SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mei 2013

KESATUAN SEKERJA HARAP KERAJAAN AKAN TERUS WUJUDKAN PELBAGAI INISIATIF


Bernama
1/5/2013

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kesatuan-kesatuan sekerja di negara ini berharap kerajaan akan terus mewujud dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin masa depan warga pekerja di Malaysia.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata beliau berharap inisiatif seperti semakan gred pekerja dan tangga gaji penjawat awam akan terus dilaksanakan tahun ini bagi menampung kos kehidupan yang kian meningkat.

Sempena Hari Pekerja Rabu, beliau berharap penjawat awam dan swasta akan terus berusaha meningkatkan produktiviti, sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin terhadap kebajikan pekerja.

"Cuepacs juga menyeru penjawat awam supaya teruskan usaha untuk meningkatkan produktiviti seiring dengan hasrat kerajaan untuk menaiktaraf kehidupan seharian kita.

"Kami juga menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan usaha-usaha yang diperkenalkan oleh beliau," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara empat tahun lepas, Najib telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk golongan pekerja termasuk mewujudkan gaji minima serta melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula mahu kerajaan menambah usaha membina lebih banyak rumah mampu milik untuk pekerja yang berpendapatan rendah.

"Kami juga meminta kerajaan supaya mengadakan pengambilan dan pengurusan pekerja asing melalui cara kerajaan ke kerajaan," kata Presidennya Mohd Khalid Haji Atan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata warga guru di Malaysia seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana memberi kenaikan gaji serta bonus.

Beliau berkata NUTP berharap kerajaan akan mempertimbang untuk menyerap penuh penjawat awam kontrak yang telah bertugas melebihi tiga tahun.

-- BERNAMA

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi PR untuk penjawat awam:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya),

4) Pencen pilihan,

5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.

6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam

7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard)

8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga

9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.

10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar

11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini.

12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah

13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

KOS RUMAH MENINGKAT TANPA KAWALAN,

BARANG2 KEPERLUAN NAIK,

KERETA TERLALU MAHAL,

GAJI KENAIKKAN TAHUNAN TERLALU SEDIKIT

PELUANG NAIK PANGKAT BAGI PA SABAH & SARAWAK TERHAD

Tanpa Nama berkata...

poorraahh..!! yg ada pun tak ditunaikan, kenaikan gaji, kenaikan gred, cola,itp,time based.eka tak selesai-selesai, ape cite,berpuluh tahun diperjuangkan oleh persatuan-persatuan bagi gred N,NT,NP,W,S dan sebagainya, langsung tak dipedulikan, sape yg mengarang tue bodoh dan bebal, kaki pengampu dan pencacai angkat najis, sudahlah kami 1.4 juta PA dah tak mempercayainnya..kepala butoh masak asam buat spa,jpa dan kerajaan bn..

ewanfall berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ewanfall berkata...

Dato Omar Osman sorang aje yg sokong Datuk Seri Najib tu ...

Tanpa Nama berkata...

janji-janji manis mu, tiada ku percaya... dah dapat kuasa, lain cerita..

Tanpa Nama berkata...

Para kakitangan awam, belajar lah cara pengurusan kewangan, agar cukup tanggungan. Kita berada di zaman kesenangan, apa saja nak pasti dapat ditunaikan.

Tanpa Nama berkata...

MINTA JASA BAIK DATO DAN PM - KAJIAN BERAPA RAMAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN IJAZAH DI SEMUA KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN/AGENSI KERAJAAN/PBT CONTOHNYA MENJADI PEMBANTU TADBIR DAN PENOLONG PEGAWAI DAH SEKIAN LAMA....KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS....NAK TUNGGU TIME BASED 13 TAHUN...MOHON DIBERIKAN ELAUN KHAS ATAU APA2 FAEDAH KEPADA KUMPULAN INI.

ATAU UBAH KELAYAKAN MASUK:

1) P & P : KELAYAKAN MASUK MASTERS

2) PENOLONG PEGAWAI : KELAYAKAN MASUK IJAZAH

3) PEMBANTU TADBIR : KELAYAKAN MASUK DIPLOMA/STPM

4) PAP / PEMANDU : KELAYAKAN MASUK SPM

Tanpa Nama berkata...

Berita terbaru dan terkini:
Omar Osman turun berkempen bagi pihak BN di johor, terkini dengar ceritanya di Mersing bersama calon-calon politik BN Mersing, dengar cite omar janjikan berbagai kenaikan, kalau nak buat tue dah lama dah, tak payah tunggu PRU-13, ini semua penipu..apelah kau nie Omar, sepatutnya kau nie berkecuali dan memberi fokus kepada pembangunan 1.42 juta PA, dengan bersungguh-sungguh menaikkan taraf hidup 1.42 juta PA, menjaga kebajikan PA dengan kenaikan gaji,gred,pangkat,elaun itp,cola,eka dan sebagainya.. diberitakan penjawat awam yang menjalani temuduga pegawai tadbir negeri, ramai gagal menjawat jawatan tersebut, kenapa mereka tak diberi keutamaan di dalam pentadbiran negeri, sedangkan mereka berpengalaman berpuluh tahun, adakah ini satu sendiwara kerajaan negeri atau kroni..? JOM UBAH..!!!

Tanpa Nama berkata...

Macam2 janji ditabur sedangkan yang ada belum tertunai lagi. Bonus yang sepatutnya dapat bulan 1 hari tu masih lagi tak nampak bayang. kata nak bayar 2 kali, tapi baru dpt sekali dah senyap. Bila ditnya, kata tak ada peruntukan. Kalau takde peruntukan, jangan berjanji. Bagi hak kami! Jgn pandai berjanji je!

-Kakitangan kontrak, jab. kastam diraja malaysia.

Tanpa Nama berkata...

dari aku masuk keja thn 1995 hingga skrg dok minta satu elaun pun x dpt asyik dok janji jee . karutttt je kupek ni //pak omar bnk sangat minum kopi KAWE NII..

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS NI DAH JADI TV3 JUGAK KE!! KAKITANGAN AWAM DILARANG BERPOLITIK ATAUPUN LIKE STATUS MANA2 AHLI POLITIK.TAPI BLOG NI TERANG2 PUJI BN XPE YE...INI SUDAH TIDAK ADIL.CUEPACS SANGAT PRO BEE END! PATUT TUKAR PRESIDEN.PLH PRESIDEN YG NEUTRAL.BUKAN PENCACAI UMNO CEGINI.

Tanpa Nama berkata...

pengarang tau padam je la... tp nk bls setiap komen habuk pon tarak....

Tanpa Nama berkata...

TERUS TERANG SAYA CAKAP..KEBANYAKKAN PA DIBEBANI DENGAN HUTANG/PINJAMAN...INI ADALAH KERANA KOS KEHIDUPAN YG TINGGI YANG MANA KENAIKKAN KENAIKKAN GAJI TAHUNAN TERLALU SEDIKIT DAN ELAUN2 TIDAK DIKAJI MENGIKUT KEADAAN SEMASA.... HARI2 NAK TURUN KEJA BAYAR TOL, HARGA MINYAK TAK BERPATUTAN, SEWA & HARGA RUMAH YG TINGGI LAGI MAHAL...KENAIKKAN PANGKAT UTK KRONI & KAKI BODEK

Tanpa Nama berkata...

apabila tertubuhnya kerajaan baru yang dibentuk oleh pakatan rakyat diharap dapat menghapuskan terus PTD PTD lahanat yang menguasai pihak berkuasa melantik seperti SPA dan yang menguasai pengurusan tertinggi yang mencangkung di dalam jabatan perkhidmatan awam dan jabatan perdana menteri.

hapuskan lahanat-lahanat ini dari perkkhidmatan awam. mereka ini bukan setakat ibarat duri dalam daging, malah menjadikan perkhidmatan awam ini seperti mak bapak mereka yang punya.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

apabila tertubuhnya kerajaan baru yang dibentuk oleh pakatan rakyat diharap dapat menghapuskan terus PTD PTD lahanat yang menguasai pihak berkuasa melantik seperti SPA dan yang menguasai pengurusan tertinggi yang mencangkung di dalam jabatan perkhidmatan awam dan jabatan perdana menteri.

hapuskan lahanat-lahanat ini dari perkkhidmatan awam. mereka ini bukan setakat ibarat duri dalam daging, malah menjadikan perkhidmatan awam ini seperti mak bapak mereka yang punya.

Jumaat, Mei 03, 2013 12:03:00 PG


---------------

setuju dgn di atas!!! ini mmg realiti, ptd2 yg msk skang nih ader yg msk guna kabel!! walhal ader pointer ngam2 2.0 jer, lari 2.4km pun semput. ms exam & pac pun ptut failed, tp psl ade kabel, setelll!

Tanpa Nama berkata...

INi KALILAH..JOM UBAH..

Tanpa Nama berkata...

diharap macai macai PR dapatlah mengepung bangunan perdana putra malam esok sekiranya PR memenangi majoriti kerusi parlimen sebagaimana yang mereka buat apabila mengepung bangunan wisma negeri selangor 2008 yang lalu. hahaha

Tanpa Nama berkata...

omg

Tanpa Nama berkata...

yes...