SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Julai 2010

DEWAN RAKYAT: BERI PELUANG PENJAWAT AWAM LANJUT PENGAJIAN SECARA PERCUMA DI IPTA

Bernama
26/7/2010



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Senator Noriah Mahat berkata ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.

"Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini.

"Oleh yang demikian, setiap individu dalam perkhidmtan awam memainkan peranan untuk meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti kerja untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju," katanya semasa membahaskan RMK-10 di Dewan Negara, di sini Khamis.

Beliau berkata dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Noriah turut meminta kerajaan mengkaji kedudukan dan kebajikan pesara-pesara penjawat awam agar kebajikan mereka dijaga dan pengetahuan serta pengalaman mereka diguna pakai untuk membangunkan negara.

Katanya terdapat kira-kira 48,000 pesara sektor awam yang telah membuat pelbagai sumbangan terutama dalam memberi panduan membuat dasar dan polisi untuk membangunkan negara.

"Atas sumbangan mereka ini kerajaan wajar mengkaji dari semasa ke semasa manfaat dan kebajikan seperti pemberian wang ehsan, peningkatan kadar bayaran pencen agar selaras dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula skim perkhidmatan awam agar dapat diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kemahiran dan pengalaman, sekali gus meningkatkan peluang kerja pada kalangan penjawat awam.

22 ulasan:

Nak jadi polis berkata...

Buat apa nak belajar lagi. Buang masa dan buang duit. Sekarang ni nak dapat gaji lebih tak perlu ada diploma/ijazah/master/PhD. Habis belajar tak ada imbuhan apa-apa. Tengok polis...! Setakat SPM tapi asyik dapat kenaikan je. Bukan jelous tapi kenyataan. Kerajaan pun terlalu simpati dgn pekerja bawahan dan selalu mendapat pembelaan... nak bagi mereka gaji permulaan minimum RM 1500.00.Yang ada dip/deg camne...?
Fed up bila fikirkan benda ni.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju cakap hang!!! mereka yg gred 41 ke atas langsung takde pembelaan lebih2 lagi mereka yg kontrak. sikit2 guru. sikit2 polis2. sikit2 tentera. lepas tu balik semula kepada guru, polis tentera. kemudian guru balik. pastu polis dan tentera.. mcm tu lah memanjang hingga kiamat...

Tanpa Nama berkata...

selamat hari guru! diumumkan kenaikan gaji untuk guru...bla..bla..bla....tambahan elaun untuk guru.....bla..bla..bla...setiap tahun guru akan naik gaji...bla...bla.....bla...

Tanpa Nama berkata...

pujuk kakitangan awam belajar..tapi kenaikan pangkat tak ada...

ada untuk beberapa persen saja..yg lain...nganga..

memang habiskan duit je...

tak tahu le saye...mane nak belajor tu silakanlah..

Tanpa Nama berkata...

Buang masa aja belajar tinggi2 betul kata kita org ada degree ka Ijzah, master pun tak ada guna kita PA Kita akan diberi peluang naik pangkat gred 41 walapun you org. sudah lama bekerja. Kita sudah mahu pencen buat apa belajar membebankan PA saja. Bagus lagi ambil KPSL kalau lulus you org. lebih cerah dipanggil temuduga degree/Ijazah tidak lulus peperiksaan SPA masuk 14 skim perkhd. gred 41 kita org 100% tidak dipanggil temuduga utk jawatan gred 41 berbanding dgn lulusan KPSL yg dapat dipelajari satu bulan saja buat persediaan dapat lulus kalau Ijazah perlu masa yg lama sampai 4 tahun apa guna tu lulu nanti pun belum tau naik pangkat ke jawatan yg sesuai dgn kelulusan kamu.
Walaupun Free pun tidak guna sekarang jangan buat sendiri susah.

Sekarang dalam jabatan kerajaan ramai pegawai2 kerajaan berjawatan rendah yg ada Ijazah, master yg tidak dinaikan pangkat sesuai dgn kelulusan mereka malahan ada kekosongan di jabatan mereka pun tidak dipanggil temuduga apatak lagi tidak dinaikkan pangkat.

Utk. naik pangkat, gaji dan elaun sekarang guru,polis, tentera hampir tiap tahun bagi jabatan lain dipinggirkan.

PA apa guna lagi lanjutkan pelajaran PA tidak ada peluang utk kamu naik pangkat sekarang PA ada Ijazah sekarang menjadi baban bagi mereka malah bikin you stressssss fikir itu ini termasuk utang bayaran pengajian kita org.

Nurul Fazly Ahmad Sobry, N17 Kedah berkata...

hanya ahli UMNO sahaja layak mendapat kenaikan gaji dan pembelaan. jika anda ahli UMNO, hubungi bahagian terdekat untuk pengesahan wang ehsan sebanyak RM200 sebulan khas utk kegawatan ekonomi. terbuka untuk kakitangan kerajaan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

pujuk PA sambung belajar tu sbb nak bagi kelansungan hidup berhutang dimasa kini... bila PA asyik dok hutang je senang la nak arah PA buat itu ini.... nasib la badan....

Aku berkata...

Alah kita cakap aje orang UMNO time pangkah... pandai2 le.

Tanpa Nama berkata...

Now depa nak bg blaja free, kita patut sokong, MARI BELAJAR, bila dah ada sijil standby dan bila sampai masa keluarkan. Bukannya abih blaja terus blh naik pangkat, kita xde share dlm ini gomen ma. step by step baby. yg baik kita sokong. ILMU tu, org nak bg free.

sekurang2 41 atas lbh krg 4-5 tahun dah blh naik. yg bawah 41 ni 6-7 tahun tak naik2 lg, yg 17 tu 15 thn baru nak gi ke c.c., camne? camtu la kije, kalau semua cepat pi c.c, lu pikir la sendiri...

naik gaji rezeki masing2, tp nak bg naik gaji kena adil la, ada yg dah 3 kali naik, ada yg baru sekali naik, alasan yg naik byk tu kije susah dan bahaya, cuba citer kije mana yg tak susah dan bahaya. polis kije bahaya tangkap penjahat, kalau yg hantar notis mahkamah ke penjahat tu tak bahaya?

Israel Celaka! berkata...

Bagus juga dapat belajar percuma, tapi lepas habis belajar dapat apa selain dari ilmu yg dipelajari?

Ada naik pangkat atau gaji ada naik?

Kalau kedua2 nie tak ada baik xyah sambung belajar...baik ngaji Quran..

Akula... berkata...

Itulah aku cakap gomen buta dan tak buat kajian menyeluruh.
Kita boleh accept keje polis bahaya.
Engineer x bahaya... kot tengah periksa bangunan ada yg baling besi dr atas...?
Doktor x bahaya... kot tersdedah dengan pelbagai virus.
Guru x bahaya... kalau ada murid berdendam dan tembak kat luar?
Pembantu Makmal x bahaya... tgh bancuh bahan tiba2 meletup?
Semua keje ada risiko beb...

Belum jadi ustaz berkata...

Ilmu dunia kena tuntut,
(Kerajaan nak bagi free, baguih)

Ilmu akhirat kena tuntut,
(blh belajar free/berbayar kat anywhere, baguih)

Kedua-dua ni kena seiring, baru berjaya DUNIA dan AKHIRAT. Belajar sampai ke akhirnya (ini pesanan dari penghulu kita)

Bila bekerja, keputusan akan mempengaruhi apa yg kita belajar, kalau ada ngaji, tidak lah rasuah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

semua kerja bahaya tidur pun bahaya ramai rakyat malaysia mati tidur
Hahahahahahah??????????????????? Jengjengjeng??????????????

Makan pun bahaya banyak makan sakit perut..........

Saad Bagero berkata...

Jengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...

pandangan... dan... pendapat...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS
KALAU MAHU PA BELAJAR TINGGI TAK PAYAH FREE BAYAR SENDIRI PUN DAPAT SEBAB ADA GAJI TAPI DENGAN SYARAT DAPAT JAZAH/MASTER,SAMPAI 20 TAHUN BEKERJA DALAM JABATAN TERSEBUT LULUS PTK CUBALAH BERBINCANGLAH DGN KSN SPA BERI PELUANG MEREKA NAIK PANGAT LANTIKAN GRED 41 BARULAH PA PUAS HATI DAPATLAH BAYAR HUTANG PENGAJIAN MEREKA.

BETUL TAK KAWAN2....
SAPA SOKONG ANGKAT TANGAN

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Slogan perdana menteri yang sukar difahami. Siapakah rakyat yang dimaksudkan. Pencapaian apa yang diutamakan. Seorang rakan kakitangan kerajaan telah pencen setelah berkhidmat lebih tiga puluh tahun dengan penuh kecewa. Dia pencen dengan jawatan yang berasaskan gred 17 yang disandangnya dulu dengan kelulusan SPM. Grednya berubah sedikit saja setelah berkhidmat hampir tiga puluh tahun bersama kakitangan baru yang dinaikkan kegred atau jawatan yang lebih tinggi seawal 4 atau 5 tahun perkhidmatan.
Walaupun dia mempunyai ijazah master tetapi pencen dengan jawatan yang sama sejak dia mula berkhidmat iaitu jawatan sokongan 2. Dia berusaha memperbaiki tahap pendidikan dari diploma,ijazah sarjana muda kemudian ijazah sarjana(master). Segala-gala ditanggung sendiri tanpa mendapat apa-apa kemudahan seperti cuti belajar atau sebagainya dari awal sehingga akhirnya. Dengan segala tekanan dan kesusahan ditempuhinya dengan amat payah. Dia pencen dengan jawatan asal disandang tanpa dinaikkan kejawatan yang sepatutnya. Hatinya remuk. Pulanglah dia kekampungnya dengan tidak ada apa yang dibawanya melainkan kekecewaan yang tiada siapa yang tahu. Pingat cemerlang dan dinaikkan kejawatan yang lebih tinggi jauh sekali. Hanya satu yang ada iaitu kekuatan semangat ingin meneruskan mencari ilmu dengan becadang meneruskan keperingkat Phd.
Dia rakyat kecil siapa yang mempedulikan nasibnya. Akhirnya pencenlah dia dengan jawatan yang disandangnya sejak mula dilantik lebih tiga puluh tahun yang lalu. Baginya slogan PM Najib itu tidak difahaminya. Rakyat yang bagaimana didahulukan sedangkan dia sendiri kakitangan kerajaan tidak dipedulikan. Kecewa dengan kerajaan sekarang dia bertekad akan bersama-sama menjatuhkan BN yang memerintah sekarang. Walaupun dia rakyat kecil tetapi ada peranannya. Disamping berdoa dia juga seorang pengundi. Dia boleh bersama-sama dengan orang yang sedia untuk berubah. Dia boleh mempengaruhi saudara mara dan rakan-rakan yang masih belum berpendirian. Dia bukan lagi kakitangan kerajaan yang dibelenggu ketakutan dengan perintah am dan sebagainya. Dia sudah pencen. Semoga dia salah seorang rakyat Malaysia yang akan menukar kerajaan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

ramai nasib macam sdr cakap tu. orang lama berkhidmat dan ada ijazah dan sebagainya tapi tidak mendapat apa2 kelebihan..orang baru bekerja boleh potong gaji 'di tengah jalan..'.

sistem beb..sistem...kena perkemaskan..

nak banding tenaga masa muda dengan tenaga masa tua tentulah berbeza beb..

cuepacs dengan kerajaan tak nampak ke masalah asas macam ni..common sense je ni...

kena buat satu revolusi dlm perkhidmatan awam ni..tapi kebajikan pekerja tua perlu juga diambil kira..

pekerja yg dah berkhidmat 20 tahun ke atas kira veteranlah...bagilah sesuatu...kerajaan kena iktiraf...

iktiraf soal gaji khaske..cuti bertambah ke..pangklat naik ke..elaun naik ke..

kerajaan kena peka le bab ni..baru orang panggil 'ummmmmpp'.

Adi tec berkata...

Alhamdulillah cadangan yg baik yg pastinya kena bagi gaji penuh,

disamping itu disarankan agar cuepacs akan berjaya dan berupaya mengangkat skim teknikal ke grednya yg lebih baik, ianya perlu dinaikkan skim setaraf spt negara jiran kita Singapura sekurang2nya bertaraf diploma kerana zaman it ni semua pegawai teknikal ternyata berjaya dapat mengabungkan sistem kerja yg lebih berinovatif ia ibarat pemancu dalam menjana prasana infratruktur pembangunan negara.

Kerajaan harus peka dengan perkembangan dan pencapaian ini yg ternyata telah berjaya dilaksanakan dan seterus sentiasa bersedia menyahut usaha dan cabran yang akan datang.


Kejayaan ini perlulah mendapat pengiktirafan kerajaan kepada mengupgradekan skim teknikal jika ingin berjaya setaraf begara maju sebagai mencapai visi dan misi kerajaan kearah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

patutla n17 tak naik gaji.. keje malas, blaja malas gaji nak tinggi. tentera ngan polis sambung blaja guna duit sendiri jer. banyak dah ader dip dengan degree pun tapi gaji kami masih dibayar kadar srp. tak merungut pun baru2 ni polis dah dibayar kadar spm dan dip.. alhamdulillah tentera juga bakal menyusul. kira ok ler sebab kami golongan yang mahu blaja dan berusaha bukan mengharap datang bergolek jer

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pendapat saudara saudari bahawa kita PA yg lama berkhidmat dgn kerajaan ini dipinggirkan oleh kerajaan sekarang sehingga sampai pencen pun mereka tidak mendapat kenaikan pangkat serta membawa hati yg kecewa sampai bersara walaupun mempunyai pengalaman dalam kerja serta berkelulusan ijazah/master tetapi bersara gaji setakat gred 17/22 dan paling tinggi 26 setaraf dgn gaji SPM.

Oleh itu kita PA ini yg berkhidmat melebih 20 tahun dalam kerajaan berharap pihak kerajaan dapat naik pangkat dan gaji utk menaik taraf hidup keluarga kita dan usaha kita sendiri dalam meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan kita PA sehingga kita memperolehi segolong Ijazah yg bertaraf kelas pertama atau kedua iaitu dgn CGPA gred 3.00 keatas membanggakan diri kita berharap dapat mengubah nasib kita dpt naik pangkat tapi malangnya nasib tidak menjadi kenyataan dan impian utk PA sampai bersara pun tidak dapat naik pangkat gred 41. Hati siapa yg tidak sakit belajar tinggi pun tidak memperolehi apa2 dlm jabatan malahan kenaikkan pangkat pun tiada. Melanjutkan pelajaran bukan senang kita kena buang wang, membahagiakan masa, belajar dan kerja kita PA sgt susah bagi saya memperolehi Ijazah. Bayar lagi hutang pengajian kita, sara lagi keluarga kalau tidak naik pangkat atau gaji mestilah kita kecewa.

CUEPACS
Rintihan GRADUAN TUA PA ini perlu diambil perhatian oleh KSN SPA/JPA dan CUEPACS..................
Jagalah kebajikan PA walaupun kita mengutamakan pelanggan tetapi tapi kebajikan PA pun diambil kira pula.....

Semua manusia mempunyai perasaan kalau terluka sukar mahu diubat..

Luka Graduan Tua PA ini perlu diubat oleh kerajaan . Jangan biarkan lebih ramai lagi Graduan tua yg menanti usia bersara tidak mendapat perhatian kerajaan terutama KSN SPA sekarang.

Jangan mahu lahirkan sahaja PA yg berpelajaran tinggi tapi tidak mampu utk menjaga kebajikan mereka apa gunanya. Suatu hari nanti lebih ramai PA menjadi penentang karajaan kalau kebajikan mereka terabai.

Harap2 CUEPACS ambil perhatian perkara ini. Jangan terlalu banyak halang bagi mereka utk mencurahkan bakti mereka kepada bangsa dan negara.

Pelanggan didahulukan, pencapai diutamakan dan kebajikan GRADUAN TUA PA perlu diingatkan oleh kerajaan baru dpt mencapai negara maju.

Dengarlah rungutan GRADUAN TUA PA ????

Tanpa Nama berkata...

mampukah CEUPACS menuntut Bonus 2 bulan gaji dan kenaikan gaji kakitangan awam khasnya kumpulan sokongan 1 dan 2 atau CEUPACS takut setelah disergah, ingat rezki hampir 1 juta kakitangan awam ini, dan jgn pula nanti jadi undi protes pada pemilihan akan dtg, sendiri mau ingat

Tanpa Nama berkata...

Kalau Tok Mat jadi Menteri jaga duit insallah Tok Mat pasti bagi 2 bulan bonus tahun ni sebelum raya and di hujung tahun, kalu cam tu kali ni pilihanraya kasi undi kat tok mat and pakatan rakyat insallah bila menang nanti sekurang2nya 40% hingga 45% gaji kakitangan awam tok mak bagi naik ikut peringkat2 ok cam mane boleh tak