SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Februari 2013

MASALAH 50,000 KAKITANGAN KONTRAK DITANGANI

Utusan Malaysia
1/2/2013



PUTRAJAYA 30 Jan. - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menangani masalah kira-kira 50,000 penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan kerajaan mulai bulan depan.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, usaha itu perlu kerana hanya tiga jabatan itu mempunyai pegawai dan kakitangan kontrak bagi tempoh perkhidmatan sehingga tiga tahun berbanding jabatan lain yang berstatus sambilan atau sementara.
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai wakil pelbagai agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.
Tiga jabatan tersebut, katanya, adalah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Penerangan.
"Ada dalam kalangan mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun, gaji permulaan yang rendah, tidak memahami skop tugas dan lain-lain berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 120 wakil penjawat awam berstatus kontrak di bawah JPNIN di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan.
Mahmood berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penjawat awam terbabit sebelum dibentangkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
Malah, beliau menambah, jawatankuasa itu juga berperanan mengumpul data berkenaan jumlah sebenar penjawat awam berstatus kontrak di tiga jabatan itu.
"Maklumat sedemikian perlu bagi memudahkan perancangan kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh penjawat awam tersebut," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERITA YANG AKU TERKEJUT:
Cuepacs berkata hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara.

MENGAPA AKU TERKEJUT.!
1.Sebab Pegawai dan Kakitangan kerajaan (termasuk jawatan kontrak) ialah mata dan telinga kerajaan.
2. Sebab pegawai dan kakitangan jawatan kontrak tidak di'iktiraf' sebagai penjawat awam kerajaan, dan diberi tugasan yang tidak melibatkan 'penurunan tugas' atau 'perwakilan kuasa'.
3. Sebab jawatan kontrak dibaharui setiap 2 tahun sekali dan diberi ganjaran 'pencen KWSP' setiap 2 tahun sekali.
4. Sebab 'tempoh khidmat' jawatan kontrak tidak dimasukkira dalam pengiraan pencen apabila bersara sekiranya berjawatan tetap kerajaan
5. Sebab 'pesara' jawatan kontrak boleh membocorkan rahsia kerajaan apabila meninggalkan jawatan kontrak.
6. Sebab 'Kerajaan' cuai apabila mengkaji dan membuat dasar penjawat kontrak bagi pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan jawatan kontrak, demi mengurangkan beban kewangan pengurusan kerajaan.
7. Sebab 'Kerajaan' kini cuai sekali lagi apabila membuat dasar 'pembekuan pengisian jawatan kosong dan pengurangan/penjumudan jawatan pegawai dan kakitangan kerajaan'.
8. Sebab 'Kerajaan' boleh membuat dasar pengambilan 'orang asing' untuk mengisi jawatan2 tertentu dalam kerajaan, sedangkan rakyat atau orang awam masih RAMAI yang berkelulusan, berkelayakan, berwibawa dan berketrampilan' untuk mengisi jawatan2 yang dicadang diisi oleh 'orang asing'.
9. Sebab dasar Kerajaan yang 'double-standard' terhadap rakyat sendiri yang taat setia dan mencari kerja dengan Kerajaan tidak dapat layanan yang sepatutnya.
10. Sebab dasar Kerajaan yang 'cuai' boleh membahayakan aspek "KESELAMATAN NEGARA" semaada akibat orang asing dan orang dalam lepasan jawatan kontrak diluar kerajaan.

SEKIAN kata hati seorang pesara gred 52 yang taat setia dengan dasar kerajaan walaupun sudah pencen dan seorang wira yang tidak mahu dicanang dan didendangkan.

Tanpa Nama berkata...

ehhh sepatutnya awak bersyukur dapat kerja walaupun kontrak, jangan asik nak menunding jari je, dah tu keje pun bukan wat sangat pun, depan bos kemain membodek tapi belakang bos punya dia memaki siap lagi memaki asik dia je yang kena wat keje cam la pekeja tetap tak buat keje. Memang tak berkat la duit yang awak bagi anak bini makan kalo niat nak bocorkan rahsia kerajaan. tak sedar diri

KISAH BENAR berkata...

KISAH BENAR. ada seorang kakitangan SEDANG BERKHIDMAT ini menjalani PAC setelah lulus peperiksaan. ada seorang panel itu KENAL dia, tetapi untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, beliau tidak menegur peserta tersebut ketika sesi ujian, begitu juga dengan peserta tersebut yang tidak menyapa ahli panel tersebut.


setelah sebulan apabila keputusan diumumkan, jawapannya adalah MENDUKACITAKAN. apa yang menghairankan selang beberapa hari, panel tersebut menceritakan kepada beliau bahawa beliau sepatutnya LAYAK, bukan disebabkan faktor KENALAN, tetapi kerana beliau layak disebabkan beliau mempunyai keupayaan fizikal yang sebenarnya mampu menyaingi kemampuan fizikal budak-budak yang lebih muda daripadanya. ada yang baru tamat pengajian berusia sekitar 23 tahun tak lepas lari 2.4km, pancit di tengah jalan, namun beliau mampu menghabiskan larian tersebut dan menduduki antara 5 TERBAIK. panel tersebut juga berkata bahawa beliau sepatutnya lulus PAC tersebut kerana markah beliau memberangsangkan.


nampaknya TANGAN GHAIB yang wujud dalam SPA/JPA telahpun mengubah keputusan tersebut.

ada 1 lagi kisah benar dimana seorang lagi rakan penjawat awam SEDANG BERKHIDMAT yang memasuki skim PTD yang berlari 2.4km ketika sesi PAC. ada seorang peserta hingus meleleh berusia awal 20-an yang lari terkedek-kedek macam minah semput yang disapa oleh seorang panel: AWAK NI ANAK SAUDARA DATUK XXX KAN? TAK PAYAH LA LARI SANGAT, NAMA DAH ADA NI.

ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. yakjud & makjud memang banyak berleluasa di dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya melaksanakan amanah yang diberi dengan telus. lihatlah bagaimana tangan-tangan ghaib ini merosakkan sistem sedia ada.

jadi kepada tuan-tuan puan-puan sekalian terutama yang sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana yang bercita-cita untuk mendapatkan jawatan di dalam kumpulan P&P, selain daripada perlu bersaing SAMA RATA dengan graduan baru, anda juga perlu kuat mental untuk menghadapi dugaan seperti di atas, iaitu SENTUHAN DARI TANGAN-TANGAN GHAIB.