SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Mac 2009

SABAH & SARAWAK : CUEPACS GESA KERAJAAN BELI SMC

Berita Harian
20/3/2009



KOTA KINABALU: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyegerakan langkah membeli hospital swasta, Pusat Perubatan Sabah (SMC) bagi memberi keselesaan kepada lebih 290 kakitangan Hospital Queen Elizabeth (QEH) ketika menjalankan tugas. Ia kerana kerajaan belum memberi kata putus untuk membeli SMS berikutan pengosongan struktur bangunan menara utama dan podium, blok forensik serta rumah dandang QEH enam bulan lalu, yang memaksa pekerja bergerak dari satu hospital ke hospital lain untuk merawat pesakit. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata ketiadaan tempat selesa menyebabkan kakitangan QEH berdepan tekanan kerana sentiasa terkejar-kejar.
"Dalam sesi dialog kira-kira dua jam bersama mereka, kita menerima pelbagai aduan terutama berkaitan tekanan ketika bekerja. Mereka terpaksa bergerak ke SMC dan Hospital Likas menjalankan tugas, selain mengangkat barang keperluan serta berdepan kesesakan jalan. "Jika keadaan ini berterusan, ia mungkin memberi kesan kepada pekerja sekali gus memberi masalah kepada pihak pengurusan. "Sebuah hospital yang lengkap seperti di Semenanjung perlu ada di Sabah. Dalam hal ini, cadangan kerajaan untuk membeli SMC perlu disegerakan dan kita menyokongnya. Kita bimbang stres yang dialami pekerja akan menjejaskan perkhidmatan mereka jika tidak diberi perhatian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerja QEH dan dialog di Kompleks Tabung Haji Sabah di sini, semalam. Turut hadir Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Marzukhi Md Isa dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah, Maiman Muntial. Pada Oktober tahun lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan struktur bangunan menara utama dan podium, blok forensik serta rumah dandang QEH tidak selamat digunakan serta perlu dikosongkan secara berperingkat. Keputusan itu berdasarkan hasil penilaian Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Sabah) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mendapati struktur berkenaan perlu dirobohkan dalam jangka panjang.
Berikutan itu, bangunan utama, blok forensik dan rumah dandang dikosongkan secara berperingkat. Omar bagaimanapun berkata, kakitangan QEH masih boleh bersabar dalam menangani kesulitan itu buat masa ini tetapi tertanya-tanya bila ia akan berakhir. "Cuepacs memandang serius aspek keselesaan dan keselamatan pekerja dan berharap kerajaan dapat menyegerakan pembelian SMC bagi keselesaan warga hospital," katanya.

Tiada ulasan: