SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Februari 2013

LEBIH 80 ELAUN PENJAWAT AWAM DIKAJI SEMULA - KSN

Bernama
8/2/2013

LABUAN, 8 Feb (Bernama) -- Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa Jumaat.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

Katanya pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.

"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini Jumaat.

Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.

Ali berkata beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Katanya penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, katanya satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.

"Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud...sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," katanya.



-- BERNAMA

26 ulasan:

Guru Terbiar berkata...

Kerajaan mesti sediakan pembantu murid kepada setiap Guru. Mana-mana Guru yang tiada pembantu murid mestilah diberikan elaun khas.
Tugas guru sekarang semakin mencabar berbanding pada masa dahulu.
Gaji yang diterima rasanya tak setimpal dengan pengorbanan yang telah diberikan.
Guru masuk kerja awal pulang lewat, cuti susah, banyak korbankan duit sendiri, tekanan kerja kerana beban kerja tinggi, peluang naik pangkat susah dan banyak lagi.
Kerajaan patut pertimbangkan perkara ini.

SYMP berkata...

elaun perumahan wilayah jgn dilupa...

Tanpa Nama berkata...

suruhanjaya khas MENGKAJI pun dah dekat nak setahun dah. langsung takda khabar berita.

lepastu sibuk nak kaji itu ini lagi. habis tu suruhanjaya hari tu yang ada perkataan MENGKAJI tu apa benda mereka buat? makan ELAUN saja ke?

KISAH BENAR berkata...

KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.

Tanpa Nama berkata...

jgan harap tangan ghaib ni akan hilang malahan bertambah adalah.....lumrah manusia merosakkan manusia.....masing2 berkepentingan....

Tanpa Nama berkata...

harap2 elaun trafik udara pun ada kenaikkan la..dengan penambahan penerbgan setiap tahun.risiko semakin bertambah..

Tanpa Nama berkata...

Banyaknya 80! Jgn2 satu pun tak menjadi janji ditepati. Cakap memang mudah tapi buat tak tahu. Sekali lagi, inilah sikap orang kita yg suka cakap tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Hang pa tak tahukah kalau nak kaji 2 - 3 elaun tentu cepat selesai,tapi kalau 80 elaun mahu lapan puluh tahun selesai ,masa itu hang pa pun tak ada lagi,lupa kan saja le,tapi aku heran pak omar ni tak bacake keluhan ahli kopek ini..

Tanpa Nama berkata...

tak tahu bersyukur!!!......cuti banyak...benefit banyak... cuba bayang cikgu2 dahulu sangat bagus dan tidak berkira serta berdedikasi... hasil pun sangat baik

Tanpa Nama berkata...

mintak kerajaan bayar guru2 di malaysia dengan elaun risiko tugas. kerana banyak kenderaan2 mereka dicalar dan dirosakkan oleh pelajar2....guru disiplin mesti gred 48. beri juga elaun kritikal kepada guru disiplin.guru-guru lain diberikan elaun khas rm200 seperti polis dan tentera kerana mereka banyak dikerah untuk itu dan ini. nak pilihanraya nie siapa petugas2 nya? guru jugak kan?

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa kepada perkhidmatan Bomba dibawah KPKT yang selalu tertinggal dari segi gaji dan elaun.

Bapak aku kerja Bomba. Gaji macam kerani tapi tugas sangat bahaya. Sebagai anak aku rasa INI TIDAK ADIL. Patutnya Bomba biasa paling tidak Gred KB22. ELAUN KRITIKAL patut DAPAT sebab kerja gila-gila melawan api, melawan arus air, melawan graviti, melawan perasaan simpati, ngeri, takut, loya dan ketahanan diri sebagai manusia biasa, dan tak semua orang sanggup dan hendak buat. Saya harap CUEPACS, SPA, JPA dan KPKT dapat duduk ber Mesyuarat Kajian dan Pelaksanaan Gaji Baru Skim Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya rasa sudah sampai masanya sebab ANGKATAN TENTERA, POLIS, KASTAM, IMIGRESEN telah dapat kelebihan semakan gaji dan elaun lebih-lebih CIKGU macam saya.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa kepada perkhidmatan BOMBA dibawah KPKT yang selalu tertinggal dari segi gaji dan elaun.

Bapak aku kerja BOMBA. Gaji macam kerani gred 17 tapi tugas sangat bahaya. Sebagai anak aku rasa INI TIDAK ADIL. Patutnya Bomba biasa paling tidak Gred KB22. ELAUN KRITIKAL patut DAPAT sebab kerja gila-gila melawan api, melawan arus air, melawan graviti, melawan perasaan simpati, ngeri, takut, loya dan ketahanan diri sebagai manusia biasa, dan tak semua orang sanggup dan hendak buat. Saya harap CUEPACS, SPA, JPA dan KPKT dapat duduk ber Mesyuarat Kajian dan Pelaksanaan Gaji Baru Skim Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Saya rasa sudah sampai masanya sebab ANGKATAN TENTERA, POLIS, KASTAM, IMIGRESEN telahpun dapat rasa kelebihan semakan gaji dan elaun lebih-lebih CIKGU macam saya.

Tanpa Nama berkata...

Mintak adakan elaun kewangan utk penyelia asrama.kerjaya yg sgt highrisk.bygkn kena pegang duit x kurang dari stgh juta setahun @ lebih berdasarkan jumlah penghuni asrama..

Tanpa Nama berkata...

Selamat mengkaji dan terus mengkaji sehingga tiada apa lagi yang nak dikaji.Kalau sekadar nak umum tentang kajian itu dan ini, baik tak payah, buang masa saja. Lebih baik tumpukan pada kajian supaya cepat sikit dapat keputusan. Kajilah sepuas-puasnya dan jangan hiraukan rungutan PA ...Sudah cukup sudah memperbodohkan kami... Ini kalilah........

Tanpa Nama berkata...

penyelia asrama kan boleh buat sendiri elaun...banyak songlap duit...peruntukan rm10 sehari...disedia makanan untuk rm8 je..satu budak dapat songlap rm2, kalau 500 budak? kira la brapa elaun dia dapat dlm sehari...ada hati nak mintak elaun lagi...

Tanpa Nama berkata...

rasanya bn memang akan tumbang...lihat saja reaksi rakyat di penang...sanggup ditindas dap, tapi bn...tidak skali...

Tanpa Nama berkata...

RAMALAN BANCIAN PRU-13 -
85% pengundi PULAU PINANG masih kekal DAP PRU-13 nie, 88% pengundi KELANTAN masih kekal PAS PRU-13 nie, 75% pengundi SELANGOR masih kekal PR PRU-13 nie, 92% pengundi KEDAH masih kekal PAS PRU-13 nie, 69% pengundi JOHOR kerajaan baru PR PRU-13 nie, 55% pengundi TERENGGANU kerajaan baru PAS PRU-13 nie, 50% pengundi PAHANG kerajaan campuran BN-PR PRU-13 nie, 63% pengundi MELAKA masih kekal BN PRU-13 nie, 78% pengundi NEGERI SEMBILAN kerajaan baru PR PRU-13 nie, 79% pengundi PERAK kerajaan baru DAP PRU-13 nie, 58% pengundi PERLIS kerajaan baru PAS PRU-13 nie, 58% pengundi PAHANG masih kekal BN PRU-13 nie, 79% pengundi WILAYAH PERSEKUTUAN kerajaan baru PR PRU-13 nie, 58% pengundi SABAH kerajaan baru PR PRU-13 nie dan 67% pengundi SERAWAK masih kekal BN PRU-13 nie..

KERAJAAN MESTI UMUMKAN KENAIKAN COLA,ITP,EKA,KENAIKAN PANGKAT DAN KENAIKAN GAJI SEBELUM PRU-13 NIE, SEKIRANYA TIDAK JUGA DIUMUMKAN SEBELUM PRU-13 NIE, UNDI KAMI 1.4 JUTA PA, ADALAH MILIK PAKATAN RAKYAT PRU-13 NIE.. ANDA PA SEMUA SETUJU..?



Tanpa Nama berkata...

Owg atsan ni bl kumpulan sokongan nk smbg stdy...akn bg mcm mcm alsan n tekanan...dia ingt kita nk lawan boss la...kt gj x cukup la..itu la...ini la....klu geng geng diowg...sng je naik..sng je nk smbg stdy.......

Tanpa Nama berkata...

Naikkan elaun cola dan seragamkan... pilihanraya pasti jd milik BN...

Tanpa Nama berkata...

elaun cola harus dipanjangkn ke sbh & sarawak tanpa menjejaskn elaun wilayah..

Tanpa Nama berkata...

penambahbaikan SSM+ belum lagi selesai....dah nak kaji 80 jenis elaun.....apa dah jadi dengan JPA? ni kes takut BN kalah di PJ ni...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cuepac kerana perihatin.
Tapi saya mencadangkan elaun perumahan kakitangan kerajaan yang datang dari semanjung ke sabah & sarawak diseragamkan seperti kami yang lahir di sabah & sarawak. Elaun yang tinggi menyebabkan ramai orang semanjung datang berkerja di sabah hanya kerana mengejar elaun.mungkin ada di kalangan mereka yang terpaksa tetapi kebanyakknya adalah dengan rela hati.ini menimbulkan ketidakpuasan hati sebab kerja yang kami buat sama juga yang mereka buat. Jika alasan kekurangan kakitangan yang berkelayakan. Bagaimana pula graduan rakyat sabah sendiri yang sepatutnya layak tetapi masih ramai mengangur jika elaun itu diseragamkan dengan semua negeri maka budget kerajaan dapat dikurangkan & kerajaan dapat menambah bilangan kakitangan serta mengurangkan pengangguran graduan.

Tanpa Nama berkata...

guru pemalas pon ade.. yg kuat buat tuisyen pon ade...tak payah lah nak mintak beb3nayk..

Tanpa Nama berkata...

Kepada Pihak CUEPAC tolong lihat-lihat elaun menanggung tugas Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah Rendah, memandangkan bebanan tugas dan tanggungjawab yang tinggi. Elaun sekarang terlalu rendah dan sudah lama tidak dikaji semula. Pihak berkenaan mohon kaji semula.

Tanpa Nama berkata...

minta jg perhatian terhadap kami pemandu R3.w/pun jawatan kami kecil tapi tugas kami melebihi pegawai.....apa tidaknya, risiko ketika membawa pegawai, kerja sgt panjang ( kadang pegawai yg d hantar dh tido kami masi memandu pulang). Masa operasi kami jg turut serta, kna bangun seawal 4.30pg utk ambil pgawai. Cuepacs tolong la pjuangkan golongan kami ni pula.

Unknown berkata...

DSP(driver smpai pencen)
sy sokong dgn saudara atas ni,gred r3 adalah gred yg tk trpandang langsung tp DSP ini jg la yg hari2 d perlukn,.km kat SABAH,dah jalan berisiko tinggi kerja plk trpaksa mlayan karenah pgawai,kena mau d ambil atau pgerakan mlm(penguatkuasa),km bagaikn timun,golek kanan luka,golek kiri pn luka,.apapn keadaannya trpaksa jg layan,.bkn tk syukur tp inilah keadaannya DSP,..harap CUEPACS dapatlah prjuangkn km yg bergelar DSP(driver smpai pencen),.lg indah klu ada jaln kenaikan pangkat ke N17 skurang2nya,..cadang jak,..Salam,..DSP