Utusan Malaysia
Pandangan IKIM |
29 September 2014 3:27 AM
MEMILIKI rumah yang selesa adalah impian golongan muda. Pada usia ini pastinya mereka bersemangat untuk memperoleh sesuatu serta optimis terhadap cita-cita atau impian termasuklah memiliki rumah sebagai aset.Bahkan jika diukur pada tahap umur golongan muda yang berusia antara 23 hingga 40 tahun, sepatutnya mereka sedang atau telah membina tapak yang kukuh untuk kehidupan masa depan terutama telah memasuki pasaran kerja yang tetap, berkeluarga dan mempunyai kualiti hidup yang baik. Kualiti hidup yang baik seringkali dihubungkait dengan memiliki rumah yang selesa. Namun begitu sejauh manakah golongan ini telah memiliki kediaman sendiri atau masih lagi menyewa?

Satu kajian menunjukkan bahawa negara kita menduduki tangga ke-15
dalam kalangan negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi
pada suku tahun pertama 2014. Rentetan harga pasaran rumah yang terus
melambung tinggi dan tidak selari dengan pendapatan mereka kemungkinan
hasrat dan impian golongan muda ini untuk memiliki rumah sendiri mungkin
terkubur.Malah satu kajian yang diperoleh daripada Kongres Kesatuan Sekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati hampir 60 peratus kakitangan
awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memiliki
rumah sendiri.
Kenaikan harga rumah ini pastinya menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan muda. Malah kenaikan ini juga pastinya memberi kesan terutamanya golongan bumiputera untuk memiliki rumah sedangkan Islam meletakkan pemilikan rumah atau tempat tinggal adalah salah satu daripada keperluan al-Dharuriat iaitu keperluan yang mendesak.Menurut Imam as-Syatibi bahawa al-Dharuriat adalah sesuatu yang harus dilakukan agar mendapat kemaslahatan di dunia dan akhirat, jika al-Dharuriat ini tidak dilaksanakan maka kemaslahatan itupun tidak akan ada tetapi yang akan timbul adalah kerosakan, kesengsaraan dan kerugian besar. Dalam hal ini Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ada mengatakan bahawa sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam.
Justeru, pandangan dalam situasi ini perlulah diberi perhatian secara serius oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, hari ini rata-rata golongan muda apabila memasuki pasaran kerja lebih mengutamakan untuk memiliki kenderaan berbanding rumah. Dalam situasi ini kita tidak boleh sesekali menyalahkan mereka. Hal demikian kerana memiliki kenderaan juga adalah salah satu keperluan hidup terutama yang tinggal di bandar-bandar besar memandangkan negara kita dianggap belum cukup baik dari segi kemudahan pengangkutan awam dan infrastrukturnya.
Barangkali inilah sebabnya golongan muda yang memasuki alam pekerjaan memerlukan kenderaan mendahului memiliki rumah. Antaranya untuk memudahkan perjalanan berulang-alik ke tempat kerja.
Jika situasi ini terus berlaku, kita akan melihat aliran pendapatan bulanan pastinya akan diagihkan untuk pembiayaan kenderaan itu. Maka mampukah wang selebihnya itu digunakan sebagai membayar wang pendahuluan 10 peratus untuk memiliki rumah atau transaksi lain? Inilah persoalan besar yang sering menghantui golongan muda di bandar.Oleh itu, apakah ada mekanisme yang boleh digunapakai untuk diperhalusi masalah anak muda terutama bumiputera memiliki kediaman sendiri?
Walaupun kerajaan mengambil pelbagai pendekatan holistik untuk meningkatkan pemilikan rumah di negara ini, misalnya melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP), Program Rumah 1Malaysia (PR1MA) dan baru-baru ini memperkenalkan skim sewa beli bagi membantu pemohon PR1MA yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman perumahan dengan bank, namun berapa ramai yang masih tidak tahu tentang skim ini? Atau apakah skim yang ditawarkan itu amat bermanfaat dalam membantu golongan muda yang belum memiliki rumah?
Sungguhpun begitu, melihat kepada harga pasaran rumah untuk membeli kediaman yang sederhana yang sesuai di peringkat bawah umur 30 tahun adalah hampir mustahil sekiranya harga rumah hari ini terus melambung tinggi. Dalam situasi ini dicadangkan agar pihak-pihak tertentu membuat kawalan harga ke atas semua bahan binaan termasuklah harga simen, pasir, besi dan sebagainya. Di samping itu, kewujudan agen hartanah yang boleh dikatakan mengaut keuntungan atas angin walhal rumah tersebut bukanlah aset mereka perlulah dikurangkan. Kewujudan agen hartanah ini juga dikatakan menyumbang kepada punca harga rumah melambung dengan spekulasi yang dianjurkan. Hal sedemikian menjadikan golongan muda semakin sukar memiliki rumah.
Oleh itu, beberapa pendekatan lain perlu difikirkan akar umbi. Salah satunya adalah meningkatkan sikap kepedulian terhadapa pasaran hartanah dalam negara kita. Untuk memiliki sebuah rumah idaman misalnya setiap anak muda perlu turut meningkatkan ilmu, cara dan kemahiran tertentu untuk memudahkan mereka membeli rumah.Pengetahuan ilmu mengenai jual-beli hartanah perlu ditingkatkan bukan selepas memasuki pasaran kerja sahaja tetapi diberi pendedahan pada peringkat awal di sekolah dan seterusnya di universiti. Apabila mereka tahu cara bagaimana dan pentingnya untuk memiliki sebuah rumah atau ada garis panduan membeli rumah mungkin lebih memudahkan mereka untuk membuat pembelian dengan cepat.
Di samping itu, golongan muda perlu sedar dan peka dengan tawaran yang baik untuk membeli rumah. Profil sejarah syarikat pemaju hartanah yang baik boleh dijadikan panduan untuk membeli hartanah tersebut supaya dapat disiapkan dalam tempoh masa tertentu dan mereka tidak perlu menunggu terlalu lama atau bimbang rumah yang dibeli terbengkalai. Dokumentasi yang ketat yang dikenakan dan prosedur yang rumit turut menyumbang kepada sukar dan tertangguhnya untuk golongan ini memiliki rumah. Justeru, adalah lebih baik untuk meletakkan garis panduan dan senarai bank-bank terpilih untuk memudahkan mereka membeli rumah dan tidak mudah tertipu dengan agen tidak berdaftar yang menjadi orang tengah.
Pun begitu, syarat meletakkan orang yang berpendapatan tinggi tidak boleh membeli rumah kos rendah adalah satu tindakan yang baik kerajaan lakukan bagi membantu golongan muda ini memiliki rumah tersebut termasuk peranan kerajaan dalam mengetatkan lagi undang-undang penjualan dan pembelian hartanah kepada warga asing.
Mungkin ada lagi beberapa panduan atau indikator lain yang boleh membantu golongan muda hari ini untuk memiliki rumah. Rumah idaman ini juga perlu diukur dengan tahap kemampuan untuk membayar balik ansuran bulanan tersebut. Fikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan membeli rumah sendiri supaya pemilikan rumah itu bukan lagi sekadar memenuhi impian tapi dapat meningkatkan kualiti hidup.
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

11 ulasan:
harga pasaran rumah yang terus melambung tinggi dan tidak selari dengan pendapatan mereka kemungkinan hasrat dan impian golongan muda ini untuk memiliki rumah sendiri mungkin terkubur.Malah satu kajian yang diperoleh daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati hampir 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri... WELL SAID, WHAT WILL THE GOVT DO NOW? ANY GOOD ANSWER FROM ANY MINISTRIES? DR ALI?
Bajet 2015 mengatakan...kadar minima loan rumah kump sokongan dinaikkan dari Rm80k ke Rm 120k. Kalau ikut perkiraan saya yg dr kumpulan sokongan ni...gaji masih sama tiada kenaikan ditambah dgn kwnaikan minyak 20 sen seliter jadinya kocek saya makin berkurangan tu belum gst lg...jadi mcmana nk beli rumah walaupun rate pinjaman dinaikkan...lain la kalau ade pelarasan gaji atau tambahan elaun2 yg menebalkan kocek semula...ni kocek makin nipis....
semua ni nk mengaburi mata kakitangan dgn menaikkan kadar loan pinjaman rumah...kerajaan menipu rakyat...tambah2 kpd kakitangan awam..kami minta gaji dinaikan dn pembaharuan elaun2..
Adakah cuepacs mengambil kira pandangan ahli-ahlinya. Ini adalah kerana cuepacs agak membisu seribu bahasa. Sedangkan mereka tahu... 1. Menaikkkan pinjaman rumah bukanlah jalan penyelesaian terhadap kemelut sedia ada. Menurunkan harga rumah atau setidak-tidaknya turunkan interest 4% kepada 2% adalah lebih menyelesaikan masalah. Nampaknya tipah tertipu lagi.

asik2 cikgu je yang dapat naik pangkat....cuepacs tak tau ker cikgu n guru besar...memang datang keje pagi2 tapi adakah mereka masuk mengajar tepat 7.45? dorang dok sarapan sampai kul 9..yang guru besar dan cikgu jaga dan prihatin sangat adalah staf..sataf buat keje,datang cepat atau lambat...cuti staf..tu yang dorang jaga sangat2..pada pendapat saya...buat apa dorang jaga sangat staf tu..sebab tu lah anak muda sekarang pegi sekolah tapi tak belajar...yang berjaya tu sume hasil usaha mereka sendiri...gaji guru lebih tinggi sepatutnya mereka pun balik lewat macam staf laa...tak adil bagi staf..keje banyak melebihi guru gaji cikit tapi kena balik lewat sampai tak dapat berurusan dengan bank.

Presiden Cuepacs Azih Musa kuat membuta. Semenjak Jadi presiden apa yg dia bawa perubahan????? KOSONG KOSONG KOSONG..... janji sebelum Jadi presiden...bukan main lagi...
sokong 100% dengan komen Otto Otong lebih lebih lagi staf yang duk di sekolah dipandang hina dan rendah tak sedar gaji dan maklumat serta kenaikan pangkat guru guru semua yang staff buat kerja, yang dapat cemerlang pun guru lah setiap tahun terutama kepada guru yang pandai membodek dan memberi habuan kepada boss guru inilah yang selalu dapat.Bukan diberi atau dinilai atas betul betul perkhidmatan sesorang. Semuanya tipu belaka.Kata yang dapat cemerlang yang betul betul buat kerja. Sedarlah sikit pihak atasan banyak yang boss mengamalkan sistem bodek. Sedarlah sikit dan jangan di anak tirikan kami ni AKS.......
Ini ada 1 masalah. Kalau Harga rumah Rm250,000.Diandai duit dipinjam dari bapa sendiri so tiada le faedah.Kalau bayar RM1,000 sebulan kena bayar selama 250 bulan atau 20.33 tahun.Jika masa mula pinjam umur 30 tahun so umur 50 tahun lebih baru habis bayar.Itu pun jika tidak mis bayar.Kalau gaji kecik nak bayar RM 500 sebulan so kena bayar 500 bulan baru selesai atau 40.66 tahun baru selesai.umur masa mula pinjam 30 tahun so umur kita 70 tahun baru habis bayar.Saya rasa boleh jadi diri kita dan bapa kita dah tiada lagi iaitu dah meninggal dunia ni pun hutang kepada bapa kita belum di selesaikan.Ini tanpa faedah sbb bapa sendiri.
Kalau pinjaman dari bank atau loan kerajaan lagi le mampus.Macamana seorang penjawat awam nak beli rumah kalau gaji dia kecik.Kalau dapat beli rumah mungkin benda lain tak boleh dapat.kalau dah berhutang pi beli benda-benda lain rumah pulak tak boleh beli sbb gaji dh tinggal sikit.kalau pinjam lagi mampus le.
Rakyat berharap agar kerajaan dapat terus menyediakan rumah mampu milik dan sebaik-baiknya bawah 100k kerana masih ramai yang berpendapatan rendah di Malaysia.
** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **
Catat Ulasan