SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Oktober 2012

BEKERJA SEBAGAI SATU KUMPULAN, BERI PERKHIDMATAN TERBAIK, KATA KSN

Bernama
Oleh M. Saraswathi
23/10/2012

NEW DELHI, 22 Okt (Bernama) -- Penjawat awam Malaysia perlu memberikan perkhidmatan sebaik mungkin di dalam negara dan di pejabat misi di luar negara, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kepuasan rakyat adalah keutamaan bagi kerajaan.

"Kita mengharapkan perkhidmatan bertaraf dunia apabila kita adalah pelanggan. Kita patut memberikan perkhidmatan serupa apabila kita memberikan perkhidmatan itu.

"Jangan ingat kita beri perkhidmatan ini kepada rakyat dan ia tidak kena-mengena dengan diri kita. Sebenarnya, perkhidmatan itu diberikan kepada diri sendiri," katanya pada sesi dialog bersama penjawat awam Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Isnin.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke India Datuk Tan Seng Sung.

Ali berada di sini untuk menghadiri Persidangan Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam).

Beliau berkata itu adalah konsep "merakyatkan perkhidmatan awam".

"Selagi permikiran minda 1.42 juta penjawat awam dalam bentuk itu, kita akan dapat memberi perkidmatan yang terbaik," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua ketua jabatan dan misi agar "turun padang" yang membolehkan mereka lebih rapat dengan penjawat awam lain dan mengenali masalah yang mungkin dihadapi mereka.

Ali berkata kerajaan juga mahu penjawat awam untuk menjadi lebih kreatif dan mempunyai keupayaan untuk berfikir di luar kebiasaan.

"Dahulu, kita perlu tunggu beberapa hari untuk mendapatkan pasport baharu, tetapi kini kita boleh mendapatkannya dalam masa sejam. Ini merupakan pencapaian besar dan kita tidak boleh berasa selesa, kita perlu terus berusaha untuk menjadikannya lebih baik dan lebih cepat di masa depan. Itulah cabarannya.

"Saya fikir kedutaan dan suruhanjaya tinggi, strategi lautan biru adalah cara yang paling efektif. Kita perlu bekerja dalam pasukan. Anda tidak boleh beroperasi secara sendirian.

"Apabila anda ditugaskan di luar negara, pertama sekali anda adalah wakil Malaysia dan kemudiannya baharulah anda wakil jabatan anda," kata Ali.

-- BERNAMA

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup J

Tanpa Nama berkata...

j gred yg mulia.. yes aku 1st yg kedua

Tanpa Nama berkata...

hidup Jongos!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Semua

Semua gred adalah sama disisi Tuhan jika ianya benar ikhlas kejalan Allah dan merupakan satu ibadah. Disisi Tuhan bukannya Gred jawatan yang dipandang tetapi Gred ketakwaan dan kemuliaan hatinya melaksanakan tuntutan Allah.

Justeru itu, saya bersetuju kerana sesebuah Jabatan diibarat sebuah keluarga. Kepala Kantor ibarat bapa dan timbalannya ibrat ibu dan gred kebawah ibarat anak2. Tetapi kita lihat siapa yang nakal dan siapa suka saiko kalangan ini?

Amat bertuah kepada sesiapa yang menjadi keluarga PA. Setidaknya pendapatan menjadi hardcore. Kita lihat Penoreh, Petani, Nelayan, Pemandu Teksi yang tiada tetap pekerjaan seperti satu perjudiaan. Jika nasib dirinya baik maka habuan lumayan dan jika sebaliknya agrlah itu semuanya dugaan Allah pada hambanya dan mesti restuinya.

Bertuahnya PA dihujung tahun kebelangan ini sentiasa mendapat perhatian dan rezeki lebih dari bajet tahunan. Betul kata2 orang tua2 NAK APA LAGI........ Kata2 punjangga Tuan Syed Mahadi BANGUN CIK OOI BANGUN JANGAN ZHALEK...

Drp BP Pendalaman.

Tanpa Nama berkata...

Terlepas aku nak jadi 1st...

Aziz Bukhary berkata...

Macam mana nak beri perkhidmatan terbaik dan bekerja dalam satu pasukan jika perkara seperti ini berlaku,

Pengerusi Mesyuarat, PTD pengalaman 10 tahun gred 52, ahli-ahli mesyuarat,
i. Jurutera kerja 10 tahun gred 48
ii.Juruukur kerja 10 tahun gred 41
iii. Prancang Bndar 10 tahun grd 48
iv. PTD 4 tahun gred 44
v. Arkitek kerja 10 tahun 48
vi. Peg Tek. Mak. kerja 10 tahun 48

Kesimpulannya, ahli mesyuarat segan nak beri komen membina walaupun mempunyai pengalaman luas sebab, jika beri komen pun akan dipangkah dengan pengerusi yang gred lebih tinggi.

Juruukur lagilah...langsung takde moral nak beri cadangan. KP JUPEM dan JPA lihat-lihat la skim yang satu ni...

Tanpa Nama berkata...

ok le gred lebih tinggi chair meeting.Yg sial nye aku gred 22 mewakili gred 48 pi meeting walhal ada gred 36 n 41, 44 lagi tak di suruh mewakili 48.alasan 22 org lam n lagi senior n dia tahu semua hal.mampus le 22 .sialnye 36 n 41 n 44 dok hayun telog je n cakap pandai n belagak dgn kereta mewah.

Tanpa Nama berkata...

gred 52 baru 10 tahun kira ok lagi.

ni gred 41 belum sah jawatan a.k.a. cap jari belum kering, dihantar ke cawangan dan jadi KETUA CAWANGAN a.k.a. pengarah cawangan, apa cerita? lepastu mengarah2 orang, nak mengajar orang buat keje itu dan ini. sebenarnya bukan silap dia 100% tapi silap bos dia yang pegi campak dia pegi cawangan buat apa???

kesimpulannya kalau KSN nak sangat semua orang bekerja sebagai 1 pasukan, betulkan dulu organisasi dan hirarki sesuatu jabatan tu dulu. kalau 10 tahun keje dapat gred 48 tu boleh diterima, tapi baru 5 tahun dah naik 48 apa cerita??? kena pulak sekarang ni tempoh perkhidmatan dah jadi 30++ tahun & pencen sampai umur 60, takkan baru servis dah naik 44/48? lepastu bila sangkut di gred 48/52 terlalu lama sampai langgar dinding, mulalah masing2 malas buat keje, memberontak sebab kepala dah terhantuk kat dinding. ramai dah pegawai-pegawai bijak pandai yang cepat naik gred 48/52 yang langgar dinding yang dah demotivated yang aku tengok.

ada sebabnya mengapa gred 41 tu dipanjangkan sampai T20/24. ikut jela tangga tu. lepas 10 tahun naik 44, lepas 7-8 tahun lagi naik 48 ok la tu. ni naik 44 tak sampai 4 tahun, naik ke 48 tak sampai setahun apa cerita?????

jadi jangan harap orang-orang bawah nak beri perkhidmatan TERBAIK kalau gred-gred kumpulan "profesional" kononnya ni kejap2 lompat gred, lompat jawatan, lompat jabatan.

Tanpa Nama berkata...

Polis, Guru, PTD, Pegawai Keselamatan, Tentera dan Lain-Lain Perkhidmatan dari kalangan pengurusan dan profesional... Sekarang bukan fikir tentang bagaimana cara utk memberi perkhidmatan terbaik kpd rakyat .. Tapi fikir, skrg awak gred berapa.. bila lagi nk naik gred.. Kenaikan Gred juga tidak sama antara perkhidmatan, sesetengah jwtn , tidak naik langsung, sesetengah diberi "time based". sesetengah pulak, walau pun ada pengalaman dan kelulusan TAPI dibatasi atau disekat oleh peraturan yg sedia ada utk naik pangkat, duduklah dalam kump pelaksana sampai pencen.... ITULAH GAMBARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PERKHIDMATAN AWAM...

Ismail berkata...

Susah lah Datuk Seri, boss banyak yang pilih kasih, terutama orang kampung dia.
Memang bekerja dalam satu kumpulan, tapi kumpulan dia saja.
Banyak ketirisan dalam pengambilan kakitangan awam ni, terutama dari negeri tertentu.
Datuk Seri...tenguk2 sikit perkara ni.

Ehem. berkata...

Organisasi yang besar memang sukar ditadbir. 1.4 juta kakitangan.

Tanpa Nama berkata...

cerita juruteknik da klor dlm berita semasa.. wahhh da makin dpt perhatian skim j ni.. gred n aku ni ble dpt naik ha??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Semua

Terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kiranya mengonakkan kalian semua. Baik kiranya semua melihat tontonan pendebatan yanh menjadi pertikaian terkini.

Ustaz Jaming Hassan (PAS) dan Ust Syed Faiz secara terbuka.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2012/10/videorakaman-pendebatan-antara-jeming.html

Drp BP Pendalaman

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum

tuan omar,sy kije kerajaan..pendapatan+elaun=rm1600 bersih..kije di kedah,,tp ibubapa n isteri di kl.persoalan sy,RUMAH BARU MAMPU MILIK yg mcm mana boleh sy dptkan sekitar k.lumpur n subang jaya??atau pon mmg sy tak layak memiliki rumah lagi?kalau dpt rumah pon,dptkah sy membayar ansuran bulanan nyer dan adakah sy mampu untuk berulang alik dari kedah ke k.lumpur 2 minggu sekali untuk menjenguk isteri dan ibubapa sy yg masih ada,,..tolong beri nasihat n pandangan..plzz..

Saya Yg Menurut Perintah(sambil mgesat air mata)

Suka Aku Baca Komen Korang berkata...

Hehehehehe. Yg sorg bercakap atas landasan ilmu. Yg sorg bercakap ikut logik akal. Dah tau mana satu nak pilih.

Tanpa Nama berkata...

NEW DELHI ........ WOW

Tanpa Nama berkata...

Berita Harian / Selasa 23 hb. Oktober 2012 / muka surat 10 / Nasional .

JPA ditegur isu gaji polis rendah

Ahli Parlimen Barisan Nasional ,pembangkang serta bebas senada menegur kelemahan Jabatan Perkhidmatan Awam nenambah baik skim gaji dan laluan kerjaya kakitangan awam,terutama anggota pasukan berpakaian seragam.

Antaranya mereka mempersoalkan kelewatan JPA menyelesaikan kajian berhubung isu gaji dan kebajikan anggota polis , walaupun perkara itu sudah diberi penekanan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

seterusnya ..........

................................

........ JPA dan SPA negeri sudah buat keputusan warga kakitangan kerajaan berumur lebih 40 tahun keatas yang mendapat ijazah selepas sambung belajar secara PJJ / Sepenuh masa dan memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan seperti diiklankan tidak akan dipanggil untuk proses temuduga ?

Tidakkah Ini menyekat PEMBANGUNAN KERJAYA atau laluan kerjaya penjawat awam ?

Tok Penghulu Mukim S27.

...........................

GURU KELUARAN MAKTAB UNTUNG , SAMBUNG BELAJAR , DAPAT SAHAJA IJAZAH TERUS UP GRED DG 41 WALAUPUN UMUR DAH MENCECAH 50 tahun .

antiJTK berkata...

kerja sebagai satu kumpulan ? kash3

tolong beritahu JTK yang dok tunggu gaji dlm lab sekarang ni psl bekerja sbg satu kump.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
gred 52 baru 10 tahun kira ok lagi.

ni gred 41 belum sah jawatan a.k.a. cap jari belum kering, dihantar ke cawangan dan jadi KETUA CAWANGAN a.k.a. pengarah cawangan, apa cerita? lepastu mengarah2 orang, nak mengajar orang buat keje itu dan ini. sebenarnya bukan silap dia 100% tapi silap bos dia yang pegi campak dia pegi cawangan buat apa???
=============================

Tolong berhenti, siapa pun tak perlukan anda,

sekian

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Rabu, Oktober 31, 2012 1:11:00 PG

-----------------------

hehe yg kt atas nih mesti p&p hingusan gred 41 umur baru 23-25 yg komen nih. tuh yg melatah tuh.

Tanpa Nama berkata...

Berita Harian / Selasa 23 hb. Oktober 2012 / muka surat 10 / Nasional .

JPA ditegur isu gaji polis rendah

nah! bkn stakat penjawat awam jer yg xpuas hati dgn jpa. org politik pun nampak kelemahan jpa nih. so tunggu ape lg pm najib? nk tunggu terduduk dulu baru nak nyesal? nko dah sack kppa dulu, skang tiba masa utk sack sume barua-barua dlm jpa tuh!

kalut berulang alik... berkata...

PERTIMBANGAN PENAMBAHAN KELAYAKAN CUTI TAHUNAN KAKITANGAN AWAM

saya sangat memohon agar cuti tahunan kakitangan kumpulan sokongan dinaikkan semuala kepada 25 hari.....

manakala bagi kumpulan Pnp dinaikkan semula kepada 30 hari....

saya bersetuju jika jumlah ini kekal sepanjang perkhidmatan.Apa yang berlaku adalah akibat Pekeliling 2009,jumlah cuti dikurangkan dan tiada pula pertambahan cuti selepas 10 tahun berkhidmat seperti sebelumnya.

walaupun kakitangan awam yang kerja waktu pejabat mendapat 2 hari kelepasan iaitu pada sabtu dan ahad,tetapi untuk mendapatkan hari kelepasan tersebut masa kerja kakitangan awam dilanjutkan pada hari bekerja.

Bila public holiday jatuh pada hari ahad ,public holiday tersebut tidak diganti.Secara tidak sedar sebenarnya kakitangan awam telah hilang hak terhadap public holiday berkenaan.

cEUPACS juga ada mencadangkan agar dipertimbangkan cuti tanpa rekod bagi mengerjakan umrah,menjaga anak baru baru ini.tetapi bagi saya,jika jumlah kelayakan cuti tahunan ditambah,pandai pandailah kakitangan awam menyimpan cuti untuk urusan peribadi.namun sekiranya cuti tahunan cuma 20 hari,cukup tahun habislah cuti tersebut,mana ada baki untuk dibawa kehadapan.

keadaan ini berlaku lebih ketara bagi kakitangan awam yang bertugas berjauhan dari kelaurga yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk balik kampung.

harap perkara ini dikaji juga oleh suruhanjaya penambahbaikan.Selain dari imbuhan kewangan cuti juga perlu dipertimbang kerana ia mampu menimbulkan masalah kepada kakitangan awam bila cuti tak mencukupi.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Susah lah Datuk Seri, boss banyak yang pilih kasih, terutama orang kampung dia.
Memang bekerja dalam satu kumpulan, tapi kumpulan dia saja.
Banyak ketirisan dalam pengambilan kakitangan awam ni, terutama dari negeri tertentu.
Datuk Seri...tenguk2 sikit perkara ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

nEgeri mana yang berpuak puak tu....Trengganu kut!!!!!!!!!!sebab orang trengganu selalu sebut TEGANUNG KITA,kita tu maksudnya puak kita.....

Tanpa Nama berkata...

cuepacs! tolong lihat sekali kenaikan pangkat utk anggota keselamatan jabatan skim KP ( keselamatan dan pertahan awam ) di PBT ( pihak berkuasa tempatan ). Dulu, sampai pencen statik pun ada, sekarang dapatlah jugak KUP ( kurang upaya ) jadilah. Utk kenaikan pangkat ke gred hakiki, nak jumpa iklan kenaikan pangkat pun susah bagi skim KP di PBT. tolong!

----------------------------------------------------------------------

ya sokong......anggota keselamatan di pbt terpinggir.

Tanpa Nama berkata...

ya itu dia berkerja sbg satu kumpulan.
kumpulan 1-penyamun & perompak
kumpulan 2-penyangak & penipu
kumpulan 3-pembohong & pendusta
inilah mereka yg di katakan turun padang sambil menjeling projek, padang yg dituruni ialah padang golf, karaoke & gro di paradise, deluxe, blues wave, puteri pan dan rumah urut 5 bintang.. adakah anda tau kumpulan manakah ia..?

Tanpa Nama berkata...

cer cita ... cercita ... cercita ..

loklak84 berkata...

gred 52 baru 10 tahun kira ok lagi.

ni gred 41 belum sah jawatan a.k.a. cap jari belum kering, dihantar ke cawangan dan jadi KETUA CAWANGAN a.k.a. pengarah cawangan, apa cerita? lepastu mengarah2 orang, nak mengajar orang buat keje itu dan ini. sebenarnya bukan silap dia 100% tapi silap bos dia yang pegi campak dia pegi cawangan buat apa???
===================================

Dulu cikgu,ibubapa suruh belajar rajn2 malas, sekarang baru menyesal nak dengki org pangkat lebih tinggi gaji lebih banyak,

padan muka! pada muka! padan muka!
(tidak termasuk orang xskor SPM, yakni beli degree dan degree subsidi yakni pensiswazahan)

Tanpa Nama berkata...

Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

- ngko buat no. 8 jer !!!!!
yang lain ngko bagi kpd PA lain yg bertanggongjawab spt Peg. tadbir, Peg. Ekonomi, Peg. Teknologi Maklumat, Peg. Kewangan, Peg. Keselamatan, etc.

orang tamak selalu rugi.
hancuss.

Tanpa Nama berkata...

Patutlah SPA,JPA dan Kerajaan akan lingkup, angkata PTD yg hanya mempunyai 8 bidang teras saje.. akibat tak mengkaji sejarah, sejarah sosio-ekonomi, sejarah antarabangsa, sejarah sosio-politik, sejarah sosio-budaya, jadilah pentadbiran yg hancur-lebur.. ingatkan pandai sangat..!!

Tanpa Nama berkata...

Bulatan titik bulatan titik
Belon kecil bertali dan bulatan besar bulatan besar
Ada kiri kanan si beri di tengah
Tarik kiri tarik kanan lurus ke bawah
Dua piring dilukis biar seragam
Piring besar di tengah ada roti pita
Pita yang lebih besar ada di atas Tambah garis jadi lah Doraemon.. ♥ ♥ ♥

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat skim ptd tidak perlu dijumudkan atau dimansuhkan. kekalkan je skim itu sbg check and balance utk skim lain. pasal kenaikan pangkat yg cepat, bende2 gitu xde lagi berlaku sekarang. dah keje hampir 5tahun masih di m41.nk naik m48 mungkin 10thn lebih.

gomen pun sekarang dah fokus kepada Subject Matter Expert dimana pegawai akan fokus kpd satu bidang je. kalo kewangan, mmg kewangan je dorg akan blajar. so ptd can be an expert ;)

Tanpa Nama berkata...

salam syg semua pembaca tegar cuepacs.. so gred j jadi naik ke.. u all tgk tv1 skg mteri ptahanan bagi atm mcm2 etc time based naik pgkat.. punyala bagus menteri atm x mcm shaziman mnteri kkr.. asik pk dlm pru ni dia dpt jd lg mteri ka.. kalu kkr mteri cam zahid hamidi yg powerfull n tegas wa gerenti j da sedap kehidupan..

Tanpa Nama berkata...

cuepacs! tolong lihat sekali kenaikan pangkat utk anggota keselamatan jabatan skim KP ( keselamatan dan pertahan awam ) di PBT ( pihak berkuasa tempatan ). Dulu, sampai pencen statik pun ada, sekarang dapatlah jugak KUP ( kurang upaya ) jadilah. Utk kenaikan pangkat ke gred hakiki, nak jumpa iklan kenaikan pangkat pun susah bagi skim KP di PBT. tolong!

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

betul tu,,,, kupek....bantulah kami anggota keselamatan pbt.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nak kerja satu pasukan kalau PTD sahaja yang dijadikan anak emas hinggakan boleh naik sehingga m52 dalam masa 10 tahun sedangkan skim lain ditindas oleh puak-puak jahanam PTD ini...

SYUKUR 21!! berkata...

maksud KUP bukan " kurang upaya "..tp " kelainan upaya ".. kah kah kah!!..

Tanpa Nama berkata...

KUP- Kenaikan Utk Penyangak
KUP- Kesusahan Utk Penyandang

Tanpa Nama berkata...

antiJTK berkata...
kerja sebagai satu kumpulan ? kash3

tolong beritahu JTK yang dok tunggu gaji dlm lab sekarang ni psl bekerja sbg satu kump.

-------------------------

Bole Saya tahu sapa saudara/saudari ?

Tanpa Nama berkata...

sy hairanlah tentang ulasan kalut berulang alik krn mengatakan jika public holiday jatuh pd hari ahad ia tidak diganti sedangkan kita semua faham samada ktangan kjaan atau swasta jika public holiday jatuh pd hari ahad ia akan diganti pd isnin...lainlah jika jatuh hari sabtu maka tidak boleh dibawa pd hari ahad. berkenaan ddgn penambahan cuti tahunan utk ktangan kerajaan sokongan yg bekerja lebih 10 tahun tapi tidak mendpt kenaikan cuti 5 hari. Mkin sdara/sdri telah memilih opsyen bil 14 tahun 2008 dan tidak memilih kekal opsyen bl 4 thn 2002 dan bil 20 thn 2005 yg membolehkan kenaikan cuti tahunan selepas 10 thun berkhimat. Mkin juga sdr/sdr memasuki perkhidmatan awam selepas 1hb jan 2009 yg secara automatik tertakluk pekeliling bil 14 thun 2008. wbagaimanapun cgr anda boleh ditambah dan cuma gred 21-54 sahaja yg tiada kenaikan cuti tahunan sedangkan gred 1-20 tetap ada kenaikan selepas 10 tahun. Utk lebih memahami cuba buka pekeliling perkhidmatan bil 14 tahun 2008.

kasihani aku.....kg jauh,gaji kecik berkata...

PERTIMBANGAN PENAMBAHAN KELAYAKAN CUTI TAHUNAN KAKITANGAN AWAM

saya sangat memohon agar cuti tahunan kakitangan kumpulan sokongan dinaikkan semuala kepada 25 hari.....

manakala bagi kumpulan Pnp dinaikkan semula kepada 30 hari....

saya bersetuju jika jumlah ini kekal sepanjang perkhidmatan.Apa yang berlaku adalah selepas Pekeliling 2009,jumlah cuti dikurangkan dan tiada pula pertambahan cuti selepas 10 tahun berkhidmat seperti sebelumnya.

walaupun kakitangan awam yang kerja waktu pejabat mendapat 2 hari kelepasan iaitu pada sabtu dan ahad,tetapi untuk mendapatkan hari kelepasan tersebut masa kerja kakitangan awam dilanjutkan pada hari bekerja.

Bila public holiday jatuh pada hari ahad ,public holiday tersebut tidak diganti.Secara tidak sedar mungkin sebenarnya kakitangan awam telah hilang hak terhadap public holiday berkenaan..

cEUPACS juga ada mencadangkan agar dipertimbangkan cuti tanpa rekod bagi mengerjakan umrah,menjaga anak baru baru ini.tetapi bagi saya,jika jumlah kelayakan cuti tahunan ditambah,pandai pandailah kakitangan awam menyimpan cuti untuk urusan peribadi.namun sekiranya cuti tahunan cuma 20 hari,cukup tahun habislah cuti tersebut,mana ada baki untuk dibawa kehadapan.

keadaan ini berlaku lebih ketara bagi kakitangan awam yang bertugas berjauhan dari kelaurga yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk balik kampung.bayangkan bagi kerani gred n17,nak beli tiket kapal terbang gaji kecik,bila berulang alik naik bas dari trengganu ke kuala lumpur,paling tidak 2 hari cuti dihabiskan untuk perjalanan pergi dan balik.

harap perkara ini dikaji juga oleh suruhanjaya penambahbaikan.Selain dari imbuhan kewangan cuti juga perlu dipertimbang kerana ia mampu menimbulkan masalah kepada kakitangan awam bila cuti tak mencukupi.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Tanpa Nama berkata...

pasal tu PTD ni tunggang langgang & rojak. semua benda nak disapunya.

kenapa tak sapu sekali perundangan & kehakiman, kesihatan, pendidikan dan skim-skim lain? kejuruteraan tak nak ke?

tamak macam yakjud & makjud

Tanpa Nama berkata...

PTD akan sapu sume. coming soon. skrang pun maseh ade intake cadet ptd yg baru ;)

aku gaji kecik berkata...

PERTIMBANGAN PENAMBAHAN KELAYAKAN CUTI TAHUNAN KAKITANGAN AWAM

saya sangat memohon agar cuti tahunan kakitangan kumpulan sokongan dinaikkan semuala kepada 25 hari.....

manakala bagi kumpulan Pnp dinaikkan semula kepada 30 hari....

saya bersetuju jika jumlah ini kekal sepanjang perkhidmatan.Apa yang berlaku adalah selepas Pekeliling 2009,jumlah cuti dikurangkan dan tiada pula pertambahan cuti selepas 10 tahun berkhidmat seperti sebelumnya.

cEUPACS juga ada mencadangkan agar dipertimbangkan cuti tanpa rekod bagi mengerjakan umrah,menjaga anak baru baru ini.tetapi bagi saya,jika jumlah kelayakan cuti tahunan ditambah,pandai pandailah kakitangan awam menyimpan cuti untuk urusan peribadi.namun sekiranya cuti tahunan cuma 20 hari,cukup tahun habislah cuti tersebut,mana ada baki untuk dibawa kehadapan.

keadaan ini berlaku lebih ketara bagi kakitangan awam yang bertugas berjauhan dari kelaurga yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk balik kampung.bayangkan bagi kerani gred n17,nak beli tiket kapal terbang gaji kecik,bila berulang alik naik bas dari trengganu ke kuala lumpur,paling tidak 2 hari cuti dihabiskan untuk perjalanan pergi dan balik.

harap perkara ini dikaji juga oleh suruhanjaya penambahbaikan.Selain dari imbuhan kewangan cuti juga perlu dipertimbang kerana ia mampu menimbulkan masalah kepada kakitangan awam bila cuti tak mencukupi.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Jangan sekadar bercakap sandiwara hindustan ..kami kump sokongan pening kepala berfikir luarbiasa terutama bila menteri nak mai,tapi yg kat atas pagi2 buat one man show depan menteri kononnya.Hentikan lakonan jika turun padang main golf bolehlah tiap2 hari,ni cerita rakyat bila nak selesai lepas satu skim ke satu skim ,koma tunggu je PRU13 bagi BERSIH13 ............

Tanpa Nama berkata...

Syabas kepada jabatan imigresen kerana dapat menyediakan pasport anatarbangsa dalam tempoh stau hari sekarang. Peningkatan prestasi ini perlu di ikuti oleh jabatan-jabatan kerajaan yan lain

Tanpa Nama berkata...

sekarang pakai online bolehlh passport siap 1 hari.. semua data dah ada.. sama juga spr jpn.. tetapi imigresen dijajah oleh ptd..

Guru Tonggak Negara berkata...

SYUKUR 21... berita TERBAIK dan BERITA TAMBAHAN KHAS untuk PA SOKONGAN terutamanya tonggak jentera kerajaan iaitu PT/PO N17 - 26!!! Sangat SYUKUR 21!!!

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/11/3/mstar_berita/20121103154131&sec=mstar_berita

Kerajaan Bincang Tuntutan NUTP Dalam Tempoh Terdekat
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berhubung sembilan tuntutan termasuk berkaitan isu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya akan menetapkan tarikh perjumpaan dalam masa seminggu ke dua minggu akan datang untuk pegawai-pegawai kanan kementerian berjumpa dengan wakil NUTP.

"Kita ada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran, kita boleh letakbeberapa wakil dari kementerian. Saya hanya akan terima laporan selepas perbincangan itu selesai.

"Ini biasa kita buat. Sebelum ini pun bila ada cadangan ia akan dikemukakan oleh kesatuan, peringkat kementerian memang akan bincang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran NUTP di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata tuntutan yang sesuai dilaksanakan akan dikemukakan kepadaJabatan Perkhidmatan Awam dan sekiranya melibatkan implikasi kewangan, ia akandibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

Presiden NUTP Hashim Adnan pada perhimpunan itu mengemukakan sembilan tuntutan melibatkan penambahbaikan profesion perguruan termasuk aspek pengurusan, pentadbiran, gaji dan peluang kenaikan pangkat.

Mengenai cadangan penambahbaikan PBS, Muhyiddin berkata beliau sememangnyamenjangkakan perkara itu berdasarkan maklum balas yang diterima kementerian apabila sistem itu dilaksanakan.

Katanya kementerian akan meneliti perkara itu termasuk aspek teknikal yangmenyebabkan sistem itu dianggap sebagai 'beban' kepada guru.

Melalui PBS, murid sekolah akan ditaksir guru secara berterusan dalam prosespengajaran dan pembelajaran dan tidak bergantung kepada keputusan peperiksaanawam semata-mata.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kementerian sentiasa mengamalkan sikapterbuka dan tidak pernah mengetepikan sebarang pandangan atau tuntutan yangdibuat mana-mana pihak.

Ditanya sama ada perkara yang dibangkitkan NUTP akan ditambah ke dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Muhyiddin berkata: "Kalau tidak terlewat dan boleh dibuat jika perlu."

Terdahulu, dalam amanatnya pada perhimpunan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin masalah-masalah berkaitan PBS akan dapat diatasi bagi membolehkan sistem itu dilaksanakan sebaik mungkin.

"Bermakna kita dapat beralih kepada satu sistem di mana pencapaian pelajar dapat dinilai atas keupayaan mereka di peringkat sekolah dengan dipandu Lembaga Peperiksaan agar bentuk soalan yang digunakan adalah selaras.

"Saya kira ini dapat mengubah corak sistem pendidikan kita agar menumpukan kepada pencapaian daripada hanya keputusan peperiksaan awam," katanya. BERNAMA

TERBAIK dan TAMBAHAN berkata...

Syukur 21! Lagi berita TERBAIK dan berita TAMBAHAN untuk jentera utama kerajaan iaitu PTPO N17-N26!!!

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=706862

Usaha Kerajaan Bawa Balik Pakar Perubatan Luar Negara Capai Hasil Positif - Liow

KULIM, 4 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan membawa balik pakar-pakar perubatan dari kalangan rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara menerusi TalentCorp menampakkan hasil positif, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya lebih 100 pakar ternama dalam bidang perubatan yang sedang berkhidmat di Australia, Taiwan, dan United Kingdom termasuk di Ireland telah menyatakan hasrat dan minat untuk pulang dan berkhidmat di Malaysia.

"Selain memberi tempat sewajarnya, ganjaran lebih baik ditawarkan kepada mereka yang balik berkhidmat di tanah air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan CT Scan, Jabatan Pengimejan Hospital Kulim di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat mengenai Hospital Kulim oleh pengarahnya, Dr Asmayani Khalib. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamarul Zaman Md Isa dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat.

Menurut Liow lawatan oleh Talent Corp dan wakil kementerian ke Taiwan dan Australia bagi menerangkan tawaran kerajaan dan untuk meyakinkan mereka agar kembali berkhidmat di negara sendiri mendapat respons cukup memberangsangkan.

"Kita dapati ramai ingin balik dan sanggup mengenepikan gaji lumyan yang diterima di luar negara. Oleh itu, urusan agar mereka balik akan dipermudahkan.

"Pertambahan pakar bermakna tempoh menunggu untuk mendapat khidmat kepakaran dapat dipendekkan," katanya.

Liow berkata daripada 135 buah hospital kerajaan, hanya 50 mempunyai pakar mencukupi dan bakinya sangat-sangat memerlukan perkhidmatan pakar perubatan.

Beliau mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang melawat Langkawi 31 Oktober lepas telah meluluskan sebuah Ambulans Laut khusus untuk membawa pesakit dari pulau pelancongan itu ke tanah besar.

"Perdana Menteri mengarahkan saya berunding dengan syarikat feri bagi mengubahsuai sebuah feri untuk dijadikan Ambulans Laut kerana perkhidmatan ini telah lama dipohon. Lagi cepat rundingan selesai, cepatlah ia dilaksanakan.

"Tindakan ini selaras dengan penjenamaan semula Langkawi oleh Najib semasa melakukan lawatan itu bagi menjadikan Langkawi pulau peranginan ternama dunia yang memerlukan perkhidmatan Ambulans Laut," katanya.

Mengenai Institut Kanser Negara di Putrajaya, beliau berkata ia akan siap dan beroperasi menjelang akhir tahun depan.

Katanya kementerian menubuhkan institut itu yang dilengkapi peralatan canggih serta pakar-pakar khas bagi merawat penyakit kanser.

Ketika berucap kepada staf Hospital Kulim sebelum itu, Liow meminta mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan mengelak daripada berpolitik kerana ia akan menjejaskan agenda transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, Liow berkata dari tahun lepas hingga sekarang 14 unit CT Scan bernilai RM1.4 juta seunit yang digunakan untuk mengesan penyakit dibekalkan kepada hospital-hospital kerajaan. Enam unit lagi akan dibekalkan tahun depan agar rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.

Beliau berkata Hospital Kulim yang mempunyai doktor pakar dalam sembilan bidang akan ditambah menjadi 16 menjelang 2015 untuk menjadikannya Hospital Komuniti.

Pada majlis itu, beliau meluluskan dua unit mesin haemodialisis serta RM200,000 bagi membina tempat meletak kenderaan manakala ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyumbang tiga unit mesin tersebut bagi memenuhi permintaan pesakit di daerah ini.

Pada masa ini Hospital Kulim memiliki 13 unit mesin haemodialisis.

-- BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

kami dah berpuluh kali exam, lepas exam pac, last sekali temuduga.. last-last tak dapat juga, yg dapat anak-anak dato, tan sri, dato seri and kroni.. kami nie dah berkhidmat lebih 20 tahun, sepatutnya tak perlulah exam dan pac, berilah keutamaan, tapi tak, ditindasnya adalah.. ginilah kalau tak bagi tak pa.. ramai dikalangan kami yg berpengaruh boleh mempengaruhi undi PRU-13, ada dikalangan kami pembantu tadbir, pembantu masyarakat, pembantu kemas, penghulu/penggawa,pegawai kastam,pembantu perubatan,guru dan sebagainya..dahlah tue gred dan pangkat kami 1.4 juta PA berpuluh tahun tak naik-naik, kalau gred 41 keatas cepat jea naik.. kami ingat kami nak tukar jea kerajaan yg ada nie.. kerajaan dah tua-bongkok dan nyanyuk..

bukan komplot berkata...

sememangnya bekerja dalam satu kumpulan amat bagus,tapi yang ada sekarang ni banyak pekerja yang kuat bodek,menjatuhkan rakan sekumpulan hanya kerana ingin menonjolkan diri seolah-olah golongan ini pekerja terbaik.akibatnya berlaku penindasan,perpecahan & berpuak-puak.sikap sebegini seharusnya dihindarkan demi untuk kebaikan semua.pencapaian diutamakan,sifat negatif dihindarkan