SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Mac 2009

JANGAN SEKAT BAYARAN KERJA LEBIH MASA, KATA CUEPACS

Bernama
By:
Ramjit-->





KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya tidak menyekat bayaran kerja lebih masa kepada kakitangan awam peringkat rendah yang diarahkan membuat kerja berkenaan.Presidennya Omar Osman berkata pihaknya menerima aduan bahawa kira-kira 80,000 kakitangan awam terbabit tidak dibayar apabila membuat kerja lebih masa, sebaliknya diganti dengan cuti rehat."Cuepacs tidak setuju sama sekali apabila kakitangan diarahkan membuat kerja lebih masa tetapi tidak dibayar ganjaran sebaliknya diganti dengan cuti rehat. Itu hak pekerja, apabila buat kerja lebih masa, kenalah bayar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program penerangan isu semasa di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini, Selasa."Kalau tidak mahu bayar tidak mengapa. Biar kakitangan awam kerja lapan jam sahaja, dan masa yang terluang itu bolehlah mereka buat kerja-kerja di tempat lain bagi menampung keperluan masing-masing," tambahnya.Beliau berkata sepanjang pengetahuannya, setiap kakitangan awam yang dibenarkan membuat kerja lebih masa perlu diberikan ganjaran dan bukannya cuti rehat.Dalam perkembangan lain, Omar berkata di bawah bajet mini yang akan dibentangkan kerajaan, antara lain Cuepacs berharap kira-kira 2,000 kakitangan kontrak dipertimbangkan untuk disambung semula perkhidmatan mereka.Katanya selain itu, Cuepacs memohon kepada kerajaan supaya elaun sara hidup (COLA) kakitangan awam persekutuan di Terengganu dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 seperti yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan negeri Terengganu ketika ini.Merujuk kepada perkembangan di Perak pula, Omar menasihatkan kakitangan awam di Perak supaya bekerja seperti biasa dan tidak menyertai atau terlibat dengan sebarang perhimpunan haram."Mereka bekerja seperti biasa, tetapi sistem penyampaian mereka mungkin agak perlahan (ketika ini) disebabkan kerajaan negeri yang masih dalam keadaan tidak tenteram," katanya.Katanya beliau berharap ketua-ketua jabatan di negeri berkenaan supaya sentiasa mengadakan perjumpaan dengan kakitangan masing-masing bagi memastikan prestasi dan imej sektor awam tidak terjejas.-- BERNAMA

Tiada ulasan: