SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

16 Oktober 2012

Suruhanjaya penambahbaikan sektor awam kurang dapat sambutan

Berita Harian
16/10/2012



KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan awam mendapat sambutan dingin daripada orang ramai, kata Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam Tun Zaki Tun Azmi.

Beliau berkata sejak ditubuhkan pada Jun lepas, suruhanjaya itu hanya menerima 1,200 emel dengan 95 peratus daripada penjawat awam yang membuat aduan terutama berkaitan gaji dan elaun.
Hanya lima peratus sahaja emel daripada orang ramai yang memberi pandangan dan aduan mengenai perkhidmatan awam, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama orang awam di Kompleks Kraf, di sini hari ini.

Malah kata Zaki, sambutan pada dialog hari ini juga tidak menggalakkan iaitu hanya dihadiri 13 orang awam, 21 wakil badan bukan kerajaan dan 34 wakil agensi kerajaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan program dialog bersama orang ramai itu tidak akan diteruskan pada masa hadapan jika tiada sambutan.

Katanya orang ramai mempunyai masa sehingga akhir bulan ini untuk menyuarakan cadangan dan aduan kepada suruhanjaya itu menerusi http://docs.jpa.gov.my/skmtpa.

Ini kerana suruhanjaya itu perlu menyiapkan laporan mengenai cadangan penambahbaikan sektor awam untuk dihantar ke Kabinet pada Disember ini, katanya.
Beliau juga menegaskan tanpa maklum balas daripada orang ramai, adalah sukar untuk suruhanjaya itu memberi cadangan menambah baik sistem penyampaian sektor awam.

"Kalau orang tak buat aduan, maksudnya tidak ada masalah. Tapi selepas ini akan dengar rungutan...itu tak betul, ini tak betul. Tapi kenapa tak datang? Kita nak dengar (maklum balas). Sesetengah cadangan itu baik dan kita terima," katanya.

Selain Zaki yang juga bekas Ketua Hakim Negara, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil.

Suruhanjaya itu juga disertai bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail, bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. - BERNAMA

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ianya sebab orang ramai tak tahu tentang kewujudan suruhanjaya ini dan orang ramai ingatkan suruhanjaya ini ditubuhkan untuk mengkaji perihal perkhidmatan awam

kakitangan kerajaan pula ingatkan suruhanjaya ni ditubuhkan untuk mengkaji semula SBPA dan membuat cadangan untuk skim saraan perkhidmatan awam yang baru

rupanya lain ceritanya

ntah mana satu yang betul taktau la. kalau motif suruhanjaya ini ditubuhkan untuk penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam, apa cerita pula tentang sistem saraan?

pelik sungguh

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan oranga awam tidak tahu masalah penjawat awam..hendak ikutkan hampir semua perkhidmatan awam yang di pejabat atau di luar pejabat ade lah yang terbaik walaupn ade masalah antara staf dan tidak cukup kelengkapan tapi staf masih boleh bekerja sebab itu adelah amanah atau makan gaji.orang awam yang tahu pon sebab ayah atau anggota keluarga dan sanak saudara yang kerja kerajaan.takkan nak penjawat awam mengadu atau mengeluh dengan orang awam atau orang disekeliling(bukan kerja kerajaan)harap faham lah.....

Tanpa Nama berkata...

Baca blog ceupacs pun dah tahu ape masalah PA di Malaysia ! Gaji dan elaun dan bonus !

Tanpa Nama berkata...

Kerja gila ke masalah PA mesti le PA je yang tahu.Yg pi minta orang ramai hadir sama bagi pendapat buat apa.Namanye dah Suruhanjaya Penambahbaikkan Perkhidmatan Awam tapi yg bangang bin bahalol panggil org luar buat apa.kalau tanya org kampong keja petani apa yg dia tau pasal masalah PA.Lagi pun org awam memang lagi suka PA ni jadi hamba org ramai yg gaji sikit dan hidup dlm kesusahan sbb mereka dah meluat dgn PA yg kebanyakan berlagak.kalau nak ikut kelayakan gaji PA skrg ni dgn hasil kerja RM20 sehari pun tak patut bayar kpd Ketua Jabatan sbb tiap hari dapat surat dari HQ dia hanya baca dan arah org lain yg pi meeting atau buat laporan."En.Ismail sila hadir dan sediakan laporan berkaitan"."Pn.Siti sila uruskan hal ini".En Ali Hamas sila beri taklimat kpd pelawat"En.Berok Mak Ye sila buat bayaran".Pekak badak pun boleh kalau nak kerja arah mcm ni .Bagi gaji RM 11.25 je sehari dah banyak tu kpd ketua jabatan.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya nama suruhanjaya ni patut diubah:

suruhanjaya mengkaji PERSEPSI ORANG RAMAI TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN

kalau ikut nama SKMTPA sepatutnya menjurus kepada transformasi DALAM perkhidmatan awam

tapi lain pula yang jadi nya

haii nampaknya takda beza la suruhanjaya ni dengan SBPA yang telah dibakul sampah hari tu

Tanpa Nama berkata...

kami mewakili rakyat malaysia, mengatakan bakul sampahkan suruhanjaya nie.. kalau nie pukulan maut PRU-13 nie.. geti bahasa tak kau org..!!

Tanpa Nama berkata...

Saya sudah menghantar 3 e-mel dengan cadangan;

1. Skop PTD dikhususkan kepada 2 bidang pentadbiran dan diplomatik sahaja berbanding 8 bidang bagi mengelakkan ketidakcekapan dan salahguna kuasa.

2. PTD yang berjumlah lebih kurang 9000 orang terlalu ramai dan seharusnya dikurangkan kerana kebanyakan tugas-tugas mereka dilakukan oleh orang bawahan. Bilangan PTD yang terlalu ramai sedangkan tugas mereka hanyalah sebagai orang tengah merupakan satu pembaziran.

3. Bagi memastikan ketua-ketua jabatan yang mengetuai kementerian dan jabatan merupakan yang terbaik dan berkebolehan tinggi, jawatan tersebut perlu dibuka kepada semua skim perkhidmatan di negara ini agar wujud persaingan sihat.

Persoalannya adakah e-mel tersebut benar-benar sampai kepada suruhanjaya tersebut atau ada tangan-tangan ghaib di JPA yang menghalang cadangan tersebut sampai kepada suruhanjaya yang diketuai Tun Zaki?

Tanpa Nama berkata...

Saya sudah menghantar 3 e-mel dengan cadangan;

1. Skop PTD dikhususkan kepada 2 bidang pentadbiran dan diplomatik sahaja berbanding 8 bidang bagi mengelakkan ketidakcekapan dan salahguna kuasa.

2. PTD yang berjumlah lebih kurang 9000 orang terlalu ramai dan seharusnya dikurangkan kerana kebanyakan tugas-tugas mereka dilakukan oleh orang bawahan. Bilangan PTD yang terlalu ramai sedangkan tugas mereka hanyalah sebagai orang tengah merupakan satu pembaziran.

3. Bagi memastikan ketua-ketua jabatan yang mengetuai kementerian dan jabatan merupakan yang terbaik dan berkebolehan tinggi, jawatan tersebut perlu dibuka kepada semua skim perkhidmatan di negara ini agar wujud persaingan sihat.

Persoalannya adakah e-mel tersebut benar-benar sampai kepada suruhanjaya tersebut atau ada tangan-tangan ghaib di JPA yang menghalang cadangan tersebut sampai kepada suruhanjaya yang diketuai Tun Zaki?

Tanpa Nama berkata...

Jika nak meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam hanyalah satu perkara yang perlu dbuat. Hapuskan skim PTD yang semakin bermaharajalela. mana boleh perkhidmatan hakim, askar,cikgu, doktor,arkitek, polis, bomba nak dikontrol puak napoleon nie. Wujud kasta dalam perkhidmatan awam .

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa tuan-tuan dan puan-puan, dalam skmtpa ada seorang ahli jawatankuasa yang terdiri dari PTD..... jeng jeng jengg!!!!!

siapa yang jadi PTD, akan kekal menjadi PTD dari tarikh lantikan sampai masuk dalam kubur.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Semua

Sepatutnya PA xpertikaikan jawatan PTD tetapi pihak atasan perlu lakukan penambahbaikan untuk kesemarataan bagi semua kumpulan.

Hakikatnya PA harus akui bahawa kelebihan PTD adalah jawatannya diukurkan kebolehan mereka semasa permohonan tersebut dipohon.

Suasana win2 haruslah dititikberatkan. Melihatkan arus tiupan angin perubahan yang ketara oleh PM unutk menjamin kesejahteraan kepada semuanya rakyatnya baik PA dan yang lain2.

Jika kita lihat penawaran Pembangkang kini yang janji imbuhan yang terlalu ketara ataupun dalam ertika sebenar tembak maut ( imbuhan mati ). Jika mereka katakan belaanjawan yang dibentangkan oleh PM akan memuflikan Malaysia?. Bagaimana janji pembangkan untuk hapuskan semua hutang2 PTPTN, hapuskan duti kereta dan macam2 lagi duti, serta imbuhan melampau?.

Persoalanya? Apakah belanjawan ini memakmurkan dan memperkayakan negara??? atau sekadar gula2 dan umpan2 untuk memancing undi?

Kita lihat saja apa dah jadi di Penang, Kedah, Selangor dan Kelntsn. Seumpama Pak Kaduk menang ayam akhirnya kampung tergadai.

Jangan sampai gila kuasa, wang agama dijualkan, malah sesama islam dikafirkan dan kafir dipuja dan pihak lain disalahkan. Ulamak yang suci dan taqwa serta tunduk patuh pada titah perintah Allah akan malu pada dirinya atas nikmat Allah dan mendahului islam yang Addin sebagai sumber rujukan dan didahulukan. Dilihatkan kini amat mudah untuk memperdayakan sesama islam yang amat dhoih hanya berbekal atas nama islam walaupun perjalanan sebenar menyeleweng sudah dapat dicucuk hidung dan diperkudakan.

Kembali kepada zaman para sahabat dimana hukum islam tak kenal siapa mereka dan darjatnya. Kita lihat dimana Yahudi dapat memperdayakan anak Syaidina Umar yang telah mengkayalkannya hingga berlakunya zina adan akhirnya Syadina Umar menjatuhkan hukaman rejam sampai mati kepada anaknya.

Kita lihat di Kelantan Hukuman nak dijalankan adalah double standard. Dalam islam benar tetap benar dan salah tetap salah dan harus dipertangungjawabkan. Melihat kini pemimpin yang mengaku mereka hebat dan melaksanakan sistem pemerintahan secara islam xlekang dari nafsu wang dan bukan dikatakan rasuah tapi imbuhan. malah ketirisan kian menjadi2, maksiat bermaharalela, judi masih dilaksanakan dengan meriahnya, hiburan bagaikan pesta.

Penindasan keatas umat melayu kian ketara dan bukan melayu ditatang sepertu bulan purnama. Semuanya retorik dan penuh kepura-puraan.

Malangnya kini umat melayu mudah lupa asal keterunan mereka yang dahulu bangsa merempat, merengek dan menjadi hamba pada penjajah dan kini merayu dan meraung kembali kemasa lampau supaya suasana kunta kunte kembali lagi. Sejarah sepatutnya dijadikan pedoman dan bukannya sebagai bahan ujikaji untuk berulang kembali.

Melayu malu dan merasa megah diri sesama melayu tetapi melukut ditepi gantang pada bangsa yahudi dan seangkatannya. Sepatutnya kita harus berbangga kerana kini kita megah dalam semua bidang baik pendidikan. Kalau dahulu untuk mendapat ilmu yang lebih tinggi kita harus merintih pada bangsa lain dan mengembara jauh meninggalkan tanah air. Kini semuanya terhudang hinggakan ketaraf PHD boleh diperolehi dinegara sendiri.

Umat islam harus kembali kepada Islam yang Ad-din dan berpegang teguhlah pada ISLAM, IMAN DAN EHSAN untuk mencapai kejayaan.

Salam Flower

Tanpa Nama berkata...

cakap boleh la...tp apa yg Flower cakap semua tak betoi..hang ni umpama org AMNO yg dah nyanyok...pasti PRU 13..BN akan jd pembangkang...

Tanpa Nama berkata...

cakap boleh la...tp apa yg Flower cakap semua tak betoi..hang ni umpama org AMNO yg dah nyanyok...pasti PRU 13..BN akan jd pembangkang...

Ahad, Oktober 21, 2012 8:28:00 PG
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Kamu yang nyanyuk cam NANM. Cuma yang xsyukur dan tamak haloba saja berfikiran negatif seperti saudara.Diakui apa yang flower cakap.

Tanpa Nama berkata...

cakap boleh la...tp apa yg Flower cakap semua tak betoi..hang ni umpama org AMNO yg dah nyanyok...pasti PRU 13..BN akan jd pembangkang...

Buktinya

http://gelombangkick.blogspot.com/2012/10/nik-aziz-tak-tahu-pok-awe-tak-mampu.html

Tanpa Nama berkata...


Berkat Serambi Mekah


http://gelombangkick.blogspot.com/2012/10/serambi-mekah-bergegar-pelajar-sekolah.html

Sebagai pemangkin PRU 13 Pakatan PAS

Tanpa Nama berkata...

Hebatnya pemerintah Islam PAS Kedah yang benar2 laksaana pentadbiran ikut perintah islam tanpa ketirisan.

http://theflyingkick.blogspot.com/2012/10/malu-sebab-pas-kedah-gelapkan-ratusan.html

Tanpa Nama berkata...

Penyokong kuat HUDUD olahan keluaran PAS. Menuju kejayaan PRU13

http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/10/video-klip-ini-bukti-anwar-hina-hukum.html

Tanpa Nama berkata...

"Kalau orang tak buat aduan, maksudnya tidak ada masalah. Tapi selepas ini akan dengar rungutan...itu tak betul, ini tak betul. Tapi kenapa tak datang?"

rungutan itu maklum balaslah. lagipun bukankah sudah ada cuepacs yang boleh ajukan rungutan-rungutan itu. Isu gaji mati, naik pangkat, pindah tempat kerja dan banyak lagi.

Tanpa Nama berkata...

anjing-anjing politik jangan menyemak dalam ni la!!

ini topik pasal perkhidmatan awam dan kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan awam. tak reti baca kah?

Tanpa Nama berkata...

anjing-anjing politik jangan menyemak dalam ni la!!

ini topik pasal perkhidmatan awam dan kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan awam. tak reti baca kah?

Isnin, Oktober 22, 2012 7:53:00 PG
**************************************************************************

Nasiblah adanya anjing2 politik yang menjadi penghias nafsu najoi2 ini mendapat nikmat dan rezeki halal.

Tanpa Nama berkata...

anjing ka babi ka tak kisah..apa pun PM tak bleh jawab pasai najis mughalazah..tu baru budak sekolah rendah tanya..mcm tu ka kata pemimpin ISLAM..buat malu je...

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat saja apa dah jadi di Penang, Kedah, Selangor dan Kelntsn. Seumpama Pak Kaduk menang ayam akhirnya kampung tergada

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

APA YANG TERJADI? CER CERITA?

hOI flower jangan pula dalam masa Flower dok kutuk nEGERI kami,pembangunan yang diagung agungkan di negeri Flower tu hanya mampu dipandang oleh Flower sebab semua kekayann dimiliki warga asing.akhirnya Flower jadi melukut di negeri sendiri......taiada masalah di negeri kami,.....yang ada cuma pentadbiran lebih baik,rakyat lagi makmur,belanjawan suplus,hasil meningkat dan hutang kepada persekutuan berkurang...cerita flower umpama cerita lawak yang dah tak melucukan,cerita seram yang tak menakutkan.....inilah sebenarnya tukang karut,

Tanpa Nama berkata...

APA YANG TERJADI? CER CERITA?

hOI flower jangan pula dalam masa Flower dok kutuk nEGERI kami,pembangunan yang diagung agungkan di negeri Flower tu hanya mampu dipandang oleh Flower sebab semua kekayann dimiliki warga asing.akhirnya Flower jadi melukut di negeri sendiri......taiada masalah di negeri kami,.....yang ada cuma pentadbiran lebih baik,rakyat lagi makmur,belanjawan suplus,hasil meningkat dan hutang kepada persekutuan berkurang...cerita flower umpama cerita lawak yang dah tak melucukan,cerita seram yang tak menakutkan.....inilah sebenarnya tukang karut,

Isnin, Oktober 22, 2012 2:27:00 PTG
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Salam sahabat

Nampak sangat sahabat nie jual minyak angin.........

Bagi saya alhamdulillah dan syukrul alam wajib pada PM bahkan mendapat pujian dari ulamak Syeikh Al-Tantawi.

Bahkan penyair Kedah Allahyarham Cikgu Tuan Syed Mahadir sudah mendoktahkannya BANGUN CIK OH BANGUN........

Tapi ingat sahabat 5 perkara sebelum 5 perkara:-

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

Drp Flower

Tanpa Nama berkata...

flower boleh tak tau nama penuh & nama ibu kau sekali, ingat nak santau angin kat kau, boleh tak?.. pakai bomoh siam, asli, kaw..!!kaw..!! punya.. ada berani flower palat..!!

Tanpa Nama berkata...

x kira kalu sijil poli x naik gred gak sblm PRU nk boikot BN gak . PRU13 ni nk ajak bini ngan mak bapak aku pangkah PR . ni bkn sbb suka kat PR tp nk protest .

Tanpa Nama berkata...

Aku heran le satu makluk allah ni keja dia nak santau orng je ..bawa bawa le bertaubat jangan dok buat koje syirik ni tak takut seksa allah ke...

Tanpa Nama berkata...

flower boleh tak tau nama penuh & nama ibu kau sekali, ingat nak santau angin kat kau, boleh tak?.. pakai bomoh siam, asli, kaw..!!kaw..!! punya.. ada berani flower palat..!!

Isnin, Oktober 22, 2012 11:07:00 PTG
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Assalamualaikum dan Salam Semua

Setahu saya makna Islam itu saja menjamin keselamatan dan kesejahteraan pada penganutnya.

Bagi islam Allah paling murkai bersekutu dengan iblis kerana musuh islam yang nyata. Tak tahu pula simamat ajaran PAS bersengkokol dengan musuh islam yang nyata.

Maaf mungkin saya ini tergolong dalam pemuda yang masih mentah tetapi saya diajarkan oleh orang tua saya supaya menjauhi musuh2 islam yang nyata antara kafir harbi dan syaitan yang menyesatkan.

Malah saya diajarkan berpandukan kepada kalimah Allah yang suci iaitu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dan malah saya diajarkan setiap muslimin dan muslimat itu saudara saya. Saya juga diingatkan bahawa Allah akan menyoal nanti siapa saudara kita dan jangan memutuskan silaturrahim sesama muslim.Malah saya juga diingatkan bahawa segala solat, ibadat, amalan itu semuanya hanyalah Allah semata2.

Saya juga diingat sentiasa berpegang teguh kepada Allah sepertimana Firmannya yang berbunyi :-

KATAKAN WAHAI MUHAMMAD "AKU BERLINDUNG KEPADA (ALLAH) TUHAN YANG MENCIPTAKAN SEKELIAN MAHKLUK. DARI BENCANA MAKHLUK2 YG IA CIPTAKAN.DAN DARI BAHAYA GELAP APABILA IA MASUK. DAN DARI KEJAHATAN MAKHLUK2 YG MENGHEMBUS2PADA SIMPULAN2 (DAN IKATAN2) DAN DARI KEJAHATAN ORANG YANG DENGKI APABILA IA MELAKUKAN DENGKINYA.

Surah An Naas.

Begitu juga diingat kepada saya sepertimana Firman Allah Dalam Surah Yassin.

IN-NAMAAA AMRUHUUU IZAAA ARAADA SYAIAN AL YAQUULA LAHUU KUN FAYAKUUN.

Ertinya " Sesungguhnya semua urusan (perintah) apabila Allah menghendaki segala sesuatunya, Allah hanya berkata Jadilah Maka jadilah".

Guru saya melarang saya bersahabat dengan Iblis, Jin dan Yahudi serta Nasrani yang terangan musuh islam yang mendorong kepada menyukutu dan syirik kepada Allah.

Sepertimana Firman Allah

"WAT TAKHAZUU MIN DUUNIL LAAHI AALIHATALLA ALLAHUM YUNSARUUN"

ertinya " (sayang) mereka mengambil Tuhan selain Allah dengan harapanakan mendapat pertolongan"

Saya juga diingatkan selalu berpegang dan kembali kepada ajaran islam sebenar2nya walaupun islam itu adakalanya tidak sefahaman pendapat asalkan tidak lari daripada kehendak Allah kesimpulannya dan sentiasa berpegang teguh kepada Sunnah Waljamaah.

Saya juga diingat sentiasa mendapat khidmat nasihat berpegetahuaan agama dan sekiranya pendapat berpegetahuan itu berlawanan dan harus bertanya yang berpegetahuaan lain dan sekiranya yang satu ini sependapat sama daripada salah satu itu maka katanya ambillah yang banyak.

Malah saya juga diingatkan sentiasa berpegang kepada prinsip kesederhaan dan sentiasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pemimpin membantu rakyat dan mengotakan janji.

Justeru itu ssaya bersykur kerana nak apa lagi.... kalau dahulu kampung saya terpencil dan jalannya denai kini sudah bertar, berelektrik, air paip. Tiap buah rumah berkereta dan bermotosikal. Apa nak lagi.. dan bukannya nak bermegah tetapi saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada pemimpin.

Malah keluarga saya pun.........alhamdulillah.... apa nak lagi?????. Saya budak kampung pendalaman tetapi alhamdulillah kerana....... nikmatnya tak terhingga.

Septutnya semua PA harus bersyukur kerana xmerempat ditanah sendiri. Cukup bulan dibayar gaji serta imbuhan tanpa berhutang pada PA pun.

Malah mana ada negara didunia yang bagi bonus kepada PAnya kecuali Malaysia baik sehebat negara idola sahabat Singapora, Israel dan Amerika.

Salam flower

Tanpa Nama berkata...

Saya harap Suruhanjaya ini bekerjalah dengan betul dan ikhlas, barulah objektif tersebut boleh tercapai. kalau sekadar ambil syarat dan beri arahan shj.. susahlah nk tercapai. Janganlah terikut-ikut dgn tradisi pegawai atasan kerajaan lama, semuanya diarah pd pegawai bawahannya.. Cubalah fikir bagaimana cara utk orangramai boleh menyumbang idea...

Tanpa Nama berkata...

RM20 sehari pun tak patut bayar kpd Ketua Jabatan sbb tiap hari dapat surat dari HQ dia hanya baca dan arah org lain yg pi meeting atau buat laporan."En.Ismail sila hadir dan sediakan laporan berkaitan"."Pn.Siti sila uruskan hal ini".En Ali Hamas sila beri taklimat kpd pelawat"En.Berok Mak Ye sila buat bayaran".Pekak badak pun boleh kalau nak kerja arah mcm ni .Bagi gaji RM 11.25 je sehari dah banyak tu kpd ketua jabatan.

executif officer berkata...

Mengapa EO dipanggil Executive Officer bukan assistant admin officer? Sudah sampai masanya gred EO dinaikan ke gred 41. keje kami pn macam keje pegawai dan bertanggungjawab terus kepada ketua jabatan

Tanpa Nama berkata...

RM20 sehari pun tak patut bayar kpd Ketua Jabatan sbb tiap hari dapat surat dari HQ dia hanya baca dan arah org lain yg pi meeting atau buat laporan."En.Ismail sila hadir dan sediakan laporan berkaitan"."Pn.Siti sila uruskan hal ini".En Ali Hamas sila beri taklimat kpd pelawat"En.Berok Mak Ye sila buat bayaran".Pekak badak pun boleh kalau nak kerja arah mcm ni .Bagi gaji RM 11.25 je sehari dah banyak tu kpd ketua jabatan.

Rabu, Oktober 24, 2012 4:33:00 PTG
**********************************************************************

Saya setuju elaun tertentu diperluaskan dan diberikan kepada lain pegawai berlainan pangkat dan Gred. Contoh nyata penggunaan handphone persendirian bagi urusan jabatan seperti luar kawasan pejabat yang menghadapi tindakan segera kerana kecemasan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam AidilAdha

Sebagai insan yang kerdil dan hina saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat2 yang mengenali saya antaranya KKB,TRB,Cik Manja, Tuan Manjo, Amran Pekida dan yang lain2 semoga tuan2 dan puan beroleh keberkatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sentiasa dalam perlindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan kerja. Amiin.

Sungguh hening dan dingin dimalam ini dipendalaman kerana dah mula bercuti dan suasana yang menyegarkan dengan hiburan nyanian katak2 dan unggas2 selepas hujan.
Bertapa hebat dan indahnya walaupun jauh pendalaman kemudahan perhubungan sentiasa terhidang.

Nak apa lagi walaupun pendalaman kereta jenama mewah BMW 5 series, Mecer AMG 350, Subaru Impreza 10 terhidang jua bahkan motosikal kuasa tinggi terhidang jua.

Salam Flower

Tanpa Nama berkata...

jangan pula nanti bulan disember laporan pnambahbaikan yang dijanjikan itu tak diumumkan sebab "kurang dapat sambutan"...

rasanya dah macam macam aduan,cadangan yang dikemukakan PA,sampaikan ada yang memaki hamun ,meroyan ,menggugut supaya masalah mereka diambilk perhatian..

untuk membetulkan semula kenaikan zaman pak lah,saya cadang kumpulan sokongan dieri kenaikan 5% manakala Pnp diberi kenakan 15%.

cadangan ini adalah kerana tugas Pnp berat tanggungjawabnya,mereka juga tak boleh tuntut kerja lebih masa walaupun terpaksa kerja diluar waktu kerja biasa seperti hari minggu.lagipun untuk beri kenaikan lebih kepada Pnp adalah tidak melibatkan peruntukan yang banyak kerana jumlah Pnp cuma 30% dari jumlah PA.

dengan cara ini juga kumpuan sokongan akan dimotivasikan untuk lebih berusaha untuk maju.kerja penyeliaan juga akan lebih muda kerana orang gaji besar mengawal orang gaji kecil....mesti ada yang marah dengan idea ni...sila beri pendapat...kita mengalu alukan percambahan bebola fikiran dan percantasan kotak hujah...

Salam

fauna flora flowe

Tanpa Nama berkata...

patutnya suruhanjaya ni perlu melibatkan KAKITANGAN KUMPULAN SOKONGAN, lebih lagi yang mempunyai kelulusan lebih tinggi dari syarat lantikan jawatan.

ni tak, muka-muka yang ada dalam suruhanjaya tu semuanya "bijak-bijak pandai" dari kalangan pengurusan tertinggi. cuma sorang saja yang masuk kategori "kurang bijak dan kurang pandai", itupun dia hanyalah presiden cuepacs yang ada agenda tersendiri. ahli suruhanjaya lain semuanya sudah pasti akan buat sesuatu yang menguntungkan puak mereka sahaja dan bukan keseluruhan penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Salam

fauna flora flowe

Sabtu, Oktober 27, 2012 12:01:00 PG
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Wsalam Dan Salam Semua

Tuan jangan terlalu saiko kepada golongan Sokongan. Hakikatnya dan kenyataan memang Kumpulan Pnp lebih kecil drp golongan Sokongan.

Walaubagaimanapun tugas kumpulan sokongan juga berat bagi sesetengah kumpulan. Hakikatnya biarlah win2. Dalam islampun ianya mahukan keseramarataan. Biasalah kumpulan sokogan ini pun mahu bergaya dan malah adakalanya dari segi pakaian mengalahkan kumpulan Pnp.

Saya setuju dengan pendapat Cik Sonah terdahulu katanya kalau mengukur baju biarlah sesuai dengan badan dan kemampuan. Hakikatnya kini seseorang yang menuju kearah kemewahan pertamanya ia mestilah berwawasan dan berfikiran maju kehadapan dan sanggup menghadapi risiko. Kegagalan janganlah dijadikan sebagai faktor kelemahan sebaliknya dijadikan iktibar dan jalan panduan untuk bangun semula.

Kita lihat golongan muflis kebanyakannya majoriti golongan kaya raya bergelar Dato, Tan Sri dari golongan perniagaan. Muflis mereka hebat dengan kereta mewah, rumah agam dan sebagainya.

Hakikatnya kita mesti berani, berpendidikan, berwawasan serta jati diri yang tinggi disamping sentiasa amalkan sikap berdisiplin diri dalam semua segi insyaalah akan berjaya.

Sebagai pedoman Allah jadikan manusia bukannya terus berlari dan mengikut retetan realiti kehidupan.

Drp Flower.

Tanpa Nama berkata...

Ok juga tu ommm..tukal tukal na karusi ...ini kali aku ambil 10 tahun lepas tu mu ambil balik karusi 10 tahun lagi kumpul lalayaaaannnnnn duniawiiiii

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Semua

Sebagai renungan bersama

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Riwayat Muslim

Drp BP Pendalaman

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan Salam Semua

Terlebih dahulu pohon ampun dan maaf terkeluar dari landasan sebenar sekadar renungan keatas saudara Hairi Othman Budak Semeliang, Kuala Nerang Kedah. Lahir di Mekah yang berceramah dan mengutuk isteri PM tak bertudung.

Apa dah jadi dengan ustaz ini dan ?????

http://jawaber6.blogspot.com/2012/10/hebat-ustaz-hairieothman-diseru-supaya.html

Drp Bp Pendalaman

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum

tuan omar,sy kije kerajaan..pendapatan+elaun=rm1600 bersih..kije di kedah,,tp ibubapa n isteri di kl.persoalan sy,RUMAH BARU MAMPU MILIK yg mcm mana boleh sy dptkan sekitar k.lumpur n subang jaya??atau pon mmg sy tak layak memiliki rumah lagi?kalau dpt rumah pon,dptkah sy membayar ansuran bulanan nyer dan adakah sy mampu untuk berulang alik dari kedah ke k.lumpur 2 minggu sekali untuk menjenguk isteri dan ibubapa sy yg masih ada,,..tolong beri nasihat n pandangan..plzz..

Saya Yg Menurut Perintah(sambil mgesat air mata)

Tanpa Nama berkata...

Elaun pemandu 150/- sampai sekarang belum di selaraskan......

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum saya amat mengharap apa yang saya ingin suarakan agar dapat perhatian dari pihak tuan. tentang jawatan pemandu di jabatan kerajaan yg mana pemandu terus kekal di sesebuah kementerian atau jabatan,apa yang saya terlalu mengharapkan agar jawatan pemandu dijadikan gunasama seperti Gred N 17 .alasan saya banyak pengalaman yang boleh kita pelajari dijabatan lain .dengan ini juga dapat meningkatkan lagi mutu dan prestasi kerja.Sekian terima kasih.