SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Julai 2010

90 PENJAWAT AWAM TERBABIT JENAYAH RASUAH TAHUN LALU

Bernama
2010/07/21



KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini dimaklumkan 190 orang penjawat awam telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah rasuah pada 2009. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata jumlah itu adalah merangkumi 38 peratus daripada keseluruhan 500 tangkapan yang dibuat pada tahun berkenaan.
Malah, Liew berkata jumlah yang dicatat pada 2009, menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 282 daripada 605 atau 46.6 peratus, yang ditangkap adalah terdiri daripada penjawat awam.
"Oleh itu, kenyataan yang dikeluarkan Cuepacs adalah tidak tepat. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana pihak berkenaan tidak mengkaji dan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan. "Saya harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah sebegini dan tidak mengelirukan orang awam di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor di Dewan Negara di sini hari ini. Mohamad Ezam dalam soalannya meminta supaya menjelaskan sejauh mana dakwaan Cuepacs mengenai 41 peratus atau senarai 418,200 orang daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan jenayah rasuah. Liew berkata perangkaan itu juga telah diperjelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara di mana sebenarnya ia melibatkan perbandingan jumlah tangkapan penjawat awam berbanding dengan jumlah keseluruhan tangkapan pelaku rasuah dan bukannya penglibatan 41 peratus daripada keseluruhan penjawat awam. Sementara itu, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha membanteras jenayah rasuah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)seperti memperkenalkan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi melindungi pemberi maklumat dalam sesuatu kes. "Ini adalah komitmen kerajaan untuk pastikan rasuah dapat dikurangkan di kalangan masyarakat," katanya. - BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak yah kepoh la...tangkap buang je lah...

tapi jasa penjawat awam jangan lupakan begitu saja...

Tanpa Nama berkata...

Gaji tidak cukup sebab mereka rasuah sekarang rata2 harga barang mahal macam mana nak menyara keluarga dgn gaji yg. rendah mestilah terima rasuah tunggu PM naikkan ataupun pangkat macam tungu kucing bertanduk.
Rasuah tu PA saja yg. org tahu macam mana dgn pemimpin2 menteri2, YB2 org tidak mahu tahu kalau harapkan gaji mereka mana cukup bayar itu ini kalau tidak terima rasuah. cakap ajelah????????????? hahaha.....bagus itu cepat kaya cepat masuk neraka .............. dalam neraka bagus makan tidur saja di sana... kalau syurga you seniasa jadi org baik cakap pun baik2...

Saad berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

pertamanya pelaku-pelaku ini tidak beriman dan kedua,desakan hidup... apabila semuanya naik tetapi pendapatan tak naik naik apa yang anda fikirkan...dan jika ada peluang didepan mata adakah peluang itu anda lepaskan...Sekarang saya menyeru kerajaan melaksanakan "EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI MUALI TAHUN INI"

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Biasa - RASUAH
Pemimpin/Menteri2 - KOMISEN