SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Oktober 2014

PENJAWAT AWAM MUNGKIN TERIMA PENAMBAHBAIKAN DALAM BAJET 2015 - KSN

Bernama 
9/10/2014



KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Saya rasa mungkin ada sedikit penambahbaikan namun apa-apa penambahbaikan yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Apa yang penting, kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan defisit kerajaan seperti yang disasarkan setiap tahun sehingga 2020," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Digital Kebangsaan (NDC) 2014 di sini Khamis.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen pada Jumaat.

Mengenai NDC 2014, Ali berkata ia adalah platform menambah baik inisiatif teknologi sedia ada, selain melihat trend teknologi komunikasi maklumat yang boleh diadaptasi dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

Beliau berkata sumber manusia dan penggunaan teknologi terkini dilihat mampu mempertingkat kualiti penyampaian dalam perkhidmatan awam.

Katanya kedua-dua elemen itu adalah antara pendekatan yang boleh digunakan bagi memastikan penyampaian sektor perkhidmatan awam ditambah baik setiap tahun.

Bertemakan '#InnovateMyGov', persidangan kali kelima sejak 2009 itu antara lain memberi fokus kepada inovasi berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan melalui perkongsian maklumat dan kerjasama pintar antara agensi awam dan swasta.

-- BERNAMA

17 ulasan:

Unknown berkata...

Mungkin??????

Umat islam berkata...

Ya mungkin...mimpi di siang hari.

Unknown berkata...

Tessttt.

Unknown berkata...

Harus

Unknown berkata...

test

Adam berkata...

Adam
Penambahbaikan....? Kesihan PA... Tunggu PRU ke-14 lah baru dia buat sedikit penambahbaikan, itupun untuk PDRM mithali, he...he...he...

Unknown berkata...

tiada penambaikan pun....hanya bonus 1/2 bulan sahaja berita yang baik untuk penjawat awam...itupun agak lambat...sekolah dah bermula dah..

Unknown berkata...

rakyat berkorban utk mnteri..petrol naik,elaun mnteri naik. pnjawat awam balik awal.

Unknown berkata...

Budget untuk menteri

Unknown berkata...

sia2 je ada cuepacs.minta apapun x dapat..apa fungsi cuepacs sebenarnya,

Unknown berkata...

Kena kencing nga Ali Hamsa jer la penjawat awam ni..last najib naikkan elaun utk dia nga geng ahli perlimen jer la...yg kita kena kaji lg dlm 5 tahun...kedepan

pedang berkata...

Blah la kupek. Langsung x boleh harap

PHD berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Cara Menjimatkan Penggunaan Minyak Petrol Kereta

Unknown berkata...

Penat nak cakap la cuepacs....penjawat awam gred bawahan dah penat nak cakap....ingat ade jugak penambahbaikan sekali elaun mp yang naik puiih...

Rubber berkata...

tunggu jpa umum, thn ni? thn dpn dan seterusnya

akarjati berkata...

"Penjawat Awam Mungkin Akan Membuat Penambahbaikan Dalam PRU 14(Tukar Angin) - PA"