SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Mac 2009

PERSATUAN PENGAJAR JURURAWAT RAYU NAIK PANGKAT

Utusan Malaysia
17/3/2009

JOHOR BAHRU 15 Mac - Kerajaan diminta supaya menimbang semula proses kenaikan pangkat bagi tenaga pengajar jururawat yang kini didakwa berat sebelah.
Malah Presiden Persatuan Pengajar Jururawat Semenanjung Malaysia (PPJSM), Cathy Suhaila Abdullah mendakwa, proses tersebut juga hanya mengutamakan mereka yang mempunyai kelayakan akademik.
"Kami juga jururawat dan seharusnya menerima kenaikan pangkat yang sama seperti pelatih baru kerana kami mempunyai pengalaman lebih luas dalam bidang kejururawatan ini.
"Apa yang kami mahu hanyalah pertimbangan semula proses kenaikan pangkat golongan senior seperti kami yang sudah lama berkhidmat dalam bidang ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Cathy Suhaila, kerajaan perlu mengambil kira pengalaman mengajar dan sistem merit mengikut skim khidmat pengajar di bawah klasifikasi perkhidmatan dan kesihatan dalam proses tersebut.
Katanya, kebanyakan tenaga pengajar dalam bidang itu mempunyai ijazah sarjana muda dan mereka juga wajar menerima kenaikan pangkat sama seperti golongan siswazah yang baru menceburi bidang kejururawatan.
"Tanpa tenaga pengajar seperti kami, tidak mungkin ada jururawat dan kami sememangnya berharap agar rayuan ini diberikan pertimbangan sewajarnya.
"Kami juga ingin berkongsi peluang kenaikan pangkat sama seperti pelatih kerana kami sudah begitu lama mengabdikan diri dalam bidang kejururawatan dan banyak pengorbanan telah dilakukan," katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sama tidak dapat naik pangkat sedangkan dulu saya pegang jawatan ketua program semasa U 36, setiausaha peperiksaan selama 3 tahun umur sudah hampir berpencendan mempunyai ijazah sarjana muda kejururawatan yang naik pangkat yang tidak ada ijazah lansung sedangkan mereka satu angkatan saya dan lebih junior daripada saya adakah -engiraan naik p-angkat meleui convezation semasa interview boleh bercakap dengan lancar , ketua yang bijak memeilih dan saya tidak ada rezeki untuk mendapat ganjaran Rm 153.00, Rm 400 keraian, Rm 400.00 untuk sewa rumah, nanyak tu, harap jangan mengarah sahaja nanti semua pendapatan jadi tak halal jika semua pekerjaan mengarah sahaja, harap berkebolehan segenap segi.

Unknown berkata...

kerjaya pengajar jauh ketinggalan berbanding dengan guru...sedangkan kami melahirkan graduan diploma..kepada masyarakat ...peluang kenaikan pangkat amat tipis sekali...jawatan pengarah masih di Gred 44, 48..hanya 2 post 52 sahaja..sedangkan Guru...di setiap sekolah tanpa beban kerja seperti pengarah...time based ...ramai sekali 44, 48 dan seterusnya...apa kah keadilan kepada kami...

Tanpa Nama berkata...

Azrin Hani...awak kata guru tiada bebanan kerja?...awak jadi cikgu baru tau...apabila kita saling merendahkan kerjaya orang lain, maka rezeki kerjaya kita sendiri akan tersekat..kalau nak buat perbandingan, buat secara umum...tq