SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Mac 2009

CUEPACS TANGGUH TUNTUTAN KENAIKAN GAJI

Bernama
24/3/2009
PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Cuepacs akan menangguhkan tuntutan kenaikan gaji bagi 1.2 juta anggota perkhidmatan awam sehingga keadaan ekonomi negara bertambah baik, kata setiausaha agungnya Ahmad Shah Mohd Zin Isnin.Beliau bagaimanapun berkata kesatuan itu akan terus berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)tentang isu berkaitan penambahbaikan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, ujian penilaian kecekapan, pertukaran dan kerja lebih masa.Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata kini, kakitangan awam perlu memberi tumpuan terhadap usaha membantu kerajaan meningkatkan kutipan hasil dan menambah baik sistem penyampaian.Ahmad berkata Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah antara jabatan yang boleh membantu meningkatkan jumlah kutipan hasil kerajaan melalui penguatkuasaan lebih ketat.Beliau menyeru kakitangan awam yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan dan majlis bandar raya supaya meningkatkan jumlah kutipan hasil melalui tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.Katanya Cuepacs akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan kerana kebajikan anggotanya berkait rapat dengan "kesihatan ekonomi" negara.Mengenai penambahbaikan sistem penyampaian, Ahmad menyeru kakitangan awam supaya bersikap inovatif dalam mencari jalan bagi meningkatkan produktiviti seperti menubuhkan kumpulan kualiti (Kumpulan Q) di jabatan masing-masing.-- BERNAMA

Tiada ulasan: