Bernama
6/7/2011
PUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) -- Memberi pengiktirafan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam perkhidmatan awam, malah ketua-ketua kementerian dan jabatan adalah digalakkan untuk sentiasa mengiktiraf perkhidmatan anggota organisasi agar prestasi perkhidmatan awam dapat terus dipertingkatkan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kajian oleh Bahagian Pengurusan Psikologi tahun lalu mendapati bahawa budaya pengiktirafan dalam organisasi perkhidmatan awam perlu ditingkatkan, di mana 45 peratus daripada 1,891 responden mendapati ia masih berada di tahap yang agak rendah.
"Satu dapatan yang turut membimbangkan ialah seramai 49 peratus responden berpendapat pengiktirafan dalam organisasi mereka tidak dilakukan secara adil.
"Kajian juga mendapati sebilangan besar responden, iaitu sebanyak 84 peratus berpendapat bahawa latihan adalah diperlukan bagi meningkatkan kemahiran memberi pengiktirafan di tempat kerja," katanya ketika merasmikan Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-17 yang bertemakan 'Budaya Pengiktirafan: Antara Realiti dan Ekspektasi' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Mohd Sidek berkata ekspektasi pekerja juga perlu difahami dalam memastikan sistem ganjaran dan pengiktirafan yang efektif, di mana kajian sama menunjukkan penjawat awam lebih menghargai dan menginginkan pengiktirafan yang datang daripada pengurusan atasan atau ketua jabatan berbanding penyelia terdekat atau rakan sekerja.
Beliau berkata ganjaran berbentuk kewangan atau kebendaan bukanlah perkara utama yang diinginkan penjawat awam, kerana selain peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya, perkara lain yang turut diinginkan adalah sokongan moral, kata perangsang, ruang mengemukakan idea serta pendapat dan peningkatan diri serta peluang mengikuti latihan dan kursus.
"Bagi memenuhi ekspektasi dan kehendak agar bersesuaian dengan keadaan semasa, setiap ketua dan penyelia perlu lebih bersifat kreatif dan imaginatif dalam mencari kaedah-kaedah terbaik untuk mengiktiraf pekerja dalam organisasi mereka," katanya.
Mohd Sidek bagaimanapun berkata aspek pengiktirafan harus seiring dengan aspek hukuman, di mana penjawat awam yang disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Ia penting supaya dapat memberi pengajaran kepada penjawat awam yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama, katanya.
-- BERNAMA

15 ulasan:
untuk pengetahuan,di sesetengah jabatan ada staf yang sampai 3 kali dapat APC.Apa???yang lain tak reti buat kejer ke?inilah hasilnya kalau pandai bodek kipas bos..
nak bagi pengiktirafan kononnnn
KRONI JER SEMUA TU PEGI MAMPUS LA....80 PERATUS KT MANA2 JABATAN AMALAN MENGKIPAS NI ADA..YANG BETUL WAT KERJA X NMAPK..
Apa cer pelarasan gaji & bonus?? Bulan depan dh pose pastu raya nih.. Hmm..
adoyai.. tmpt aku ni org baru lak dpt cemerlang sedangkan kerja senang lenang menular.. org lama kerja byk dok opis memanjang gigit jari.. ntah apa ilmu pakai..
aiiyaa..!!itu mcm kaa.!!lu punya bos, manyak bodoo..!!
sometimes..kalo tak keje sungguh2..rasa diri berdosa..but kalo bersungguh sampai berkorban tenaga dan harta...orang lain gak yg dapat..biasa la..mcm aku..anggap je la takder rezeki..walaupon terkilan
Bagi ja naik gaji kat semua PA abis citer...
MENTERI BAYANGAN BERKATA....
ASSALAMUALAIKUMM KEPADA SEMUA WARGA PA SEKALIAN,
JPA,CUEPAC PERLU MEMINDA DASAR BERKURSUS DI JABATAN MASING MASING..MASALAH UTAMA ADALAH SETIAP PESERTA YANG BERKURSUS DILUAR ATAS JABATAN MASING MASING ,DIMINTA TANDATANGANI BORANG PELEPASAN TANGGUNGJAWAB...APA CERITA NI?ITU KURSUS.DALAM BERPESATUAN DALAM JABATAN,MESYUARAT X BOLEH MENYENTUH DASAR JABATAN..KALAU X BOLEH SENTUH,,,BUBAR SAJA KESATUAN SEKERJA DI JABATAN MASING MASING...YG UNTUNG PENGERUSI MESYUARAT MENTEKEDARAH DIUT TABUNGAN KESATUAN(BUTUH PAK HAMPA)...KSN TIDO KA?JPA MANA...KALAU MESYUARAT KEPUTUSAN SEMUA YANG LULUS PERKARA REMEH TEMEH....BAB YG AWAL TADI...PA BERHIDMAT DENGAN JABATAN,KALAU SAIN SURAT PELEPASAN TANGGUNGJAWAB,JADI KES KERAJAAN RELEX...LEPAS ,TANGGUNGJAWAB...KERAJAAN JENIS APA NI,X MAMPU NAK JAGA PA SEANTERO NEGARA...BETUL X APA YANG SAYA KATAKAN....INI BENAR BENAR MENGANIAYA KAKITANGAN....WOI...MENTERI BERKAITAN, UBAHLAH DASAR INI...BAGI JAWATANKUASA PENGERUSI PERSATUAN,SEMUA TUTUP MULUT,BILA KENA GERTAK DENGAN PENGARAH,NAIB PENGARAH DAN KP....NI SEMUA DAJAL KEPADA PA SEMALAYSIA,DASAR TERBALIK RASUL...INI NAK KATA 1 MALAYSIA... PERJUANGKAN HAK PA YG INI.NAK HARAP MELAYU BELA MELAYU PA,KALAU MACAMNI LAGU MANA...GUNALAH AKAL SECARA WARAS ,DAH 50 TAHUN UK BINGAI LAGI..NAK WORLD CLASS...TAPI DASAR TAK BERUBAH,,MASIH SALURAN 1..JANGANLAH JADI SEPERTI PEMIMPIN JERING GELEMBIAQ,X BOLEH BETINDAK ,DAH BELENGAS..AKHIR KATA SALAM MAAF DARI SAYA..
perhimpunan Patriot dan Perkasa berjaya tadi, tahniah Umno kerana kembali menunjukkan taringnya. Bersih yang hanya beberapa org bertaburan lari kerana takut dengan kami, hahaha.
pengiktirafan yang terbaik bagi kami adalah dengan syor naik gaji penjawat awam,.baru cantek..
cantik di mata, cantik di hati dan utamanya cantik di dalam poket.
bila nak naik gaji bro?
lomeh den, poket kosong memanjang ...
kalau nak dapat APC, kena utamakan kerja dari keluarga,aku dah byk kali berkorban diri untuk jabatan dan untuk bkhidmat kepada negara,sampai isteri aku marah sebab byk kali abaikan anak-anak.tapi kenapa org atas x tgk pengorbanan aku selama ini.dan kenapa org yg baru setahun jagung kerja yg dapat APC,dah tu sempat pulak buat bisnes kat luar,tapi atas alasan kerja luar la...memantau la...apa ker bende la...tp byk bodek dari keja!! tp aku redha...mgkin dia org x tgk keja aku ....walaupun aku kejar ikhlas kerana Allah swt.mgkin bukan rezeki aku.....p/s: kalai nak buat kerja biar buat depan bos..jgn buat belakang bos ok, harap maklum...saya yang menurut perintah...
pengiktirafan dgn menaikan gaji lagi bagus
pengiktirafan???? hahahahah....
ya lah.. nampak sgt pemberian APC ni x adil...sgt x adil...
namun redha ,rezeki Allah itu luas
p/s : setuju juga, klu mau wat kerja, wat depan bos....
Catat Ulasan