SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 April 2015

TUBUH SURUHANJAYA TETAP BAGI SEMAKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NAVARATNAM

Bernama
17/4/2015



KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Suruhanjaya tetap perlu ditubuhkan bagi membuat semakan gaji dalam perkhidmatan awam setiap lima tahun, kata Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam.
Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam terutama mereka yang berpendapatan rendah sambil menambah kali terakhir semakan gaji dilakukan adalah pada 1991.

"Saya yakin terdapat rasa tidak puas hati dan kecewa kerana mereka bergelut setiap hari untuk meneruskan kehidupan dengan pendapatan rendah purata antara RM805 dan RM820 sebulan bagi gaji pokok.

"Ini malah di bawah garis kemiskinan yang menetapkan pendapatan RM880 sebulan," beliau menulis dalam ruangan "Letters to the Editor" yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star, hari ini.

Beliau membuat komen itu susulan pendedahan oleh Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda bahawa kira-kira 800,000 penjawat awam memperoleh pendapatan rendah pada purata RM850 sebulan.

Beliau berkata gaji rendah telah menjejaskan moral penjawat awam dan bersikap negatif dalam melakukan kerja mereka.

Navaratnam berkata orang ramai, khususnya pembayar cukai, yang mendakwa bahawa tidak harus menaikkan gaji walaupun penjawat awam berpendapatan rendah kerana produktiviti mereka rendah, perlu faham bahawa mungkin terdapat hubung kait antara gaji rendah dan produktiviti merosot.

"Justeru, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan bagi kakitangan dalam perkhidmatan awam, terutama kumpulan berpendapatan rendah dengan memberi tawaran yang lebih adil," katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan menaikkan gaji minimum purata golongan yang terjejas itu supaya berada di atas garis kemiskinan RM880 sebulan kepada kira-kira RM1,200 sebulan.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta kerajaan mencapai persetujuan dengan Cuepacs dan meminta mereka meningkatkan produktiviti, melaksanakan disiplin yang lebih ketat dan meningkatkan dedikasi supaya perkhidmatan awam dapat memberi perkhidmatan lebih cekap kepada orang ramai.

"Jadi tolong beri tawaran yang lebih baik dengan membayar gaji melepasi paras kemiskinan kepada penjawat awam yang bergaji rendah. Berikanlah maruah dan mereka akan respons dengan komitmen yang lebih besar untuk berkhidmat kepada negara," katanya.

Navaratnam berkata, menaikkan gaji mereka juga akan membantu untuk mengurangkan ketidaksamarataan dan meningkatkan agihan pendapatan.

"Lagipun, anggota Parlimen dengan sebulat suara menyokong bagi kenaikan gaji lebih tinggi untuk diri mereka. Ini berlaku, walaupun ramai daripada mereka menunjukkan prestasi yang baik hanya dalam politiking dan penyebaran skandal dan pada masa yang sama mereka memperoleh pendaparan daripada sumber lain dan terlepas," katanya.

Beliau berkata secara alternatif, kerajaan perlu menswastakan lebih banyak perkhidmatan awam dan mendesak bagi produktiviti lebih tinggi daripada entiti swasta yang perlu bersaing untuk kontrak.

Beliau menambah ini boleh mengurangkan saiz penjawat awam yang sekarang berjumlah 1.4 juta orang.

-- BERNAMA

11 ulasan:

rasa bosan menunggu berkata...

azih maaf cakap,kau letak la jawatan,membela nasib pekerja konon,tak payah nak menyalah macam anjing,kena berkeras.dah berapa lama kami semua gaji bwh kemiskinan ni nak tunggu,dgn kos barang makin naik,gst lagi,gaji menteri naik berpuluh ribu,tak payah kaji lama pun,sial..harap sapa yg tak puas hati jum ramai2 buat mogok dan keluar jadi ahli cuepacs bodoh ni,takde makna jadi ahli menteri tak kisah pun kita merana,yang dia tau penuhkan kocek menteri2 je.dasar yahudi pya perangai.moga allah akan membalas dgn setimpal apa kau owg buat.amin

kzam berkata...

Gaji naikkan elaun bukan milik kakitangan awak bila pencen gaji dikira ada yg rm500 sahaja pencen

Parklee berkata...

BNcybertroopers:

Tidak Ada Kenaikan Atau Semakan Gaji Kata JPA @NajibRazak @AliHamsa55: JPA tolak tuntutan Cuepacs mengenai tun... http://t.co/8mF692cnxb

kump sokongan 2 berkata...

Kebongkakan dan kesombongan najib atau ali hamka membuatkan kump sokongan jadi dendam pada pru14, prk rompin tempat balas dendam terhadap kerajaan bn/ umno ..... Bersedialah....

amuktokjulap75 berkata...

Salam Datuk, saya dah merasai bagaimana dianiaya selepas 16 tahun dalam Jabatan Kerajaan. Apa yang berlaku antara CUEPACS dan JPA adalah satu contoh seperti yang berlaku ke atas diri saya apabila diperlakukan oleh mereka yang berkepntingan di dalam Jabatan Kerajaan yang cuba menutup kesilapan pertama (mungkin tidak disengajakan) tetapi terpaksa membuat kesilapan kedua (terpaksa disengajakan) semata-mata bagi mengakui kesilapan awal mereka. Oleh itu saya ucapkan tahniah dan terima kasih di atas kewibawaan Datuk dalam perkara ini, cuma nasihat saya agar Datuk lebih berhati-hati selepas ini kerana setiap pergerakkan Datuk akan dicari kesilapan bagi menjatuhkan Datuk atau setidak-tidaknya untuk memalukan atau menjejaskan kredibiliti Datuk di kalangan penjawat awam.
Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Dah lama soal gaji dan elaun ditimbulkan namun jawapan yang diberikan oleh pihak yang ada kuasa sangat menghampakan dan mengecewakan golongan pelaksana 1 dan 2..

Golongan ini melalui jalan aman dan harmoni menuntut kenaikan gaji dan elaun,maka apabila telah dihebahkan melalui tv3,tv1,tv2 dan sebagainya soal kenaikan ini sangat wajarlah dikotakan oleh pihak kerajaan.

Golongan pelaksana 1 dan 2 dah muak dengan perkataan dipertimbangkan,mempertimbang,diberi pertimbangan dan sebagainya lagi.Ini kerana perkataan yang sering diulang ulang saban tahun sebelumnya.

Jadi sekarang,kita memerlukan jawapan dari pihak tertentu seperti PM untuk menyatakan jawapan buat warga pelaksana 1 dan 2 yang sering diberikan alat permainan.

Warga pelaksana 1 dan 2,kita tak boleh terima lagi alat permainan.Dah lama dipermainkan oleh perkataan tertentu,kita inginkan hak kita menjadi realiti.

Golongan pelaksana 1 dan 2 juga punyai kehidupan yang wajib diberikan komitmen,kenapa hak kenaikan gaji dan elaun pelaksana 1 dan 2 sering dipermainkan oleh pihak atasan.

Persoalan sekarang,kenapa gaji dan elaun ahli parlimen dinaikkan tanpa mengambil kira soal ekonomi ?????

ombakjahat berkata...

penat menunggu.... kos hidup makin naik.... nasib2....

Made in Pahang berkata...

kum sokongan yg bersungguh sungguh minta naik gaji ,akhirnya kenaikan diberi ikut peratus
kump pengurusan yg bergaji tinggi jugalah yg untung dapat naik berganda ganda yg kump sokongan dapat lah sikit lepas utk beli serapan

Unknown berkata...

sememangnya idea yang bukan bukan datang untuk melengahkan kenaikan gaji mahupun elaun,sekiranya pihak tertentu benar benar menjaga kebajikan dan ambil tahu keadaan sebenar gaji penjawat awam yang berada di bawah paras kemiskinan sudah tentu tak perlu ditubuhkan suruhanjaya.

Sekalipun ditubuhkan suruhanjaya,belum pasti suruhanjaya berkenaan akan membuat keputusan yang membela golongan sasar.

Ini kerana,kos operasi sudah pasti diperlukan untuk suruhanjaya yang bakal ditubuhkan.

Sebagai contoh,dalam cuepacs sendiri memerlukan dana dari pihak kerajaan untuk kos pembangunan.

Kita manjadi marah apabila mudah dipermainkan dengan kata kata tanpa merealisasikannya untuk menjadi realiti kepada penjawat awam pelaksana 1 dan 2.

Golongan pelaksana 1 dan 2 sememangnya tahu semua isu tetapi kita tetap menjaga dan mempertahankan kerajaan serta memberi sokongan padu demi kelangsungan memerintah.

Cuma mengharapkan kenaikan gaji dan elaun terutama elaun rumah menjadi realiti serta dimuktamadkan dalam tahun 2015 ini.

Seperti mana GST dimuktamadkan sebab golongan pelaksana 1 dan 2 terkesan sangat dengan GST.Kesan impak golongan pelaksana 1 dan 2 memang terasa.

Sudah pasti pihak atasan tidak terasa sebab tersedia segala kemudahan termasuk kereta,kad tol,kad minyak,handpon dan sebagainya.

Pelaksana 1 dan 2 juga menggunakan handpon sendiri kerana terpaksa demi urusan kerajaan selesai.

Kita tak berkira soal ini,cuma minta pihak kerajaan menyegerakan..memuktamadkan..membuat keputusan tentang kenaikan gaji,elaun rumah,elaun khidmat awam.

Inilah saluran harmoni pelaksana 1 dan 2,hentikanlah guna perkataan penyedap tanpa tindakan yang serius.

Unknown berkata...

aku sokong yg ni...naya la dekat org bawah mereka pun makan nasi sama mcm org lain..mereka pun nk kena duduk dlm rumah berteduh... harga makan kis hidup sama mahal xkira golongan mana...tapi bab gaji golongan bawah naik ciput jer... naya woo..

Unknown berkata...

YANG MULIA ...DATUK AZIH..ADA APA2 PENGUMUMAN KAA ...1 MEI NII..?