SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Mac 2009

SYOR BENAR KELUAR WANG GANJARAN

Berita Harian
16/3/2009



CUEPACS mahu kerajaan mempertimbangkan kemungkinan membenarkan kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada wang ganjaran dan gantian cuti rehat selepas satu tempoh perkhidmatan untuk meringankan beban mereka menghadapi tekanan ekonomi semasa. Presidennya, Omar Osman, berkata ketika ini, kakitangan awam yang tidak memilih untuk bersara pilihan ketika usia 40 tahun terpaksa menunggu sehingga bersara pada usia 58 tahun sebelum menerima wang ganjaran serta gantian cuti rehat. Namun, katanya, ada antara mereka menghadapi masalah kewangan yang serius selepas melepasi tempoh bersara pilihan kerana pada usia itu, kebanyakan mereka terpaksa menanggung kos pengajian anak, malah ada yang mahu menguruskan kenduri perkahwinan dan sebagainya.
“Berbeza dengan pekerja yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mereka ada pelbagai cara untuk mengeluarkan sebahagian wang caruman termasuk ketika mencecah usia 50 tahun. “Kakitangan yang memilih skim pencen pula tidak ada sumber lain ketika terdesak. Nak harapkan simpanan, majoriti kakitangan kerajaan tidak menabung kerana gaji mereka kecil berbanding kos sara hidup tinggi ketika ini. “Lantaran itu, boleh dikatakan lebih 80 peratus kakitangan kerajaan terutama dalam gred rendah berhutang dengan pelbagai agensi. Justeru, tidak hairan mengapa ramai kakitangan awam terbabit dengan skim cepat kaya kerana mereka tak ada jalan lain,” katanya kepada Berita Harian.
Namun, selain faktor itu, katanya, skim pencen yang digunakan di negara ini adalah terbaik sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada kakitangan yang pernah menaburkan khidmat dengan kerajaan. Ia juga memberi peluang kepada kakitangan kerajaan untuk hidup lebih selesa selepas bersara selain memastikan tiada yang merempat atau hidup melarat kerana masalah kewangan. “Gaji kakitangan kerajaan sangat sedikit, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara lain. Nak dibandingkan dengan sektor swasta pun, kakitangan kerajaan jauh ketinggalan. Gaji lepasan ijazah setaraf gaji kerani biasa di Singapura. “Pekerja swasta ada peluang kenaikan gaji yang sangat tinggi selain bonus tahunan yang ada kalanya sehingga lima kali gaji. Kakitangan kerajaan pula hanya dapat kenaikan tak sampai RM100 setiap tahun. Bonus pun kalau ada sebulan gaji saja.
“Namun, apabila bersara, pemilih skim pencen dapat menarik nafas lega mereka dapat perkhidmatan perubatan percuma,” katanya.

Tiada ulasan: