SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Mac 2009

ATASI TEKANAN PEKERJA

Utusan Malaysia
Oleh HAMDEN RAMLI
utusansabah@utusan.com.my
23/3/2009



KOTA KINABALU 21 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengatasi segera masalah di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini bagi mengelak ia menjejaskan produktiviti kakitangan hospital berkenaan.
Presidennya, Omar Osman berkata, kesesakan dan persekitaran kerja di hospital berkenaan amat menyedihkan sehingga menyebabkan semua kakitangan bekerja dalam tekanan.
''Mereka semakin tertekan dengan keadaan sedia ada. Kita mahu kerajaan segera bertindak kerana kita tidak mahu berlaku keadaan di mana petugas tersebut perlu mendapat rawatan (kerana tertekan) sebelum dapat melakukan tugas merawat pesakit.
''Maknanya, dia (jururawat) suntik dirinya dahulu (untuk merawat tekanan) sebelum dapat merawat pesakit," katanya ketika ditemui selepas menghadiri dialog bersama kakitangan Jabatan Kesihatan Sabah di sini semalam.
Masalah kesesakan dan kekurangan katil di HQE bermula tahun lalu apabila salah satu daripada bangunan blok utamanya dikosongkan setelah diisytiharkan tidak selamat.
Keadaan itu menyebabkan HQE mengalami kekurangan 200 katil untuk menempatkan pesakit.
Bagi mengatasi masalah itu, pesakit kini ditempatkan di beberapa hospital berhampiran termasuk Pusat Perubatan Sabah (SMC) dan Hospital Likas.
Omar berkata, membina bangunan baru bukan satu penyelesaian baik kerana ia mengambil masa empat hingga lima tahun untuk disiapkan.
Sehubungan itu, CUEPACS katanya, menyokong cadangan pembelian SMC kerana ia mampu mengatasi 90 peratus masalah berbangkit dalam masa singkat.
''Tidak perlu lagi hendak pasang saluran oksigen atau sebagainya. Jika pindah ke bangunan lain, ubah suai perlu dilakukan dan ini juga akan mengambil masa, selain kos yang tinggi," katanya.

Tiada ulasan: