SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Mac 2009

PELUANG BELAJAR ELAK TERJERUMUS MASALAH SOSIAL

Berita Harian
12/3/2009




KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan membolehkan lebih ramai pelajar memasuki pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dapat melegakan keresahan rakyat menghadapi kekangan pasaran kerjaya akibat krisis ekonomi, sekali gus mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam masalah sosial akibat pengangguran. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata peluang keemasan itu umpama ‘harapan baru’ kepada pemegang ijazah pertama yang sedang menganggur untuk menikmati tawaran kerjaya menarik apabila senario ekonomi kembali pulih menjelang tamatnya pengajian mereka. Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan program itu wajar memberi keutamaan kepada lulusan yang kurang mendapat permintaan majikan ketika ini berikutan kebanyakan graduan dalam bidang kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan tidak menghadapi masalah pengangguran.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, berkata usaha kerajaan itu bertepatan dengan hasrat universiti untuk mempertingkatkan jumlah enrolmen pelajar peringkat pascasiswazah. Beliau berkata, pihaknya menyambut baik dan amat gembira dengan inisiatif kerajaan itu kerana ia akan menggalakkan lebih ramai pelajar yang berkualiti untuk kembali melanjutkan pelajaran di universiti. “Perkembangan sebegini bukan saja boleh mendorong peningkatan produktiviti kelak, tetapi turut membantu mempercepatkan usaha UM memperbaiki kedudukan ranking pada peringkat antarabangsa.
“Selain itu, ia secara tidak langsung juga akan menyuntik kewangan lebih besar kepada universiti dan membolehkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan ditingkatkan,” katanya.

1 ulasan:

Zurina berkata...

Saya ingin mencadangkan supaya kakitangan kerajaan boleh menyambung pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah dengan cuti bergaji penuh. Kerana diwaktu ini hanya pegawai yg melanjutkan pelajaran ke peringkat master sahaja yg layak cuti bergaji penuh. Mungkin di setiap jabatan/kementerian boleh ada kuota utk jumlah kakitangan yg nak bercuti utk belajar dgn bergaji penuh, kerana bagi yg dah berkeluarga dengan keadaan ekonomi sekarang adalah sukar utk melanjutkan pelajaran dgn hanya cuti 1/2 gaji.
terima kasih,