SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Oktober 2012

CUEPACS SARAN ANGGOTA SERTAI PENGGUNA 1 MALAYSIA

Bernama
23/10/2012

JOHOR BAHARU, 22 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan agar semua anggotanya menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M), bagi memantau kenaikan harga barang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penyertaan itu membolehkan penjawat awam menjadi agen kerajaan dalam membanteras aktiviti kenaikan harga barangan, khususnya ketika musim perayaan.


"Sekiranya mendapati harga barang luar biasa di pasaran, mereka boleh mempersoalkan kepada peniaga dengan menunjukkan kad Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) serta melaporkan kepada kementerian," katanya selepas majlis penyerahan kad SP1M kepada anggota Cuepacs di Pusat Islam Iskandar di sini, pada Isnin.


Majlis itu disempurnakan Exco Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Hoo Seong Chang yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.


Menurut Omar, penjawat awam juga dapat memain peranan penting dan berganding bahu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika.


Dijangkakan lebih 100,000 anggota Cuepacs akan menyertai skuad itu, katanya.


-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yessss aku 1st.. cikgu bestla nk cuti skolahhh.. kami gred n17 tpakse bkeje dgn gaji n klayakan cuti skit.. harap najib lihat kpentingan gred kami.. dgr gred n dpt naik n26.. hamba2 mangkok gred j peciter.. meraungla korang..

Tanpa Nama berkata...

apa guna penguatkuasa KPDNKK kalau asyik nak suruh orang ramai jadi skuad pemantau????

Tok Perah berkata...

Adoyai!!!! KUPEKS, jangan sibuk la dengan mende lain...banyak lagi agenda kita yang tak selesai-selesai...
Untuk pengetahuan Tok Omar,
isu
- kadar 4% ke 1% bagi pinjaman perumahan
- Elaun wilayah
- Cola
- Naikkan Elaun Rumah
- Naikkan Elaun Khidmat Awam
- Wujudkan Elaun penghargaan kepada kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun.
- Skim pengganti SBPA
- Kenaikkan pangkat untuk kakitangan yang ada ijazah sarjana muda
- Kenaikkan pangkat ikut tempoh masa 'time base' kepada semua kakitangan awam
- Tambahkan cuti rehat tahunan
- Panjangkan keistimewaan kemudahan rawatan pesakit luar di klinik atau Hospital Swasta
- Naikkan Elaun Basikal
- Naikkan gaji setiap 3 tahun
- Wujudkan skim 'Pekerja Cemerlang' macam Cikgu Cemerlang
- Selesaikan kes skim yang telah dapat kemudahan naik pangkat dalam SBPA
- Cadangkan kepada kerajaan memberi pingat penghargaan bagi kakitangan yang kerja melebihi 30 tahun...PJK pun ok.

Lagi satu,

Ceritakan sikit proges atau hal-hal yang dibawa dalam Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Jangan jadi macam SBPA, Tok Omar kata ok...last-last ko.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni semua agensi penguatkuasa dok goyang telur saja, pasal tu banyak penguatkuasaan tak berjalan.

polis dah suruh orang awam TOLONG kerja mereka dengan jadi RAKAN COP, yang KPDNKK pulak suruh orang awam jadi rakan pengguna.

lepasni bomba pulak suruh orang ramai tubuhkan skuad bomba dalam kampung, ambulan suruh orang awam sediakan kereta sendiri untuk bawa pesakit.

dah ada agensi berkaitan tu, buat la keje tu betul-betul.
bila dah tak betul, tu yang jadi polis baju biru buat roadblock & saman orang, manakala polis trafik baju putih jaga trafic light yang rosak & jaga tempat parking/double line jangan bagi orang parking merata2.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG JADI PENGGUNA DULU , KINI DAN SELAMANYA .... SELAGI IDUP

Tanpa Nama berkata...

PERTIMBANGAN PENAMBAHAN KELAYAKAN CUTI TAHUNAN KAKITANGAN AWAM

saya sangat memohon agar cuti tahunan kakitangan kumpulan sokongan dinaikkan semuala kepada 25 hari.....

manakala bagi kumpulan Pnp dinaikkan semula kepada 30 hari....

saya bersetuju jika jumlah ini kekal sepanjang perkhidmatan.Apa yang berlaku adalah akibat Pekeliling 2009,jumlah cuti dikurangkan dan tiada pula pertambahan cuti selepas 10 tahun berkhidmat seperti sebelumnya.

walaupun kakitangan awam yang kerja waktu pejabat mendapat 2 hari kelepasan iaitu pada sabtu dan ahad,tetapi untuk mendapatkan hari kelepasan tersebut masa kerja kakitangan awam dilanjutkan pada hari bekerja.

Bila public holiday jatuh pada hari ahad ,public holiday tersebut tidak diganti.Secara tidak sedar sebenarnya kakitangan awam telah hilang hak terhadap public holiday berkenaan.

cEUPACS juga ada mencadangkan agar dipertimbangkan cuti tanpa rekod bagi mengerjakan umrah,menjaga anak baru baru ini.tetapi bagi saya,jika jumlah kelayakan cuti tahunan ditambah,pandai pandailah kakitangan awam menyimpan cuti untuk urusan peribadi.namun sekiranya cuti tahunan cuma 20 hari,cukup tahun habislah cuti tersebut,mana ada baki untuk dibawa kehadapan.

keadaan ini berlaku lebih ketara bagi kakitangan awam yang bertugas berjauhan dari kelaurga yang terpaksa mengambil masa yang panjang untuk balik kampung.

harap perkara ini dikaji juga oleh suruhanjaya penambahbaikan.Selain dari imbuhan kewangan cuti juga perlu dipertimbang kerana ia mampu menimbulkan masalah kepada kakitangan awam bila cuti tak mencukupi.

Sekian

TERBAIK dan TAMBAHAN berkata...

Syukur 21! Lagi berita TERBAIK dan berita TAMBAHAN untuk jentera utama kerajaan iaitu PTPO N17-N26!!!

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=706862

Usaha Kerajaan Bawa Balik Pakar Perubatan Luar Negara Capai Hasil Positif - Liow

KULIM, 4 Nov (Bernama) -- Usaha kerajaan membawa balik pakar-pakar perubatan dari kalangan rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara menerusi TalentCorp menampakkan hasil positif, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya lebih 100 pakar ternama dalam bidang perubatan yang sedang berkhidmat di Australia, Taiwan, dan United Kingdom termasuk di Ireland telah menyatakan hasrat dan minat untuk pulang dan berkhidmat di Malaysia.

"Selain memberi tempat sewajarnya, ganjaran lebih baik ditawarkan kepada mereka yang balik berkhidmat di tanah air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmatan CT Scan, Jabatan Pengimejan Hospital Kulim di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat mengenai Hospital Kulim oleh pengarahnya, Dr Asmayani Khalib. Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamarul Zaman Md Isa dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat.

Menurut Liow lawatan oleh Talent Corp dan wakil kementerian ke Taiwan dan Australia bagi menerangkan tawaran kerajaan dan untuk meyakinkan mereka agar kembali berkhidmat di negara sendiri mendapat respons cukup memberangsangkan.

"Kita dapati ramai ingin balik dan sanggup mengenepikan gaji lumyan yang diterima di luar negara. Oleh itu, urusan agar mereka balik akan dipermudahkan.

"Pertambahan pakar bermakna tempoh menunggu untuk mendapat khidmat kepakaran dapat dipendekkan," katanya.

Liow berkata daripada 135 buah hospital kerajaan, hanya 50 mempunyai pakar mencukupi dan bakinya sangat-sangat memerlukan perkhidmatan pakar perubatan.

Beliau mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang melawat Langkawi 31 Oktober lepas telah meluluskan sebuah Ambulans Laut khusus untuk membawa pesakit dari pulau pelancongan itu ke tanah besar.

"Perdana Menteri mengarahkan saya berunding dengan syarikat feri bagi mengubahsuai sebuah feri untuk dijadikan Ambulans Laut kerana perkhidmatan ini telah lama dipohon. Lagi cepat rundingan selesai, cepatlah ia dilaksanakan.

"Tindakan ini selaras dengan penjenamaan semula Langkawi oleh Najib semasa melakukan lawatan itu bagi menjadikan Langkawi pulau peranginan ternama dunia yang memerlukan perkhidmatan Ambulans Laut," katanya.

Mengenai Institut Kanser Negara di Putrajaya, beliau berkata ia akan siap dan beroperasi menjelang akhir tahun depan.

Katanya kementerian menubuhkan institut itu yang dilengkapi peralatan canggih serta pakar-pakar khas bagi merawat penyakit kanser.

Ketika berucap kepada staf Hospital Kulim sebelum itu, Liow meminta mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan mengelak daripada berpolitik kerana ia akan menjejaskan agenda transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, Liow berkata dari tahun lepas hingga sekarang 14 unit CT Scan bernilai RM1.4 juta seunit yang digunakan untuk mengesan penyakit dibekalkan kepada hospital-hospital kerajaan. Enam unit lagi akan dibekalkan tahun depan agar rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.

Beliau berkata Hospital Kulim yang mempunyai doktor pakar dalam sembilan bidang akan ditambah menjadi 16 menjelang 2015 untuk menjadikannya Hospital Komuniti.

Pada majlis itu, beliau meluluskan dua unit mesin haemodialisis serta RM200,000 bagi membina tempat meletak kenderaan manakala ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyumbang tiga unit mesin tersebut bagi memenuhi permintaan pesakit di daerah ini.

Pada masa ini Hospital Kulim memiliki 13 unit mesin haemodialisis.

-- BERNAMA

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak join ni?