SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2009

CUEPACS SELAR KETUA JABATAN ENGGAN BAYAR OT

Utusan Malaysia
9/3/2009




PUTRAJAYA 5 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kesal dengan keengganan segelintir ketua jabatan membenarkan kakitangan yang membuat kerja lebih masa (OT) dibayar dengan wang tunai.
Sebaliknya, upah bagi jumlah tempoh kerja selepas waktu pejabat digantikan dengan hari cuti.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana berdasarkan laporan yang diterima, jumlah kakitangan awam terlibat cukup ramai.
Beliau menambah, berdasarkan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan awam Gred 1 hingga 40 wajib dibayar upah kerja lebih masa dengan wang tunai.
''Terdapat beberapa ketua jabatan dari agensi kerajaan semata-mata nak potong bajet, tidak mahu bayar upah kerja lebih masa kakitangan mereka.
''Mereka hanya benarkan kakitangan masing-masing diberikan cuti ganti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
JPA menetapkan syarat bahawa kakitangan awam boleh menuntut bayaran lebih masa untuk kerja kecemasan, kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan, kerja melebihi daripada tugas biasa serta kerja yang perlu diurus dalam masa terhad.
Menurut Omar, berdasarkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, lebihan wang tunai begitu bermakna kepada semua orang bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.
Jelasnya, tidak guna kakitangan awam berusaha meningkatkan produktiviti sedangkan kebajikan mereka tidak diambil berat oleh ketua jabatan masing-masing.
''Kalau begini keadaannya, lebih baik mereka buat kerja sambilan yang tidak menjejaskan imej kakitangan awam. Walaupun terpaksa berkorban masa, ganjaran yang diterima adalah setimpal malahan mungkin lebih lumayan," katanya.

Tiada ulasan: