SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Julai 2010

CUEPACS PUJI KAKITANGAN AWAM

Bernama
14/7/2010



SEREMBAN, 14 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu memuji kakitangan awam di seluruh negara kerana tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap mereka sepanjang pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 12 Julai lepas.

Presidennya Omar Osman berkata setakat ini Cuepacs tidak menerima laporan mengenai kakitangan awam dikena tindakan tatatertib termasuk menerima surat tunjuk sebab kerana kesalahan datang lambat ke pejabat, mengambil cuti kecemasan dan sebagainya ekoran menonton Piala Dunia.

"Kalau dulu kita ada terima laporan penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan datang lambat dan sebagainya sebab tengok bola punya hal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan tri tahunan Cuepacs Bahagian Negeri Sembilan di sini, pada Rabu.

Katanya ini bermakna mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai kakitangan awam.

"Kali ini kita dapati yang terbaik dan inilah yang kita kehendaki agar penjawat awam menjaga imej mereka seiring dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu memantapkan lagi kakitangan awam," katanya.

Omar berkata sebab lain kesalahan ini tidak berlaku kerana pada kali ini Cuepacs telah memberi taklimat awal iaitu jika hendak menonton Piala Dunia dan bimbang datang lewat ke pejabat maka jika perlu mereka mengambil cuti rehat.

"Saya berterima kasih kepada semua kakitangan awam kerana mengambil berat perkara ini," katanya.

-- BERNAMA

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan awam yg.berintergeriti, berdisplin, mahu bekerja membantu kerajaan mereka pandai membahagi masa mereka menguruskan kerjanya serta tahu apa yg. patut dibuat. Kalau tidak dapat datang bekerja apa salahnya minta cuti sebab kerajaan ada memberi cuti setahun 20 hari utk. bhgn. sokongan serta pegawai kanan lebih banyak lagi. Gunakan cuti tersebut kalau tidak dapat hadir kerja.
Oleh itu saya ingatkan pihak SPA pilihlah mereka yg. betul serta mereka yg. berminat sahaja diambil bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Jangan salah nilai serta sikap pilih kasih, perkauman kalau kita mahu majukan negara kita Malaysia ini.
Dalam jabatan kerajaan sekarang seperti mana yg, saya ketahui serta alami untuk naik pangkat serta memberi markah prestasi kerja tahunan kebanyakkanya tidak adil. Mereka yg. pandai angkat ketua sahaja yg. dipilih bos markah tinggi walaupun dia tidak pandai kerja, ponteng kerja mereka ini akan diberi.
Mereka yg. kerja bagus, rajin merasa tersingung inilah yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati. Mereka juga ikut perangai buruk , serta suka ponteng kerja sebab rajin kerja pun rendah prestasi diberi boss yg. tidak berintergeriti.

Tanpa Nama berkata...

SIJIL KEHURUTERAAN POLITEKNIK BILA NAK DINAIKTARAFKAN KE KUMPULAN B?
MACAM DAH SENYAP NAMPAK......LETIH MENUNGGU

Tanpa Nama berkata...

TUNGGU SAMPAI KUCHING BERTANDUK LA!

Tanpa Nama berkata...

kami yg ada diploma dan ijazah pun tak naik naik..teruk..

ubah la sistem beb...letih belajor tahu!

insan kamil lah..modal insan lah...kantoi mantoi...

PM najib...beranikan diri sekali ubah sistem penggredan gaji kakitangan awam...

bravo...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS, MTSU.....apa dah jadi takkan diam aje kot. Usik2 lah JPA sikit perihal JURUTEKNIK nih

Tanpa Nama berkata...

betul3 apa kata post di atas ni.....semua juruteknik satu malaysia tengah tunggu ni...sedih2....lama-lama prestasi kerja pun boleh menurun ni...padahal semua juruteknik layak nak naik gred 29...MTSU senyap jer....

Tanpa Nama berkata...

berikut adalah pengumuman kenaikan gaji dan penggredan gaji baru:

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

adoi...tersalah lapor pulak....sori la..lain kali saya umumkan pasal gaji pulak..jangan marah sudah lah..

okle sabor je le..kerani saya salah taip..itu yg saya malas nak bagi naik gaji penjawat awam ni..asyik salah saja buat keja...

kehkehkeh...gurau je tau...jangan amek ati...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Baguih juga harga barangan tu naik...lagi pun tak lah banyak mana pun naiknya...kalau nak bandingkan dengan negara lain....tak jadi hal lah kalau kerajaan rejim najib nak naikkan sampai sepuluh hinggit sekilo gula pun..aku sokong jer...

Tanpa Nama berkata...

ya kita patut sokong apa yg kerajaan buat kerana semuanya demi kebaikan kita juga.

Tanpa Nama berkata...

HARGA MINYAK NAIK LAGI.. MACAM MANA NI. TEMPAT KERJA JAUH DARI RUMAH. PENINGGGG.

Tanpa Nama berkata...

HIDUP PM. KITA SOKONG SAPU SATU MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

seronok betulah harga barang naik.

Tanpa Nama berkata...

Ya.... kita sokong sampai tahap kita hidup merempat, sempit, kosong, kurus.... dan.... fikirlah sendirik....

Tanpa Nama berkata...

najib nak cari duit..bulan 10 ni nak bayar bonus 2 bulan pada kakitangan awam.

Tanpa Nama berkata...

BETUL LAH KONGSEP 1 MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN... SEKARANG DA TERBUKTI TERIMA KASIH NAJIP

Tanpa Nama berkata...

Jangan asik minta naik pangkat dan gaji saja kerja kuatlah sokong kerajaan dapat duit banyak sekarang ekonomi sudah bagus harga petrol, desel dan gula sudah naik. Gaji dan pangkat tak payah naiklah cuba yuo bayangkan nasib orang kampung kerja pun tidak tentu, harga barang hasil mereka pun tidak seberapa. sapa tau. Bagus lagi banyak duit hantar ke Palastin beri org. sana makan serta majukan org. kat sana itu baru bagus punya polisi rakyat sendiri mati kelaparan tidak diketahui. Tak payah banyak cakap kita perjawat awam ini kalau pandai ada diploma , degree, master, phd gunakan kepandai anda itu untuk bersuara dgn JPA ka SPA ka ataupun dgn PM sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kita memang sokong pun kenaikan harg minyak dan barang2 ni. cuma kita ralat le sikit sebab najib ambil masa lama sangat nak umum...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

entahlah..saya rasa kita ni macam selalu kena 'pebodo' je dengan kerajaan.

tak ada duit sikit..'garu' kepala rakyat..ishh..nak panggil bijak ke nak panggil bengap pun tak tau la pada pemimpin kita ni...

tapi tak apa lah...sokong je lah...

lagi pun 'rakyat diutamakan, pencapaian dipentingkan'..

kehkehkeh...

Saad berkata...

jengjengjeng.... kehkehkeh... dan... hehehe

untuk... pandangan.... dan... pendapat....

kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

lepas ni perkataan "selaraskan" akan di guna pakai di setiap sekolah utk mengantikan perkataan "naik"

contoh:

iklan kopi power (18sx)

isteri "cepatlah abg,malam ni kan malam jumaat"

suami "kejaplah sayang,abang tengah "selaraskan" abang punya ni"

wakaka

Laughing Laughing Laughing

Tanpa Nama berkata...

cuba renung2kan..lama sikit renung tu...cuba arahkan renungan tu pada para pemimpin kita..ahli kabinet PM Najib..

tengok dan renung betul2...

cuba renung lagi..ada karisma tak para pemimpin tersebut..karisma ni kira macam ada unsur2 bijak, hebat, berwibawa...gitu...

ada ke tak..?

ada?!

ada tak boleh buat apa la...kena sokong la..

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa la umum 5 barang saja yg naik. Umum semua barang kang baru dpt duit banyak.Rakyat susah2 pun tak apa asal kerajaan kaya.

Tanpa Nama berkata...

Ok lah kenaikan 5 dalam 1 tu...apa pula nak heboh heboh...undilah lagi rejim najib...padan muka kan...?

Ustaz Nasir Bayan Baru berkata...

kenaikan gaji yang ditunggu dibalas dengan kenaikan harga setiap 6 bulan. nasiblah. dengar kata bonus pun x ada tahun ni dan tahun depan sebab kerajaan perlu berjimat, nanti kontrak2 untuk kontraktor kecil melayu (umno sahaja) tidak berjalan pula.

kasihanlah mereka bagaimana nak menyara kemewahan keluarga mereka dan membayar ansuran kereta mewah nanti? nak melancong luar negara dan shopping di Paris dan New York perlukan wang bukan? kita sebagai penjawat awam perlulah berkorban. x payahlah nak gaji dan bonus demi parti dan negara.

Puteri UMNO Sungai Mahkota berkata...

tahniah atas pelarasan harga. kita berjuang untuk agama bangsa negara

kami komited pada rakyat sebab tu kenaikan sikit sahaja, kesannya hampir tiada langsung. bersyukurlah semua kakitangan awam. menurut ketua cawangan kami, mungkin juga setiap kakitangan awam sokongan akan mendapat habuan rm200 sebelum raya nanti.

alhamdulillah, syukur kita pada Allah yang menetapkan UMNO menerajui dengan penuh prihatin dan kasih sayang pada negara dan rakyatnya

Tanpa Nama berkata...

UMNO BN (BE END)

Tanpa Nama berkata...

org2 gomen, sila ingat yg org swasta bile diorg berenti keje, diorg x dapat duit bulan2 dari gomen sampai diorg mati. bila diorg sakit, diorg kene kuar duit sendiri atau simpanan dlm epf.
syukur dgn rezeki masing2 udah.

SRI berkata...

ha.. bersyukurla sbb minyak naik.. best oooo isi minyak tiap2 hari..
hurm....
bila CUEPACS nak selaraskan gaji Juruteknik weh????

Tanpa Nama berkata...

Adalah digalakkan org ramai mengisi pasir dlm kenderaan bagi menggantikan minyak........,

Memasak dgn tidak menggunakan gas tetapi dgn menggunakan pasir....

Dan juga mengurangkan gula dlm minuman dan makanan tetapi menggantikannya dgn pasir, pasti sedap, berkhasiat dan menjimatkan duit gaji anda yg boleh digunakan untuk membayar hutang bulanan....

'Selamatkan Pasir Kita'

Saad berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS,
Kami semua kaki dan tangan kerajaan mahu pihak kerajaan terutama sekali PM Najib , KSU SPA/JPA hendaklah menyelaraskan semua gaji di sektor perkhidmatan Awam sama seperti era mantan PM kita Tun M. seperti dahulu supaya semua PJ awam mana 2 jabatan tidak tercicir tidak banyak rungutan kerana semua jabatan dalam kerajaan penting utk. pembangunan negara. Kita tidak boleh membiarkan keadaan tersebut terjadi. Kalau mereka yg. terbiar itu tidak menjalankan tugas dengan betul malas maka apa yg. dilaungkan kita mahukan Malaysia sbg. negara maju tidak akan tercapai. Sekiranya ada sifat pilih kasih yg. ada pada pemimpin, ketua2 kerajaan mereka yg. tertindas akan beralih arah nanti mungkin mereka ini nanti akan menjadi mata dan telinga pihak pembangkang. Cuba2 buatlah dgn. mengambil kira semua PJ awam. PJ awam pun mempunyai 1 undi pada pilihan raya nanti. Mereka ini pun berguna utk. proses TPK.
CUEPACS,
Sebagai PJ awam yg. sudah lama berkhidmat dgn kerajaan melebihi 20 tahun, walaupun kami memenuhi syarat2 yg. ditetapkan malah ada segolong Ijazah yg. masa dahulu Ijazah itu seperti intan permata utk seorg individu ke jawatan yg. lebih tinggi. Tapi sekarang seperti kertas pencuci dubur selepas buang air besar. Apa salahnya pihak CUEPACS memperjuangkan nasib mereka ini kerja pun tidak lama lagi utk menantikan pencen. Berilah peluang mereka dinaikan ke jawatan lantikan Gred 41 tanpa apa2 keranah birokrasi ataupun halangan seperti disuruh ambil peperiksaan SPA Gred 41 tersebut. Pengalaman org. tua banyak beguna ke sesuatu jabatan berbanding dgn org baru pegang sesuatu jawatan kalau org lama tidak perlu jabatan melatih mereka kerana mereka sudah tahu araha tuju, kerja yg. dibuat, undang2 yg berkaitan terutama sekali yg melibatkan agensi kerajaan yg menguatkuasakan banyak undang2 kerajaan. Berilah peluang mereka naik sebelum pencen sayang juga ilmu yg diperolehi oleh mereka itu tidak diguna pakai mungkin bakat terpendam mereka ini lebih bernas lagi dlm memajukan sesebuah jabatan tersebut. Susah utk dpt Ijazah 3 atau 4 tahun baru dapat kalau lulus perlukan duit beribu ringgit juga utk bayar yuran. Minta KSU SPA/JPA dan CUEPACS pertimbangkannya.
Hahahaha cakap omong2 saja ini dong jangan ambil hati.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah cadangan kerajaan bg sambung belajar secara percuma di IPTA adalah sesuatu yg baik yg pastinya kena bagi gaji penuh,

disamping itu disarankan agar cuepacs akan berjaya dan berupaya mengangkat skim teknikal ke grednya yg lebih baik, ianya perlu dinaikkan skim setaraf spt negara jiran kita Singapura sekurang2nya bertaraf diploma kerana zaman ict ni semua pegawai teknikal ternyata berjaya dapat mengabungkan sistem kerja yg lebih berinovatif ia ibarat pemancu dalam menjana prasana infratruktur pembangunan negara.

Kerajaan harus peka dengan perkembangan dan pencapaian ini yg ternyata telah berjaya dilaksanakan dan seterus sentiasa bersedia menyahut usaha dan cabran yang akan datang.


Kejayaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan kepada mengupgradekan skim teknikal jika ingin berjaya setaraf begara maju sebagai mencapai visi dan misi kerajaan kearah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

SAYA PENAH JUGA BAWA PUJI-PUJIAN YG SAYA TERIMA DRP KETUA PEJABAT SAYA TERMASUK KETUA-KETUA BAHAGIAN/UNIT KE KEDAI UNTUK DITUKARKAN DGN BERAS TAPI SATU ORG TAWKEH PUN TIDAK TERIMA, KENAPA AAA..??