SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 Oktober 2012

CUEPACS MINTA SIASAT DAWAAN PENJAWAT AWAM DISOGOK SUARAM

Bernama
6/10/2012


KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan penjawat awam disogok Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi menyalur maklumat dan rahsia kerajaan.

Presidennya Cuepacs Datuk Omar Osman berkata jika benar wujud, mereka mesti dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat.

"Kalau betul (laporan) akhbar itu, terserah pada pihak berkuasa (ambil tindakan), sebagai penjawat awam jangan mudah terima duit, kita ada etika yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah semalam, yang mendakwa Suaram menerima lebih daripada US$100 juta (RM305.35 juta) bagi menganjurkan protes jalanan dan merasuah pegawai kerajaan.

Suaram bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan.

-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soal penjawat awam membocorkan rahsia tu memang biasa berlaku.

dalam hal sebegini mana pegi pejabat keselamatan kerajaan? GSO perlu dirombak semula supaya ianya mempunyai unit siasatan dan pendakwaan yang khusus untuk menyiasat salah laku penjawat awam mengikut akta rahsia rasmi.

dan yang paling utama: JANGAN BUBUH PTD SEBAGAI KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN. mereka ada skim sendiri, mengapa perlu letak boneka bernama PTD SEBAGAI CGSO? nak jawatan paling atas pulak tu. memang dasar yakjud & makjud!

Tanpa Nama berkata...

biasak ler tuh bro. slagi banyak jabatan kerajaan dikuasai oleh pegawai tidur dan dungu, slagi tuh ler jabatan tuh akan kekal sebagai dungu n xperform.

yg byk bocorkan rahsia kerajaan nih pun ptd gak. depa yg kuasai pentadbiran, kewangan, perolehan, pembangunan sumer tuh

Tanpa Nama berkata...

yg dok update status fb psl keje tuh pun patut disiasat. di opis aku nih ade ke ptd mentah baru 2-3 bln msk keje nih skit2 update status. pi meeting pun nk update, pi jumpa ksu pun nk gebang dlm fb, pi parlimen pun nk update, siap buh gambo tgh bergaya dpn toilet parlimen lg. stakat nih depa lum lg update status/upload gambar tgh berak jer lg.

nilah dia fresh grad yg bangga dgn cgpa >3.2 ke atas tuh. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

haha tul tuh, kompom ptd nyer keje nih.

Tanpa Nama berkata...

nonsense.....

Tanpa Nama berkata...

saja nak buat propa....benda karut.

Tanpa Nama berkata...

SUARAM KE SOROS KE MANA SEMPAT PA GRED 1-17 NAK FIKIR.LAGIPUN TIADA RAHSIA GRED 1-17 YG DISIMPAN UTK DIBOCORKAN.SOGOK MACAM-MACAM YG KITA PERNAH DENGAR TAPI HARAM 1 SEN PUN TAK PERNAH DAPAT LAGI.
ORG CAKAP HARI BUANG UNDI PILIHANRAYA UMUM ADA JUGAK YG BAGI DUIT SEBELUM BUANG UNDI TAPI HARAM 1 SEN PUN TAK PERNAH DAPAT.PILIHANRAYA MENANG SAPA PUN DOK MCM TU JUGAK PA. TAKAT SEKARANG NI SEMUA PARTI TAK BOLEH HARAP DAN TAK BOLEH CAYA SERTA TAK LAYAK JADI PEMERINTAH PUN DI BUMI MELAYU NI.SIKIT-SIKIT BUAT LAGU DOK MELALAK DLM TV & RADIO JANJI TAK LE DITEPATI SANGAT PUN.BAGI DEKAT ORG TANGAN KANAN NAMPAK BAIK LE TAPI SAPU SECARA GANAS HAK ORG MISKIN TGN KIRI ORG TAK PERASAN SGT.APA PUN DI AKHIRAT LE TERIMA BALASAN.DI DUNIA TIPU LE MCM MANA PUN ORG TAK TAU