aku tetap berazam anak cucu cicit aku nanti akan jadi pelopor kpd sistem yg lebih baik. Skrg ni, lebih baik kita besarkan dan didik anak masing-masing supaya jadi pemimpin islam yg hebat bila besar nanti. Itu je yg boleh kita buat. Supaya suatu masa nanti org bukan islam akan tertarik kpd sistem islam.

Tanpa Nama berkata...

SALAM UNTUK SEMUA PELANGGAN TETAP BLOG INI:
Tapi sayangnya anda semua sudah jadi goblog atau gemblong sebab tak habis2
kata PKR teruk. Kemudian puji pulak BN bagus. Apa yang teruk apa yang bagus. Aku dalam PA tak kenal itu semua. Yang penting sepatutnya setiap 5 tahun sekali lebih2 lagi bila nak buat pemilihan kerajaan baru, Kerajaan yang sedang berkuasa patut dan wajib beri bonus 12 bulan gaji kepada semua PA. Kalau Bank, Korporat, Firma, Swasta dan GLC Kerajaan boleh bagi 12 bulan bonus setiap tahun kepada staf mereka, mengapa pulak kita PA pemegang dan pelaksana tampuk negara tak dapat. Tiap2 tahun cuma separuh atau sebulan gaji. Apa adil ke macam tu. Pegawai Kerajaan macam aku gred 5* (bini kerja guru gred 4*) nak beli Estima dan rumah Semi D, kena pikir 10 kali. Sedangkan Kerani bank kerja baru 15 tahun (bini kerani bank jugak) dah dapat beli Merc mata belalang dan rumah Banglo.Tapi bila sebut pasal kerja mesti rajin, berfikir diluar otak,kena amanah (sampai nak beli juadah puasa pun tak boleh konon). Anda

OL ING WANG berkata...

SALAM 1DUNIA SBB 1DUNIA BACA BLOG NI....TAHNIAH BUAT BILLIONAIRE AL-BUKHARY ! SEMOGA KEKAYAAN TUAN AKAN MENYENANGKAN RAKYAT MARHAEN SEMUANYA ! DGN MEMEILIKI KILANG KERETA, BANK, INSURAN, DLL AKAN MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIKNYA DGN LEBIH MURAH KERANA "ALL IN 1". TAK PERLU FINANCE DGN BANK LAIN SLPS BELI KENDERAAN PROTON ATAU ISUZU. MUAMALAT BOLEH KURANGKAN KADAR KEUNTUNGAN PINJAMAN KENDERAAN DLL.

Mrs Rebecca berkata...

Kami adalah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
Bantuan seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda melalui kewangan
Masalah, jika anda mempunyai masalah kewangan dan anda memerlukan dana
Memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau bayar
Bil, mulakan perniagaan yang bagus atau anda merasa sukar
Dapatkan pinjaman modal dari bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e-mel
Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

 "Jadi, jangan biarkan peluang ini meluluskan anda,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Jangka masa pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman terdahulu, di mana anda dilayan dengan jujur? ...

Bertindak cepat dan keluar dari tekanan, kekacauan, dan cabaran kewangan
Hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e-mel:
Rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

catherine william berkata...

Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.

Jadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com

E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com


Permohonan pinjaman termasuk:

  Nama: _________
  Alamat: _________
  Negara: _________
  Kedengaran: _________
  Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
  Tujuan Pinjaman _________
  tempoh pinjaman __________
  Pendapatan bulanan: _________
Telefon: _________

Sila hubungi kami melalui e-mel

E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com