SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Oktober 2012

PENJAWAT AWAM YANG BERSARA DIGESA AKTIF DALAM AKTIVITI MASYARAKAT

Bernama
11/10/2012

KUANTAN, 11 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob Khamis menasihatkan para penjawat awam yang bersara supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Bagi kerajaan negeri, kita tidak pernah meminggirkan golongan pesara, malah sentiasa akan membantu jika mereka memerlukan bantuan," katanya ketika berucap pada majlis meraikan 16 ketua jabatan negeri, persekutuan dan badan berkanun di Pahang yang bersara, di sini.


Antara mereka ialah bekas Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Mariam Ismail; bekas Pengarah Jabatan Penerangan Pahang, Datuk Hasnah Hassan; bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang, Abu Bakar A Rahman; dan Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin.


Yahya bakal bersara pada 7 Nov depan.


-- BERNAMA

6 ulasan:

Rahman Nanyan berkata...

semua pesara wajib menjadi mata dan telinga BN dalam memastikan semua rakyat meningkatkan kadar patriotik.

berita mahu mewajibkan semua PA mengundi BN secara automatik tanpa perlu beratur di hari pengundian adaah berita terbaik untuk semua PA. Ini menjimatkan wang negara, masa dan meningatkan kesetiaan.

Katipang berkata...

bagus sgt lah cadangan tu, boleh meningkatkan tahap kesetian pada kerajaan BN.
..mari kita tgk sape yang kena nti..tikamm...tikam...

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam yang bersara yang majoritinya adalah kumpulan sokongan biasanya otak mereka sudah jumud. tak boleh salahkan mereka sebab peluang kenaikan pangkat tak ada, JPA bodoh yang dikuasai oleh PTD bodoh tak pernah nak ambil peduli perihal kakitangan awam kumpulan sokongan apatah lagi pesara dari peringkat kumpulan sokongan. jadi mereka bersara dalam keadaan membenci perkhidmatan awam dan tak sabar-sabar nak bersara. apabila bersara, jangan harap la mereka ingin membantu kerajaan lagi.

mulakan transformasi perkhidmatan awam segera. mulakan ianya dengan penstrukturan semula dua badan utama kerajaan yang ada nama "perkhidmatan awam" iaitu jabatan perkhidmatan awam dan suruhanjaya perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

tul tuh yg dh pencen xnaik pangkat tuh mmg derang xkan peduli psl aktiviti masyarakat lg dh. yg dh diberi nek pangkat yg dh pencen tuh yg patut pikul aktiviti tuh.

Mohd Raslam berkata...

Kenapa pihak Jabatan tidak mengiktirafkan degree yang di ambil semasa dalam perkhidmatan,sedangkan Jabatan sendiri yang memberi gaji penuh semasa membuat degree itu.Nampak gayanya org seperti kami ini usung saja ijazah sebelum usung jenazah.

hilmi berkata...

kesian skim ptd.asyik2 jadi mangsa cemuhan skim lain..