Media Cuepacs
11/10/2014
11/10/2014
Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob sempena menyambut Hari Jadinya ke-70 pada hari Jumaat 10 Oktober 2014 telah berkenan mengurniakan kepada Encik Azih Bin Muda ,
DARJAH PANGKUAN SERI MELAKA (D.P.S.M)
YANG MEMBAWA GELARAN DATUK
YANG MEMBAWA GELARAN DATUK
Oleh itu CUEPACS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Azih Bin Muda di atas pengurniaan tersebut.
18 ulasan:
Tahniah kerana dapat gelaran dato....tapi sayang ape yang orang bawahan mintak lansung tiada ape ape tindakan dari cuepacs dan gov.....penjawat awam sekarang sudah malas nak bercakap sebab kalau cakap pun tiada guna....
Tahniah dato presiden..dah dapat dato ni tolong fight sikit tuan presiden..orang2 gred 41 ke bawah yg ramai tanggungan sangat tertekan dgn kos sara hidup sekarang ni.. Elaun rumah skrg dah tak relevan lagi dah..t.kasih
tahniah presiden
dia dah dapat apa yg diidamkan..pa dpt apa...
saya ucap syabas atas pengurniaan darjah kebesaran melaka yg membawa gelaran datuk,tapi disini saya bersa amat kecewa dengan belanjawan semalam,saya rasa belanjawan semalam adalah terburuk didunia bagi penjawat awam,saya pelik kenapa kerajaan tak kaji elaun atau pun gaji,bonus kalau tak mahu bagi pun tak apa yang penting gaji,sekarang minyak naik,kos taraf hidup berubah,yang paling kecewa elaun ahli perlimen naik,sebab shahidan kasim kata elaun ahli perlimen terndah didunia,mereka terpaksa ikat perut,puuuuuihh.....kami ni gaji kecil boleh caya la ikat perut.saya yang boleh jaga kebajikan kakitangan kerajaan pak lah ja,yg lain semua tak boleh pakai,tak kan nak ikut cara luar negara demontrasi desak pemerintah letak jawatan,saya juga mohon najib rasa kerja tukang kebun seminggu cukup la baru dia tau betapa susuahnya orang gaji kecil,baru betul ikat perut,tak mcm shahdan kasim ikat perut puuuuiiihhhh.....
Di kala PA kesempitan..dpt lagi gelaran dato'..hmmm..memang poyo la...
Dato Najib..ingat hukum karma..
Amat kecewa dengan Bajet 2015. Tiada tindakan yang berkesan oleh Cuepecs itu sebab permintaan cuepecs tidak dilayan lansung. Kos hidup sudah melambung tinggi.
Tahniah di atas penerimaaan Darjah Kebesaran D.P.S.M yang membawa gelaran Datuk Azih bin Muda.
Perjuangan masih belum selesai...
Apa komen dato dgn bajet 2015. Mana semakan gaji baru? dah 7 tahun tak semak. Buat piket dato. datuk pun dah dpt gelaran. Apa lg. Ada berani???
sedih dgn bajet 2015
taniah dato kepala hanguk .. apa najib kata hang angguk ja ...
asalamualaikum.
Tahniah mendapat gelaran Dato.Saya sebagai Penjawat Awam sangat sedih dengan bajet 2015.Tiada apa-apa yang dapt saya ukirkan.hanya kesedihan yang tersangat amat.
Tiada apa2. yang istimewa dengan bajet 2015.hanya menyusahkan PA.
Terima.kasih.
tiada apa yang gua hendak ucapkan pada En.Azih. Setakat gelaran Datuk, Shahrukh Khan boleh pun, dia buang dalam Sg.Gombak jer. Penjawat awam tak nilai apa jua pangkat pada presiden. Yang penting, sumbangan ketua ahli, pada penjawat awam yang lain.
Kalau dah macam ini punya keadaan, nampaknya CUEPACS tidak lagi digeruni oleh PM.
Sekian.
Tekad dan tukar
Tahniah....Tuan President kerana telah dikurniakan gelaran Datuk,semoga dgn anugerah yg diterima akan memberi suntikan semangat bagi Datuk meneruskan peranan sebagai President CUEPACS bagi memperjuangkan kebajikan pekerja-pekerja di bawah gabungan CUEPACS.Hidup Datuk Azih Muda
Tahniah pada tuan pengerusi atas kurnian Dato. teruskan perjuangan mu untuk penjawat awam semelaysia.
** Tonton Movie/Drama dengan Percuma secara online **
Catat Ulasan