SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Oktober 2012

CUEPACS MOHON BONUS DIKECUALIKAN CUKAI

Bernama
2/10/2012

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon agar bonus kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini, dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata penjawat awam sememangnya amat menghargai keputusan kerajaan memberi bonus satu setengah bulan, iaitu yang terbaik pernah diberikan setakat ini.

"Kalau boleh dipertimbangkan, berilah bonus yang 'solid'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 yang bertema 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam, dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas.

Sementara itu, merujuk pengumuman Perdana Menteri berhubung peruntukan RM1.9 bilion kepada Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara bagi memulakan inisiatif membina 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan strategik, Omar berkata pihaknya menyambut baik langkah itu kerana dapat membantu penjawat awam memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya meminta kerajaan memberi perhatian terhadap beberapa perkara bagi memastikan inisiatif itu dapat memberi nikmat paling maksimum kepada orang ramai.

Omar juga berharap pihak yang terbabit dengan inisiatif perumahan itu dapat memberi pinjaman 100 peratus kepada pembeli, iaitu pembeli tidak perlu membayar 10 atau 20 peratus daripada harga rumah.

Katanya, selain itu, kerajaan perlu memastikan pembeli adalah dari kalangan mereka yang belum memiliki kediaman sendiri, dan unit rumah tersebut pula diharap dapat disiapkan sepenuhnya sebelum dijual.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bonus dikira dari gaji pokok. jadi memang la kena cukai. apa la yang ribut sangat cuepacs ni.

kalau nak dikecualikan dari cukai, yang beragama Islam tu bawa2 la bayar zakat harta, yang bukan beragama Islam boleh buat charity di mana-mana, itu semua akan dikecualikan dari cukai.

jangan jadi hamba duit!

Tanpa Nama berkata...

banyak sngeh plak org tua ni. org dah bg betis nak peha plak. kalau taknak bayar cukai, jgn mintak gaji tinggi2

Tanpa Nama berkata...

sebagai PA saya malu untuk mohon bonus yang dikira dari gaji untuk dikecualikan dari cukai pendapatan.
Apa yang patut dipohon ialah kiraan cukai perlu dipinda.
Kadar pengecualian cukai semasa adalah tidak adil.
Untuk seorang anak sepatutnya ialah RM3000 seorang sehingga 12 tahun dan RM4000 sehingga 18 tahun. Manakala anak di IPT adalah sebanyak RM6000 seorang.
Bagi isteri tidak bekerja pula sepatutnya RM6000.
Manakala pembayar cukai pelepasan individu mestilah tidak kurang RM10000.
Alasan mudah ialah kos kehidupan seorang pekerja adalah tidak kurang RM600 untuk makan minum, RM300 untuk pengangkutan dan RM300 untuk kediaman.
Kadar cukai semasa Malaysia terlalu tinggi bila dikira kerajaan telah mengenakan cukai terhadap semua barangan kita beli seharian melalui caj import, caj perkhidmatan termasuk oleh kerajaan tempatan dan kerajaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Mohon cukai bonus untuk presiden CEUPACS dinaikkan....

Tanpa Nama berkata...

haiiii jgn tamak sgt...agak2 le nak mintak pon. org swasta dpt bonus...takde plk mintak dikecualikan cukai so kutipan cukai dr pekerja swasta pastu bagi kpd PA..., org swasta lah yg byk menyumbang kpd kutipan cukai.. nak mintak2 apa2 pakai logik akallah...
main sedap hati jer..ingat kjaan nak kena jaga pekerja kerajaan je ler....

Tanpa Nama berkata...

ompISaya mencadangkan kepada Cuepacs supaya kakitanggan yg akan bersara dlm masa setahun dibenarkan mengeluarakan graduty(pampasan)untuk mengerjakan haji bagi suami isteri.Kerana tempoh perkhidmatan mereka akan tamat dan dapat mengerjakan haji semasa dlm perkhidmatan dgn kemudahan yg disediakan.

Terima Kasih

Racthman

i like to komen berkata...

aper la cupek bengong ni..bonus mesti la masuk cukai..tu kira pendapatan..cupek ni bodoh ke aper..pergi belajar ckit pasal pentadbiran ni..

Tanpa Nama berkata...

BODOH LA OMAR NIE....DULU MASA BAJET MINTA APA, DAPATNYA APA..SKRG NIE CAKAP NAK PELEPASAN CUKAI....KANG DIUMUMKAN CUKAI BERGANDA BARU TAU....BANGGANG PUNYA ORANG...KALAU TAK TAU NAK CAKAP APA, BAIK TUTUP JE MULUT TUE...

Nazran yusof berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nazran yusof berkata...

Bonus d kira hadiah..So apa yang Presiden Cuepac sarankan adalah kata kata prihatin kpd pekerja..Tu d nama kan ketua yang baik dan prihatin..apa yang dimohon bukan lah kerana dapat betis nak peha tetapi sifat dia sebagai ketua memperjuangkan nasib pekerja..saya setuju dengan cara presiden..pemberian tu biarlah solid..setahun sekali pemberian.. saya rasa kerajaan tidak akan muflis