SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Februari 2013

BUAT KERJA HAKIKI, JAUHI JADI PENGHASUT POLITIK

Utusan Malaysia
27/2/2013

WAKTU ini barangkali, ada yang sudah bermasam-masam muka dan ramai yang jenuh bertegang urat leher dengan kawan-kawan sekerja kerana bercakap pasal isu-isu politik yang tak habis-habis.
Kata seorang teman, cepatlah diumumkan tarikh pilihan raya dan cepatlah habis semua ini. Ini kerana sudah bosan dengan bermacam-macam pertikaian dan perkara-perkara yang entah apa-apa dibangkitkan yang boleh saja dijadikan isu politik ketika ini, yang bertujuan mengangkat mana-mana parti politik.
Tapi percayalah, sembang-sembang dan perang politik terutamanya di laman-laman sosial ini tidak tentu berakhir selepas pilihan raya ini. Isu-isu politik memang menjadi topik kegemaran sepanjang zaman.
Sudah menjadi satu kebiasaan rakyat di negara ini memang gemar bercakap pasal politik dan amat minat dengan politik menghentam tanpa minat mengambil tahu mengenai fakta-fakta sebenar.
Selepas keputusan pilihan raya nanti, ada pula cakap-cakap kenapa parti yang disokong boleh kalah. Maka timbul isu tidak telus, hal-hal sabotaj dan sebagainya. Memang tidak akan habis.
Yang peliknya, penjawat-penjawat awam pun sama naik juga. Ada dalam kalangan mereka sepanjang waktu lapan jam bekerja di pejabat, menghentam majikan mereka itu dan ini. Mereka ini tidak segan-segan mengaku diri mereka penyokong tegar parti pembangkang.
Maka semua dasar dan apa saja yang dilakukan kerajaan untuk rakyat dipertikaikan, tapi bab-bab gaji, elaun, bonus serta kemudahan-kemudahan lain yang kerajaan beri kepada mereka, tidak pula dipersoalkan.
Dan apabila parti pembangkang yang mereka puja-puja itu mencadangkan bilangan penjawat awam ini dikurangkan kononnya sudah terlalu ramai dan tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan ekonomi negara, hanya pembaziran semata-mata, mereka tidak pula bangkit lantang menghentam. Semuanya pakat diam membisu.
Jadi, apabila baru-baru ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman menyarankan supaya lebih baik untuk penjawat awam menumpukan perhatian terhadap tugas mereka, itu sewajarnya dilihat sebagai satu saranan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.
"Kita sudah tandatangan akujanji, jadi lebih baik tumpu agenda penjawat awam, kalau nak berpolitik juga, minta kebenaran, jangan berpolitik pada waktu kerja," tegas beliau.
Jabatan Perkhidmatan Awam juga sudah lama mengeluarkan pekeliling mengenai syarat-syarat sekiranya mahu berpolitik. Antaranya, tidak menganggu tugas-tugas rasmi dan dilakukan di luar pejabat.
Memang ada ramai penjawat awam yang terlibat dalam politik, tetapi mereka ini bukan terlibat secara langsung. Sekadar cakap berapi-api yang boleh diumpamakan sebagai ejen propaganda parti politik tertentu yang berperanan menghasut.
Memang betullah, masa bekerja tidak sepatutnya dihabiskan dengan bercerita pasal politik. Masa bekerja juga tidak sepatutnya ditumpukan kepada memberi komen-komen di laman-laman sosial facebook, twitter atau youtube untuk menghentam mana-mana parti.
Lebih-lebih lagi yang membayar gaji ketika bekerja itu adalah kerajaan juga. Tidak cukupkah bersembang pasal politik di luar pejabat, ketika 'mengeteh' di kedai-kedai kopi, hingga perlu di bawa ke tempat kerja. Akibatnya dek terlalu suka bercakap pasal politik ini, wujud suasana tidak harmoni di tempat kerja.
Bukan sahaja sektor awam, sektor swasta pun begitu. Apabila terlebih fokus kepada perkara lain, mengumpat sana sini pasal parti politik atau pasal siapa-siapa dan apa-apa saja, ia sekali gus menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja kerana kelekaan itu.
Nanti timbullah kerja yang tidak disiapkan tepat pada waktunya, menjawab telefon dengan marah-marah, tergesa-gesa atau paling teruk tidak berjawab-jawab kerana tumpuan lebih kepada hal yang tiada kaitan dengan kerja. Itu belum masuk, membuat 'muka ketat' dan payah sangat untuk tersenyum ketika melayani orang awam yang beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan.
Bagi saya, buat sajalah kerja hakiki kita itu. Kita diberi gaji untuk membuat kerja. Apabila tiba waktu untuk memangkah memilih kerajaan nanti, kita pilih mana yang layak, mana yang banyak memberi manfaat kepada kita, anak-anak kita dan juga negara bertuah ini.
Tidak perlu gaduh-gaduh, tidak perlu bising-bising dan tidak perlu bermasam-masam muka. Habis cerita.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jikalau sebelum ini DAP pernah menyuarakan hasrat mengurangkan bilangan penjawat awam di Malaysia melalui laporan berita daripasa Sin Chew Daily. Kali ini Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan yang mereka akan mengurangkan saz penjawat awam di Malaysia andaikata mereka berjaya memerintah Malaysia :

Sumber : Blog Anwar ibrahim
Semakan saya mendapati, sehingga 30 September 2012, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memiliki seramai 40,558 kakitangan[4] dengan peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.74 bilion bagi tahun 2012. [5] Manakala White House pula memiliki seramai 468 orang kakitangan dengan perbelanjaan mengurus sebanyak USD37.8 juta atau RM115.3 juta.[6] Perbandingan ini jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara pengurusan JPM dan White House baik dari segi perbelanjaan mahupun dari bilangan perjawatan.

Saiz perkhidmatan awam yang besar tidak menjamin kualiti penyampaian. Berdasarkan jawapan di dalam Parlimen[7] oleh Timbalan Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong, di antara tahun 2005 hingga 2011 sejumlah 5,983 orang penjawat awam telah disiasat kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 816 orang penjawat awam telah didakwa di mahkamah, 324 orang disabitkan kesalahan, 69 orang dilepaskan dan 298 telah dibebaskan daripada pendakwaan. Manakala 105 kes masih lagi dibicarakan atau sedang melalui proses rayuan dan sebanyak 20 kes telah ditarikbalik.

Oleh yang demikian, satu tindakan menyeluruh perlu diambil untuk meminimakan saiz perkhidmatan awam di negara ini bertujuan untuk menjimatkan kos perbelanjaan serta untuk memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak sahaja yang wajar diserap dan dilantik untuk berkhidmat di dalam sektor awam.

Tawaran Pakatan Rakyat Untuk Sektor Awam

Memberikan pengiktirafan kuasa yang sewajarnya kepada perkhidmatan awam dengan menolak sama sekali sebarang campur tangan politik.
Memilih kakitangan awam yang punyai daya saing & berkualiti
Mana-mana penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik dan terjebak dalam masalah disiplin serta disabitkan dengan kesalahan jenayah – tanpa mengira pangkat dan kedudukan – perlu disingkirkan
Tidak semestinya graduan universiti sahaja yang diberikan keutamaan untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan
Kakitangan awam yang sudah berusia dibiar bersara cepat
Mengurangkan pertindihan tugas di dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan
Mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak bersifat ‘PTD-centric’;
Membuka ruang seluasnya untuk kenaikan pangkat secara ‘merit’ dan telus.
Menyemak semula pelaksanaan SBPA supaya sistem penggajian sektor awam bersifat lebih saksama kepada semua golongan kakitangan awam, terutamanya kategori perkhidmatan sokongan dan separa profesional.
Apa kata anda penjawat awam dengan langkah & mekanisme cuba dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kepada sektor awam kelak? Setuju atau tidak? Mengapa? Apa alasan anda?

Setuju Bilangan penjawat Awam Dikurangkan?

Setuju
Tidak setuju


View Results
sumber : berita semasa

Tanpa Nama berkata...

UBAGI HANYAvCADANG UNTUK YG DAH TUA BANGKA, TAK PRODUKTIF & BEREMOSI DLM BUAT KEJA...MACAM MANA NI..TAK MENGGUNTUNG LANGSUNG...

Tanpa Nama berkata...

j17 ke j27/29
j17 ke j27/29
j17 ke j27/29
j17 ke j27/29
j17 ke j27/29
j17 ke j27/29

Tanpa Nama berkata...

Dont worry..Selepas PRU 13, Penjawat awam akan dapat Bos baru..

Tanpa Nama berkata...

kau pun omar osman buat la kerja hakiki kau sbg presiden Kupek, bukan sebagai pencacai BN.

KAKITANGAN SOKONGAN BERIJAZAH berkata...

kalau rasa diri tu benar2 bekerja, tak perlu khuatir anda akan diberhentikan kerja.

yang jadi masalah adalah kepada biawak-biawak hidup yang bermaharajalela dalam perkhidmatan awam ni. mereka ini yang amat takut sekiranya kerajaan tak kira la apa parti sekalipun membuat polisi sebegitu.

jadi untuk dijadikan isu sensasi, perkara sebegini dijadikan modal politik. yang untungnya adalah mereka yang jadi biawak hidup ni. si A kata nak down-sizing perkhidmatan awam, si B kata dia tetap akan membela biawak hidup. jadi biawak-biawak hidup akan kekal dengan si B walhal ada ramai orang yang suka berfikir di luar kotak, kreatif, ada usaha dan daya saing yang mengharapkan agar perkara ini benar terjadi supaya biawak2 hidup dapat disingkirkan dari perkhidmatan awam lantas akan menjadikan organisasi ini benar-benar berdaya saing ke arah menjadi negara yang benar-benar maju.

percayalah, kerajaan sedia ada ini perlu membela biawak hidup dalam perkhidmatan awam dan orang-orang kampung yang mempunyai IQ rendah kerana golongan inilah yang menjamin kekuasaan mereka. sebab itu di kampung2 terpilih, mereka ini diberi pelbagai bantuan dan kemewahan yang orang di bandar tak pernah merasainya. rumah dapat free, korek longkang dapat free, tampal bumbung free, baja subsidi, benih subsidi, dapat tanah untuk bekerja.

orang di bandar semua benda kena beli, pegi pejabat pun kena naik kenderaan sendiri atau keluarkan kos tambang sendiri, nak tampal bumbung rumah yang bocor kena upah orang dan kena bayar.

sudah sampai masanya tabiat kurang sihat sebegini dihentikan. zaman sekarang tak terpakai lagi dah istilah "duduk di bandar kaya dan duduk di kampung itu miskin".


dengan ini saya sebagai penjawat awam kumpulan sokongan gred N17 yang mempunyai ijazah sarjana muda kepujian menyokong penuh pihak yang benar-benar iklhas dalam nak MENGTRANSFORMASIKAN perkhidmatan awam supaya yang berhak mendapat dan yang tidak berhak diketepikan.

amin.

Tanpa Nama berkata...

Larangan hanya untuk aktif parti pembangkang shj.....kalau bn bebas malh disokong...tk caya sila turun padang.
Kenapa pulak nk segan sokong pembangkang, bukan parti haram. Lagi ramai yg tk segan sokong bn.
Sapa kata pa tk pertikai pasal gaji dan elaun....

Tanpa Nama berkata...

Larangan hanya untuk aktif parti pembangkang shj.....kalau bn bebas malh disokong...tk caya sila turun padang.
Kenapa pulak nk segan sokong pembangkang, bukan parti haram. Lagi ramai yg tk segan sokong bn.
Sapa kata pa tk pertikai pasal gaji dan elaun....

Jumaat, Mac 01, 2013 11:28:00 PG

Boleh blah la pakatan....

Tanpa Nama berkata...

Aku dah naik bosan dgn janji2 manis kerajaan dan pembangkang yg semakin hari semakin bertimbun tapi sekadar janji utk meraih sokongan pengundi. Kenapa para pemmpin politik ni mempermainkan rakyat yg jauh lebih pandai dari mereka?

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf lah Pakatan Rakyat saya baru nak undi PR sebab manifesto yang agak munasabah tetapi bila keluar agenda jahat ini saya terus dah tetapkan baik undi BN sebab busuk2 mereka jaga kepentingan rakyat mana ada dengar nak buang itu nak ganti ini. Sepatutnya kalau cerdik MEMERINTAH DULU DAPAT SOKONGAN SEMUA PENJAWAT AWAM dengan dasar yang adil barulah nak ubah ke atau apa. Mungkin undi Penjawat Awam 1.4 JUTA tak besar bagi pakatan tetapi harus diingat mereka mempunyai keluarga kawan dan ada yang terus berurusan dengan rakyat. Bagi saya isu nak buang pekerja kerajaan isu ekonomi, SIAPA YANG PEGANG EKONOMI MALAYSIA SEKARANG…..Lu fikirlah Pakatan Haram Jadah

Tanpa Nama berkata...

Baru nk undi PR, ye ke.... Agak2 tk pernah fikir pn...

Tanpa Nama berkata...

Aik...mengaku..... Bagi pihak sapo nih...bn ko kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

Akan tiba satu masa, jumlah lulusan universiti terlalu ramai dan akan tiba masa persaingan sengit untuk mendapatkan kerja.

Juga, akan berlaku kekosongan kerja yang sedikit kerana banyak dibantu oleh teknologi dan multi-task oleh pekerja.

Maka, ianya amat benar bahawa jumlah yang diambil kerja akan berkurangan.

Jika sebelum ini rakyat Malaysia sekitar 10 juta,

Maka tahun 2012 sekitar 22 juta,

Maka mana sama 10,000 diambil bekerja pada 20 tahun lalu dengan 10,000 pada tahun 2012.

Jadi, ianya akan tetap berkurangan dari segi peratusan.

Oleh itu, kita perlu berfikir jauh sebelum menghentam mana-mana pihak.

Tahukah anda Israel suka membuli orang Islam masa kini disebabkan:
1) Malas dalam segala hal
2) Tidak berdisiplin
3) Tidak mahu berfikir

selagi 3 perkara tersebut tidak dibuang dalam jiwa orang Islam sekarang, maka susah untuk kita bangkit melawan negara-negara seperti Israel ini.

Tanpa Nama berkata...

dalam perkhidmatan awam memang ramai penjilat-penjilat politik terutamanya golongan P&P

itulah kenyataannya

Tanpa Nama berkata...

SETUJUUUUU,sebab kakitangan awam dapat kerja pakai KABELLLLLLLLL,yang malas harus dibuang..HIDUP PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

Semoga mereka2 yg hidup bersenang-renang diatas kerja tipu mereka akan dibalas pd hari kiamat kelak. Aku setuju, memang banyak agensi/kementerian/jabatan dipenuhi oleh kakitangan yg memperoleh kerja kerana kabel suku sakat/keluarga/kroni. Amat kasihan kpd yg benar2 ikhlas dan layak tapi disebabkan gejala penyalagunaan kuasa mereka yg sepatut layak diketepikan. Maka tak hairan pd hari ini kita dapati mutu kerja PA masih ditakuk lama meskipun era dah berubah. Semoga pihak2 yg berkenaan cepat2 pupus dari muka bumi ni.

Tanpa Nama berkata...

Betul, memang sgt malas pun tapi teramat rajin menutut kenaikan gaji dan elaun setiap masa hingga mutu dan prestasi kerja menjd tak penting. HARI2 CAKAP PASAL GAJI......

Tanpa Nama berkata...

AKU SOKONG BERUK SEEKOR NI: Katanya..
"nak naik BRIM rm500 ke rm1000, umum on the spot je...tak payah jemaah gaji ke...jemaah kabinet ker...tapi kalau nak naik elaun PA 100-200 nie....mak ai....pusing satu dunia pun tak naik2 lagi....nama je melayu..islam...tapi bila bukak mulut macam...JANJI KELING!!!"

Sebab apa aku sokong. SEBAB AKU PUN SEEKOR BERUK JANTAN DARI TANAH JAWA.KAT TANAH JAWA banyak Hero Beruk tak termasuk Cimpanzi dan Baboon.Aku jadi geram sebab dah bertan-tan aku petik kelapa aku nak bini tapi tuan aku tak bagi.

Tanpa Nama berkata...

selain dari JANGAN JADI PENGHASUT POLITIK, anda juga dinasihatkan supaya JANGAN JADI PENJILAT POLITIK!

sekian terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

JPA,SPA,CUEPACS,KSN,KSU,TPM,PM YANG MENDATANGKAN MASALAH KEPADA 1.4 JUTA PA SELURUH MALAYSIA SAMADA DI DALAM ATAU DI LUAR MALAYSIA, 1.4 JUTA PA TELAH MENUNJUKKAN KUALITI DAN PMIKIRAN KELAS 1 DI DUNIA, TETAPI TERMA PERKHIDMATAN DI TAKUK LAMA DAN MENZALIMI 1.4 JUA PA DENGAN TIADA KENAIKAN GAJI, ELAUN, COLA, KENAIKAN CUTI, KENAIKAN PANGKAT, KENAIKAN GRED KHUSUSNYA GRED B,C DAN D, BEBERAPA BULAN LEPAS RAMAI PA TELAH DITEMUDUGA BAGI PENGAMBILAN PENJAWATAN BARU SAMADA ADA DIPIHAK SPA DAN SPAJ BAGI GRED A,B DAN C, MALANGNYA RAMAI PA DINAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT, SEDANGKAN ADA DIKALANGAN PA MEMILIKI MASTER,IJAZAH,PENGALAMAN KERJA MELEBIHI 15 TAHUN SERTA LAPORAN PRESTASI YANG CUKUP TINGGI, INI SATU KEZALIMAN YANG DI LAKUKAN OLEH SPA,JPA,KSN,KSU DAN CUEPACS, JUGA TERDAPAT BEGITU BANYAK KEKOSONGAN BAGI KENAIKAN PANGKAT DAN GRED BAGI GRED 17,22,32 DAN 36 TETAPI DENGAN SENGAJA PIHAK ATASAN TERMASUK KETUA JABATAN TIDAK MAHU MENGISI KEKOSONGAN TERSEBUT, DENGAN ALASAN MASIH BELUM DIPERLUKAN, SEDANGKAN KEKOSONGAN TERSEBUT AMAT DIPERLUKAN CONTOHNYA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN SEPERTI PENGUATKUASAAN BAHAGIAN AGAMA ISLAM, INI SATU PENGKHIANATAN SPA,JPA,KSN,KSU,TPM,PM DAN CUEPACS KEPADA NEGARA DAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG, PIHAK ATASAN TELAH MENYEMBUNYIKAN PERKARA TERSEBUT. KAMI 1.4 JUTA PA AKAN MEMBETULKAN PERKARA TERSEBUT DENGAN MEMASTIKAN KEMENANGAN BESAR PR DAN TERUS KE PUTRAJAYA. KAMI BERIKRAR AKAN BERMATIAN-MATIAN MEMASTIKAN PR KERAJAAN BARU AKAN KE PUTRAJAYA, KAMI MAHUKAN KERAJAAN YANG AMANAH,ADIL,
BIJAKSANA DAN BERKEBAJIKAN KEPADA RAKYAT DAN 1.4 JUTA PA AMNYA, KAMI BERSEDIA MENGGUNAKAN SEGALA KEPAKARAN KAMI YANG ADA, KITA TUNGGU DAN LIHAT, KAMI MEMIMPIN..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Salam 1Malaysia kepada rakan2 pembaca:

MARILAH DENGAN IKHLAS DAN SUCI HATI KITA SEDEKAHKAN BACAAN AL FATIHAH KEPADA KEDUA2 ARWAH RAKAN PENJAWAT AWAM KITA YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU KERANA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA KITA. AL FATIHAH.

<<<<<<<<>>>>>>>>><<<<<<<<>>>>>>>><<
Seterusnya mari kita renungkan betapa mudahnya NEGARA kita dibolosi oleh penceroboh. Betapa kita begitu bertindak 'baik hati' sehingga pihak penceroboh sanggup membunuh 'kebaikan kita'. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PENJAWAT AWAM jangan LEKA dan LENGAH walau sesaat dalam mempertahankan kedaulatan Negara kita.
(Pesara Kerajaan 2010)

Tanpa Nama berkata...

Kami kumpulan sokongan mahukan perubahan kepada peluang kenaikan pangkat yg lebih cerah sehingga ke gred kumpulan PnP dan tidak hanya ke gred 36 shj. Kebanyakkan di antara kami telah berjaya mendapat ijazah dan master tetapi tiada kelonggaran diberikan utk ke gred yg lebih tinggi. Adakah kami tidak layak utk menyertai PnP selamanya? Dimana keadilan kpd kumpulan sokongan? Jgn hanya tertumpu kepada kumpulan PnP shj. Kami kumpulan sokongan generasi masa kini boleh menilai dgn baik sesuatu dasar yg diamalkan dan tidak hanya menerima shj. Mohon PM utk mengubah dasar peluang kenaikan pangkat bagi kakitangan sokongan yg rata-rata sudah berpelajaran tinggi setanding PnP dan ada di antaranya lebih baik.

suparjo berkata...

moga semua orangnya sabah akan makmur dibawah naungan yang teramat mulia dewata negara, sultan jamadil kiram of sulu.

Tanpa Nama berkata...

moga semua orangnya sabah akan makmur dibawah naungan yang teramat mulia dewata negara, sultan jamadil kiram of sulu.

Ahad, Mac 03, 2013 11:44:00 PTG

Ni sorang g pemberontak dh terlepas kat sini.....ganyang dia...

Tanpa Nama berkata...

SAYA BEKERJA DENGAN KERAJAAN, BUKAN DENGAN PARTI.
SAYA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PARTI.
SAYA JUGA RAKYAT, BUKAN AHLI POLITIK.
Punyalah lama BN memerintah, sampai dah tak tau yang mana KERAJAAN dan yang mana PARTI POLITIK!!

Tanpa Nama berkata...

kauorg politikkan kebajikan PA bole...mana adil

Tanpa Nama berkata...

Cakap x serupa bikin si seman nie...

Tanpa Nama berkata...

PEDULI APA AKU..HANG RASUAH..AKU CKGU AJAQ BUDAK PASAI AMANAH, TANGGUNGJAWAB ..PUAK UMNO AJAQ RASUAH..PUI..AKU TAKKAN SOKONG KERAJAAN YG MENUJU NERAKA..SIA2 ADA AKAI KLAU SOKONH UMNO LAGI

Tanpa Nama berkata...

KENAPA PENJAWAT AWAM TIDAK SEDAR DIRI DAN SELALU NAK MENJATUHKAN KERAJAAN BN..????

JAWAPANNYA CUKUP MUDAH....

SEBAB MEREKA TIDAK PERNAH BEKERJA DENGAN SYARIKAT SWASTA DI KENDALIKAN BANGSA ASING SELAIN MELAYU..SEBAB ITU MEREKA TIDAK MENGENANG JASA...

KAMI PEKERJA SWASTA CUKUP BERSYUKUR..

Tanpa Nama berkata...

KENAPA PENJAWAT AWAM TIDAK SEDAR DIRI DAN SELALU NAK MENJATUHKAN KERAJAAN BN..????

JAWAPANNYA CUKUP MUDAH....

SEBAB MEREKA TIDAK PERNAH BEKERJA DENGAN SYARIKAT SWASTA DI KENDALIKAN BANGSA ASING SELAIN MELAYU..SEBAB ITU MEREKA TIDAK MENGENANG JASA...

CUKAI TAK BAYAR..DAPAT BR1IM MEREKA YANG PALING AWAL SAMPAI..
LEPAS TU KATA HAK...OTAK KORANG HAK//

YANG KAMI KENA BAYAR CUKAI PUN X PERNAH NAK JATUHKAN BN

KAMI PEKERJA SWASTA CUKUP BERSYUKUR..

Tanpa Nama berkata...

Kat pejabat saya ada sorang penyokong tegar UMNO suka menghasut rakan-rakan sekerja berkenaan parti pujaannya. Dia tak tahu hormat perasaan dan pendirian orang lain. Nak berpolitik buatlah di luar pejabat, sapa pun tak marah dan tak halang.