"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas penghargaan daripada Mohd. Khalil dan Idris serta seluruh ahli Exco kerajaan negeri yang sudi menganugerahkan DGSM kepada saya," ujarnya ringkas ketika ditemui selepas penganugerahan tersebut.

Bagi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sebanyak tiga penerima ialah Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim dan SSF Corporation Sdn. Bhd., Datuk Majid Saleh.Seramai 21 orang pula menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM)yang membawa gelaran Datuk. Antara penerimanya ialah Presi­den Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja DiDalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, Pegawai Khas Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner.

Mencuri tumpuan pada peng­anugerahan tersebut apabila Mohd. Zaidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh diiringi dua isterinya, Santanina Salleh, 44, dan Noor Saliza Abdul, 37.
Malah empat orang anak beliau juga turut berada di situ ialah Noor Shafiqah, 17; Cinta Nur Ramadhania, 5; Suci Nur Baiti Imani, 3; dan Syurga Zahra Nur Ilmi, 3.Anugerah tersebut turut diberikan kepada 16 penerima untuk Darjah Seri Melaka (DSM), 32 Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 65 Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 125 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 14 Pingat Khidmat Lama (PKL).

Sesi ketiga penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri itu akan berlangsung pada 15 November ini yang akan dike­tuai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dianugerahkan DGSM yang membawa gelaran Datuk Seri.Turut sama nanti ialah Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh yang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pula mendapat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.