SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 September 2012

TURUN PADANG UNTUK TINGKAT PRESTASI PENJAWAT AWAM MUTU SISTEM PENYAMPAIAN - KSN

Bernama
26/9/2012


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata gesaannya supaya ketua-ketua setiausaha dan jabatan turun padang perlu dilihat dalam konteks meningkatkan prestasi penjawat awam dan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam sendiri.

Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata inisiatif itu juga bermaksud menguatkan jalinan silaturahim antara pemimpin dalam perkhidmatan awam dan petugas di peringkat akar umbi.

"(Adalah penting untuk) ambil tahu kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh mereka dan ambil berat mengenai kebajikan mereka. Ini satu konsep yang penting," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Jalan Tun Razak di sini, Selasa.

Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan pegawai tinggi Bernama termasuk Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

Ali, yang dilantik sebagai KSN pada 24 Jun, menarik perhatian bahawa Malaysia kini mempunyai 1.42 juta penjawat awam dan jika dicampur dengan anggota keluarga terdekat, angka itu mencecah tujuh hingga lapan juta iaitu satu pertiga daripada penduduk Malaysia.

Beliau menjelaskan sebab itulah konsep 'merakyatkan perkhidmatan awam' perlu dihayati penjawat awam kerana dalam menyampaikan perkhidmatan awam, ia bererti memberi perkhidmatan kepada diri sendiri, anggota keluarga, sahabat handai dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Konsep merakyatkan ini akan meningkatkan semangat untuk berkhidmat untuk rakyat kerana kita juga adalah sebahagian daripada rakyat," katanya.

Menyentuh aspek keterbukaan yang perlu ada dalam kalangan penjawat awam di semua peringkat, beliau berkata langkah itu membolehkan mereka mengetahui dan mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat.

Mengenai penekanan terhadap konsep 'Strategi Lautan Biru' iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan, Ali berkata ia telah membuahkan hasil seperti yang dilihat melalui jalinan kerjasama antara pasukan polis dan tentera, yang jarang dilihat sebelum ini.

Menurutnya, program terbaharu di bawah strategi itu ialah 1Malaysia Youths For You (1M4U) bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan kira-kira 10 juta belia di negara ini.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaik!!!!

Tanpa Nama berkata...

2nd the good!!!

Tanpa Nama berkata...

Harapan majoriti penjawat awam agar KSN dapat bertindak adil kepada PA yang bukan PTD. Jangan hanya mementingkan skim sendiri sehingga menindas PA dari skim lain. Syabas KSN.

Tanpa Nama berkata...

Klu turun pdg nak tgok kebajikan pekerja takpe...ni nak cri kslhn je...kslhn kecil dibesar2kn...

rakyat marhean berkata...

taik korang la turung padang,

kami rakyat buat report berjuta kali tpi pekerja yang sama masih berkhidmat disitu, kenapa tak dipecat pon?

ko jawab ler dpn tuhan.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ksu & kp dah lama turun padang,tapi padang golf la...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Bonus 1 bulan, syukur..!! tapi yg mengecewakan kami tiada perubahan kenaikan gaji dan gred bagi semua penjawat awam khususnya PA bawahan, tiada kenaikan elaun perumahan, eka,btk,keraian dan cola, tiada potongan 15-20% bagi pinjaman ptptn, tiada diskaun bagi pembelian kereta oleh penjawat awam, tiada penurunan peratusan pinjaman perumahan, masih 4%, tiada kemudahan pemeriksaan pakar kesihatan bagi PA setahun sekali, tiada kenaikan bagi elaun perjalanan dan lojing bagi penjawatan bawahan, tiada potongan peratusan bagi pembelian buku, iphone, komputer dan broadband bagi semua penjawatan awam, tiada elaun kritikal bagi sesetengah perjawatan kesihatan, teknikal, pengurusan spt juru x-ray, pen.peg.tanah, penggawa, unit marine dan lain-lain jawatan yg difikirkan perlu, mereka inilah yg meredah hutan,laut,memasuki kawasan terpencil dan pendalaman, kenapa kerajaan mengambil begitu mudah kebajikan 1.4 juta PA, sedangkan merekalah yg menjalankan dasar-dasar kerajaan dan perlaksanaannya, jgn pula kami yg akan menggantikan Yb-Yb dan menteri-Menteri dalam PRU-13 akan datang tidak lama lagi.. jadi fikir-fikirkanlah..!!

Tanpa Nama berkata...

kami amat menyetujui turun padang, terutama buat PTD, Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua Unit, Yb-Yb akan turun padang bersama-sama ke pusat-pusat hiburan VVIP,VIP spt deluxe, paradise, puteri pan, paragon hotel, blues wave, bersama-sama pengawal peribadi iaitu gro-gro, gundik-gundik dan perempuan simpanan, memantau segala aktiviti kerajaan, malah di sponsor oleh taukeh-taukeh besar yg berhikmah tinggi.

FT17... berkata...

Hoi macha KSN...pengarah baru saya(tp dah 4 thn) tak pernah turun padang tapi pengarah lama saya (dah 3 orang berbeza) semua turun padang... mala kenal semua staff sehingga ke gred bawah sekali pun...
Apa nak buat ngan pengarah ini ya????
Ketua Unit (F44)saya yang baru (dah nak masuk 3 thn) tak turun padang juga. Tak tahu apaX2 mengenai kerja dan pesekitaran tempat kerja pekerja bawah... skrng diikuti oleh F41 sekali..
Bagi F4*** yang diluar sana takpayah marahla tp ini mmg kenyataan, mungkin kamu ok tetapi ini adalah luahan saya ditmpt kerja saya.
Semua kerja diserah kepada kontraktor, kalau kani tanya apaX2 jawapan senang shj.... saya tak tahu kamu tanya kontraktor shjla...
Jawapan yang asyik buat kita orang kat bawah ini gelak....
Bayangkanlah mereka ini bakal jadi ketua sesuatu jabatan... menetapkan halatuju PA masa depan...
HaHaHaHaHa.....nak tergelak saya...