SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 September 2012

JANGAN SIMPAN PEKERJA MALAS

Utusan Malaysia
KOTA BHARU 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agensi dan jabatan kerajaan tidak 'menyimpan' penjawat awam yang dikatakan berdepan dengan masalah suka ponteng kerja.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dianggarkan terdapat antara 15,000 hingga 18,000 kakitangan awam berdepan masalah tersebut dan mereka sukar dikenakan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Menurutnya, walaupun jumlah mereka kecil berbanding sejumlah lebih 1.2 juta penjawat awam, tindakan pekerja terbabit yang datang bekerja dan punch card tetapi bersikap 'sekejap ada, sekejap tidak ada' boleh mendatangkan masalah kepada majikan.Justeru, katanya, tindakan perlu diambil terhadap pekerja terbabit bagi memastikan sektor awam yang kini dalam proses transformasi dan penambahbaikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.
 
"Kita tidak mahu buang mereka secara drastik kerana nanti teraniaya pula sebab mereka sudah mempunyai keluarga dan ada hutang. Jadi, kalau boleh dipanggil, hantar kursus motivasi. Kalau tidak boleh juga, dicadang suruh dia bersara awal."Jika degil dan tidak mahu juga serta melakukan kesalahan yang sama sampai jabatan pun susah, elok dia dikenakan tindakan tatatertib,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.Menurut Omar, semua pihak mahu penjawat awam yang efisien kerana hanya dengan itu kehadiran mereka dapat dirasai dan diperlukan lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
"CUEPACS juga tidak mahu dituduh bersubahat dengan orang seperti itu," katanyaBeliau berkata, sikap dan masalah kakitangan tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan menghantar mereka berkursus, namun apa yang berlaku ialah pihak majikan kerap bersikap tidak ambil kisah terhadap pekerja terbabit.

Sehubungan itu, katanya, dalam 'roadshow' CUEPACS, pihaknya telah meminta jabatan dan agensi kerajaan supaya jangan menyimpan penjawat awam seperti itu.Dalam pada itu, Omar memberitahu, tidak ada penjawat awam yang dilaporkan terlibat dalam tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang semasa Himpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos lalu.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pa yg malas ni umpama parasit yang merosakkan imej pa dan kerajaan... perlu tegas dikenakan tindakan yg sewajarnya..kadang terfikir bagus juga kenaikan gaji atau bonus dibayar mengikut nilai prestasi pekerja tersebut tetapi masalah juga kalau si penilai tidak jujur dan ada unsur kroni...

Tanpa Nama berkata...

dalam organisasi besar seperti perkhidmatan awam ni memang susah nak laksanakan pengurusan sumber manusia yang cekap. kita memang nampak seseorang itu malas, malangnya ketua jabatannya tidak melihat sebegitu. ada pula kes orang itu memang rajin, cekap, banyak idea bagus, tapi telah dibunuh oleh ketua jabatannya sebab tidak sehaluan.

ABU84 berkata...

Contoh paling jelas JTK dan PAR, apa fungsi mereka ini?
Komputer danlaptop masih kena hantar ke kedai cinajuga sbb mereka bukan tahu repair,

mereka cuma lekatkan kertas, format (anak saya pun tahu) dan beri alasan,

suruh terlibat dgn kerja lain mereka tolak alasan bukan bidang dia, datang on computer sampai jam 4 off computer blah,

kerja apalah begitu, gaji elaun loan rumah dapat sama2 tapi makan gaji buta,

begitu juga par,datang photostate kertas dua kali setahun, lain2 kerja buat tak tahu pagi datang lewat petang tak pernah ada, dah report tiga kali tapi tak ada tindakan, kenapa ya?


asal bukan umno

Tanpa Nama berkata...

pekeja yg laporan prestasinya 75% kebawah sepatutnya di beri amaran bertulis ..kalau 3 tahun berturut2 prestasinya masih di takuk lama juga pekeja berkenaan mestilah di TAMATkan perkhidmatan..baru pekeja bekerja dengan rajin..Masa SBPA tu dah ada undang2 nya tapi semua PA tak setuju termasuk Dato Omar..sekarang mereka ni dah jadi parasit yg merosakan perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

ABU84 x payah la korang nk denggi dgn JTK & PAR bkn bapak ko yg bayar gaji dieorg.ko buat keje ko dh ler x payah nk sebok keje org lain ke ko jeles tgk die org.ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

kat tempat aku ada sorg nie..tahap tertinggi...jingga..paras ke lima dia punya pemalas..tanggung keje je..duit je masuk..keje org lain buat..semua org lain buat..dia goyang je

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.10,
Mana ko tau bapak abu x bayar gaji jtk dgn par? Mmg byk peg dgn pt yg merungut perangai par la ni mmg aku setuju abu jwtn par ni dah boleh dijumudkan la. Par zaman 70an dulu bagus kalau bos dtg keje siap buatkan teh/kopi lg. Tp gen baru skrg ni pemalas ya amat. Suka ngular, main tenet, taichi keje dan pelbagai lg perangai biawak idup. Lgpun skrg zaman it surat/memo pun pa dah antar pakai emel. So jwtn par ni mmg da x relevan zaman milenium.

Tanpa Nama berkata...

ABU84 berkata...

Contoh paling jelas JTK dan PAR, apa fungsi mereka ini?
Komputer danlaptop masih kena hantar ke kedai cinajuga sbb mereka bukan tahu repair,

mereka cuma lekatkan kertas, format (anak saya pun tahu) dan beri alasan,

suruh terlibat dgn kerja lain mereka tolak alasan bukan bidang dia, datang on computer sampai jam 4 off computer blah,

kerja apalah begitu, gaji elaun loan rumah dapat sama2 tapi makan gaji buta,

begitu juga par,datang photostate kertas dua kali setahun, lain2 kerja buat tak tahu pagi datang lewat petang tak pernah ada, dah report tiga kali tapi tak ada tindakan, kenapa ya?

..................................

- ya kita memang x tahu repair. sebab kita level spm. cina2 kat kedai tu bapak dia enginer komputer. dkat pejabat jtk xde spare part nak test satu2 barang rosak. kalau ada senang nak buat kerja, x yah perlu antar ke kedai cina tu. Maksud aku lebih kurang xcukup kelengkapan la ok.

- kerja lain kita tolak sebab betul memang bukan bidang kita. sebab bidang diaorg, dia org la kene buat.lagi satu dah memang keje diaorg. apehal pulak nak suruh jtk buat keje diaorg. nak ambil kesempatan ke. wakaka...

- macam par lak. dia org memang tahu buat kerja tu je. sebab diaorg level pmr. ko bayang la level pmr. x kan level pmr nak buat kerja degree. lu pikir le sendiri.

-ok. peace. masing2 ada peranan dan tugas masing2.

Tanpa Nama berkata...

ABU84 MMG BODOH LAH KO NI DH PAR 2 KEJE PHOTOSTAT KO X PAYAH LH NAK MENYALAK2.X KN DIE NK BUAT KEJE 41 PULAK..

ABU84 berkata...

- ya kita memang x tahu repair. sebab kita level spm. cina2 kat kedai tu bapak dia enginer komputer. dkat pejabat jtk xde spare part nak test satu2 barang rosak. kalau ada senang nak buat kerja, x yah perlu antar ke kedai cina tu. Maksud aku lebih kurang xcukup kelengkapan la ok.

- kerja lain kita tolak sebab betul memang bukan bidang kita. sebab bidang diaorg, dia org la kene buat.lagi satu dah memang keje diaorg. apehal pulak nak suruh jtk buat keje diaorg. nak ambil kesempatan ke. wakaka...

- macam par lak. dia org memang tahu buat kerja tu je. sebab diaorg level pmr. ko bayang la level pmr. x kan level pmr nak buat kerja degree. lu pikir le sendiri.

-ok. peace. masing2 ada peranan dan tugas masing2.

ABU84 MMG BODOH LAH KO NI DH PAR 2 KEJE PHOTOSTAT KO X PAYAH LH NAK MENYALAK2.X KN DIE NK BUAT KEJE 41 PULAK..

___________________________________

Untuk pengetahan phak atasan dan pembayar cukai,

1. Alasan xada spare part adalah alasan biasa JTK bila tak tahu repair pc atau laptop, ini berdasarkan pengalaman,bila sya hantar ke kedai cina dia betulkan tanpa spare part, bila sya balik dan tanya JTK dia mula kelentong keluarkan bermacam-macam teori utk cover yg dia ni datang terima duit wellfare bukan kerja sebenarnye.

2. Klu dalam sesuatu organisasi semua org kena bekerja sama utk memajukan, cth dalam sekolah, semuaorg bekerja sama kecuali JTK, mereka menolak habis sebarang kerja yg bukan bidang mereka, sedangkan kerja dlm bidang mereka yang diberi tidak dapat dilaksanakan, cth di universiti, apabila lecturer perlu guna projektor maka JTK yg bersusah payah, tpi di sekolah JTK lepas tangan. harap maklum.

3. Bagi PAR pula, siapa yg bodoh suruh PAR buat kerja DG41, PAR ialah pembantu am rendah, am itu maksudnya umum, maka sebarang kerja umum harus PAR yg laksana, ini tidak pintu rosak guru repair, pagar rosak guru repair sampai kelaslambat masuk, pelawat dtg guru order kopi, surat lambat pg ambil, apa kerja PAR sebenarnya, takkan photostate kertas saja dua kali setahun, klu begitu kenapa perlu gaji dan elaun dan keistimewaan buat loan klu kerja dua kali setahun?

Harap pihak atasan ambil perhatian, jangan bazirkan wang rakyat kepada yang tidak perlu, ada tak untung tak ada tak rugi, harap maklum.

asal bukan umno

Tanpa Nama berkata...

orang yang menyalak kat sini buat keje ke tak? sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

PAR ni patut dijumudkan. jangan ambil lagi. yang dah sedia ada ni bagi kata dua samada nak kerja lagi atau ditamatkan perkhidmatan saja. mana mana tempat, PAR memang perangai macam sampah. tula masa sekolah dulu malas, jadi samseng, lawan cikgu, ponteng sekolah. bila dah besar menyusahkan orang.

setakat keje PAR yang "AM" tu orang lain boleh buat. pegawai pun zaman sekarang dah fotostat dokumen sendiri, malah dah buka surat sendiri, minit sendiri dan hantar sendiri ke destinasinya. PT pun sekarang dah taip surat sendiri, dah masukkan dalam envelope, lekat setem dan hantar atau edarkan. jadi tak perlu lagi dah kakitangan kasta rendah bernama PAR ni. menghabiskan duit kerajaan saja bagi gaji kat mereka ni. biarkan saja dia melarat kat luar tu tido bawah jambatan. itu yang diorang pilih masa zaman remaja dulu bila malas belajar & pegi sekolah.

Tanpa Nama berkata...

apela korang merepek ni.... kje diam2 sudah la...lg nk kecoh...sendiri pn bukan betul buat kje...same je semua....yg penting 2 niat kje cari rezeki halal...jgn nk sibuk jge hal org.....klu nk senang aku cadangkan korang berhenti wat bisnes sendri... tanam pisang,ubi,kledek.... susah2 korang tanam diri korang sendiri.....
hahahahahahahaha....

guru yahya berkata...

kami dah lama fotostet sendiri, amik surat sendiri dan lain2. PAR dok goyang telur, mengutuk cikgu2 dan bising sebab gaji tak cukup.

setuju mansuh PAR. membazirkan duit kami pembayar cukai.

Tanpa Nama berkata...

par = pekerja malas

jadi topik boleh ditukar:

JANGAN SIMPAN PAR

sekian

bukan komplot berkata...

kalau cerita pasal malas ni bukan par je yang malas,lain2 gred pun ada yang malas,tak perlu nak tuduh menuduh.apa yang penting tugasan yang diberikan mesti diselesaikan secepat dan sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik diwujudkan Skim Berhenti Sukarela (VSS) drp menyimpan pekerja malas.

PARgawai berkata...

jangan simpan PARmalas

Tanpa Nama berkata...

ramai je yang jadi malas klu kerja dalam kerajaan ni. xpayah nak risau kena buang kerja..

Tanpa Nama berkata...

Malas Malas PAR ni pun jadi jugak Presiden Cuepacs.. HA HA HA HA...