SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Mac 2009

SYOR COLA KEPADA 340,000 PESARA

Berita Harian
12/3/2009



KUALA LUMPUR: Peruntukan perlu diberikan dalam Bajet Mini bagi menyediakan 340,000 pesara kerajaan dengan elaun kos sara hidup (Cola) yang munasabah untuk menampung keperluan mereka dalam keadaan ekonomi suram sekarang. Bekas Presiden Cuepacs, A Ragunathan, berkata ketika dihubungi di sini berkata, ada lebih 250,000 pesara yang memperoleh pencen kurang daripada RM1,000 sebulan, dan jumlah itu tidak mencukupi jika mengambil kira kos sara hidup semasa, terutama di bandar. Ragunathan berkata, kerajaan harus bertimbang rasa terhadap kumpulan pesara ini memandangkan mereka sudah berkhidmat dengan penuh taat setia kepada negara selama bertahun-tahun, sambil menambah kebanyakan mereka bergantung sepenuhnya kepada pencen untuk perbelanjaan seharian.
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata pada Januari tahun lalu apabila kerajaan menyemak semula gaji kakitangan awam, pencen diselaras tetapi Cola tidak diberikan. “Ini berbeza dengan pegawai kerajaan yang masih dalam perkhidmatan yang menerima Cola RM300 sebulan. Kita berpendapat bahawa Cola ini juga mesti dilanjutkan kepada golongan pesara,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan: