SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Mei 2013

10,000 PETUGAS DBKL BAKAL MILIKI RUMAH MAMPU MILIK

Bernama
27/5/2013


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kira-kira 10,000 petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal memiliki kediaman sendiri melalui projek perumahan mampu milik, bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata inisiatif ini sebagai menghargai petugasnya yang berkhidmat cemerlang sehingga meletakkan DBKL di tahap yang membanggakan.

"Sebuah kawasan perumahan berharga kira-kira RM150,000 seunit dengan keluasan 1,000 hingga 2,000 kaki persegi telah pun didirikan di Cheras.

"Keutamaan akan diberikan kepada kakitangan yang masih belum mempunyai rumah sendiri, tidak terlibat dengan mana-mana pinjaman perumahan serta tidak pernah dikenakan tindakan disiplin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan hari pekerja peringkat DBKL di sini Isnin.

Majlis bertemakan 'Prihatin dan Khidmat Murni Tunggak Bakti Kami' itu diadakan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada petugas DBKL yang komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga kota.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Ahmad Phesal berkata sebuah lagi projek perumahan akan dibangunkan di Sungai Besi yang turut dibuka permohonannya kepada orang awam bagi memberi peluang sama rata kepada golongan kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, Omar mahu pihak berkuasa tempatan lain agar mencontohi usaha DBKL yang mengutamakan kebajikan petugasnya melalui pengenalan inisiatif tersebut.



-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huk aloh
bagi wak nape gok
klu cek ppr tu besepoh puok dbkl amik wak sewa
sume wak duit je keje

Tanpa Nama berkata...

kami kat sarawak tak ada istilah rumah mampu milik, semua tak mampu milik...flat bak kata 1prima tak de pun kat sarawak...sesiapa yang kerja di sarawak memang faham dengan keadaan di sini.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah staf dbkl boleh dapat rumah mampu milik sebab hartanah kat kl adalah do bawah seliaan dbkl. Kerajaan persekutuan pun patut buat macamtu. Saya cadangkan kerajaan beli rumah2 dari pemaju perumahan. Lepastu jual semua kepada PA dengan harga yang berpatutan.

Tanpa Nama berkata...

jadah punya kerajaan, aku cuma dpt beli rumah lelong jea, nak beli rumah mampu milik tak mampu, sebab gaji kecik sebab gred kecik, dah hamper 30 tahun berkhidmat tapi tak naik-naik pangkat.. boleh jalanlah..

Tanpa Nama berkata...

asyik cite hal lain jer....isu elaun perumahan dn cola bile nk settle niiieee....??

Tanpa Nama berkata...

jadah punya kerajaan, aku cuma dpt beli rumah lelong jea, nak beli rumah mampu milik tak mampu, sebab gaji kecik sebab gred kecik, dah hamper 30 tahun berkhidmat tapi tak naik-naik pangkat.. boleh jalanlah..
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Pakai baju ukuq la di badan sendiri, zaman p ramli dulu kalu yang ada duit duk rumah besar, yanmg kurang berada duk rumah sewa, yang lagi kurang duk rumah bawah tanah........
Zaman sekarang kalu gaji kecik gred rendah duk kutuk orang je kejenya.......

Tanpa Nama berkata...

salam, mcmana dah yang ni!!!

CUEPACS CADANG JPA KAJI SEMULA GRED PEMANDU
Bernama
1/11/2009

PULAU PINANG, 31 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji semula gred gaji pemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka.Presidennya Omar Osman berkata kedudukan gred gaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu.Katanya Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini pada Sabtu, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik."R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya.Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.Omar berkata gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia.Katanya Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu."Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya.Beliau berkata Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 Nov ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan. hal dah lama boss,,,,

Tanpa Nama berkata...

RM 150,000.00 cukup murah harganya! di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pulak tu!

Di kawasan utara, rumah kos sederhana dah mencecah RM 200,000.00 sebuah ! Kualiti belum tentu baik !

Tanpa Nama berkata...

orang DBKL je ke yang dapat?
PA Persekutuan macammana

Tanpa Nama berkata...

HA HAHAHAHHA..ISU NI PA TAK MINAT KOT SEBAB KURANG KOMEN...

Tanpa Nama berkata...

Kami PA yg berpengalaman 10-17 tahun dah 8-9 kali ditemuduga oleh SPA dan SPAJ (Kerajaan Johor) sepanjang 8 tahun kebelangkangan ini, tetapi gagal, ini kerana masalah kroni di kalangan PTD,PEGAWAI TADDBIR NEGERI, di mana anak,anak saudara,sepupu dan saudara-mara mereka sajalah yg menjawat jawatan kumpulan A (P&P), taktik mereka jawatan PTD & PTN dikeluarkan iklan secara kontrak secara tak langsung PA yg sedang berkhidmat akan terputus perkhidmatannya selama 2 tahun sekiranya kontrak tersebut 2 tahun berkhidmat, jadi ramailah PA yg lama berkhidmat belasan tahun takut untuk memutuskan perkhidmatannya, begitu taktik PTD & PTN, mereka mengadakan ujian fizikal dan ujian bertulis, bayangkan sekiranya PA tersebut berumur 30-an dan 40-an, fizikal mereka dah berubah dan juga telah lama meninggalkan pembelajaran mereka di Universiti 9-10 tahun yg lalu,mampukah mereka berlari sejauh 2.4km dalam masa 14 minit? dengan cara jahat inilah PTD & PTN memasukkan anak-beranak mereka lepasan U, tetapi mereka lupa kecemerlangan dan majunya sesebuah kerajaan bergantung kepada PA yg mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang. Ini yang dikatakan kerajaan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, penipuan demi penipuan dilakukan, kami berharap satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut, presiden cuepacs mestilah prihatin dalam kenaikan pangkat dan menjawat jawatan baru bagi PA yg sedang berkhidmat. Sebab itulah ramai PA yg berani mengundi PR didalam PRU-13 lalu dan tidak mustahil 1.42 juta PA berani menukar terus kerajaan pada PRU-14 nanti, tunggu dan lihat, masa 4 tahun terlalu singkat bagi kerajaan sekarang nie.