Bernama
9/9/2012
9/9/2012
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama)-- Perdagangan Malaysia untuk bulan Julai
tahun ini meningkat 3.3 peratus kepada RM112.62 bilion berbanding Julai
tahun lepas sementara untuk tempoh Januari hingga Julai, ia naik 5.5
peratus kepada RM763.96 bilion, kata Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI).
Untuk bulan Julai, ia meningkat ekoran import yang tinggi sementara
eksport pula rendah sedikit pada bulan Julai 2012 sebanyak 1.9 peratus
kepada RM58.12 bilion daripada bulan Julai 2011, kata kementerian dalam
satu kenyataan.
"Aktiviti ekonomi yang perlahan di China, Korea Selatan, India dan Kesatuan Eropah menyumbang kepada eksport yang rendah ke pasaran-pasaran ini pada bJulai 2012. "Import mengukuh 9.5 peratus kepada RM54.5 bilion, sekali gus mencerminkan pelaburan domestik dan aktiviti penggunaan yang kukuh," katanya. Import barangan modal dan penggunaan, masing-masing mengembang 34.7 peratus dan 14.2 peratus sementara import barangan pengantara susut 2.9 peratus.
Eksport barangan perkilangan pada Julai 2012 bernilai RM40.34 bilion, dengan penguasaan 69.4 peratus berbanding 68.6 peratus pada Julai 2011, dengan keluaran petroleum ditapis meningkat 98.3 peratus.
--BERNAMA
"Aktiviti ekonomi yang perlahan di China, Korea Selatan, India dan Kesatuan Eropah menyumbang kepada eksport yang rendah ke pasaran-pasaran ini pada bJulai 2012. "Import mengukuh 9.5 peratus kepada RM54.5 bilion, sekali gus mencerminkan pelaburan domestik dan aktiviti penggunaan yang kukuh," katanya. Import barangan modal dan penggunaan, masing-masing mengembang 34.7 peratus dan 14.2 peratus sementara import barangan pengantara susut 2.9 peratus.
Eksport barangan perkilangan pada Julai 2012 bernilai RM40.34 bilion, dengan penguasaan 69.4 peratus berbanding 68.6 peratus pada Julai 2011, dengan keluaran petroleum ditapis meningkat 98.3 peratus.
--BERNAMA
12 ulasan:
kalau perdagangan naik, cukai perdagangan juga naik. justeru itu cukai kepada rakyat seharusnya diturunkan.
malangnya harga RON 97 melonjak naik kepada RM 3.00
malaysia boleh!
Harga minyak ron 97 naik pun mcm biasa jer sbb kbykn rakyat guna ron 95....but bagi mereka yg gena kenderaan mewah tetap ada kesannya but mereka kan bergaji besar dan sumber pendapat byk sbb tu la mereka paling layak dan kesan nya pun tak berapa byk ler...
tak caya cuba tanya YB id kawasan sendiri....
ehem.. ehem... hehehe...
tak jugak. ramai juga yang guna kenderaan 1.3L macam iswara, myvi yang nakkan enjin tahan lama guna ron 97. ron 95 ni kualiti rendah. pembakaran tak sempurna, piston akan berlaga kiri kanan (knocking) yang akan menyebabkan enjin cepat haus.
kalau tak percaya, tanya skim J yang melambak dalam blog ni. kah kah.
baguslah tu naikkan hasil perdagangan. ni tak sikit2 rompak duit rakyat. naikkan cukai itulah inilah.
SALAM UNTUK SEMUA PELANGGAN TETAP BLOG INI:
Tapi sayangnya anda semua sudah jadi goblog atau gemblong sebab tak habis2
kata PKR teruk. Kemudian puji pulak BN bagus. Apa yang teruk apa yang bagus. Aku dalam PA tak kenal itu semua. Yang penting sepatutnya setiap 5 tahun sekali lebih2 lagi bila nak buat pemilihan kerajaan baru, Kerajaan yang sedang berkuasa patut dan wajib beri bonus 12 bulan gaji kepada semua PA. Kalau Bank, Korporat, Firma, Swasta dan GLC Kerajaan boleh bagi 12 bulan bonus setiap tahun kepada staf mereka, mengapa pulak kita PA pemegang dan pelaksana tampuk negara tak dapat. Tiap2 tahun cuma separuh atau sebulan gaji. Apa adil ke macam tu. Pegawai Kerajaan macam aku gred 5* (bini kerja guru gred 4*) nak beli Estima dan rumah Semi D, kena pikir 10 kali. Sedangkan Kerani bank kerja baru 15 tahun (bini kerani bank jugak) dah dapat beli Merc mata belalang dan rumah Banglo.Tapi bila sebut pasal kerja mesti rajin, berfikir diluar otak,kena amanah (sampai nak beli juadah puasa pun tak boleh konon). Anda
Cuepacs dipetik berkata:
"Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik"
-ULASAN SAYA-
Pembantu diganti PELAKSANA. Jadi Pelaksana Pertanian, Pelaksana Tadbir dan Pelaksana Kejuruteraan.
Gred 17 sebab kelulusan setakat SPM ciput, Poly ciput dan Sijil ciput. Malas belajar (atau memang tak cerdik) patut sudah gaji yang setimpal.(Maaf gred 17 yang ada Dip dan Deg - saya Tabik hormat -)
Pembantu diganti PELAKSANA. Jadi Pelaksana Pertanian, Pelaksana Tadbir dan Pelaksana Kejuruteraan.
Gred 17 sebab kelulusan setakat SPM ciput, Poly ciput dan Sijil ciput. Malas belajar (atau memang tak cerdik) patut sudah gaji yang setimpal.(Maaf gred 17 yang ada Dip dan Deg - saya Tabik hormat -)
--------------------------------------------
ulasan yang takbur.ciri2 orang yang bodoh,buta kayu dan malas nak berfikir.yang dia tau fikir diri sendiri sj.betul2 bodoh orang yang tulis komen kat ats ni.bodoh300x
"KALAU PERDAGANGAN MALAYSIA UNTUK BULAN JULAI NAIK 3.3 PERATUS KEPADA RM112.62 BILION"
APA LAGI BOLEHLAH BUAT SEMAKAN GAJI,GRED,ELAUN DAN BONUS PENJAWATAN AWAM 1.4 JUTA, KURANGKAN HARGA KERETA NASIONAL, PINJAMAN PERUMAHAN 1% JEA FAEDAHNYA,RUMAH MAMPU MILIK SEKITAR RM120-180 RIBU JEA, TURUNKAN HARGA MINYAK RON95 DAN RON97,PENDIDIKAN PERCUMA,BAYARAN SEPARUH PPTPN,WIFI PERCUMA DISELURUH NEGARA,TURUNKAN HARGA TELEPON BIMBIT DAN BATALKAN GST. BARULAH 1.4 JUTA PA MENYOKONG PENUH KERAJAAN BN, BARULAH RAKYAT KATA KERAJAAN BN "GOOD GOVERMENT" KALAU TAK BYE..!! BYE..!!BE END..!! PRU-13 NIE..
Org tu tolol bahulul bodoh sejak dunia dicipta lagi kot ha ha ha tak per balajar ddari kesilapan jer la olang tu
AKU BACA BLOG NI RASA NAK TERBERAK
Langsung tak ada kualiti dan apalagi infomasi. SEmuanya mengarut meraban macam orang hilang akal. Elok buang kedalam tong sampah saje....pptuui...
Bagi saya kerajaan harus melihat perdagangan dalan negara..zaman sekarang bukanlah masa terbaik melabur di luar negara terlalu banyak..perkukuhkan ekonomi pedalaman agar menyokong ekonomi bandar..seperkara lagi..ada baiknya negara kaji sedalam2nya tenaga alternatif..khususnya penggunaan nuklear sebagai tenaga elektrik...pasti lebih pesat dari negara jiran..Malaysia hampir 99 peratus dipercayai negara barat ..mustahil tenaga seperti ini Malaysia kecualikan 5 tahun dari sekarang..kita lihat minyak 3 tahun lepas ini pasti perkara paling membebankan..setuju tak?
Catat Ulasan